Sejarah Form 3

download Sejarah Form 3

of 36

Transcript of Sejarah Form 3

Senarai KandunganBil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Tajuk Halaman

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik Kerja Khusus Sejarah Tingkatan 3 (2011)

Nama Calon: Lim Ming Yee Tingkatan: 3A5 No. Kad Pengenalan: 960904-10-5410 Angka Giliran: BK011 K013 Nama dan Alamat Sekolah: Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Jalan 10/3, 46000 Petaling Jaya, Selangor Tajuk Kerja Khusus: Institusi Pentadbiran Tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya Nama Guru: Encik Abdul Manap Sulaiman

Elemen 1Antara sumber yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja khusus ini ialah orang sumber. Saya telah menanyai Muhamed Azmi b. Yusoff, yang merupakan Penolong Pegawai Penerbitan di Unit Perhubungan Awam & Korporat, Tingkat 1, Ibu Pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan peranan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Berikut merupakan dialog saya dengan Encik Muhamed: Saya: Selamat petang, encik. Encik Muhamed: Selamat petang. Apakah yang boleh saya bantu? Saya: Bolehkah encik menerangkan sedikit tentang sejarah Petaling Jaya? Encik Muhamed: Petaling Jaya sebenarnya dibangunkan untuk mengatasi masalah kesesakan penduduk di Kuala Lumpur. Pada mulanya, ia merupakan kawasan ladang getah. Sehinggalah sekarang Petaling Jaya merupakan sebuah bandar yang maju. Saya: Oh, rupanya begitu. Encik Muhamed: Selain iut, nama Petaling Jaya diberikan sempena daerah Petaling yang diharapkan dengan jaya. Itulah asal usul nama Petaling Jaya. Di samping itu, Pekan Lama

(Old Town) dan Jalan 1 yang kini dikenali sebagai Jalan Templer merupakan pekan dan jalan yang pertama di Petaling Jaya. Saya: Terima kasih atas kesudian encik atas penerangan yang cukup berinformasi. Encik Muhamed: Sama-sama. Selain itu, saya melawat tempat kajian, iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengetahui maklumat yang lebih terperinci. Saya telah pergi ke sekitar Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang terletak di Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan untuk mengambil gambar-gambar dan bahan rujukan yang berkaitan dengan kerja khusus untuk dijadikan sebagai lampiran.

Gambar ahli kumpulan saya di Menara MBPJ

Latar belakang organisasi yang terdapat di ibu pejabat MBPJ

Kumpulan saya mengambil gambar di pintu hadapan ibu Pengurusan Tertinggi di MBPJ pejabat MBPJ

Bukan itu sahaja, saya melayari internet http://en.wikipedia.org/wiki/Majlis_Bandaraya _Petaling_Jaya dan http://www.mbpj.gov.my/web/guest/history bagi memperoleh maklumat tentang sejarah penubuhan dan perkembangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. (contoh internet didapati di belakang Elemen 1) Akhir sekali, saya menggunakan sumber majalah dalam menjalankan kerja khusus ini. Saya telah menggunakan sumber ini yang diberi oleh pegawai MBPJ. Saya mendapat maklumat yang lebih terperinci dari majalah tersebut.

