SEJARAH ORIENTALISME

22
7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 1/22 1 SOALAN KEDUA : Umat Islam kini menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bentuk dan rupa. Antara cabaran terhadap umat Islam di zaman moden ini ialah orientalisme. Apakah konsep orientalisme? Bincangkan juga mengenai tujuan orientalisme, sejarah dan kegiatannya serta tokoh-tokoh orientalis. JAWAPAN : KONSEP ORIENTALISME Orientalisme adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan Barat. Manakala perkataan Orientalisme adalah dari dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada Medditeranien terutama sebelah Asia Timur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang boleh membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yang tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip (Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti (  Barbarisme  , Heroisme) atau yang menunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada pada seseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain (  Americanism) (Hawkins 1989,434) Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam mengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan atau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama . Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan tamadun secara umum . Makna inilah

Transcript of SEJARAH ORIENTALISME

Page 1: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 1/22

1

SOALAN KEDUA :

Umat Islam kini menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bentuk dan rupa. Antara cabaran

terhadap umat Islam di zaman moden ini ialah orientalisme. Apakah konsep orientalisme?

Bincangkan juga mengenai tujuan orientalisme, sejarah dan kegiatannya serta tokoh-tokoh

orientalis.

JAWAPAN :

KONSEP ORIENTALISME

Orientalisme adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang

negara-negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasadan kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam

membentuk persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan

kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam) dengan

Barat.

Manakala perkataan Orientalisme adalah dari dua kata dasar yang digabungkan , iaitu

oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada

Medditeranien terutama sebelah Asia Timur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah

suatu penambahan yang boleh membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang

doktrin atau praktis yang tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu

sistem atau prinsip (Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti ( Barbarisme  , Heroisme) atau

yang menunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada pada

seseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain (  Americanism)

(Hawkins 1989,434)

Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam

mengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan atau

peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama . Walau pun

pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang penting dalam

kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan penganutnya , sama ada

menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan tamadun secara umum . Makna inilah

Page 2: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 2/22

2

yang terlintas dalam pemikiran dunia Islam apabila menyebut ungkapan oreintalis ( al

Isytishraq) .

Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpritasi untuk Oreintalisme:

i-  Pengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi

pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada ia

seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , maka ia

digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.

ii-  Oreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan-

perbezaan ontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint dan

Occident. Di sini didapati sejumlah besar penulis  – penulis , antaranya penyair ,

novelis, ahli falsafah, politik dan ekonomi telah menerima perbezaan asas di

antara Timur dan barat sebagai garis permulaan untuk mereka menghuraikan

teori , epik, novel , sosial , politik, adat , matlamat dan minda orang-orang Timur.

iii-  Pengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-dua

definisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 ,

Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang

berurusan dengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadap

Timur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain

ia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan

memilikkuasa ke atas Timur.

TUJUAN ORIENTALISME

1.  Tujuan Akademik,

Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat

adalah didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan

mendalami selok belok Timur, termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka telah

Page 3: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 3/22

3

berlaku dan berjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan

diantara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran

maklumat , penterjemahan dan sebagainya . Tetapi pengajian dengan maksud yang lain

disebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolosi dibuat dalam Perhimpunan gereja-

gereja di Veianna yang telah berlaku pada tahun 1312 M.

2.  Tujuan Keagamaan ;

Seikh Hamdi Zaqzuq telah menjelaskan bahawa para sejarawan oreintalis meyakini

bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahaman

oreintalisme dan peubuhan akademi pengajian dan pengajaran Bahasa Arab dan Kajian

Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dihuraikan sebagai berikut :

(Zaqzuq 1984 , 66) :-

i- Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya, meyakinkan orang lain bahawa

Islam adalah agama yang diambil dari agama Nasrani dan Yahudi, merendah-

rendahkan nilai-nilai Islam dan menjatuhkan martabat Nabi-nabi Islam dan lain-

lain .

ii-  Memelihara penganut nasrani atau kristian daripada bahaya Islam dengan cara

menutup kebenaran Islam , meyakinkan penganut kristian tentang kekurangan

Islam serta memperingatkan mereka supaya tidah menyerah kalah kepada Islam .

iii-  Di sana ada lagi satu matalamat yang sentiasa tidak dilupai oleh golongan

oreintalis dalam setiap kegiatan dan kajian ―ilmiah‖ yang mereka lakukan iaitu

matlamat untuk menyebarkan agama kristian dikalangan orang timur, Oleh itu

mereka telah cuba sedaya upaya mereka untuk merosakkan kemuliaan Islam

dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan penganutnya.

