Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan...

23
Bab 1 Contents I. Sejarah Perkembangan Kewangan Islam Di Dunia............2 II. Sejarah Perkembangan Kewangan Islam Di Malaysia.........2 III. Sistem Perbankan Islam Di Malaysia......................2 IV. Perundangan Perbankan Islam Di Malaysia.................6 V. Prinsip II & Larangan Dalam Perbankan Islam..............10 VI. Perbezaan Perbankan Islam Dan Konvensional.............12 1

Transcript of Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan...

Page 1: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

Bab 1

Contents

I. Sejarah Perkembangan Kewangan Islam Di Dunia.......................................................2

II. Sejarah Perkembangan Kewangan Islam Di Malaysia..................................................2

III. Sistem Perbankan Islam Di Malaysia............................................................................2

IV. Perundangan Perbankan Islam Di Malaysia..................................................................6

V. PrinsipII & Larangan Dalam Perbankan Islam.............................................................10

VI. Perbezaan Perbankan Islam Dan Konvensional...........................................................12

1

Page 2: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

I. SEJARAH PERKEMBANGAN KEWANGAN ISLAM DI DUNIA

II. SEJARAH PERKEMBANGAN KEWANGAN ISLAM DI

MALAYSIA

III. SISTEM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

A. KONSEP

Sistem perbankan Islam antara3 cabang utama sistem kewangan Islam selepas pasaran

modal Islam dan Takaful.

2

1970-anpenubuhanPertubuhan Negara-negara Islam (OIC)Raja Arab Saudi menyarankan agar setiap negara Islam menubuhkan perbankan Islam

1975Penubuhan bank islam pertama, Islamic Development Bank

1979tiga lagi bank-bank Islam ditubuhkan iaituFaisal Islamic Bank of Egypt, Faisal Islami Bank of Sudan Kuwait Finance House

1963Tabung Haji Ditubuhkan

July 1983Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ditubuhkan

1993Bank komersial membuka Islamic windows

1 May 1997Penubuhan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan mengenai Perbankan Islam dan Takaful oleh BNM

1 Oct 1999PenubuhanBank Muamalat Berhad (BMMB)

2004Kerajaan Malaysia membenarkan bank asing dan antarabangsa untuk mengoperasikan sepenuhnya bank Islam di Malaysia

2009Mahkamah Muamalat ditubuhkan

2013APKI/IFSA diluluskan dan memansuhkan Akta Bank Islam dan Akta Takaful

Page 3: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

B. PENTADBIRAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Perundangan S. 27 Akta BNM : “sistem kewangan di Malaysia hendaklah terdiri

daripada sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam”.

S. 2(1) Akta BNM : Sistem kewangan Islam ialah sistem kewangan

yang mengendalikan perniagaan kewangan, yang tertakluk pada

undang-undang negara ini dan selari dengan Syariah.

Penyelesaian

Perrtikaian

ARBITRASI

o S. 56 BNM : prosiding yang berkaitan dengan perbankan dan

kewangan Islam boleh dibuat melalui mahkamah dan arbitrasi

tetapi tertakluk pada rujukan yang dibuat kepada Majlis

Penasihat Syariah.

o Arbitrasi bagi kewangan Islam di Malaysia boleh disalurkan

kepada badan arbitrasi, seperti Pusat Serantau bagi Arbitrasi di

KL (KLRCA).

o Kaedah 2 Kaedah-kaedah bagi Timbang tara (Perbankan dan

Perkhidmatan Kewangan Islam) 2007 : pertikaian yang timbul

daripada perniagaan perbankan Islam…. hendaklah

diputuskan oleh timbang tara mengikut Peraturan Timbang

Tara KLRCA

MAHKAMAH

o Jadual Ke-9Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

bidang kuasa Mahkamah Sivil dalam Senarai 1 yang termasuk

prosedur sivil dan jenayah, pentadbiran keadilan, kontrak dan

perkara perdagangan, timbang tara dan lain-lain

3

Pentadbiran Perbankan Islam di

Malaysia

Perundangan

Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (Akta 372)

Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701)

IFSA 2013

Penyelesaian Pertikaia n (S. 56 Akta BNM)

Mahkamah

Arbitrasi

Page 4: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

C. BIDANG KUASA MHKMH SIVIL DALAM PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM

1. Refer status quo kat bawah

2. Bank Islam Malaysia Bhd lwn Adnan bin Omar (1994 )

Isu : sama ada Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk

mendengar kes BIMB (Plaintif) yang merupakan sebuah bank Islam,

berpandukan artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Held : Perkara berkaitan perbankan Islam, walaubagaimapun tidak termasuk

dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dalam kes ini, mahkamah juga

berhujah bahawa BIMB merupakan suatu pertubuhan perbadanan yang tidak

mempunyai agama, oleh itu tidak termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah

Syariah. Maka, pertikaian berkaitan perbankan dan kewangan Islam di

Malaysia jatuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan di bawah

bidang kuasa Mahkamah Syariah.

PENUBUHAN MAHKAMAH MUAMALAT (MM) DI MALAYSIA

1. Sebelum penubuhan : Smenjak 2003, kes muamalat telah didaftarkan

di bawah Mahkamah Dagang 4 dan diberikan kod rujukan khas. Pada

awalnya, kes yang didengar dalam Mahkamah Dagang 4 merupakan campuran

antara perbankan Islam dan kes komersil yang lain.

2. MM mula beroperasi pada Februari 2009.

3. Struktur: MM adalah sebahagian drpd Bahagian Komersil Mahkamah

Tinggi Kuala Lumpur

4. Bidang kuasa: bidang kuasa asal & bidang kuasa rayuan yang sama

seperti Mahkamah Tinggi di Malaysia berdasarkan peruntukan Akta 91 dan

ditubuhkan untuk mendengar semua kes perbankan dan kewangan Islam.

4

Page 5: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

5. Rujukan MM: berpandukan Seksyen 56 Akta BNM, isu Syariah di

MM akan mandatori (sebab ada frasa “hendaklah”) dirujuk kepada (MPS)

BNM untuk membuat keputusan mengenai isu Syariah yang berkaitan dengan

perbankan dan kewangan Islam. Peruntukan ini bertepatan dengan fungsi MPS

sebagai pihak yang paling berautoriti dalam menentukan undang-undang Islam

berkaitan dengan urusan kewangan Islam di Malaysia

6. Pelantikan hakim khusus untuk mengendalikan litigasi perbankan &

kewangan Islam berupaya menjadikan hakim itu memiliki kepakaran dalam

memutuskan kes yang berkaitan dengan kewangan Islam.

D. ISU DAN CABARAN MM

1. bilangan semasa hakim dan kakitangan di MM berkemungkinan tidak

mampu menanggung beban untuk menyelesaikan semua kes dengan kadar

segera sejajar dengan perkembangan pesat sektor kewangan Islam itu sendiri.

Ini kerana Statistik kes kewangan Islam di Mahkamah Muamalah,

pertambahan kes ketara dapat dibuktikan. (2003=370 kes, 2009=2280 kes)

2. Pemakaian prinsip undang-undang Islam di Mahkamah Muamalat

Kes Tahun KeputusanBank Kerjasama Rakyat Malaysia v Emcee Corporation Sdn Bhd

2003 kes kewangan Islam yang dibicarakan di Mahkamah Sivil tidak dapat lari daripada diputuskan berdasarkan undang-undang sivil yang berkuat kuasa di Malaysia.

Malayan Banking Berhad v Ya’up Oje

20007 rujukan kepada prinsip perundangan Islam adalah wajib dalam memutuskan pertikaian kontrak Islam

3. Rujukan kepada Majlis Penasihat Syariah (seksyen 56 Akta BNM)

Rujukan wajib kepada MPS hanya melibatkan persoalan Syariah yang

dipertikaikan sahaja. Penentuan sama ada isu yang dibangkitkan ialah isu

Syariah tertakluk pada ketentuan mahkamah. Sekiranya isu itu melibatkan

ketentuan hukum Syarak, tetapi mahkamah memutuskan bahawa isu tersebut

tidak melibatkan persoalan Syariah, kesannya isu tersebut tidak akan dirujuk

kepada MPS dan mahkamah akan memutuskan isu terbabit secara terus.

