Sejarah PAPER 3 Imperialisme

download Sejarah PAPER 3 Imperialisme

of 6

Transcript of Sejarah PAPER 3 Imperialisme

  • 8/13/2019 Sejarah PAPER 3 Imperialisme

    1/6

    1a. Pengenalan Imperialisme

    -Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan

    menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.Kegiatan imperialisme telah berlaku sejak zaman

    Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.Imperialisme zaman moden bermula sejak abad ke-15 apabila

    kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.

    1b. Kuasa-kuasa barat (Total 5%)

    -Imperialisme Barat berlaku secara tidak langsung dan bertujuan untuk menguasai kepentingan

    perdagangan rempah sahaja.Antaranya kuasa Barat ialah Portugal,Sepanyol,Belanda,Britian,Perancis

    dan Amerika Syarikat.Persaingan sengit antara kuasa Barat apabila tercetus Revolusi Perindustrian di

    Eropah.Seluruh Asia Tenggara telah dikuasai sepenuhnya oleh imperialis Barat kecuali Thailand.

    2a. Faktor-faktor Imperialisme (25%)

    i)-Kedudukan Asia Tenggara yang strategik di antara China dan India telah menarik minat imperialis

    Barat untuk menguasainya bagi menjamin pasaran yang luas.Selain tanah yang subur,Asia Tenggara

    juga kaya dengan bahn mentah dan hasil bumi.

    ii)Pada peringakat awal,dasar imperialisme kuasa Barat adalah untuk menguasai dagangan

    mewah ,seperti teh dan rempah,tetapi dasar tersebut berubah apabila tercetus Revolusi

    Perindustrian.Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah membolehkan mereka mengeluarkan

    pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran.Hal ini telah menyebabkan mereka memerlukan

    pasaran yang baru dan memerlukan bahan mentah secara konsisten. Kesannya imperialisme Barat

    pesat di China, India dan Asia Tenggara kerana China dan India berpotensi untuk dijadikan pasaranyang .

    iii)Negara-negara Asia Tenggara kaya dengan pelbagai sumber bahan mentah.Contohnya,Tanah

    Melayu dan Indonesia kaya dengan bijih timah manakala Filipina kaya dengan tebu dan

    kelapa.Thailand kaya dengan bijih timah dan kayu jati manakala Burma kaya dengan jayu jati

    sahaja.Bahan mentah tersebut diperlukan oleh Revolusi Perindustrian di Barat.

    iv)Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan telah mendorong perluasan

    imperialisme Barat di Asia Tenggara.Penggunaan kapal berkuasa wap telah mempercepat kegiatn

    imperialisme.Kapal ini lebih selamat dan dapat membawa muatan yang lebih banyak.Pembukaan

    Terusan Suez telah memendekkan perjalannan antara timur dan Barat sertan menjimatkankos.Penciptaan telegraf meningkatkan perhubungan Barat dan Timur.Arahan pemimpin imperialis

    disampaikan cepat dan berkesan.Urusan perniagaan menjadi lebih mudah dan perdagangan

    antarabangsa menjadi lebih pesat.

    v)Slogan beban orang putih digunakan oleh Belanda dan British dalam manjalankan imperiaslisme

    dengan alasan mereka lebih maju dan bertamadun.Mereka berasa bertanggungjawab untuk

    memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.Orang Timur dianggap mundur dan

    memerlukan kehidupan yang lebih sejahtera.Perancis berpegang pada slogan tugas menyebarkan

    tamadun.Mubaligh Kristian berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama

    Kristian kepada penduduk Tanah Melayu.

  • 8/13/2019 Sejarah PAPER 3 Imperialisme

    2/6

    vi)Persaingan antara kuasa Barat menyebabkan Negara-negara di Asia Tenggara menjadi mangsa

    imperialisme mereka.Semakin luas tanah jajahan mereka,semakin tinggi sanjungan yang diperoleh

    kuasa-kuasa Barat itu.Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat

    tersebut.

