Sejarah K3 JPNPP
-
Upload
isharsmiaa -
Category
Education
-
view
1.525 -
download
5
Transcript of Sejarah K3 JPNPP
Buletin Sejarah 3 JPNPP
1 | P a g e
SOALAN 1 Pengenalan 1
Dasar luar negara merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara-negara lain.
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang
dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah
negara yang lain.
A sas-asas p e n g g u b a la n d a sa r lua r Ma la y sia dipengaruhi oleh faktor sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu;
Tahap pertama dibawah Tunku Abdul Rahman ( 1957- 1970), Tahap Kedua dibawah
Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn ( 1972-1981) dan Tahap ketiga di bawah
Tun Dr. Mahathir ( 1981-2003).
Kepentingan dasar luar juga adalah untuk menjamin keselamatan rakyat,
memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan keamanan sejagat.
Pengenalan 2
Dasar luar boleh dianggap sebagai alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk
berhubung dengan negara yang lain baik negara jiran atau negara yang jauh.
Pendirian sesebuah negara boleh diukur melalui dasar luar negara.
Dasar luar boleh berubah mengikut senario politik antarabangsa.
Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam
membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara atau kuasa-kuasa
besar.
Dasar luar negara juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan.
Dasar luar juga mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar
yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut.
Contoh, sewaktu berlakunya Perang Dingin anatara Rusia dengan Amerika Syarikat,
negara-negara komunis memihak kepada Rusia.
Pengenalan 3
Dasar luar negara merujuk kepada dasar kerajaan terhadap negara-negara lain.
Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang
dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah
negara yang lain.
Kepentingan dasar luar juga adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara,
memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara,
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi, serta mengekalkan keamanan
sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar iaitu hubungan bilateral dan
multilateral. Hubungan bilateral merujuk kepada hubungan secara terus dengan
negara-negara tertentu. Contohnya, hubungan Malaysia dengan Singapura, Thailand
dan Indonesia, Amerika Syarikat dan Britain. Hubungan multilateral pula ialah
Buletin Sejarah 3 JPNPP
2 | P a g e
merujuk kepada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti ASEAN,
KOMANWEL, OIC dan NAM.
Faktor p e n g g u b a la n d a sa r lua r Ma la y sia dipengaruhi oleh faktor sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi..
Perkembangan dasar luar Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu;
Tahap pertama dibawah Tunku Abdul Rahman ( 1957- 1970), Tahap Kedua dibawah
Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn ( 1972-1981) dan Tahap ketiga di bawah
Tun Dr. Mahathir ( 1981-2003).
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai hubungan antarabangsa dan
hubungan serantau.
Dalam menjalinkan hubungan luar, Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran
termasuk globalisasi, kemunculan revolusi teknologi maklumat yang membawa
perubahan yang besar dalam hubungan luar.
Bagi mengatasi cabaran tersebut, Malaysia membuat perancangan awal agar dapat
bersama-sama bersaing dengan negara-negara di dunia.
SOALAN 2
Jelaskan matlamat dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan
semua negara.
Matlamat dasar luar Malaysia adalah untuk menjamin keselamatan rakyat dan
negara dan mengekalkan kedaulatan negara.
Selain itu, dasar luar ini juga dapat memelihara kepentingan nasional dengan
menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
Di samping itu juga, dasar ini dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha
untuk mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk
kesejahteraan dunia.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
3 | P a g e
SOALAN 3
Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu
hubungan bilalteral dan multilateral.
Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara
tertentu
contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika
Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan
seperti Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan
Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
SOALAN 4
Huraikan latar belakang dasar luar Malaysia
Dasar luar Malaysia mempunyai matlamat tersendiri iaitu berbaik-baik dengan
semua negara.
Matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara dan
mengekalkan kedaulatan negara.
Selain itu dapat memelihara kepentingan nasional dengan menggalakkan
pembangunan dan kemajuan ekonomi
Di samping itu juga dapat mengekalkan keamanan sejagat dalam usaha untuk
mengekalkan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Secara langsung dapat menjadikan negara kita sebagai warga global yang
bertanggungjawab dan peka terhadap terhadap usaha untuk memupuk
kesejahteraan dunia.
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain iaitu
hubungan bilalteral dan multilateral.
Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara
tertentu, contohnya hubungan Malaysia dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan
Vietnam.
Selain itu hubungan luar juga diadakan dengan negra ASEAN yang lain, Amerika
Latin. Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.
Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan
pertubuhan
seperti Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Komenwel, Pertubuhan
Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
Buletin Sejarah 3 JPNPP
4 | P a g e
SOALAN 5
Jelaskan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia
i) Faktor sejarah
ii) Faktor ekonomi
iii) Faktor politik
iv) Faktor geografi
v) Faktor demografi
Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
Bagaimana faktor ekonomi mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
Asas-asas Penggubalan Dasar Luar Malaysia
Penggubalan dasar luar luar Malaysi dipengaruhi oleh beberapa faktor yang
menentukan corak dan arah dasar luar negara.
Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
Faktor Sejarah
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu dalam bentuk
hubungan perdagangan.
Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu
seperti dengan Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan
meneruskan hubungan diplomatik dengan Britian dan negara Komenwel lain seperti
Australia dan New Zealand.
Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan
oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini
mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis.
Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana
Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan .
Faktor Ekonomi
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan menjalin
hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan
ekonominya.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
5 | P a g e
Sejak zaman penjajah British lagi Malaysia merupakan antara negara pengeluar
utama bijih timah dan getah.
Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-
negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat.
Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga
modal dari negara-negara tersebut.
Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing.Langkah ini
diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang
pekerjaan.
Menjelang tahun1980-an , melalui Dasar Pandang Ke Timur, pelaburan asing juga
digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea.
Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negera
sedang membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran
barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara
berkenaan.
Faktor politik
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
Dasar luar Malaysia juga menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.
Contohnya dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di
rantau Asia Barat.
Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia.
Oleh itu Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah
diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan
dengan negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei.
Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan
kesan terhadap keselamatan Malaysia.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
6 | P a g e
Faktor Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara
Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam.
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan
dasar negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan
kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-
masing.
Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika
Selatan.
Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara
berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh
kerajaan Afrika Selatan.
Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi penggubalan
dasar luar Malaysia.
