SEJARAH SEKOLAH SMK TTDI JAYA

2
SEJARAH SEKOLAH Bekas Tuan Pengetua, En Rasul Maideen bin Haja Maiden melapor diri untuk memulakan tugas pada 2 Januari 2001, diikuti oleh enam guru yang mendapat tawaran untuk bertugas di sekolah ini. Pendaftaran bagi kemasukan pertama murid-murid ke sekolah ini dibuat pada 23 dan 24 Disember 2000, dikelolakan oleh guru-guru kumpulan pertama ini, dengan bantuan Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11. Guru- guru ini juga yang merancang jadual waktu, takwim sekolah dan tugasan guru untuk membolehkan pergerakan aktiviti sekolah berjalan lancar. Sekolah mula beroperasi dengan status menumpang di Sekolah Menengah Kebangsann Seksyen 11, Jalan Wau 11/1, 40000 Shah Alam pada sesi petang iaitu dari 1.15 hingga 6.50 petang. Seramai 27 orang guru mula berkhidmat mendidik seramai 204 murid telah mendaftar. Sekolah membuka enam kelas Tingkatan 1 dan satu kelas Peralihan. Bilangan murid setiap kelas adalah lebih 30 orang untuk Tingkatan 1 dan 12 orang untuk Peralihan. Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan SMK TTDI Jaya yang telah dilengkapkan dengan kemudahan asas dan diperlukan pada 6 Jun 2001. Pada tahun 2002, julah muridnya seramai 481 orang dengan tenaga pengajar berjumlah 42 orang termasuk Tuan Pengetua, seorang pembantu makmal, seorang pembantu pentadbir, seorang pembantu pentadbir rendag dan empat orang pembantu am rendah. Pada tahun 2003, warga sekolah semakin bertambah dengan bilangan muridnya seramai 685. Manakala tenaga pengakarnya pula

Transcript of SEJARAH SEKOLAH SMK TTDI JAYA

Page 1: SEJARAH SEKOLAH SMK TTDI JAYA

SEJARAH SEKOLAH

Bekas Tuan Pengetua, En Rasul Maideen bin Haja Maiden melapor diri untuk memulakan tugas pada 2 Januari 2001, diikuti oleh enam guru yang mendapat tawaran untuk bertugas di sekolah ini.

Pendaftaran bagi kemasukan pertama murid-murid ke sekolah ini dibuat pada 23 dan 24 Disember 2000, dikelolakan oleh guru-guru kumpulan pertama ini, dengan bantuan Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11. Guru-guru ini juga yang merancang jadual waktu, takwim sekolah dan tugasan guru untuk membolehkan pergerakan aktiviti sekolah berjalan lancar.

Sekolah mula beroperasi dengan status menumpang di Sekolah Menengah Kebangsann Seksyen 11, Jalan Wau 11/1, 40000 Shah Alam pada sesi petang iaitu dari 1.15 hingga 6.50 petang. Seramai 27 orang guru mula berkhidmat mendidik seramai 204 murid telah mendaftar. Sekolah membuka enam kelas Tingkatan 1 dan satu kelas Peralihan. Bilangan murid setiap kelas adalah lebih 30 orang untuk Tingkatan 1 dan 12 orang untuk Peralihan.

Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan SMK TTDI Jaya yang telah dilengkapkan dengan kemudahan asas dan diperlukan pada 6 Jun 2001.Pada tahun 2002, julah muridnya seramai 481 orang dengan tenaga pengajar berjumlah 42 orang termasuk Tuan Pengetua, seorang pembantu makmal, seorang pembantu pentadbir, seorang pembantu pentadbir rendag dan empat orang pembantu am rendah.

Pada tahun 2003, warga sekolah semakin bertambah dengan bilangan muridnya seramai 685. Manakala tenaga pengakarnya pula seraimai 53 orang termasuk Tuan Pegetua. Bilangan staf sokongan adalah seramai lapan orang iaitu tiga orang pembantu am rendah, dua orang pembantu tadbir, seorang pembantu tadbir rendah dan tiga orang pembantu makmal.

Sehingga November 2009, jumlah telah meningkat bilangannya kepada seramai 1868 orang. Bilangan guru adalah seramai 143 orang termask Tuan Pengetua. Bilangan staf sokongan adalah seramai sepuluh orang yang bersama-sama mengerakkan SMK TTDI Jaya.

Page 2: SEJARAH SEKOLAH SMK TTDI JAYA

Pada tahun 2010, pengetua SMK TTDI Jaya, En Rasul Maideen bin Haja Maideen telah ditukarkan ke SMK Puncak Alam dan telah digantikan oleh Datin Aisah binti Jaman dari SMK Bukit Jelutong.