5

Page 6: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

Sekiranya ini berlaku, berkemungkinan keputusan yang diberikan oleh

mahkamah adalah tidak menepati kehendak hukum Syarak.

4. Rayuan keputusan MM ke mahkamah yang lebih tinggi

seandainya keputusan yang dibuat oleh MM dirayu ke mahkamah yang lebih

tinggi, tidak ada lagi mahkamah khas yang akan mendengar rayuan tersebut.

IV. PERUNDANGAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

A. STATUS QUO

1. Senarai II (Senarai Negeri) dalam Jadual Ke 9 PP, mahkamah Syariah

mempunyai bidang kuasa terhadap undang-undang Islam.

2. Namun perenggan 1 Senarai II menghadkan bidang kuasa mahkamah

Syariah kepada perkara tertentu sahaja. Perkara tersebut merangkumi undang-

undang peribadi dankekeluargaan seperti perkahwinan, perceraian, penjagaan

anak.

3. Sebaliknya perenggan 7 dan 8, Senarai I (Senarai Persekutuan) dalam

Jadual Ke 9: perkara berkaitan perbankan dan kewangan adalah di bawah

Senarai Persekutuan yang memberikan kuasa perundangan kepada Parlimen.

4. Perenggan 4(k) Senarai I yang memberi kuasa kepada Parlimen untuk

menetapkan undang-undang Islam bagi tujuan perundangan persekutuan

menunjukkan bahawa isu kepatuhan terhadap fasiliti perbankan Islam

hendaklah diputuskan oleh mahkamah sivil

B. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DIPERLUKAN UNTUK PENUBUHAN

BANK ISLAM

AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 (APKI/IFSA)

1. Akta terkini yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan telah

memansuhkan Akta Bank Islam dan Akta Takaful 1984

6

Page 7: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

2. Akta tunggal dalam mengawal selia institusi-institusi perkhidmatan

kewangan Islam yang berada di bawah penyeliaan BNM.

3. Diperkenalkannya “Akaun Pelaburan” di bawah IFSA sebagai satu

jenis akaun baru dan tidak termasuk dalam kategori Deposit Islam. Sebelum

IFSA memansuhkan IBA, akaun pelaburan merupakan salah satu jenis produk

deposit Islam.

4. Tidak menghalang institusi yang dilesenkan di bawah APK untuk

menjalankan perniagaan kewangan Islam dengan syarat:

a) S.15 (1) APK: institusi terbabit mestilah mendapat kebenaran

bertulis terlebih dahulu dari pada BNM.

b) S. 14 APK : institusi yang hendak menjalankan perkhidmatan

kewangan Islam perlu memenuhi kehendak peruntukan APKI yang

terkandung dalam Bahagi an IV, VI, IX, X dan XIII.

5. Perkhidmatan kewangan Islam yang dikawal selia oleh APKI terbahagi

kepada dua:]

Jenis Contoh

S. 8(1)(a) APKI: Perniagaan yang dibenarkan yang di lesenkan oleh Menteri atas syor BNM.

perniagaan perbankan IslamS (2)(1): perniagaan perbankan Islam ialah perniagaan yang setuju untuk terima deposit Islamm dam terima wang di bawah akaun pelaburan serta merlibatkan penyediaan produk pembiayaan

perniagaan takafulS (2)(1): perniagaan yang berhubungan dengan pentadbiran, pengurusan dan operasi suatu kumpulan wang takaful untuk peserta takafulnya yang mungkin melibatkan elemen pelaburan atau simpanan

Perniagaan yang diluluskan oleh BNM di bawah S.11 APKI

operasi sistem pembayaranS.2(1): “sistem pembayaran” ertinya apa-apa sistem pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau pelakuan perniagaan pengendali sistem pembayaran itu adalah mengikut Shariah.perniagaan nasihat kewangan IslamS.2(1) : perniagaan ini boleh jadi dalam bentuk mengesyorkan suatu

7

Page 8: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

produk takaful yang sesuai kepada seseorang, mengatur suatu kontrak berkenaan dengan suatu produk takaful bagi seseorang dan lain-lain lagi.