SOALAN 6
PERKEMBANGAN DASAR LUAR
Jelaskan tahap perkembangan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 2003
i. Tahap Pertama (1957-1970)
ii. Tahap Kedua (1972-1981)
iii. Tahap Ketiga (1981-2003)
Jelaskan perkembangan dasar luar negara kita dari tahun 1957 hingga tahun 2003
i. Dasar Pro-Barat
ii. Dasar Berkecuali
iii. Dasar kepentingan Ekonomi
Jelaskan perkembangan dasar luar Malaysia era kepimpinan
i. Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
ii. Tun Abdul Razak (1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981)
iii. Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Buletin Sejarah 3 JPNPP
7 | P a g e
Tahap Pertama / Dasar Pro-Barat / Tunku Abdul Rahman
Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang
antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.
Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor
politik, ekonomi dan sosial.
Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan
juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya.
Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara
Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty
(AMDA) pada tahun 1956.
Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia
sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran.
Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),
terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965).
Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui
beberapa perjanjian.
Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara
Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina,
MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN
pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok sterling yang
menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling.
Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih
timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara
Barat termasuk Britain.
Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi
Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan
kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
8 | P a g e
Tahap Kedua / Dasar Berkecuali /
Tun Abdul Razak (1972-1976) & Tun Hussein Onn (1976-1981)
Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Perubahan dasar luar ini
disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur.
Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang
melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan
seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman
komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.
Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-
negara jiran.
Tahap Ketiga / Dasar Kepentingan Ekonomi / Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)
Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan
penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara
membangun.
Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih
erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan
Kampuchea.
Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara
Malaysia.
Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai
nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam
pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara
lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.
Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
9 | P a g e
SOALAN 7
Mengapa dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa ?
Dasar luar Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada
kepimpinan negara.
Pada masa pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dasar luar adalah pro Barat, tetapi
kemudiannya telah berubah semasa pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdul Razak
dan Tun Hussein Onn.
Dasar luar Malaysia berubah kepada dasar berkecuali iaitu dasar berbaik-baik
dengan semua negara disebabkan kurangnya peranan AMDA dan pergolakan di
Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
bersama-sama ASEAN dengan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur.
Keadaan ini bertujuan mewujudkan hubungan berbail-baik dengan semua negara.
Selain itu, dasar luar sentiasa berubah kerana kepentingan ekonomi seperti
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara
membangun.
Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara Asean
seperti Singapura dan Thailand.
Keadaan ini telah meningkatkan nilai perdagangan negara kita.
Seterusnya semasa pemerintahan Dato’ Seri Dr Mahathir juga telah
memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982 dengan menjadikan
Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan Malaysia. Perubahan
ini mendorong peningkatan pelaburan dari negara berkenaan yang membawa
kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
Perubahan dasar luar Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara lain seperti dengan Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik
Selatan.
Melalui misi perdagangan yang turut serta dalam siri lawatan tersebut, Malaysia telah
menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
10 | P a g e
SOALAN 8
Jelaskan kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia demi menjamin
kestabilan dan kemakmuran negara.
Jelaskan kepentingan dasar luar Malaysia dalam meningkatkan ketamadunan bangsa
dan negara.
Kepentingan dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah kestabilan politik negara
dapat dikekalkan.
Keadaan aman dalam negara akan menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Selain itu hubungan diplomatik dengan negara luar dapat diperkukuhkan dan
persefahaman dapat dipupuk.
Keadaan yang aman juga akan menarik pelabur-pelabur asing datang ke negara
kita.
Dengan pertambahan kemasukan pelabur asing, ekonomi negara akan berkembang
pesat dan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Keadaan ini juga turut meransang kemasukan tenaga kerja dari luar yang diperlukan
untuk mempercepatkan pembinaan projek-projek mega seperti pembinaan Menara
Berkembar Petronas.
Selain itu, syarikat-syarikat tempatan juga dapat membuat pelaburan di negara-
negara Dunia Ketiga, seperti yang dilakukan Petronas di Vietnam .
Dasar luar negara juga penting untuk mengekalkan kedaulatan negara.Dasar
berbaik-baik dengan semua negara dapat mengelak pertelingkahan berlaku dengan
negara jiran.
Segala konflik dengan negara jiran diselesaikan melalui rundingan atau melalui
mahkamah antarabangsa, contoh isu Pulau Batu Putih.
Dasar luar negara juga penting untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.
Hubungan yang erat dengan negara-negara maju memudahkan pemindahan
teknologi moden ke dalam negara.
Kemajuan dalam bidang teknologi diperlukan dalam pembinaan LRT / MRT,
empangan hidro elektrik dan sebagainya. Kemajuan teknologi yang dimiliki oleh
Kereta api Tanah Melayu mendapat kepercayaan Arab Saudi sehingga diberi
peluang untuk mengendalikan sebahagian perkhidmatan kereta api di sana.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
11 | P a g e
SOALAN 9
Sebagai rakyat Malaysia adakah anda bersetuju Malaysia perlu menjalinkan
hubungan luar dengan negara lain tanpa mengira ideologi negara tersebut.?
Pada pendapat anda mengapa negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar?
Ya, sebagai rakyat Malaysia memang saya bersetuju perlunya Malaysia menjalinkan
hubungan dengan Negara luar tanpa mengira ideologi. Malaysia terpaksa memilih
berbaik dengan semua Negara kerana setelah kurangnya peranan yang dimainkan
oleh AMDA (Anglo – Malaysian Defence Treaty). Malaysia juga tidak boleh lagi
mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam menjamin keselamatan
Malaysia, kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya di Timur. Oleh itu
Malaysia berbaik-baik dengan negara mengamalkan ideologi kumunis, seperti
Republik Rakyat China. Dengan berbaik-baik dengan semua negara ini Malaysia
dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan kumuniti dapat
dipasarkan ke Negara barat dan ke negara Republik China. Dengan ini pendapatan
negara akan meningkat.
Hubungan yang erat dengan banyak negara ini Malaysia dikunjungi oleh ramai
pelancung, justeru pertukaran wang asing semakin meningkat, dengan ini menjana
ekonomi negara. Peluang pekerjaan dalam industri pelancongan semakin
meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara serantau, dengan
menubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan
kesetabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan
dengan negara anggota ASEAN.
Saya juga percaya apabila berbaik-baik dengan semua negara Malaysia dapat
bertukar teknologi dengan membawa pelabur asing masuk ke Malaysia, dengan ini
membantu mengstabilkan ekomomi negara. Dengan cara ini juga Malaysia dapat
membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam negara.
Dalam bidang sosial pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui
pertukaran siaran TV dengan negara ASEAN.
