Sekolah Bestari
Click here to load reader
Transcript of Sekolah Bestari
JABATAN KIMIAFAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TKU 3023TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM
KIMIA
ASSIGNMENT 1: CONTENT ANALYSIS
TAJUK TUGASAN : SEKOLAH BESTARI MENERAJUI WAWASAN GEMILANG
NAMA NO MATRIKNORSHAHIRA BT MOHAMAD D20081032315SITI SUZILA BINTI MISRAN D20081032324KUMPULAN APENSYARAH PUAN ASMAYATI BT YAHAYAMASA 1 – 4 PM / KHAMIS
1
ISI KANDUNGANNO. KANDUNGAN MUKA
SURAT1. 1.0 PENGENALAN 1-2
2. 2.0 SEKOLAH BESTARI 2-6
3. 2.1 PERBEZAAN ANTARA SEKOLAH BESTARI DENGAN SEKOLAH HARIAN BIASA
6-7
4. 2.2 OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
8-9
5. 2.3 PERANAN GURU, PELAJAR DAN IBUBAPA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI
9-11
6. 2.4 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN YANG PERLU ADA BAGI GURU ALAF BARU UNTUK MEMAINKAN PERANAN EFEKTIF DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH BESTARI
11-12
7. 3.0 KESIMPULAN 13
8. BIBLIOGRAFI
1.0 Pengenalan
2
Dalam menghadapi alaf baru yang melonjak-lonjak dalam bidang ekonomi, politik dan
sosial, tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan di mana dasar-dasar pendidikan negara
sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan selaras dengan hasrat negara untuk
mencapai matlamat wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat
dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis,
inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat untuk membentuk
perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan
individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang
lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping
menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Pengubahsuian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan
budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari
pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan
pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran
pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di
samping itu, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif untuk
merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Tahun 2000 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir
tetapi turut berganding bahu menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang
bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dengan adanya
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,
disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan
sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang
lebih menyeronokkan.
Justeru itu, profesion perguruan di alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kebestarian sesuatu pengajaran itu
3
bergantung kepada sejauh manakah seseorang guru dapat mengintegrasikan aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu ke arah melahirkan
seorang pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan
jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada
agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
2.0 Sekolah Bestari
Memandangkan kemampuan dan potensi tinggi yang ditunjukkan oleh teknologi
multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai pihak terutamanya
pihak kerajaan cuba memperkenalkan penggunaan teknologi tersebut dalam pendidikan
setempat melalui reformasi pendidikan. Reformasi yang dimaksudkan tersebut ialah
sebuah projek pendidikan yang merupakan salah satu daripada tujuh projek mega Negara
yang dinamakan Projek Sekolah Bestari. Menurut Azizah (2005), langkah drastik ini
diambil dalam usaha untuk menarik minat pelajar kepada pembelajaran dan
meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran terutamanya bagi menepati
kurikulum baru Sekolah Bestari.
Fasa permulaan Projek Rintis Sekolah Bestari adalah tertumpu kepada empat
empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pada
awal tahun 2003, proses instalasi untuk empat mata pelajaran tersebut telah siap
dilakukan kepada 92 buah sekolah yang telah senaraikan sebagai projek rintis sekolah
bestari. Tahun 2010 adalah merupakan tahun sasaran dimana semua sekolah iaitu 10,000
buah sekolah rendah dan menengah, diseluruh negara ditransformasikan kepada sekolah
bestari. Pengwujudan Sekolah Bestari ini juga merupakan satu daripada tujuh aplikasi
Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan
matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan
pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.
Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai
aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.
4
Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di
Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan
serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan
pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi
secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah
yang efektif.
Sekolah Bestari boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi pembelajaran yang
telah direka bentuk semula secara sistematik dari segi proses pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan untuk menyediakan pelajar menghadapi era maklumat. Ia
adalah suatu intitusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk zaman teknologi
maklumat. Maka, intitusi ini melengkapkan pelajaran supaya boleh belajar sepanjang
hayat. Maklumat akan sentiasa berkembang dengan pesat ke hadapan. Oleh itu,
pentingnya menyediakan individu untuk belajar sepanjang hayat dalam zaman maklumat.