6. Komponen-komponen APKI

Komponen Seksyen Penerangan

Pematuha

n Syariah

28 Kewajipan berterusan institusi kewangan islam untuk mematuhi

Syariah selagi mana institusi itu menjalankan perkhidmatannya

termasuklah keperluan mematuhi keputusan Majlis Penasihat

Syariah

28 (1) Kepatuhan syariah meliputi matlamat dan pengendalian aktiviti dan

hal ehwal institusi tersebut.

28 (3) Sekiranya institusi tidak patuh, institusi tersebut hendaklah:

Segera memaklumkan kepada BNM

Segera menamatkan perniagaan

Dalam tempoh 30 hari selepas menyedari ketidakpatuhan,

kemukakan rancangan pembetulan kepada BNM

29 (1) BNM ada kuasa untuk tentukan standard kepatuhan Syariah dan

institusi wajib untuk mematuhi setandard-standard tersebut

Tadbir

Urus

Syariah

30 (1) Kewajipan setiap institusi perkhidmatan kewangan islam untuk

menubuhkan jawatankuasa syariah yang akan menasihati dan

memastikan institusi tersebut sentiasa mematuhi Syariah.

36 Keperluan pihak pentadbiran institusi itu untuk memberikan segala

maklumat yang diperlukan oleh jawatankuasa Syariah yang sebagai

balasan bertanggungjawab tidak mendedahkan kepada mana-mana

pihak yang tidak dibenarkan

Audit

Pematuha

n Syariah

37 BNM ada kuasa untuk menghendaki sesebuah institusi untuk

melantik mana-mana orang yang mempunyai kelulusan daripada

BNM menjalankan audit pematuhan Syariah di institusi berkenaan.

38 Auditor tidak akan bertanggungan bagi kemungkiran kewajipan

kerahsiaan antara auditor dan institusi berkenaan perkara yang

dilaporkan kepada BNM menurut audit pematuhan Syariah.

8

Page 9: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

7. Tiada Tanggungan keras (cukup perbuatan, x perlu niat) di

bawah IFSA

a) S. 252 (4) : seseorang itu tidak akan bertanggungan sekiranya

kesalahan itu dilakukan di tanpa izin/ pengetahuannya dan dia telah

mengambils segala langkah munasabah untuk menghalang perbuatan

jenayah itu sesuai dengan fungsinya di dalam institusi tersebut.

C. AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013.

D. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1. Artikel 121,

2. Perkara 7, Jadual 9 : urus niaga perbankan adalah tertakluk kepada

perundangan Persekutuan. Justeru itu, semua undang undang berkaitan urus

niaga kewangan Islam mestilah digubal mengikut prosedur yang telah

ditentukan di Parlimen. Hasil terkini ialah IFSA.

3. kekurangan rangka kerja perundangan menyebabkan pembiayaan

ijarah tertakluk kepada undang-undang sivil seperti Akta Kontrak 1950, Akta

Sewa Beli 1967 dan Kanun Tanah Negara 1965.

E. SEKSYEN 3 DAN 5, AKTA MAHKAMAH SIVIL 1956

urus niaga perbankan dan transaksi berkaitan adalah di bawah undang-undang

sivil.

F. MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

1. MPS BNM yang di tubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia

2009 (Akta 701) adalah merupakan pihak berkuasa bagi penentuan hukum

Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam yang berada di bawah

penyeliaan BNM.

9

Page 10: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

2. Aspek-aspek perundangan berkaitan dengan MPS adalah di kawal selia

oleh peruntukan yang terkandung di dalam Akta 701 (seksyen 51 hingga 58).