Bila berbaik-baik dengan semua negara, Malaysia juga dapat mengamalkan pasaran
bebas kerana tidak terikat dengan mana-mana negara, kerana kita mengamalkan
kemesraan dengan semua negara tanpa terikat dengan mana-mana ideologi
Malaysia juga berbaik-baik dengan Negara-negara Islam dengan menyertai
Pertubuhan OIC. Hubungan baik ini barangan dagangan Malaysia dapat dipasarkan
di negara-negara Arab. Malaysia juga mendapat hak keistimewaan dari negara Arab
dalam urusan Jemaah haji ke Mekah.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
12 | P a g e
Akhirnya dasar luar Malaysia yang mengamalkan dasar Aman, Bebas dan
Berkecuali, Malaysia dihormati oleh negara luar, justeru Malaysia dapat
mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat dalam Negara dapat
diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur, Malaysia dapat
mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan berintergiti yang
tinggi dalam kehidupan.
SOALAN 10
Pada pendapat anda apakah kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap?
Kesan sekiranya dasar luar negara tidak mantap ialah eksport negara berkurangan kerana
banyak negara tidak mengadakan hubungan luar dengan Malaysia. Ekonomi negara juga
merosot dan ini menyebabkan pendapatan negara merosot.
Pelabur asing tidak akan melabur di dalam negara kerana hubungan luaryang tidak mantap.
Hal ini menyebabkan peluang pekerjaan semakin berkurangan dan taraf hidup rakyat
merosot. Kesannya Imej negara merosot dan ketamadunan negara akan lenyap.
Politik negara menjadi tidak stabil dan kedaulatan negara akan terancam. Maruah negara
akan tergadai kerana kegiatan jenayah merentas sempadan akan meningkat.
SOALAN 11
Mengapa dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih penting pada hari
ini?
Kemajuan ekonomi sangat penting dalam penggubalan dasar luar pada hari ini.
Keadaan ini penting untuk menjana pendapatan negara melalui kemasukan pelabur
asing ke negara kita.
Pembukaan kilang-kilang dan ladang-ladang dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan kepada rakyat, mengurangkan kadar pengangguran serta meningkatkan
taraf hidup rakyat.
Selain itu Malaysia merupakan pembekal bahan mentah utama dunia seperti getah
dan kelapa sawit.
Jadi hubungan dengan negara maju penting untuk memastikan pasaran bahan
mentah meningkat dari semasa ke semasa.
Seterusnya kerjasama perdagangan antarabangsa juga dapat ditingkatkan.
Peningkatan urusan import dan eksport dapat menguntungkan kedua-dua pihak.
Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar, ekonomi global dapat berkembang
melalui perdagangan bebasdan pertukaran wang asing juga turut meningkat.
Keadaan ini dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara seterusnya bersaing di
peringkat global.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
13 | P a g e
Pemindahan teknologi melalui projek usahasama mewujudkan pertumbuhan
ekonomi yang pesat melalui dasar luar yang diamalkan seperti Dasar Pandang ke
Timur.
SOALAN 12
Apakah usaha untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar
Antara usaha –usaha yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan baik
dengan negara luar ialah mengadakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan
perdagangan dengan semua negara.Malaysia juga boleh mengadakan pertukaran
teknologi dan kepakaran.Contoh dalam pembinaan LRT / MRT, empangan hidro
elektrik dan sebagainya.
Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara
syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.Contonya, projek usaha sama
industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia
Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia
Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan
diplomatik. Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi
ke Negara lain.
Contohnya pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis
Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat
Sweden.
Mengadakan mesyuarat / perbincangan sekiranya ada krisis. Saling mengekalkan
persefahaman antara Negara. Mengadakan kerjasama pertahanan contohnya
penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk
menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk
mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan
perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu.
Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan
sebulat suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan
ASEAN serta hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel.
Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan
negara lain dengan tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara
yang dilanda peperangan seperti Syria.
Selain itu Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana
dam mengalami kesusahan. Sebagai contohnya Malaysia telah menyalurkan
bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza / Palestin.Pemimpin negara telah mengadakan
lawatan rasmi ke luar negara bagi membincangkan permasalahan politik atau
hubungan perdagangan dua hala
Buletin Sejarah 3 JPNPP
14 | P a g e
Malaysia juga turut mengadakan rancangan pertukaran televisyen, pertukaran
pelajar .Contoh drama Korea, rancangan dari Hollywood, Bollywood dll
Usaha lain dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan
menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan
Komanwel.
Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan
persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.Selain itu
kita manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak
melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat
mementingkan hak asasi manusia.
Malaysia juga turut bekerjasama dalam perkongsian budaya antara
negara.contohnya Malaysia telah menganjurkan Festival Makanan, Kraf Tangan dan
Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat
untuk mendedahkah budaya tradisin negara jiran tersebut di Malaysia.
SOALAN 13
Manfaat daripada dasar luar negara kita bagi meningkatkan kecemerlangan Negara
Menjamin keselamatan dan keamanan dunia
Malaysia menjalinkan hubungan baik Antara negara untuk mengelakkan berlaku
konflik atau peperangan. Malaysia menyertai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
Menjaga ekonomi global
Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar ekonomi global dapat berkembang
melalui perdagangan bebas, pertukaran mata wang dan meningkatkan kegiatan
ekonomi negara supaya mampu bersaing diperingkat global
Perkembangan ekonomi negara
Tarikan pelaburan asing, pemindahan teknologi melalui projek usahasama,
meluaskan pasaran negara, mewujudkan segitiga pertumbuhan ekonomi contohnya
melalui dasar pandang ke timur, pelaburan asing digalakkan dari negara-negara di
Timur seperti Jepun dan Korea
Bebas dari ancaman atau campur tangan kuasa besar
dalam urusan pentadbiran dan politik negara contoh Malaysia mengamalkan dasar
berkecuali dengan menjalin hubungan baik dengan negara blok timur dan barat
supaya tidak diancam oleh mana-mana pihak
Menangani jenayah dan gejala sosial
Malaysia dan negara serantau bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
contohnya pemerdagangan orang dan pengedaran dadah
Buletin Sejarah 3 JPNPP
15 | P a g e
Mengatasi ancaman luar
Keselamatan negara terjaga jika Malaysia manjalin huungan luar selain itu bebas
dari ancaman atau campur tangan kuasa besar dalam urusan pentadbiran dan politik
negara
Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan negara dan
mengekalkan kestabilan politik
Menarik pelancong asing
Menggalakkan rakyat saling mengunjungi diantara negara bagi memajukan sektor
pelancongan kelonggaran syarat kemasukan bagi negara-negara anggota ASEAN
contohnya tidak memerlukan VISA. Hal ini membolehkan rakyat negara kita
mengenali kebudayaan negara lain dan menjana ekonomi negara dalam sektor
pelancongan.