Dorongan keagamaan ini adalah kerana kegiatan oreintalis itu sendiri adalah dimulakan

oleh gereja, Pada mereka, Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yang mengancam

Page 4: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 4/22

4

Kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang, Kegiatan

oreintalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripada

kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh oreintalis sendiri

tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitan

dengan Islam. Kenyataan dan pandangan yang dikemukakan oleh oreintalis tentang

Islam dan ajarannya , tentang dasar-dasar dan perundangannya , berkaitan dengan Nabi,

al-Quran, al-Hadis dan lain-lain yang dibuat secara memutarbelitkan apa yang

sebenarnya, adalah memperlihatkan matlamat dan tujun ini.

Antara kenyataan oleh para oreintalis yang mendedahkan tujuan mereka adalah :

i-  Kenyataan oleh Pierri Clury tentang tujuan usaha dan aktiviti beliau yang

mempelopori usaha terjemahan al Quran ke bahasa Latin yang dimulakan pada

tahun 1143 M bersama Robert Ketton beliau mengatakan :

―  Jika usaha ini ternyata di antara perkara-perkara tambahan, dan keduanya kerana

musuh tidak perlu diserang dengan senjata , tetapi aku berhasrat supaya dinegeri yang

ada raja yang agung mestilah ada benteng sama ada untuk pertahanan atau perhiasan

atau kedua-duanya sekali. Nabi Sulaiman membuat senjata untuk pertahanan

walaupun ia tidak perlu pada zaman itu Nabi Daud membuat perhiasan walau pun bukan

untuk , kegunaan zamannya ….. Begitu jugalah halnya dengan usaha ini, walau pun

 tidak boleh mengkristiankan umat Islam, tetapi cukup sekadar pihak gereja dapat

 memberikan pertolongan kepada orang yang lemah dan susah ―

ii- Seorang oreiantlis Jerman menyatakan : “Memang wujud sikap perseteruan

Kristian terhadap Islam , kerana sewaktu Islam berkembang di kurun pertengahan iatelah mendirikan satu benteng yang kukuh menghalang penjajahan dan perkembangan

kristian, kemudian Islam telah menyelinap pula ke negara-negara yang dulunya dibawa

kedaulatan kristian‖ 

Page 5: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 5/22

5

iii- Lawrans Brown juga menyatakan: ―Bahaya yang sebenar adalah wujud dalam

sistem Islam yang berkemampuan untuk berkembang dan mempengaruhi serta

kesesuaiannya yang mana ia dengan ini dapat menjadi satu-satunya benteng yang boleh

menyekat penjajahan Eropah‖ 

Dalam hasil penulisan dan kajian yang dibuat oleh kalangan oreintalis pula dapat

dilihat terlalu banyak penyelewengan yang sengaja dibuat bagi menyerang dan

memburuk-burukkan Islam dari pelbagai sudut. (Saudara boleh melihat kenyataan

yang dibuat oleh mereka ini dan jawapan terhadapnya dalam buku-buku yang telah ditulis

oleh ulama Islam bagi menjawab tuduhan-tuduhan mereka : Antara buku-buku

berkenaan ialah :

1.   Iftira’at al Mushtashriqin ‘ala al Islam oleh Dr Abdul ‗Azim Ibrahim.

2.   Difa’ an al ‘Aqidah wa al Syari’ah Did mata’in alMushtashriqin oleh

Muhammad al Ghazali.

3.   Al Islam Bayn Shubahat al Dallin , Yusuf al Qardawi.

4.   Al Islam Wa al-mushtashriqun oleh Muhammad al Dusuqiy.

3.  Dorongan Penjajahan

Peperangan salib telah berlaku dalam tujuh pusingan dan berakhir dengan

kekalahan di pihak musuh Islam. Ia pada zahirnya adalah peperangan yang berlaku atas

sebab agama tetapi pada hakikatnya adalah merupakan peperangan untuk matlamat

penjajahan. Bagaimana pun barat tidak berputus asa untuk terus kembali dan menjajah

negara-negara Arab dan Islam setelah kekalahan dan kejatuhan kerajaan Othmaniyyah

Turki yang menjadi pelindung dan penaung kepada umat Islam. Mereka telah menjajah

negara-negara Arab dan negara-negara Islam yang lain. Selepas itu mereka telah berusaha

untuk mengkaji semua aspek yang ada di negara-negara berkenaan , sama ada di sudutakidah , adat resam , corak dan perangai masyarakat juga hasil bumi yang ada.

