Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani-zaman Purba

download Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani-zaman Purba

of 16

Transcript of Sejarah Perkembangan Pendidikan Jasmani-zaman Purba

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN PURBA

Ahli kumpulan: Connie HafiziRong IngNaliniJasperinBridgetPENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN PURBA

Manusia semasa zaman purba hidup secara nomad iaitu berpindah randah. Melakukan aktiviti memburu dan mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta (menari-proses komunikasi antara manusia dengan roh /Tuhan, permainan kebudayaan dan berkumpul).

Mereka sanggup berjalan hingga barbatu-bata untuk menziarah komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

-Memanah-melepar gada dan lembing-memburu binatang-membuat senjata dan sempan-menangkap ikan -mendayung kolek

Contoh aktiviti masyarakat zaman purba

Aktiviti perkembangan fizikal:

-Berenang-Berlari-Mendaki gunung

Zaman neolitik (revolusi pertanian) -merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif yang sedang dalam zaman tamadun kegelapan.

-era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi perlu berpindah-randah. (menetap di suatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka).

-manusia mula mengamalkan gaya hidup sedentari dan manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan.

di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakan penglibatan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman (kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak)

manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan menyihatkan badan. Ketika itu kung-fu dicipta dan kaya dengan berbeza dan meniru pergerakkan binatang berlawan.

Selain daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda.

-di india, masyarakat ketika itu dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan Budhha. Fokus mereka lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga.

Yoga ialah penyatuan antara tubuh, akal dan roh. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka dengan alam sekitar.

Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan badan.

-Timur tengah seperti Parsi, Egypt, Babylon dan Syria mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan ramai tentera untuk meluaskan empayar.

- Zaman greek masyarakat Yunani amat mementingkan kecergasan fizikal, kota-kota yang terkenal semasa itu ialah seperti Athens dan Sparta. Kedua-dua kota ini mempunyai objektif tersendiri.

Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat. Manakala di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu kepada kesihatan dan apresiasi nilai estetika untuk terus hidup lebih aktif.

-masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimana kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan pelajaran yang penting ketika itu.

Sparta bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat

Terima kasih