SOALAN 14
Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada hubungan luar.
Penggunaan teknologi terkini
Penggunaan teknologi terkini menjadikan hubungan Malaysia dari dalam dan luar
negara semakin berkembang maju. Situasi ini menjadikan Malaysia sebuah negara
yang dipandang tinggi dan sedang menuju negara maju. Penggunaan teknologi
menjadikan Malaysia Negara yang disanjung jiran dan luar.
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
Sistem ini mementingkan hubungan baik antara negara-negara luar di mana ini
membawa kepada penggubalan dasar luar daripada sebuah negara yang anti-
komunis kepada negara berkecuali. Situasi ini membolehkan Malaysia menjadi
sebuah negara yang membangun dari sudut ekonomi dan dapat menjadi sebuah
negara yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah membangun.
Malaysia dijemput untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Kejayaan ini menamatkan Perang Saudara di Congo.Pada tahun 1989, Malaysia
terpilih sekali lagi mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu
Namibia mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar
pasukan pemerhati bagi meleraikan pergolakan-pergolakan di luar negara seperti
Krisis Sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke
Bosnia.
Malaysia istimewa kerana memiliki kepelbagaian amalan etnik dan kaum
Ini menyebabkan Malaysia mengalu-alukan amalan yang toleran dalam hubungan
sesama kaum.Hasilnya, Malaysia mengutuk penindasan yang berlaku melalui
amalan-amalan yang tidak berperikemanusiaan seperti memutuskan hubungan
dengan Afrika Selatan akibat daripada amalan dasar apartheid di negara
tersebut.Malaysia juga mengutuk penindasan yang dilakukan kaum Serb terhadap
Buletin Sejarah 3 JPNPP
16 | P a g e
rakyat Bosnia.Situasi ini membantu mengukuhkan hubungan perpaduan kaum dalam
negara dan seterusnya merapatkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar.
Keterlibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga giat berlangsung.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah bagi persidangan-persidangan yang
membuahkan hasil keputusan berkaitan kepentingan negara-negara anggota seperti
Mesyuarat Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) yang telah
membuahkan keptusan melalui Deklarasi Langkawi 1989. Deklarasi ini juga
berhubung kait dengan soal tanggungjawab negara-negara Komanwel dalam
mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Peningkatan ilmu pengetahuan
Peningkatan ilmu pengetahuan membentuk Malaysia dan negara luar dari segi
penggunaan dan pengetahuan ilmu semakin berkembang dan subur. Kelestarian
dalam peningkatan ilmu menjadikan Malaysia semakin dipandang tinggi oleh dunia
luar dan secara tida langsung akan memartabatkan Malaysia. Lahirnya Institusi
pengajian tinggi baik awam mahupun swasta seperti universiti-universiti
mengukuhkan lagi hubungan luar Malaysia.
Kesimpulannya¸ dasar luar yang terbentuk membawa kejayaan-kejayaan seperti
keamanan dunia terhasil hasil daripada penggubalan dasar berbaik-baik dengan
negara luar. Situasi ini juga dapat mengharumkan nama baik negara kita hasil
daripada sumbangan-sumbangan yang Malaysia berikan pada peringkat
antarabangsa.
SOALAN 15
Bukti hubungan baik Malaysia dengan negara-negara serantau
Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar tanpa mengira ideologi.
Malaysia terpaksa memilih berbaik dengan semua negara kerana setelah kurangnya
peranan yang dimainkan oleh AMDA (Anglo – Malaysian Defence Treaty). Malaysia
juga tidak boleh lagi mengharapkan peranan yang dimainkan oleh Britain dalam
menjamin keselamatan Malaysia, kerana Britain telah mengurangkan pengaruhnya
di Timur. Oleh itu Malaysia berbaik-baik dengan negara mengamalkan ideologi
komunis, seperti Republik Rakyat China. Dengan berbaik-baik dengan semua
negara ini Malaysia dapat membangunkan ekonominya dengan sempurna. Barangan
dapat dipasarkan ke negara barat dan ke Negara Republik China. Pendapatan
negara semakin meningkat apabila Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara
luar.
Hubungan erat dengan banyak negara menjadikan Malaysia dikunjungi oleh ramai
pelancong,
Apabila hubungan baik sentiasa terjalin antara negara ini secara tidak langsung
menjadikan pertukaran wang asing semakin meningkat, dengan ini ekonomi negara
sentiasa berkembang subur. Peluang pekerjaan dalam industri pelancongan
Buletin Sejarah 3 JPNPP
17 | P a g e
semakin meningkat. Malaysia juga berbaik-baik dengan negara serantau, dengan
menubuhkan ASEAN, dengan adanya pertubuhan ini telah mengekalkan
kesetabilan politik Malaysia. Aktiviti perdagangan dua hala juga dapat dijalankan
contohnya antara negara-negara anggota ASEAN.
Hubungan baik menjadikan Malaysia dapat bertukar teknologi dengan membawa
pelabur asing masuk ke Malaysia
Perkembangan ini membantu mengstabilkan ekomomi negara. Dengan cara ini juga
Malaysia dapat membawa masuk modal asing untuk di gunakan dalam negara.
Kemasukan pelabur asing akan meningkatkan ekonomi negara juga rakan serantau.
Contohnya ekonomi Malaysia dan Thailand subur berkembang.
Dalam bidang sosial pula Malaysia dapat bertukar-tukar maklumat melalui
pertukaran siaran televisyen dengan negara ASEAN.
Hubungan baik ini menjadikan pertukaran budaya berlaku dengan baik. Pertukaran
budaya ini juga akan memperkayakan lagi kesenian dan megeratkan lagi hubungan
baik antara semua. ASEAN semakin berkembang dari segi kebudayaan dan berlaku
pertukaran yang melibat seni. Anugerah dan festival sentiasa dianjurkan antara
negara anggota.
Malaysia dapat mengamalkan pasaran bebas
Malaysia mengamlkan pasaran bebas kerana tidak terikat dengan mana-mana
negara anggota, Ini kerana kita mengamalkan kemesraan dengan semua negara
tanpa terikat dengan mana-mana ideologi. Malaysia juga berbaik-baik dengan
negara-negara Islam dengan menyertai Pertubuhan OIC. Hubungan baik ini
membolehkan barangan dagangan Malaysia dapat dipasarkan di negara-negara
Arab. Malaysia juga mendapat hak keistimewaan dari negara Arab dalam urusan
Jemaah haji ke Mekah.