3. Segala keputusan berkaitan undang-undang urus niaga kewangan Islam

adalah dikawal oleh MPS BNM untuk urus niaga perbankan dan Majlis

Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti untuk kawalan terhadap pasaran

modal Islam.

G. MAHKAMAH BERKAITAN PERBANKAN ISLAM (RUJUK PART II : D)

V. PRINSIPII & LARANGAN DALAM PERBANKAN ISLAM

A. PRINSIP-PRINSIP PERBANKAN ISLAM

1. Asas utama dan terpenting dalam sistem kewangan Islam ialah

kesemua produk tidak boleh bercanggah dengan jurispruden Islam dan

undang-undang muamalat Islam.

2. Perbankan Islam dituntut untuk memenuhi Maqasid al-Syariah

a) Imam Ghazali : Maksud Syarak adalah untuk memelihara lima

perkara yang menyentuh aspek

(1) pemeliharaan agama mereka,

(2) kehidupan mereka,

(3) akal pemikiran mereka

(4) zuriat keturunan mereka dan

(5) Harta mereka.

10

Page 11: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

3. Perkongsian untung rugi (Rujuk perbezaan)

4. Islam mengalakkan pengembangan harta melalui instrumen yang boleh

mendatangkan pulangan yang baik terutamanya kepada pihak institusi

perbankan Islam selaku entiti komersial tanpa sebarang bentuk penindasan dan

eksploitasi ke atas pihak-pihak lain

a) (Surah Al-Muzammil: 20) :Islam menganjurkan orang Islam

bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki dengan bersungguh-

sungguh

b) Maqasid al-Syariah juga menuntut perbankan Islam agar

mengambil kira harga pasaran dalam penentuan harga

Hadis: keperluan untuk membiarkan pasaran menentukan harga atau

nilai sebenar tamar tersebut. Ini bagi memastikan harga setiap komoditi

yang dijual adil dan bebas daripada sebarang unsur manipulasi dan

penipuan

c) Keuntungan yang diperolehi hendaklah sentiasa dikongsi

dengan umat yang terpinggir melalui amalan kebajikan (zakat,

sadaqah) dan Proses penyucian harta yang selalunya disalurkan dalam

bentuk sumbangan kebajikan

B. AL-RAWAJ (HARTA MESTI BERLEGAR DALAM KALANGAN SERAMAI

MUNGKIN MANUSIA VS. IKHTIKAR (MONOPOLI)

1. Konsep Al Rawaj daripada Surah Al-Hasyr, Ayat 7

Harta yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad hendaklah dibahagi-

bahagikan kepada keluarganya, anak yatim dan org miskin. Ketetapan yang

demikian supaya harta tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari

kalangan kamu sahaja

11

Page 12: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

a) So, produk-produk perbankan Islam seharusnya mampu

menyumbang kepada peredaran harta dengan adil khususnya dalam

pelanggan, pendeposit, pelabur, penasihat Syariah, pengamal undang-

undang dan institusi-intitusi kewangan Islam sendiri. yang terlibat

secara langsung dengan perbankan Islam

b) Sebab tu Islam ada hibah, wakaf dan zakat.

2. Pengharaman Ikhtikar : Hadis

“Sesiapa yang memonopoli sesuatu komoditi dengan niat untuk mengenakan

harga yang tinggi kepada orang Islam, dia adalah bersalah”

C. LARANGAN : RIBA / FAEDAH

1. Hukuman orang yang mengambil riba: Al-Baqarah: 2:275

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-

hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.”

D. LARANGAN : GHARAR/ KETIDAKTENTUAN

1. Contoh bisnis yang mengandung unsur gharar adalah:

a) Jual beli atas hasil yang belum pasti.

b) jual beli ternak yang masih dalam kandungan.

c) Jual beli buah atau tanaman yang belum masak.