Sekolah Bestari menyediakan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat
dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan pelajar memperoleh,
menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai atau menyebar maklumat.
Kemahiran-kemahiran generik yang perlu dikembangkan ialah kemahiran belajar,
kemahiran berfikir, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi dan sebagainya.
Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan ‘jantung’ Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam
kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam
bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar
pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.
Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara,
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah mengambil langkah bijak
dan kos efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah.
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah
5
dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud
mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang
direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah
ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,
kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar
kendiri (self-paced).
“Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat mantan Perdana
Menteri, Datuk Seri Andullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-
sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus
pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid,
masa dedahan murid dsan guru kepada penggunaan komputer dan
mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos”
(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2005).
Program pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa
mengikut keutamaan dan keupayaan kementerian dengan mengambil kira kesediaan
sekolah. Dasar Pembestarian semua sekolah merangkumi 3 dasar ICT iaitu
ICT untuk semua pelajar, ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai mata
pelajaran dan komponen mata pelajaran dan ICT digunakan untuk meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sistem pendidikan. Matlamat Pembestarian Sekolah pula
ialah untuk mengoptimumkan potensi murid di semua sekolah Malaysia dengan
menggunakan ICT sebagai pengupaya kepada pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun
dengan kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang
melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
6
Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada
menghasilkan perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ia
akan memudahkan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Perlaksaan
Sekolah Bestari sebagai Aplikasi Perdana adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk
memastikan golongan sasaran khususnya pelajar didedahkan aplikasi ICT dalam kegiatan
penbelajaran dan pengajaran bagi menyediakan mereka ke arah generasi yang mampu
bersaing dalam era mayarakat ilmu.
Di Sekolah Bestari, pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar
individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan
teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia. Sekolah bestari akan
merubah pembelajaran yang selama ini berpusatkan guru kepada yang berpusatkan
pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka di mana ia dirancang
supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka
berdasarkan matlamat. Tujuan kurikulum Sekolah Bestari dibentuk adalah untuk
membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini.
Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi
yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya
fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa
hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan
mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri
sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea
ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh
itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan elektif.
Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan
menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.
2.1 Perbezaan Antara Sekolah Bestari Dengan Sekolah Harian Biasa
7
Apakah diperkatakan tentang Sekolah Bestari, sudah tentu ramai yang kurang
faham tentang perbezaan yang terdapat di antara Sekolah Bestari dan sekolah harian
biasa. Sebenarnya terdapat perbezaan Sekolah Bestari di mana semua murid berupaya
belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Hal ini
kerana Sekolah Bestari menjadikan pelajar-pelajar celik kepada teknologi maklumat.
Tidak mustahil untuk pelajar itu belajar sendiri menggunakan maklumat dari internet
dengan kebolehan dan kepakaran yang telah mereka ada.
Sekolah Bestari memerlukan tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan
komuniti yang tinggi berbanding sekolah harian biasa yang sepenuhnya menggunakan
khidmat guru kepada pelajar. Contohnya, ibu bapa akan terlibat secara langsung dalam
menetukan program pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga akan bersama-sama
membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.
Sekolah Bestari menjalankan pentaksiran murid secara berterusan dan digunakan
untuk menggalakkan pembelajaran. Guru akan mengadaptasi Kurikulum Kebangsaan
yang luas dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan
pengalaman murid. Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran,
menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan
berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara
berterusan. Guru yang bertanggungjawab mencungkil bakat dan menilai minat seseorang
pelajar agar pembelajaran Sekolah Bestari mencapai objektifnya.
Di dalam kelas harian biasa, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru
sepenuhnya. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan ‘konsep
suap’, ‘tipu sunat’ atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme,
kontruktivitisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung
kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks
sahaja.
Selain itu, sekiranya pelajar tidak faham di dalam kelas dan malu bertanya maka
pelajar tersebut akan kekal tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Perhatian guru
8
kurang dapat diberikan secara induvidu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam
kelas. Jika kelas dipecahkan, bilangan guru perlu ditambah. Penyampaian isi pelajaran
bergantung kepada guru untuk mewujudkan persekitaran belajar yang menarik dan
menyeronokkan. Pengajaran & pembelajaran hanya dijalankan secara formal iaitu di
dalam bilik darjah.