Tujuannya ialah untuk mengenal pasti sudut kekuatan yang ada supaya dapat dilemahkan

dan dikuasai oleh mereka. Juga diselidiki aspek-aspek kelemahannya agar dapat

digunakan bagi melaksanakan tujuan mereka .

Page 6: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 6/22

6

4.  Dorongan Perniagaan

Diantara faktor yang mendorong kegiatan oreitalis ialah keinginan barat untuk 

berdagang dengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka

dan juga untuk memperolehi dan membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam

dengan harga yang murah. Disamping itu, dapat mematikan kilang-kilang perusahaan

setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besar-besar yang diwujudkan

diserata tempat di negara Islam .

5.  Dorongan Siasah ( Politik)

Pada masa kini setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah

mencapai kebebasan , maka terserlah pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan

oreintalis ini. Di kedutaan-kedutaan barat yang terdapat di negara-negara Arab dan

negara Islam terdapat pegawai khas yang fasih berbahasa Arab atau bahasa umat Islam

di negara-negara yang berkenaan. Dengan itu membolehkan mereka berhubung secara

terus dengan para pemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami arah

pemikiran mereka . Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari

dengan siasah dan kemahuan negara mereka . Di negara-negara Arab misalnya mereka

berusaha untuk menanam pemikiran yang bertentangan dan memecah belahkan

pemimpin-pemimpin negara Arab agar saling bertentang antara satu dengan yang lain.

Hal ini dilakukan dalam bentuk nasihat dan menyampaikan bantuan . Ia dilakukan

setelah mereka dapat mengenali sikap kebanyakan pemimpin utama yang bertanggung

 jawab dalam mengatur strategi negara.

3. Matlamat dan Tujuan Oreintalis.

Ada tiga bentuk tujuan dan matlamat golongan oreitalis ini mengikut kelompok 

mereka.

Page 7: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 7/22

7

Pertama: Golongan yang dikuasai oleh rasa fanatik dan mempunyai rasa permusuhan

yang jelas terhadap Islam dan penganutnya .

Kegiatan golongan ini adalah bermatlamat untuk :

i- Menimbulkan keraguan tentang kesahihan kerasuluan Nabi Muhammad s.a.w. dan

menanam prasangka terhadap sumbernya. Kebanyakan mereka menyangkal

bahawa Nabi Muhammad itu seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah

S.W.T. Mereka berusaha untuk membuat pelbagai tafsiran yang menyeleweng

tentang wahyu dan al-Quran .

ii- Penolakan mereka terhadap al-Quran yang sebagai yang datang dari langit

membawa kepada usaha mereka menolak Islam sebagai agama Allah . Islam

didakwa sebagai hasil ciplakan dari dua agama sebelumnya iaiatu Yahudi dan

Nasrani.

iii- Menimbulkan keraguan terhadap kesahihan hadith yang menjadi asas pegangan

umat Islam dan asas perundangan hukumnya. Mereka bersandarkan kepada

wujudnya hadis palsu dengan membutakan matanya terhadap usaha yang

dilakukan oleh para ulama hadith membersihkan hadith daripada semua

pemalsuan itu. Ia dibuat oleh para ulama dengan kaedah dan metod yang cukup

teliti dan kemas yang belum pernah ada tandingannya. Sebenarnya mereka

merasa iri hati melihat hadith Nabi yang lengakap dan sempurna serta kaya

dengan khazanah perundangan yang begitu mengkagumkan sedang mereka tidak 

mahu mengakui tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. lalu mereka dakwa

adalah tidak munasabah ia datang dari seorang yang ummiy yang tak tahu

membaca dan manulis.

iv- Menanam keraguan tentang nilai Fiqh Islam itu sendiri. Iaitu suatu perbendaharanyang begitu agung dan tidak pernah ada pada mana-mana umat di sepanjang

zaman.

Page 8: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 8/22

8

v- Menanam keraguan terhadap kemampuan Bahasa Arab untuk mengikuti

perkembangan dan kemajuan akademik . Dengan adanya keyakinan demikian

maka umat Islam khas umat Arab akan sentiasa mengemis untuk menggunakan

istilah dan bahasa mereka . Orang Islam akan merasa mereka tidak akan mampu

menandingi barat dalam semua bidang .