    2b. Kesan Imperialisme [Terhadap politik/ biokrasi barat] (5%)

    Dari segi politiknya, sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara telah mengalami

    perubahan yang drastik. Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang

    tempatan telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Para pemerintah tempatan telah

    terpaksa menerima para penasihat dan juga pentadbir dari Barat. Sistem politik termasuk

    perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai sistem Barat. Persaingan

    kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia. Oleh itu, kuasa Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu,

    Burma, India dan China. Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan kuasa Barat,

    iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia. Selain itu, Perancis yang menjadi sainganBritain telah menjajah Indo China ( Laos, Vietnam dan Kemboja) dan Amerika pula telah menduduki

    Filipina.

    2b. biokrasi barat

    F1 memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat

    F2 penyatuan pentadbiran telah menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional

    F3 pengaruh golongan pembesar tradisi merosot

    F4 pentadbiran Indonesia terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan

    F5 berakhirnya Dinasti Konbaung di Burma

    F6 jawatan pembesar tradisional peringkat pusat terhapus

    F7 pengenalan Akta Kampung Ulu BurmaF8 pengenalan Akta Perkampungan Burma

    F9 pengaruh golongan agam merosot

    F10 penubuhan Majlis Perundangan dan jabatan di Burma

    F11 pengaruh undang-undang Barat

    F12 pelaksanaan sistem pembayaran cukai

    F13 penubuhan balai polis

    F14 pengaruh sistem raja berperlembagaan di Thailand

    F15 institusi raja masih kekal tapi peranannya berkurangan

    F16 birokrasi Barat mengambil alih peranan raja dan pembesar

    F17 tercetus gerakan nasionalisme di Asia Tenggara

    F18 pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir

    F19 pelaksanaan pentadbiran melalui biro

    F20 pegawai Barat sebagai Ketua Biro( 5or 6)

  • 8/13/2019 Sejarah PAPER 3 Imperialisme

    3/6

    3. Huraikan perubahan selepas dijajah Tanah Melayu. (15%)

    Sistem Pembesar Empat Lipatan yang diamalkan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi

    ikutan kebanyakan negeri Melayu.Namun,penaklukan Portugis terhadap Melaka telah

    meruntuhkan institusi di Melaka.Semasa pemerintahan British, Melaka ,Pulau Pinang,dan

    Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat.Gabenor sebagai pemerintah

    tertinngi NNS dan dibantu oleh Residen Kaunselor.Jawatan penghulu masih dikekalkan .

    Sistem Residen telah diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

    Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang.Residen British telah dilantik di setiap Negeri-

    negeri Melayu Bersekutu yang bertanggungjawab terus kepada Gabenor Negeri-Negeri

    Selat.Sistem Penasihat telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Tidak Bersekutu,seperti

    Kedah,Kelantan,Terenganu,Perlis dan Johor.Setiap Penasihat juga diletakkan di bawah

    Gabenor Negeri-Negeri Selat.Tugas utama residen dan penasihat British adalah untuk

    menasihati sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat

    Melayu.British telah memperkenalkan pelbagai perubahan,seperti Kehakiman

    Barat,pelaksanaan system pengutipan cukai,pembahagian negeri kepada beberapa daerah

    dan penubuhan balai polis.Peranan raja dan pembesar Melayu terjejas walaupun struktur

    pentadbiran di negeri-negeri Melayu tidak berubah.

    4. Langkah-langkah Malaysia mempertahankan kedaulatan [Persiapan Anda]

    PEMERINTAH

    -memperkukuh sistem pertahanan &keselamatan Negara

    -menganjur program atau aktiviti untuk menanam semangat patriotis dalam kalangan rakyat.

    -memperkukuh ekonomi Negara:

    #elakkan daripada penjajahan ekonomi

    #menjadi Negara pengeluar atau pembuatan bukannya Negara pengguna

    -mewujudkan system social dan pendidikan yang boleh melahirkan modal insane yang bertaraf dunia .

    MASYARAKAT

    -menjaga dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum

    -tidak menyentuh isu sensitive

    -membantu menjayakan usaha-usaha kerajaan dalam bidang keselamatan ,ekonomi & sosial.