Berbeza dengan Sekolah Bestari yang menggunakan pembelajaran e-learning di
mana suasana pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih
aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu
sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan
inisiatif sendiri. Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran
boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu
rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap
kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu,
masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja
asalkan ada kemudahan komputer dan internet.
‘Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan
internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah
didedahkan kepada bahan ‘e-learning’ yang ada di pasaran tempatan. Ada
juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam ‘chat groups’ atau
‘buletin boards’
(Alam Pendidikan Bulletin Board, 2001).
2.2 Objektif dan Ciri-Ciri Sekolah Bestari
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan
proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajaran.
9
Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada
aktiviti yang lebih bermakna, menjimatkan kos pada jangka panjang, meningkatkan mutu
keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses
membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir
profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat
sekolah, memimpin pengajaran di sekolah dan mampu mendapatkan sokongan padu
daripada ibubapa dan masyarakat. Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka
dengan semua pihak, mengagihkan sumber secara adil dan bijak, mengesan prestasi
sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan, serta menyediakan
suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran.
Mereka juga perlu mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan
berprestasi tinggi, menjamin keselamatan sekolah dan penghuni serta menggunakan dan
mengurus teknologi dengan sesuai, berkesan dan cekap. Bagi mencapai objektif Sekolah
Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem. Sistem yang
sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang
dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajarann atau penyertaan yang
aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja. Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan
peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal
pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan
pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan
menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi,
penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah. Antara tujuan Sekolah
Bestari di perkenalkan adalah supaya dapat membanttu pelajar mencapai perkembangan
yang seimbang, menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa
yang betul, menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap
keupayaan yang berbeza, memupuk pengetahuan dan kemahiran dan sikap yang sesuai
untuk berjaya dalam zaman teknologi maklumat.
Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,
menggalakkan, merangsangkan dan bermakna melibatkan minda, semangat dan tubuh
10
badan dalam proses pembelajaran membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-
kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan
kebolehan pelajar.Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran
konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berbagai-bagai. Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar
bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab
menguruskan pembelajaran sendiri.
2.3 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Untuk Mencapai Matlamat dan Objektif
Sekolah Bestari
Peranan guru adalah sebagai pembimbing di sisi pelajar di samping memberi
sokongan psikologi dan galakan. Guru bertanggubngjawab menyediakan suasana yang
boleh menggalakkan pembelajaran pelajar ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari.
Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memandu
kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar
mengikut kadar mereka sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru.
Komputer akan mengambil alih rutin dan penyampaian maklumat dan membebaskan
guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan
perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari. Antaranya ialah pengaplikasian strategi
inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran
jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan
menghubungkan dapatan, merujuk ensiklopedia elektronik, belajar dari courseware
elektronik dan juga komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam
kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya, dengan menumpukan perhatian kepada perkembangan individu, guru
digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan
etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan
11
membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula
data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang
berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan
kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal, membaiki akses bagi semua
yang berkenaan.
Selain itu, dengan adanya kemudahan pengkomputeran dalam talian pengurusan
sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia
dan fizikal dengan lebih berkesan, mudah, cepat dan menjimatkan masa serta tenaga.
Penjaringan akan memudahkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dalam rancangan
sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak-anak
mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah
didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil
kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan
mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan
yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk
memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.
“Kita perlu berkisar dan berganjak daripada norma dan kebiasaan dalam
melaksanakan tugas-tugas kita yang lazim, rutin dan “reasonable” kepada yang
lain: yang inovatif dan imaginatif; yang bersifat non-linear, dan lateral yang
menggunakan budaya “reflective rationality” dan yang “unreasonable”
(Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin)
Bukan itu sahaja, guru-guru juga perlu membuat sedikit anjakan paradigma
terhadap pemikiran serta tanggapan yang akan melibatkan penyusunan strategi
pengajaran, begitu juga dalam amalan di bilik darjah. Guru tidak seharusnya berpuas hati
dengan apa yang telah mereka perolehi sekarang. Maka, guru haruslah meneroka dengan
lebih giat lagi serta sanggup menerima segala cabaran dalam arena mencari dan
menyampai ilmu. Guru seharunya lebih bersifat responsif, proaktif serta dapat membuat
penyesuaian terhadap apa sahaja perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
akhibat daripada perkembangan teknologi dan perledakan maklumat.