Kedua : Golongan oreintalis yang mempunyai sikap yang tidak fanatik.

Golongan ini melakukan kajian dan penyelidikan mereka semata-mata kerana keinginan

untuk mengetahui secara tepat tentang Islam . Dengan kata lain kegiatan mereka adalah

didorong oleh maksud akademik . Walau bagaimana pun terkadang-kadang terdapa juga fakta-

fakta yang kurang tepat berhubung dengan Islam . Ini adalah disebabkan oleh kurangnya

pengetahuan mereka tentang Bhasa Arab dan selok beloknya , atau pun disebabkan kejahialan

mereka tentang iklim yang ada dalam sejarah Islam dan kedudukan suasana masyarakat yang

berbeza . Apabila mereka cuba enggambarkan makaia cuba digambar dalam suasana dan iklim

yang mereka alami . Merekalupa dan tidak dapat dapat menghayati . Bezanya diantara kumpulan

ini dengan kumpulan pertama ialah mereka akan segera mengakui kesilapan mereka dan

membetuklkan tanggapan mereka apabila dijelaskan dengan fakta yang mempunyai bukti dan

asas yang sebenar, tidak berkeras dengan kebatilan dan pembohongan walau pun ternyata ia

tidak berasas.

Tidak dapat dinafikan bahawa setelah beberapa abad wujudnya jabatan-jabatan

pengajian Timur yang ditubuhkan melalui keputusan gereja , maka lahir pula sekumpulan

pelajar dan penyelidik yang mempunyai sikap yang tidak fanatik terhadap kristian dan yang

tidak mahu terjebak dengan tujuan dan matlamat yang tidak ilmiah. Golongan ini telah

menjalankan kajian mereka dengan tujuan yang bersih dari kebencian dan dengki kesumat tetapi

dengan tujuan-tujuan dan kepentingan yang lain . Antara tujuan dan matlamat ini ialah

i- Kajian yang dibuat dengan tujuan ilmiah semata-mata . Motif ilmiah ini muncul di

abad keemasan oreintalis iaitu zaman perkembagan penulisan dan penerbitan .

Page 9: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 9/22

9

ii- Tujuan Perdagangan : Motif ini menjadi keutamaan oreiantalis di abad ke 19 dan 20

ketika misi perdagangan dan pelayaran giat dilaksanakan oleh pemerintah .

Perdagangan dengan Timur banyak memberikan kuntungan kepada oreintalis selain

daripada memperolehi bahan-bahan mentah yang diperlukan . Mereka juga

menimba pengalaman denagn mengenali geografi dan kebudayaan Timur.

iii- Tujuan Politik : Pihak pemerintah memberi sokongan dan dokongan sepenuhnya

kepada oreintalis untuk mendalami dan mempelajari bahasa, tradisi , agama Timur

dengan tujuan supaya dapat mengenali teknik-teknik dan tektik yang sesuai bagi

mendekati, mempengaruhi dan menguasai penduduk tempatan yang dijajah.

Ketiga : Golongan Oreitalis Yang Mendapat Hidayat .

Golongan ini adalah merupakan mereka yang menyelidik dan mengkaji dengan maksud

untuk mencaari kebenaran . Apabila kajian mereka menjelaskan kebenaran apa yang

dibawa oleh Islam maka mereka untuk menerima dan menganut Islam dengan rela hati .

SEJARAH DAN KEGIATAN ORIENTALIS 

Apabila orang Islam berbicara tentang orientalis , maka pembicaraan mereka adalah

tertumpu kepada golongan orientalis yang sikap dan tindak tanduk serta aktiviti mereka adalah

digerakkan oleh sikap fanatik dan perseteruan mereka terhadap Islam dan penganutnya,

sehingga mereka dengan sengaja melancarkan berbagai-bagai serangan yang tidak berasaskan

terhadap Islam dan apa saja yang berkaitan dengan agama ini dan penganutnya. Fokus yang

akan di berikan penekanan dalam pembicaraan ini ialah perancangan dan strategi golongan

orientalis yang mempunyai matlamat dan tujuan menjadikan Islam sebagai sasaran mereka

dalam usaha mereka menyekat pengaruh dan kewibawaan Islam terhadap manusia sejagat.