Sebagai kesimpulannya, dasar luar Malaysia yang diamalkan seperti Dasar
Aman, Bebas dan Berkecuali menjadikan Malaysia dihormati oleh negara luar.
Justeru Malaysia dapat mengekalkan kedaulatannya, perpadauan rakyat dalam
negara dapat diperkukuhkan. Tambahan lagi dengan Dasar Padang Ke Timur,
Malaysia dapat mengamalkan budaya orang Jepun yang menepati masa, rajin dan
berintergiti yang tinggi dalam kehidupan.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
18 | P a g e
SOALAN 16
Pada pandangan anda, apakah kelebihan dasar luar Malaysia berbaik-baik dengan
semua negara
Negara tiada musuh
Tidak mendapat ancaman daripada kuasa besar
Negara akan aman, harmoni dan sejahtera
Mewujudkan rakyat yang bersatu padu
Mengekalkan kedaulatan negara
Menjamin keselamatan negara
SOALAN 17
Keistimewaan dasar luar Malaysia
Dapat memajukan ekonomi negara
Mampu menarik pelabur asing melabur di negara ini dalam pelbagai sektor, hal ini
dapat meningkatkan ekonomi negara dalam sektor seperti pertanian, perindustrian
contohnya Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara china melalui sektor
perdagangan
Malaysia mengamalkan dasar berkecuali kerana ingin menjalinkan hubungan yang
baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
tidak mahu campur tangan dalam urusan negara lain
Konsep ZOPFAN dapat mewujudkan sikap saling menghormati antara negara
dengan cara setiap negara di rantau Asia Tenggara bebas menentukan nasib sendiri
tanpa campur tangan kuasa-kuasa luar, tidak melibatkan diri dalam pertikaian antara
kuasa-kuasa besar, menjaga hubungan baik dengan negara luar, saling
menghormati antara negara tanpa mengambilkira fahaman negara yang terlibat dan
tidak boleh mengeluarkan pernyataan yang boleh menyinggung sensitiviti negara
lain.
Dapat menjamin keamanan sejagat
Perkongsian kepakaran. Contohnya penyertaan Malaysia dalam negara-negara
selatan membawa kepada penubuhan pusat pertukaran data pelaburan
perdagangan dan teknologi selatan atau South Investment, Trade and Technology
Data Exchange Centre (SITTDEC) di Kuala Lumpur.
Menggalakkan perkongsian teknologi. Melalui kerjasama yang erat dengan negara
maju seperti negara Australia dan jepun maka perkongsian teknologi moden akan
berlaku. Perkongsian teknologi ini dapat memajukan negara ini dalam bidang
pertanian dan perindustrian.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
19 | P a g e
Meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia
Melalui hubugan luar syarikat-syarikat gergasi dari negara luar akan senang
membuka kilang mereka di negara kita. Pembukaan kilahg-kilang ini membuka
peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat tempatan oleh itu taraf hidup
masyarakat meningkat selaras dengan hala tuju negara mencapai negara maju
menjelang tahun 2020. Kadar penggangguran juga akan berkurangan. Contohnya
pembukaan kilang elektronik Intel di kawasan perindustrian pulau pinang oleh
syarikat luar.
Memajukan sektor pelancongan di Malaysia
Kedatangan pelancong asing ke negara kita sebahagian besarnya disebabkan oleh
faktor hubungan dua hala yang erat Antara negara. Keadaan ini mewujudkan
suasana yang aman kepada pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia.
Keselamatan pelancong asing akan terjamin dari sebarang perkara yang boleh
menjejaskan kedaulatan negara kita.
Saling bekerjasama semasa menghadapi masalah
Perkongsian ilmu
SOALAN 18
Ramalkan dasar luar negara pada masa hadapan/ cadangkan halatuju dasar luar
negara pada masa kini
Malaysia akan meneruskan dasar luar negaranya dengan mengekalkan dasar
berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira blok Barat atau blok Timur.
Malaysia juga akan terus mengekalkan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya.
Di samping itu Malaysia meneruskan dasar luarnya dengan mengambil kira
kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdangan,pelaburan dan
pembangunan ekonomi.Ini bertujuan untuk menggalakkan kemasukan modal dan
membuka peluang pekerjaan kepadan masyarakat di negara kita.
Negara kita juga meneruskan Dasar Pandang Ke Timur dengan menjadikan Jepun
dan Korea Selatan sebagai model untuk membangunkan negara. Malaysia juga
terus komited menjalikan hubungan luar dengan membentuk jalinan ekonomi di
peringkat ASEAN.
Malaysia juga akan meningkat hubungan bilateral dengan negera-negara jiran
seperti Indonesia, Singapura, Thailand bagi menjaga kepentingan ekonomi dan
politik serantau.Begitu juga Malaysia akan terus mengekalkan hubungan dua hala
dengan negara Amerika Latin,Afrika,Asia Barat serta negara Maju seperti Britain dan
Amerika Syarikat.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
20 | P a g e
Malaysia juga akan mengadakan hubungan multilateral dengan Komanwel, OIC,
PBB, NAM, demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat.Semua ini
dilakukan melaui misi lawatan pemimpin ke negara –negara teresebut secara rasmi
dan berterusan.Kerajaan Malaysia juga mengadakan misi perdagangan dengan
menghantar deligasi perdagangan.Untuk itu Malaysia menandatangani Perjanjian
TPPA yang mengambil kira kepentingan ekonomi jangka panjang bagi mencapai
misi Negara maju menjelang tahun 2020.
Dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan dunia kekal aman dan
harmoni,Malaysia terus komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB bagi
menyelesaikan pertikaian secara rundingan dan diplomasi.Malaysiaakan tarus
memperjuang nasib rakyat Palestein yang di cerobah oleh Israel.Malaysia akan terus
berperanan dan bersuara untuk menuntut keadilan pasaran bagi Negara Dunia
Ketiga.
Dalam menjaga kepentingan politik dan keselamatan negara , Malaysia dijangka
meneruskan komitmennya dengan konsep ZOPFAN yang di persetujui dalam
ASEAN.Ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga hunbungan baik dan mesra
melalui persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri Luar setiap negara.
SOALAN 19
Sejauhmanakah dasar luar Malaysia telah berjaya mengukuhkan perpaduan
masyarakat antarabangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia ia dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat
antarabangsa. Hal ini berlaku kerana adanya semangat tolong menolong yang amat
kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia dengan negara luar tanpa mengira
kaum,agama,ideologi dan juga sempadan politik.