12
2.4 Pengetahuan dan Kemahiran Yang Perlu Ada Bagi Guru Alaf Baru Untuk
Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan di Sekolah Bestari
Pelaksanaan Sekolah Bestari telah mewujudkan transformasi dalam sistem
pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran dan pengurusan
pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini amat memerlukan persediaan guru.
Menurut Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, ciri-ciri guru bestari
ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan
dengan tuntutan dan cabaran semasa.
“Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan.
Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi,
tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan setiap
perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa, sejajar dengan budaya
halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh
asas kewujudan kita.” (Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zaid bin Mohd. Nordin,
1997)
Bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam proses pendidikan di alaf baru yang
serba moden ini, seseorang guru itu mestilah mampu menyusun dan mensepadukan ilmu
dengan perkembangan semasa seperti teknologi dan perkomputeran. Hal ini bermaksud,
para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri dan berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta
bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat dalam
pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
Seterusnya, guru mestilah mampu menggabungjalinkan ilmu dengan kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif. Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda bagi
melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal
intelektual tinggi dalam menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
13
Selain itu, para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan
mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan
kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk
mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk
disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan
semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of
Learning iaitu learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu), learning to do (Belajar
untuk menguasai kemahiran), learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna) dan
learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama).
Tambahan lagi, guru perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan untuk
menerapkan nilai-nilai murni dan moral serta akhlak yang baik semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Nilai-nilai murni ini menitikberatkan perlakuan yang baik serta
peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan.
Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
Akhir sekali, guru alaf baru mestilah menguasai pengetahuan dan kemahiran
industri. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan generasi bagi pasaran tenaga kerja
industri yang merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai salah satu
sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh
yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada perubahan keadaan perindustrian.
Kurikulum dan daya didik di dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya
merealisasikan masyarakat saintifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan
berpandangan jauh ke hadapan.
3.0 Kesimpulan
Perkembangan dunia dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi
seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk
memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas
nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotis dan
14
memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia.
Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu
menghadapi alaf baru iaitu abad ke-21. Pendidikan di alaf baru hasil daripada perledakan
dan perkembangan teknologi maklumat mengundang pelbagai cabaran yang harus
ditangani dengan bijak oleh para pendidik khususnya.
Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha
menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak
penyampaian yang berkesan dan bermakna. . Unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak dalam Sekolah Bestari. Maka,
pelaksanaan Sekolah Bestari adalah amat bertepatan dengan zaman masa kini yang cukup
dikenali sebagai zaman ledakan teknologi maklumat. Kerajaan atau Kementerian
Pelajaran Malaysia terutamanya sememangnya pandai menggunakan kesempatan ini bagi
membuat perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita. Apa yang pasti, pelaksanan
sistem ini bukan sahaja akan menguntungkan para pelajar, malah akan turut menaikkan
martabat pendidikan negara kita amnya.
Bibliografi
Apa Dia Sekolah Bestari (2009). Diperoleh pada Julai 15, 2009 daripada
http://pendidikanislamsmkfbblogspot.com
Azizah Jaafar (2006). Penggunaan Perisian Kursus Sekolah Bestari di Kalangan Guru dan
15
Pelajar Sekolah di Malaysia. Diperoleh pada Julai 25, 2009 daripada
www1.tganu.uitm.edu.my
Dr. Ismail Zain (2009). Pendidikan Bertaraf Dunia: Ke Arah Pembestarian Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripada
www.ppdbesut.net
Konsep Sekolah Bestari (2009). Diperoleh pada Julai 13, 2009 daripada
www.mohrudzi.com
Lai Kim Leong (2002). Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Diperoleh pada Julai 18, 2009 daripada
www.ipbl.edu.my
Mohamad bin Muda (1998). Cabaran dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf
Baru. Diperoleh pada Julai 13, 2009 daripada www.ipbl.edu.my
Sejarah Sekolah Bestari (2007). Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripadahttp://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestari
Sekolah Bestari: Konsep dan Matlamat (2009). Diperoleh pada Julai 25, 2009 daripada
http://www.geocities.com
16