SEJARAH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN...
Transcript of SEJARAH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN...
SEJARAH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN
KESEJAHTERAAN BANDAR KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN diwujudkan pada tahun 1979 untuk
menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-
Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur
dan kawasan Lembah Kiang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan
Wilayah Lembah Kiang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah
Kiang.
Pada tahun 1981, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN telah diturunkan
statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri
(JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Kiang. Untuk menampung
strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada
tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan
Perancangan Lembah Kiang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 20 04 telah menyaksikan Kementerian
Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap
kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping
bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Kiang seperti yang
tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).
Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri
telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah
Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar
seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu,
pada 13 November 2009. Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya
dikenali sebagai KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN
KESEJAHTERAAN BANDAR.
SEKSYEN PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN
MAHADI BIN SUKARNO (M48) PTD (M48)
KOSONG PTD (M44)
NOORLIDYA BINTI MD. MORNI(N17) NOR FARIDAH BINTI KHAMIS (N17)
[PT(P/0) N17/N22]
SEKSYEN PENGURUSAN PROJEKKFIAS
HANI HALIMAHTUN BINTI OTHMAN (M48)(M) PTD (M48)
KHAIRUL AMIR BIN MOHD NAWAWI (M41) PTD (M44)
HARUDIN BIN IBRAHIM (N27) PEN. PEGAWAI TADBIR (N27/N32)
ZURAINAH BINTI MAIL (322)(M) JURUT EKNIK (J22)
NURFAZLINDA BINTI KAMARUZAMAN (N17)
[PT(P/O) N17/N22]
NORHAZLINDA BINTI HUSSIN (Ni) PAP (Ni/N4)
CARTA ORGANISASI KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR
SEKTOR PERANCANGAN & PEMBANGUNAN BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN
BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN
TN. HI NAHARUDIN BIN ABDULLAH (MS4) SETIAUSAHA BAHAGIAN
PTO (MS4)
ERWINA NORHAYA BINTI MOHAMED (N27) PEM. S/U PEJABAT/S/U PEJABAT
(N17/N22/N27/N28)
SENARAI NAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN SEKTOR PERANCANGAN & PEMBANGUNAN
Getaran Jawatan
Bit. Anggota
KETUA SETIAUSAHA
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PERANCANGAN & PEMBANGUNAN)
SETIAUSAHA BAHAGIAN (PENGURUSAN PEMBANGUNAN)
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
PEMBANTU KHAS (SUB)
JURUTEKNIK
PEMBANTU TADBIR
PEMBANTU AM PEJABAT
1
1
1
2
1
1
1
1
3
1
PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM PENGURUSAN PROJEK DI KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN
BANDAR
Pendekatan penyertaan (participatory approach) di kalangan rakyat perlu dijadikan
S.O.P (Prosedur Tetap Operasi) bagi projek yang melibatkan kepentingan umum
supaya unsur "senses of ownership' dapat disemai dan diamalkan. la merupakan
perkara asas yang perlu diambil kira terutamanya semasa proses perancangan,
pelaksanaan serta penilaian impak projek apabila ianya siap.
Di Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur, isu-isu yang sering dibangkitkan
berkaitan projek pembangunan Kerajaan adalah mengenai kesesuaian tapak,
memenuhi kehendak kumpulan sasaran, isu pengambilan tanah, reka bentuk
bangunan, pembangunan semula kawasan kediaman serta isu penyenggaraan.
Dalam pelaksanaan beberapa projek di bawah KWPKB, penyertaan masyarakat
setempat telah diambil perhatian dan diselaraskan dengan projek atau program yang
dilaksanakan antaranya seperti berikut :
a) Projek-projek yang berkaitan dengan pembangunan semula Kampong
Bharu;
KWPKB telah melibatkan pandangan ketua-ketua kampung yang mewakili
penduduk dalam melaksanakan projek penurapan jalan, pembaikan longkang
dan saliran serta kerja-kerja pembaikan surau-surau disekitarnya. Input-input
yang diperolehi daripada pemimpin masyarakat atau penduduk Kampong
Bharu membantu KWPKB dalam menentukan keperluan sebenar, projek
yang perlu diutamakan atau mendesak. Oleh yang demikian, skop kerja boleh
ditentukan dengan tepat serta mengurangkan risiko penambahan kos projek.
1
d) Pelaksanaan Projek-Projek Kecil KWPKB.
Sebanyak 104 projek kecil di bawah KWPKB yang meliputi kerja-kerja
pembaikan dan menaik taraf kemudahan masyarakat, surau, dewan dan
lain-lain sememangnya dilaksanakan berdasarkan cadangan dan keperluan
masyarakat setempat. Walaupun projek tidak melibatkan kos yang tinggi,
pemantauan dan penyeliaan rapi dibuat oleh KWPKB di samping bantuan
masyarakat setempat dalam memantau pelaksanaan kerja yang dibuat oleh
pihak kontraktor.
Projek-projek telah dilaksanakan bersifat "touch points" KWPKB di mana
penerima faedah yakni persatuan penduduk, ahli jawatankuasa masjid dan
lain-lain telah dijemput menyertai KWPKB dalam penyediaan butiran kerja
serta memantau kemajuan kerja yang dijalankan oleh kontraktor dan
pembekal. KWPKB juga menyediakan maklumat lengkap dalam bentuk
poster yang ditampal di papan tanda premis seperti dewan dan masid yang
mengandungi maklumat projek dan pembekal supaya semua pihak dapat
berperanan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti dan memenuhi
kehendak pelanggan. Adalah diyakini langkah inovatif ini akan memberikan
impak yang tinggi.
3