Kelahiran gerakan orietalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran

agama kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur

untuk mencapai matlamat bersama . Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah

mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah

menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur. Antaranya

Page 10: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 10/22

10

ialah dengan mengiksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk tujuannya, termasuklah

melalui bidang pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua peringkat dengan

kurikulum dan pengisian yang sesuai dengan agama kristian, mengiksploitasi pelajar-pelajar

yang dihantar ke barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam

yang sedia ada dalam diri mereka agar menerima pandangan , pemikiran yang sesuai dengan

anutan mereka . Selain dari bidang pendidikan , maka bidang-bidang seperti perubatan , media

dan kewartawanan , penerbitan majallah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut .

Selain daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini ,maka

orientalis juga menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputi pelbagai

bidang . Al Sayyid Mustafa al Siba‘y (1983) telah mengemukakan 5 aktiviti yang dijalankan oleh

orientalis iaitu :

i) meliputi pengajian di Universiti ,

ii) pengumpulan manuskrip dan membut katalog,

iii) penyuntingan dan penerbitan ,

iv) penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah ,

v) Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam .

Matlamat orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan

serampang dua mata :

i- Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh dengan ajaran Islam

dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini mereka menumpukan kerja-

kerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam serta menutup semua keindahan dan

keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaum kristian bahawa Islam adalah tidak sesuai

untuk mereka.

ii- Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mula menimbulkan dan

membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadap akidah dan syariah Islam juga

sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagi melemahkan pegangan umat Islam

terhadap agama serta menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia

Page 11: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 11/22

11

disertai dengan usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka

sebagai penganut kristian .

iii. Menjadi konco kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan memudahkan

pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agar menerima pemikiran

mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat , dan pada

waktu yang sama mengurangkan pegangan mereka kepada nilai dan ajaran Islam .

Berikut adalah huraian ringkas tentang beberapa strategi yang dilaksanakan oleh

orientalis dalam gerak kerja mereka .

1) Polisi Pendidikan .

Barat yang telah berjaya menguasai negeri-negeri umat Islam secara liciknya menyusun dan

mengatur strategi mereka melalui pendidikan disemua peringkat pengajian kepada

masyarakat. Mereka membangun dan mendirikan sekolah-sekolah di semua peringkat dari

pra persekolahan sehingga peringkat tinggi. Banyak sekolah yang kemudahan yang lengkap

didirikan dan diletakkan dibawah kendalian pihak gereja atau misionari kristian . Di tanah

Melayu semasa dibawah penjajahan, sekolah-sekolah yang baik dan lengkap kemudahannya

adalah dikendalikan oleh pihak gereja dan diletakkan berhampiran dengan gereja . Bangunan

sekolah pula kadang-kadang merupakan sebahagian daripada kawasan gereja itu sendiri . Ia

selalunya dilengkapi dengan corak dan bentuknya. Terdapat banyak bangunan sekolah yang

diletakkan dipuncaknya lambang salib sama seperti bangunan gereja sendiri. Paling tidak 

nama sekolah yang terkenal pada masa penjajahan dan pada permulaan kemerdekaan

seperti Convent, Saint John, La Salle , dan sebagainya hingga kini masih kekal sebagai

bukti.

Peranan orientalis adalah membantu pihak penjajah dan pihak gereja atau misionari agar

merangka kurikulum yang boleh diterima oleh masyarakat orng Islam dan juga yang akanmemberikan hasil kepada mereka dalam jangka panjang . Penyusunan kurikulum adalah

dengan tujuan untuk menanam secara halus nilai-nilai barat sehingga mereka membesar

dengan pemikiran dan kecenderungan kepada barat dan diwaktu yang sama nilai-nilai Islam

akan terhakis secara halus sedikit demi sedikit dari jiwa mereka .

Page 12: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 12/22

12

Sepanjang tempoh penjajahan oleh barat di negara-negara umat Islam , mereka telah juga

menubuh dan mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi. Bahkan kadang -kadang institusi

pengajian tinggi itu didirikan dengan kerjasama rapat pihak misionari dan dalam bentuk 

yang jelas sebagai sebuah institusi kristian . Antara contohnya ialah :

i. American Universiti di Qahirah . Ia didirikan di sana bagi menyaingi Universiti al-

Azhar yang dikira sebagai satu benteng kekuatan Umat Islam di Mesir . Institusi ini

setiap tahun melahirkan para pendidik dan pendakwah untuk sekolah-sekolah yang

mereka dirikan di seluruh pelosok negeri Timur dekat .

ii. Universiti Amerika di Beirut. Ia dinamakan juga sebagai Fakulti Syria Injil dan

selepas itu diubah nama sebagai Universiti Beirut . Institusi ini telah ditubuhkan pada

tahun 1865 M ( Dr cAbd al Muncim : 2001) .