Pengukuhan perpaduan ini jelas terbukti ketika malapetaka yang berlaku seperti
Tsunami di Acheh dan gempa bumi di Jepun negara kita telah menghantar bantuan
perubatan,bantuan kewangan,bantuan menyelamat serta bantuan barangan
makanan dan minuman kepada semua mangsa.
Dengan adanya dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan, Malaysia
pernah menjadi perantaraan menyelesaikan krisis perang Iran-Iraq,krisis selatan
Filipina dan sebagainya.
Selain itu juga bagi mewujudkan perpaduan dan keamanan dunia,Malaysia
memainkan peranan yang penting dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin
mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel mengikut lunas lunas yang
terkandung dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Buletin Sejarah 3 JPNPP
21 | P a g e
Dasar luar Malaysia yang mengutamakan perpaduan masyarakat antarabangsa
dapat dibuktikan dengan dasar luar kita yang mengutamakan keamanan dunia
melalui keanggotaan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
yang menekankan prinsip zon aman,bebas dan berkecuali,malah mengutamakan
perundingan dan perbincangan secara aman.
Keberkesanan dasar luar kita yang mantap dapat dibuktikan dengan penyertaan
tentera kita dibawah panji-panji PBB dengan menghantar tentera pengaman di
Bosnia dan juga Lubnan.Penyertaan tentera kita diperingkat antarabangsa ini
mendapat penghormatan dari negara-negara lain.
Selain itu juga dengan adanya dasar luar Malaysia ia berjaya mengukuhkan
perpaduan masyarakat antarabangsa dengan mewujudkan masyarakat yang saling
menyayangi,menghargai antara satu sama dan seterusnya menolak prasangka
buruk dikalangan semua negara.
SOALAN 20
Negara Malaysia antara negara yang dihormati di peringkat dunia. Buktikan
Dasar Luar Malaysia yang diamalkan sejak tahun 1957 hingga kini meletakkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati buktinya pengiktirafan Georgetown
dan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco. Pengiktirafan ini
diisytiharkan di hadapan kira-kira 1,000 peserta dari seluruh dunia yang menyertai
Persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia Ke – 32. Pengiktirafan ini menyebabkan
Melaka dan Pulau Pinang menjadi tarikan dan destinasi pelancongan yang unggul
pada masa depan sama ada oleh pelancong domestik atau asing. Hal ini akan
menyebabkan kebanjiran jutaan pelancong ke negara kita khususnya Melaka dan
Georgetown lantaran publisiti diberi setiap hari oleh UNESCO. Secara tidak
langsung, pengiktirafan ini meletakkan negara kita setanding dengan bandaraya
warisan dunia yang lain dan akan lebih dihormati masyarakat dunia pada masa akan
datang.
Seterusnya, dalam arena politik juga Malaysia turut dihormati oleh masyarakat dunia.
Buktinya pada tanggal 16 Oktober 2014 menyaksikan peristiwa bersejarah dan
bermakna kepada rakyat Malaysia apabila Malaysia terpilih sebagai wakil tidak tetap
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Syarat menjadi
anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB ialah negara berkenaan haruslah
mempunyai majoriti sokongan dua pertiga daripada keseluruhan anggota PBB.
Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota PBB dalam
pengundian rahsia yang diadakan di Ibu Pejabat PBB, New York. Ini bukanlah kali
pertama Malaysia menduduki kerusi ini. Malaysia pernah menjadi wakil tidak tetap
PBB pada tahun 1965, 1989- 1990 dan 1999-2000. Sebelum ini juga Malaysia
pernah menduduki kerusi tidak tetap ini, Malaysia banyak berperanan besar dalam
membuat keputusan di Majlis Keselamatan PBB seperti berkenaan campur tangan
ketenteraan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990 dan Perang Kosovo pada 1998-
1999. Jelas, Malaysia mempunyai pengalaman luas dan cemerlang sebelum ini
Buletin Sejarah 3 JPNPP
22 | P a g e
dalam menyelesaikan konflik global. Malaysia juga dilihat sering konsisten dalam
memperjuangkan banyak isu misalnya isu senjata pemusnah dan nuklear,
pembangunan mapan dan seimbang serta isu kemanusiaan khasnya nasib
penduduk Palestin menjadikan negara kita antara negara yang dihormati di persada
dunia.
Di samping itu, ramai dalam kalangan pemimpin negara kita telah mendapat
pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Contohnya Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menerima anugerah The
Dragon of Bosnia, iaitu anugerah tertinggi negara Bosnia bagi kesungguhannya
memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Islam Bosnia. Anugerah ini telah
diterima dari Alja Izetbegovic, Presiden Bosnia pada 19 April 1996. Kesungguhan
Malaysia membantu Bosnia dan keikhlasan rakyat Malaysia membantu dan
meringankan penderitaan rakyat Islam Bosnia menerusi derma yang disalurkan.
Selain itu, Tan Sri Razali Ismail sebagai wakil Malaysia pernah dilantik menjadi
pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB
untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Perdana Menteri Malaysia
yang Pertama, Tunku Abdul Rahman juga pernah diberi penghormatan untuk
menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Pengiktirafan terhadap pemimpin
negara ini jelas membuktikan bahawa masyarakat antarabangsa amat menghormati
negara Malaysia.
SOALAN 21
Malaysia perlu menjalinkan hubungan dengan negara luar (mengapa/ Sebab/)
Malaysia perlu menjalinkan hubungan dengan negara luar untuk memastikan
keselamatan dan keamanan negara. Hal ini kerana penyertaan dalam pertubuhan
serantau dan pertubuhan dunia dapat menjamin kestabilan politik dalam negara.
Contohnya penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan
dalam kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam semua bidang.
Buktinya selepas merdeka, negara-negara Komanwel membantu Malaysia
memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat Pengaruh
Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dan Britain, Australia
dan New Zealand juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia
diserang oleh mana-mana pihak semasa berkonfrontasi dengan Indonesia. Dengan
itu, kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha
untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara luar.
Selain itu, hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan
ekonomi negara. Apabila Malaysia menjalinkan hubungan luar, ekonomi gobal dapat
berkembang melalui perdagangan bebas dijalankan ,pertukaran mata wang dan
meningkatkan kegiatan ekonomi negara supaya mampu bersaing di peringkat global.
Contohnya, penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN
mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan
Buletin Sejarah 3 JPNPP
23 | P a g e
mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat. Penubuhan AFTA
membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat . Buktinya,rakyat
dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan.