E. LARANGAN : MAYSIR / PERJUDIAN

1. Maksud harfiah : memperoleh sesuatu dengan sangat mudah tanpa

kerja keras atau mendapat keuntungan tanpa bekerja.

2. Baqarah : 219

Arak dan judi adalah dosa besar. Memang ada manfaat bagi manusia tetapi

dosa nya lebih besar daripada manfaat.

12

Page 13: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

3. Contoh perjudian arab jahiliyyah : lepas sembelih unta dorg akan cabut

anak undi guna ank panah, siapa yang dapat anak panah bernama maka diakan

dapat daging, siap yang dapat tidak ernama dia x kan dpt daging dan kena

bayar harga penuh unta tu.

VI. PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM DAN KONVENSIONAL

Aspek Konvensional Islam

Dasar-dasar perundangan

prinsip yang dicipta oleh akal manusia “man-made principles”.

Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan sebagai rujukan, maka ia terdedah dengan seribu satu macam kelemahan.

An-Nisa: 28

“kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”

prinsip Al-Quran dan As-Sunnah.

Al- Baqarah: 2

“Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”

Hadis : Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu AQ dan Sunnah, di mana jika kamu semua berpegang teguh dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya;

Asas Kontrak

pinjaman wang kepada pelanggan dengan dikenakan faedah (interest) yang berganda.

jual beli atau sewa asset, Kontrak Mudharabah dan Musyarakah

Produk perlaburan

pelabur dijanjikan dengan kadar faedah tetap.

pelabur dan bank Islam akan berkongsi untung rugi, tiada kadar keuntungan yang tetap.

13

Page 14: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

Sasaran keuntungan

tanpa sebarang had batasan agama dan moral.

berdasarkan prinsip Islam dan menjaga manfaat masyarakat sejagat.

Isu:kadar keuntungan bank Islam lebih tiggi drpd konvensional, jawabnya ialah kemampuan untuk menawarkan kadar tersebut adalah bergantung kepada kemampuan bank Islam tersebut. Bank Islam baru bertapak kat Malaysia x sampai 20 tahun sedangkan perbankan Konvensional sudah bertapak lama di dalam arena perbankan

Kesan lambat bayar

Mengenakan tambahan wang penalti ke atas pinjaman jika lambat bayar.

Mengenakan wang compensation ke atas kelewatan tapi wang itu tidak dimasukkan ke dalam pendapatan bank, sebaliknya disalurkan terus kepada kebajikan.

Keadilan Sumber pendapatan

kadar ’interest’ bergantung kepada Kadar Pinjaman Asal/ ’Base Lending Rate’ (BLR) yang sifatnya tidak tetap.

Semasa krisis ekonomi tahun 1997, kadar peratusan BLR melonjak naik dengan begitu menyebabkan rakyat terseksa dengan kadar ’interest’ yang begitu tinggi sebagaimana perubahan BLR yang berlaku ketika itu. Keadilan tidak dapat ditegakkan lagi kerana ’periuk nasi’ bank-bank tersebut perlu dijaga terlebih dahulu.

melalui konsep kongsi untung dan rugi bersama pelanggan

“Allah telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba..." (surah al-Baqarah : 275)

Contoh: produk simpanan (deposit Al-Wadiah) iaitu sebuah kontrak apabila pelanggan mengamanahkan pihak bank menyimpan wangnya untuk tujuan pinjaman semata. pihak bank tidak akan memberikan faedah melalui pinjaman wang tersebut malah wang bonus yang akan diberikan dalam bentuk hibbah berteraskan budi bicara pihak bank setelah menilai lebihan keuntungan yang diperoleh itu dan tidak sama sekali melibatkan riba.

zakat Tidak melibatkan pembayaran zakat.

Melibatkan dan menyediakan proses pembayaran zakat.

Hubungan antara bank dan

pemberi pinjam dan peminjam. penjual, pembeli atau rakan kongsi

14

Page 15: Sejarah perbankan, sistem perbankan islam di Malaysia, asas dan larangan syariah di dalam perbankan islam

pelanggan

15