Kedua-dua Uninversiti Amerika ini di katakan memaksa pelajar-pelajar yang

memasuki pengajiannya supaya mereka masuk ke gereja setiap pagi dan mengikuti

upacara keagamaan yang dilakukan. Sewaktu di bantah oleh pelajar-pelajar Islam,

maka salah seorang dari pihak berkuasa dan pentadbirnya telah mengemukakan akta

dan dokumen penubuhannya yang menyebut : ‗ Faedah agama Kristian wajib diberikan

kepada setiap pelajar . Injil adalah antara mata pelajaran asas/ utama yang teras .

Setiap pelajar yang memasuki institusi ini perlu tahu sejak awal lagi apa yang

diperlukan untuk lakukan oleh mereka.

iii. Di Istanbul Turki, Universiti yang serupa telah ditubuhkan oleh seorang

pendakwah kristian dan sehingga kini ia terus diketuai oleh pihak misionari

Kristian.

iv- Pusat-pusat pengajian tinggi seumpamanya ditubuhkan juga di negara-negara umat

Islam yang lain seperti di Sudan , di Lahore, di Lubnan dan lain-lain .

Page 13: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 13/22

13

Semua pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain adalah membantu

menyebarkan matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis . Ia bekerja sepanjang masa

bagi membantutkan pertumbuhan belia yang bersemangat Islam dan memelihara

nilai-nilai agama Islam yang tulen .

2) Penulisan Buku Dan Penerbitan .

Satu kegiatan dan strategi yang sangat luas digunakan oleh golongan orientalis

ialah penulisan dan penerbitan buku-buku dan apa yang dikatakan sebagai hasil kajian

dan penyelidikan oleh kalangan mereka , tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan

Islam dengan pelbagai arah bentuk dan jodol. Ianya menyentuh tentang Agama Islam

secara menyeluruh atau Rasulullah s.a.w atau tentang al Quran dan sebagainya .

Kebanyakannya ditulis dan mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikat

kebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yang

sebenar dan sebagainya .

Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka

secara berkumpulan menerbitkan beberapa hasil penulisan yang begitu besar dan

menjadi pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam . Antaranya ialah The

Encyclopaedia of Islam yang telah disusun pada mulanya dalam bahasa Inggeris dan

kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula

diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab pada tahun 1956.Penerbitan pertama dalam edisi

Bahasa Arab mengandungi 13 Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang

Islam terkandung dalam buku ini..( Dr Mustafa al Sibaciy: Cet3 1985) Oleh kerana

sistem kandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk 

meneliti dan memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di

dalamnya.

Selain itu buku yang diberikan jodol Shorter Encyclopaedia of Islam , dan

Encyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial Sciences dan banyak 

lagi.

Page 14: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 14/22

14

Demikian juga dengan buku Muc jam Mufahras untuk hadis yang telah disusun

oleh Wensink dan rakan-rakannya. Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti

mencari hadis-hadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan

bagi menentang Islam, tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islam

dalam penyelidikan dan pengajian mereka.

Dalam usaha orientalis mencapai matlamat mereka , beberapa perkara menjadi tumpuan

dan sangat dititikberatkan oleh mereka untuk dicapai:

a- Menanam keraguan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. serta

al-Quran yang sumbernya dari Allah SWT. . Ini sentiasa diulang dan diwar-

warkan oleh para orientalis dalam pelbagai bentuk dan ibarat.

b. Penolakan terhadap al-Quran itu sebagai kitab yang diturunkan dari langit. Ini

dibuat dengan pelbagai cara dan alasan .

c. Ekoran dari itu maka usaha dilakukan bagi menolak Islam sebagai satu agama

langit.

d. Menimbulkan keraguan dan kesangsian tentang kesahihan hadis Nabi s.a.w. Ini

disebabkan adanya apa yang disebutkan sebagai pemalsuan dalam hadis.

e. Menanamkan keraguan tentang nilai fiqh dan perundangan Islam .

f. Menimbulkan keraguan dan tidak yakin terhadap kemampuan Bahasa Arab dan

bahasa umat Islam lain untuk mengikuti kepesatan dari perkembangan

keilmuan . Orang lain - umat Islam khususnya- akhirnya tunduk mengakui dan

terpaksa mengemis bahasa dan istilah ilmu dari mereka untuk mampu bersaing .

g. Menghakiskan penghormatan umat kepada tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam

yang komited dan yang ulung.