Selain itu, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing telah digalakkan dari
negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Terbuktilah sudah bahawa
menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi
negara kita.
Seterusnya, kesejahteraan dan kemakmuran negara Malaysia juga dapat
ditingkatkan dengan wujudnya hubungan luar dengan negara lain. Melalui hubungan
ini, wujudnya peluang rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelaran di negara-negara
maju seperti United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea
Selatan. Hal ini dapat meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia . Hubungan ini
juga membolehkan syarikat-syarikat gergasi dari negara luar membuka kilang-kilang
industri mereka di negara ini. Pembukaan kilang-kilang ini akan membuka peluang
pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat tempatan. Oleh itu, taraf hidup
masyarakat tempatan akan meningkat. Peluang pekerjaan yang banyak ini juga
akan mengurangkan kadar pengganguran di Malaysia. Contohnya, pembukaan
kilang elektronik oleh Intel Corporation yang berpusat di Amerika syarikat di kawasan
perindustrian Pulau Pinang menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada
masyarakat setempat.
SOALAN 22
Sebagai warga global yang bertanggungjawab bagaimanakah negara Malaysia boleh
menyumbang kepada kesejahteraan serantau.
Mengadakan lawatan rasmi antara pemimpin negara
Meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti program pertukaran pelajar antara negara dalam bidang pendidikan
Saling Menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
Saling memahami
Warga global perlu memahami pendirian setiap negara anggota berhubung dengan sesuatu isu supaya tidak timbul sebarang percanggahan dan pertelingkahan yang boleh membawa kemudaratan kepada sesebuah negara serta mengambil kira sensitiviti pemimpin dan rakyat negara anggota ASEAN.
Mengutamakan kepentingan global
memelihara hubungan baik antara negara anggota, mengutamakan kepentingan global dalam membuat sesuatu keputusan demi kebaikan bersama.
Diplomasi
menyelesaikan sebarang pertelingkahan secara diplomasi dengan
mengadakan kerjasama politik, ekonomi dan sosial antara negara
Buletin Sejarah 3 JPNPP
24 | P a g e
serta tidak mengeluarkan kenyataan yang menyinggung sensitiviti negara lain.
Sokongan moral
Malaysia memberi sokongan moral kepada pucuk pimpinan negara yang mengalami masalah dalaman dengan cara mengamalkan dasar berkecuali
Menghormati kedaulatan negara lain
mengukuhkan hubungan baik antara negara dengan menjaga keamanan
serantau serta menghormati kedaulatan negara lain.
Tidak campur tangan dalam urusan negara lain.
Bantuan kemanusiaan
Memberi bantuan kemanusiaankepada negara-negara yang memerlukannya. Contohnya apabila Thailand dilanda banjir, Malaysia telah menghantar bantuan kemanusiaan.
Sikap keterbukaan
Mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan negara lain.
Mengeratkan persahabatan dengan negara-negara lain di dunia.
Memudahkan penyelesaian pertikaian
Hidup aman damai dengan negara lain
Saling membantu
SOALAN 23
Hubungan serantau dan antarabangsa adalah amat penting sekali. Apakah kesannya
jika negara kita tidak menjalankan hubungan serantau dan antarabangsa
Ekonomi negara tidak akan berkembang kerana pasaran yang terhad
Negara tidak akan maju kerana tiada hubungan antarabangsa
Bidang pendidikan tidak berkembang kerana tiada perkongsian dari negara luar.
Seterusnya krisis kekurangan makanan boleh berlaku kerana negara kita tidak
mampu menampung keperluan bekalan makanan.
Negara kita akan ketinggalan dalam segala aspek kerana kita menjalankan dasar
tutup pintu dan dipulaukan oleh negara lain.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
25 | P a g e
SOALAN 24
Jelaskan cabaran dan langkah Malaysia dalam meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara luar pada era globalisasi hari ini
Cabaran pertama yang dihadapi oleh negara kita ialah perbezaan ideologi antara negara mewujudkan jurang persefahaman yang luas antara negara. Contohnya Malaysia dengan negara-negara Islam yang mengamalkan mazhab yang berbeza.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk mengatasi cabaran tersebut ialah saling menghormati ideologi serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan dua hala supaya ideologi yang berbeza tidak menjadi penghalang
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk mengekalkan hak negara. Isu persempadanan yang menjadi rebutan antara negara menyebabkan hubungan menjadi renggang. Contohnya isu Pulau Spratly.
Langkah yang kedua mengatasi cabaran ialah negara-negara yang terlibat hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Dunia.Ini menyebabkan keamanan berjaya diwujudkan.
Selain itu, Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemajuan ekonomi kerana berlaku kejatuhan nilai mata wang Malaysia. Ini menyebabkan Malaysia tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.
Seterusnya bagi menghadapi cabaran yang ketiga pula Malaysia perlu mencari medium perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan.contohnya dinar emas.
Seterusnya Malaysia menghadapi cabaran dalam menangani masalan kebergantungan kepada pekerja asing. Keadaan ini menyebabkan kebanjiran tenaga kerja asing dan peluang untuk rakyat tempat terhad.
Bagi menghadapi cabaran keempat,penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh pihak berkuasa supaya kedatangan dan kebergantungan kepada pekerja asing dapat di kawal. Pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat Malaysia untuk memenuhi sektor pekerjaan.
Cabaran yang terakhir ialah jenayah merentasi sempadan. Contohnya penyalahgunaan dadah. Pengedar dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah.
Untuk mengatasi cabaran kelima, kerajaan perlu mengadakan kawalan ketat di pintu-pintu masuk negara serta mengenakan hukuman yang ketat kepada pesalah. Selain itu Malaysia juga mengukuhkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara lain agar masalah ini dapat di atasi tanpa menjejaskan hubungan dua hala tersebut.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
26 | P a g e
SOALAN 25
Cadangkan langkah-langkah bagi mengeratkan hubungan dengan negara luar.
atau
Cara-cara Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar melalui dasar luar yang diamalkan bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara.
atau
Langkah-langlah untuk meningkatkan keberkesanan hubungan Malaysia dengan negara luar.
Antara langkahnya ialah menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara dunia. Contohnya menghantar wakil negara atau duta ke negara luar seperti Rusia dan Amerika Syarikat. Hal ini, secara tidak langsung dapat mengukuhkan hubungan diplomatik di samping memajukan ekonomi negara masing-masing.