    INDIVIDU

    -cinta akan Negara,bersemangat patriotik& sanggup berkorban demi

    -mengusai ilmu pengetahuan dan teknologi

    -menjaga akhlak supaya tidak terlibat dalam gejala sosial

    -mengamalkan prinsip Rukun Negara malaysia kaitkan malaysia

  • 8/13/2019 Sejarah PAPER 3 Imperialisme

    4/6

    5. Kerjayaan Malaysia [KBKK]

    - Bidang yang dikecapi termasuklahperusahaan automobil, pembinaan bangunan pencakar langit,

    aeroangkasa,pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan.

    -menyatupadukan semua kaum, membina bangunan UTC, membuat produk malaysia

    - Tidak dapat dinafikan bahawa bidang perusahaan automobil merupakanmercu kecemerlangan

    dalam mencapai kejayaan Malaysia.

    -menghasilkan kereta nasional- termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva

    -Pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar

    PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Malaysia juga

    melancarkan mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas.

    -Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya melancarkan dua

    satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II pada bulan September 2000.

    - Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero

    dunia. Di Malaysia, terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang

    Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, Lebuh

    Raya Utara-Selatan dan Terowong ***ART.

    -Pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

    Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Selain bidang skuasy,

    nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia,

    6. Cabaran/Langkah-Langkah untuk mempertahankan keamanan Negara

    -Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah denganmemupuk

    semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang

    rakyat Malaysiadan menyayangi negara kita

    -Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus

    dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegaraMalaysia. Bendera negara kita, JalurGemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang

    suci.

    -Seseorang rakyat haruslah sentiasabersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga

    harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.

    -Semangat kekitaanjuga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara.

    Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur

    dan bertoleransi antara masyarakat.

    -Sifat bersatu-padu antaramasyarakat yang berbilang kaum amat penting untukmewujudkan keharmoniandan semangat berjuang untuk negara

  • 8/13/2019 Sejarah PAPER 3 Imperialisme

    5/6

    -Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengirakedudukan,

    bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam

    dan kepercayaan kaum lain.

    -Sifat berdisiplin

    juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturandan undang-undang yangditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.

    -Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan sertamemjunjung Perlembagaan Negara

    untuk mewujudkan keamanan dalam Negara.

    -tidak menyentuh isu sensitif

    7. Nilai-nilai Murni

    i. berilmu pengetahuan-

    ii. hormat-menghormati

    iii. perpaduan

    iv. tolak-ansur

    v. kreatif dan inovatif

    vi. rajin

    vii. semangat cintakan tanah air

    viii. patriotik

    ix. berperikemanusian

    x. berusaha dengan gigih

    (Or this one)

    F1 Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan

    F2 Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan

    F3 Mereka lebih maju dan bertamadun

    F4 Beban Orang Putih / Bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.

    F5 Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur

    F6 Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan

  • 8/13/2019 Sejarah PAPER 3 Imperialisme

    6/6

    8. Iktibar

    -iktibar iaitu untuk memupuk semangat patriotik bagi menghargai perayaan tradisi pelbagai

    masyarakat di Malaysia dan secara tidak langsung membantu mengekalkan sesuatu budaya

    bangsa yang menjadi warisan bersama selaras dengan konsep 1Malaysia.

    Selain itu, objektif berikutnya adalah dapat mengetahui secara mendalam tentang perayaan

    di Malaysia khususnya Hari Raya Aidil Fitri dari segi latar belakang, persiapan sambutan

    perayaan (sebelum, semasa, selepas) dan kesan sambutan perayaan dari aspek

    kekeluargaan, perpaduan dan sebagainya.

    9.Rumusan

    -Imperialis barat hadir adalah untuk kepentingan ekonomi. Pengenalan Birokrasi barat telah

    mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial di Asia Tenggara Penjajah. Penjajah

    mengamalkan diskriminasi dan penindasan. Mecetuskan gerakan nasionalisme. Menuntut

    kemerdekaan daripada penjajah.

    (Or copy form text book