Page 15: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 15/22

15

3) Penubuhan Kesatuan dan Penerbitan Majalah.

Antara kegiatan yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialah

menerbitkan majalah untuk menjadi tatapan dan bahan bacaan masyarakat. Dalam

Majalah ini dimuatkan pemikiran atau yang disebut sebagai hasil kajian mereka tentang

sesuatu permasalahan yang mahu disampaikan kepada pembaca.

Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah

ditubuhkan di pelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah

Kesatuan Orientalis Asia yang ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja

Asia yang ditubuhkan di Britan dan Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845

. Majalah yang mengandungi hasil kajian penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit

dan diedarkan oleh kesatuan/ pertubuhan ini dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah :

1. Majallah Orientalis yang pertama diterbitkan di veinna pada tahun 1809-1818M .

2. Majallah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Prancis yang dihantar ke Moroco

pada tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majallah « Dunia Islam » pada tahun

1906M yang kemudiannya ditukakan lagi jodolnya kepada majalah « Kajian Islam ».

3. Di German diterbitkan majalah ‗ Derlslam ‘ atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun

1910M.

4. Di Rusia diterbitkan satu majalah pada tahun 1912M , yang diberikan jodol

« Mirlslama » atau Dunia Islam .

5. Di Britan diterbitkan sejak 1911 majalah yang juga dinamaka sebagai « dunia Islam »

The Muslim World. Ia di asaskan oleh S. Zweimer.

Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakan

akhbar-akhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dan

dikekalkan penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnya

mereka berjaya menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan dan

pendapat agama kristian secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negeri

lain . (Dr Mustafa al Sibaciy: )

Page 16: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 16/22

16

4) Mengadakan Muktamar Atau Persidangan.

Antara kegiatan yang sering di atur oleh orientalis ialah persidangan dan

muktamar diperingkat dunia atau kawasan dan negeri tertentu menghimpunkan para

tokoh-tokoh akademik bagi membincangan hasil kajian yang mereka buat berkaitan

Islam . Kegiatan seperti ini telah lama dimulakan . Untuk peringkat antara bangsa ia telah

dimulakan sejak 1763M dan berterusaan hingga kini . Sementara untuk peringkat

wilayah atau negeri telah dimulakan di German 1849M.

5) Kegiatan Yang Berbaur Politik.

Jika diperhatikan nama-nama orientalis yang begitu menonjol dan yang begitu terserlah

pendapat dan pemikiran mereka tentang Islam dan umat Islam , maka didapati

sebilangan mereka adalah merupakan tenaga yang bergiat dibawah kendalian kerjaan

penjajah . Mereka menjadi ahli pemikir yang berpengaruh bagi mengatur strategi dalam

menghadapi umat Islam di negeri-negeri yang terletak dibawah penjajahan kerajaan

barat. Pembentukan dasar dan keputusan politik di negara-negara umat Islam sangat

berkait rapat dengan kajian dan penyeliidikan oleh kalangan orietalis ini. Ramai

kalangan orientalis yang bekerja sebagai penasihat atau atache di pejabat kedutaan

mereka dinegara Islam yang dijajah . Antara mereka ialah :

1) Snouck Hurgronje. Beliau merupakan seorang penasihat dalam merangka strtegi

politik untuk kerajaan Belanda menghadapi umat Islam rakyat Indonesia yang dijajah.

Beliau juga bertanggungjawab dalam merangka , menggalakkan agar usaha

mengkristiankan umat Islam di sana dilaksanakan disamping syor melaksanakan

peraturan dan undang-undang sekular untuk umat Islam Indonesia.2) Macdonald pula adalah orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan

British bagi merangka dasar dan strategi politik menghadapi umat Islam di Benua kecil

India .

Page 17: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 17/22

17

3) Orientalis Gibb pula adalah juga penasihat kepada kerajaan British dan

merangka stategi politik untuk Britan dan Amerika yang bersekongkol dengan Isra‘il

memusuhi negara Arab dan Umat Islam.