Kita juga boleh memberi bantuan kepada negara-negara yang memerlukan seperti bantuan kemanusiaan misalnya gempa bumi dan tsunami. Hal ini alan dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh negara terlibat di samping mengeratkan hubungan antara rakyat dengan rakyat dan antara negara dengan negara.
Mengadakan lawatan rasmi yang lebih kerap ke negara-negara luar adalah juga salah satu caranya. Misalnya mengadakan lawatan kerja oleh Perdana Menteri dan Menteri Kabinet dalam urusan perdagangan dua hala. Hasil daripada lawatan ini negara-negara terlibat dapat menikmati pelbagai faedah secara langsung dan tidak langsung dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
Sekian itu, dengan menghormati kedaulatan negara lain juga dapat mengukuhkan hubungan Malaysia dengan negara-negara luar. Contohnya tidak mencampuri urusan hal ehwal negara tersebut. Hal ini selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara Malaysia sejak zaman Tun Dr. Mahathir.
Di samping itu, mengadakan pertukaran teknologi dan kemahiran dengan negara lain juga boleh dijalankan. Contohnya pertukaran teknologi industri pembuatan kereta dengan negara Jepun dan lain-lain lagi sehingga menghasilkan ternologi terbaharu dari aspek pembangunan enjin kereta keluaran negara seperti Perodua.
Akhir sekali, dengan memelihara kepentingan bersama dalam hubungan diplomatik juga merupakan salah satu aspek pengukuhan hubungan antara negara. Contohnya jika timbul sebarang masalah perkara tersebut terus dibawa ke meja rundingan dan bukannya menggunakan kekerasan bersenjata dan sebagainya. Misalnya isu MH17 yang ditembak jatuh di sempadan Ukrain dan Rusia.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
27 | P a g e
SOALAN 26
IKTIBAR ( DIRI, MASYARAKAT DAN NEGARA)
Iktibar daripada dasar luar negara kita ialah kita hendaklah mempunyai pendirian
tetap dalam membuat keputusan supaya tidak ditindas oleh negara lain
Kita juga perlu peka terhadap isu-isu yang timbul pada peringkat global seperti
kemajuan dalam ICT dan globalisasi.
Rakyat Malaysia harus mengambil iktibar daripada kekacauan dan ketidakharmonian
di negara lain yang bergolak dengan mengukuhkan perpaduan demi menjamin
kestabilan ekonomi dan politik negara.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat antarabangsa.Kita harus mencontohi ketokohan para pemimpin
negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan
antarabangsa.
Masyarakat perlu mempunyai semangat bertolak ansur dalam menyelesaikan
masalah politik seperti isu perebutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan
Singapura.
Masyarakat juga perlu mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima sesuatu
perubahan yang dilakukan oleh pemimpin seperti perubahan untuk menetapkan
bentuk hubungan luar negara supaya sesuai dengan keadaan semasa.
Setiap negara perlu menghormati kedaulatan negara lain supaya kerjasama dengan
negara lain dapat dikukuhkan untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial.
Pemimpin negara perlu bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan
dengan polisi hubungan luar negara supaya tidak menyakiti hati pemimpin dan
rakyat negara lain
SOALAN 27
RUMUSAN ( PENGETAHUAN, NILAI, DAN HARAPAN)
RUMUSAN (Pengetahuan,Nilai,Unsur Patriotisme,Harapan)
Pengetahuan yang diperoleh ialah Malaysia mempunyai dasar luarnya yang
tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara
Malaysia melaksanakan 2 bentuk hubungan luar iaitu bilateral dan multilateral
Hubungan luar negara memberi kesan positif kepada diri,masyarakat,negara dan
dunia
Malaysia telah bekerjasama dan berperanan penting dalam mewujudkan keamanan
sejagat.
Dasar luar negara yang menghormati kedaulatan negara lain menyebabkan negara
kita dipandang tinggi di mata dunia.
Buletin Sejarah 3 JPNPP
28 | P a g e
Nilai-nilai murni dan patriotisme yang diperoleh ke arah kemajuan bangsa dan
negara ialah sentiasa bekerjasama dalam menangani ancaman jerebu yang
melanda Asia Tenggara melalui perjanjian menjaga alam sekitar
Amalan bertoleransi dapat dipupuk dengan menghormati kebudayaan masyarakat
dunia bagi mewujudkan kesejahteraan dunia melalui hubungan antarabangsa seperti
aktiviti Festival Asia
Dasar-dasar luar Malaysia mampu mengukuhkan hubungan diplomatik dengan
negara-negara lain di dunia melalui amalan semangat setia kawan dan rasional
dalam membantu menyelesaikan masalah dunia seperti ancaman keselamatan yang
dicetuskan oleh IS
Kita hendaklah peka terhadap isu-isu global seperti kemajuan ICT dan globalisasi
Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga dengan kepimpinan negara yang
mendapat pengiktirafan dunia kerana sumbangan mereka dihargai pemimpin luar
Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai pemimpin yang berjaya
menggubal dasar luar yang membawa kepada kemajuan negara bertukar teknologi
dan menghasilkan kereta keluaran tempatan, Proton Saga
Jasa-jasa pemimpin negara perlu dihargai dan dikenang oleh seluruh rakyat
Malaysia
Harapan saya kita mestilah menjadi warga global yang bertanggungjawab
terutama dalam menghulurkan bantuan misi kemanusiaan seperti ketika tsunami di
Acheh dan Jepun
Setiap negara perlu menghormati kedaulatan negara lain supaya tidak berlaku
konflik dalam politik , ekonomi dan sosial
Setiap warganegara perlu mempunyai semangat cinta akan negara untuk bersaing
dengan masyarakat dunia dari aspek kejohanan sukan Olimpik, Komanwel dan juga
dalam pendidikan.
Rakyat Malaysia perlu terus bersaing dalam aspek ekonomi dengan menstabilkan
sistem kewangan negara dan mencipta teknologi baru supaya menjadi contoh
kepada negara-negara membangun yang lain dan dihormati oleh masyarakat dunia.
Semoga rakyat terus mengekalkan semangat perpaduan kaum agar negara menjadi
aman , seterusnya menggalakkan kehadiran pelancong luar negara ke Malaysia bagi
meningkatkan ekonomi negara.
PEMARKAHAN : CADANGAN PENULISAN JAWAPAN RUMUSAN
Perkara Pemarkahan 1 Pemarkahan 2 Pemarkahan 3
Pengetahuan 1 2 3
Nilai 1 2 1
Unsur Patriotisme 1 2 1
Harapan 2 2 3
JUMLAH 5 8 8