4) L. Massignon pula adalah merupakan penasihat kepada kerajaan Perancis dalam

mengatur strategi mereka terhadap umat Islam di Afrika Utara terutama Algeria.

Nasihat dan cadangan yang diberikan olehnya telah mengakibatkan lebih sejuta umat

Islam di Algeria mati syahid dalam jihad mereka menentang penjajahan Perancis.

SEJARAH KEMUNCULAN DAN TOKOH-TOKOH ORIENTALIS 

1. Awal Kemunculannya 

Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakah munculnya Orientalisme.

Sebahagian ahli sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa Orientalisme bermula dari zaman

Daulah Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain

mengatakan ia muncul ketika terjadi Perang Salib.

Orientalisme Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan

Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai

Universiti di Eropah.

Orientalisme muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kali

muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam

Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838.

Gerbert de Oraliac (938 — 1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia

belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung

dengan gelaran Silvester II (999 — 1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis.

Page 18: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 18/22

18

Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab.

Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114 — 1187 M) dari Itali. Dia telah

pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang

falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi.

Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan

Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan

pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang

menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an

ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.

Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad

ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku

berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh

Adelard.

Roger Bacon (1214 — 1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan mendapat

gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‗Mir'at al-

Kimia‘ dalam tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah) 

Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur

di Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak 

dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut.

Johann J. Reiske (1716 — 1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia

dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati

kerana sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian

Bahasa Arab di Jerman.

Page 19: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 19/22

19

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada

sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia

 juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang

pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864 —1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul ‗Preaching in Islam‘ 

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab.

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya

kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam.

Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat.

Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang

memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur

ialah ‗Matahari Arab Bersinar di Barat‘.

Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe

adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

3. Orientalis Fanatik (Melampau)

Goldziher (1850 — 1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran

Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga

kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang

Majalah ‗Islamic Studies‘.

S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‗Islamic World‘ di

Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‗Islam Memasung Aqidah‘, terbit tahun

1908 M dan ‗Al-Islam‘ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam

Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

Page 20: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 20/22

20

G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-

universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‗Upacara-upacara Agama Muhammad‘, terbit

tahun 1951 M dan ‗Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam‘ terbit pada tahun 1954

M.

A.J. Wensinek  adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‗Aqidah

Islam‘ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‗Da'wah dan Menara Azan‘ 

yang diterbitkan pada tahun 1956 M.

L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada

Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‗Hallaj;

Shufi yang Syahid dalam Islam‘, terbit pada tahun 1922 M.

D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorang yang

terkenal fanatik. Ia menulis buku ‗Perkembangan Ilmu Kalam‘, ‗Fiqh dan Teori Undang-Undang

 Negara‘, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‗Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut

Islam‘, terbit pada tahun 1908 M.

M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885 — 1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik ini pernah

mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antara lain:

- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M.

- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M.

- Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M.

A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam.

Page 21: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 21/22

21

Bukunya terkenal antara lain;

- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.

- Tashawwuf, terbit pada tahun 1950 M.

Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang

tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam.

H.A.R. Gibb (1895 —1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‗Mohammedanism‘,

diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‗Aliran-aliran Moden dalam Islam‘ yang diterbitkan juga 

dalam tahun 1947 M.

R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la

menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia.

Bukunya yang terkenal ialah ‗Shufi-Shufi Islam‘ ( 1910 M) dan ‗Sejarah Kesusasteraan Arab‘ 

( 1930 M )

Henry Lammens (1872 —1937M), orientalis fanatik yang menulis buku ‗Al-Islam‘ dan ‗Tha'if‘.

Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam.

J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku

‗Ushul Fiqh Islam‘.

Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk 

urusan Arab dan umat Islam.

Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-

Islam.

Page 22: SEJARAH ORIENTALISME

7/29/2019 SEJARAH ORIENTALISME

http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-orientalisme 22/22

22

RUJUKAN

Dr. Musthafa as-Siba‘ie (1983). Akar-Akar Orientalisme, alih bahasa oleh Ahmadi Thaha.

Surabaya, Indonesia : PT. Bina Ilmu.

Mutolah Maufur, M.A. (1995). Orientalisme Serbuan Ideologis dan Intelektual. Jakarta,

Indonesia : Pustaka al-Kautsar.

Prof. H. Ismail Jakub, S.H. (1983). Orientalisme dan Orientalis. Surabaya, Indonesia : Faizan.