Majalah MBPJ

Peta Pemantauan Zon

Isi-isi dalam majalah

PenghargaanSaya berasa sangat gembira kerana dapat mengumpulkan maklumat yang secukupnya bagi menulis laporan ini Kajian Sejarah ini. Sehubungan dengan ini, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada beberapa individu dan pihak sekolah yang memberi bantuan, galakan, fan kerjasama keapda saya dan rakan-rakan. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang memberikan galakan kepada saya. Ibu bapa saya, Lim Jew Ning dan Soh Char Yihtelah banyak memberikan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Saya mengucapkan terimakasih kepada Tuan Pengetu Sekolah Jenis Kebangsaan Katholik, Puan Lee Kim Lai yang telah memberikan kebenaran kepada saya dan rakan-rakan untuk menjalankan kajian ini selepas waktu sekolah. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Abdul Manap bin Sulaiman, guru Sejarah saya yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepad rakan-rakan sekumpulan yang rajin bekerjasama,iaitu Lim Joe Onn, Lee Xia Meen, Tan Yi Rong, Steffie Wong, Tan Yee Qing, Tay Tze Jian, Ho Chun Fai, Samuel Goh Kean Hau dan Tan Shi Dong melaksanakan kajian ini. Seterusnya, saya berterima kasih juga kepada pegawai MBPJ Muhamed Azmi b. Yusof, Penolong Pegawai Penerbitan di Unit Perhubungan Awam & Korporat yang kami temu bual semasa mengumpulkan maklumat.

Objektif KajianTujuan saya menjalankan kerja kursus yang bertajuk Institusi Pentadbiran Tempatan ini adalah untuk mengenal pasti pihak berkuasa tempatan yang mentadbir kawasan sekolah saya, SMJK Katholik, Petaling Jaya iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Dengan ini, saya dapat menghargai jasa dan pergorbanan pihak kerajaan, ahli-ahli MBPJ dan pihak-pihak lain yang menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar yang maju. Selain itu, saya mahu mengetahui serba sedikit tentang institusi pentadbiran tempatan di Petaling Jaya. Maka, saya dapat mengetahui latar belakang MBPJ, memahami peranan Petaling Jaya, mengenal pasti perkembangan Petaling Jaya daripada sebuah ladang getah kepada sebuah bandar satelit yang pertama di Malaysia serta tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak MBPJ. Akhirnya, saya hendak menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak dipelajari di sekolah. Lantaran itu, saya dapat mempelajari kaedah menganalisis dokumen, cara-cara menggunakan komputer serta mengamalkan nilai-nilai murni dan unsur-unsur patriotisme untuk menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat.

Kaedah KajianDalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat maklumat. Antaranya termasuk kaedah melawat dan pemerhatian. Saya dengan ahli kumpulan telah melawat ke pejabat MBPJ serta Menara MBPJ yang terletak di Jalan Yong Shook Lin. Kami telah memerhatikan situasi di sana dan telah mengambil beberapa gambar sebagai bukti dan lampiran untuk kajian. Selain itu, kaedah perbincangan juga saya gunakan. Saya dan ahli kumpulan saya telah berbincang ketika membuat kajian ini. Denagan ini saya telah memperoleh maklumat dan idea yang bagus daripada rakan saya. Tambahan lagi, saya juga menggunakan kaedah menganalisis dokumen. Saya telah menganalisis dokumen yang diberi oleh MBPJ. Dokumen yang disimpan di Microsoft PowerPoint disediakan oleh Puan Zainun binti Zakarta. Dengan dokumen tersebut, saya dapat memperoleh informasi dengan mudah.

Tajuk Kajian: Institusi pentadbiran Tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Hasil Kajian1. Institusi Pentadbiran TempatanDalam kajian ini, kita boleh dapati dan memahami pengurusan and pembangunan Petaling Jaya. Alamat MBPJ ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. MBPJ diuruskan dengan matlamat Menjadi Bandar Raya Terulung dalam Penyediaan Perkhidmatan dan Prasarana yang Berkualiti untuk Pelanggan, moto Mesra, Cepat dan Tepat Kualiti Utama Kita dan visi Petaling Jaya Peneraju Dinamik dan Lestari. Berikut adalah carta organisasi MBPJ:

2. Latar BelakangPada masa dahulu, bagi mengatasi masalah kesesakan penduduk pada tahun 1952, tanah kawasan kebun getah seluas 1200 ekar telah dibuka. Petempatan yang diwujudkan di Daerah Petaling diberi nama Petaling Jaya. Pada masa tersebut, pekan Old Town dan Jalan 1 merupakan pekan dan jalan yang pertama di Petaling Jaya, Jalan 1 diberi nama sebagai Jalan Templer. Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurus tadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1964, satu detik bersejarah yang penting bagi Petaling Jaya diadakan kerana Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Dalam tempoh 2 dekad, Petaling Jaya telah menjadi sebuah bandar satelit yang pertama dan terbesar di Malaysia. Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaik taraf dan menukar namanya kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ). Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya diiktiraf sebagai sebuah bandar. Di samping itu, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) juga menukar namanya kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kini, Petaling Jaya mempunyai keluasan sebayak 97.2 kilometer persegi dengan jumlah penduduk sebanyak 670000 orang. Ia merupakan pusat pertumbuhan yang terunggul di Selangor dan terkenal sebagai pusat perindustrian berteknologi tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan serta pelaksanaan ke arah pembangunan mampan.

y Tokoh-tokoh yang Mencorakan Kecemerlangan Petaling JayaKUASA TEMPATAN PETALING JAYA (1953-1960): Encik J.R.G. Jenkins Encik NAJ Kennedy Encik WF Gneve Encik GN Rothery Encik WFG Le Balley Encik Abdul Aziz bin Haji Mohd. Ali 1953 1953 31 Disember 1954 1 Januari 1955 16 Disember 1955 17 Disember 1955 16 Julai 1956 17 Julai 1956 9 Ogos 1959 24 Ogos 1959 20 April 1960

PERBADANAN KEMAJUAN PETALING JAYA (8 JULAI 1960 31 DISEMBER 1963) Encik Osman bin Ali Encik Mohd Anuar bin Lope Shukor Encik Tahir bin Abdul Rahim 8 Julai 1960 31 Disember 1963 20 Julai 1962 14 Ogos 1963 16 Ogos 1963 31 Disember 1963

LEMBAGA BANDARAN PETALING JAYA (1 JANUARI 1964 31 DISEMBER 1976) Encik Tahir bin Abdul Rahim (Pemangku) 1 Januari 1964 30 Januari 1964

Encik Haroun bin R. Mahmood Encik Zainol bin Mahmood Encik Zahari bin Abd Rashid Encik Mahmud bin Idris Encik Ariffin bin Said Encik Shaharudin bin Ishak Encik Idris bin Haji Noor

1 Febuari 1964 30 Jun 1964 1 Julai 1964 4 September 1966 5 September 1966 31 Oktober 1967 15 November 1967 9 September 1969 10 September 1969 11 Julai 1971 12 Julai 1971 31 Disember 1975 1 Januari 1976 -31 Disember 1976

MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA (1977 HINGGA SEKARANG) Encik Idris bin Haji Noor Encik Abdullah bin Haji Satar Encik Johan bin Shamsudin Tuan Haji Rastam Shahrom bin Dato Haji Abd. Rauf Tuan Haji Iskandar bin Astar Dato Mohd. Nor bin Bador Dato Haji Emran bin Hj. Kadir 1 Febuari 1989 31 Mei 1989 1 Jun 1989 30 Jun 1994 1 Julai 1994 9 Disember 2000 10 Disember 2000 1 April 2003 1 Januari 1977 14 September 1980 19 September 1980 14 Disember 1985 17 Disember 1985 31 Januari 1989

Dato Haji Abd Karim bin Munisar Dato Ahmad Termizi Hj Puteh Dato Ahmad Termizi bin Hj Puteh

2 April 2003 15 Julai 2004 1 Ogos 2004 - 19 Jun 2006 19 Jun 2006 16 Ogos 2006 28 Ogos 2006 - sekarang

Dato Haji Mohamad Roslan bin Sakiman

y Undang -undangDalam pentadbiran MBPJ, terdapat beberapa undang-undang yang digunakan oleh MBPJ. Salah satu ialah Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (1954). Selain itu, juga terdapat Enakmen Lembaga Bandaran (1955). Ia merupakan kuasa kerajaan tempatan untuk tujuan cukai pintu dan bayaran lesen serta urusan pengurusan, pentadbiran, penyeleggaraan kawasan-kawasan yang dimajukan dalam Petaling Jaya. Pada 1 Januari 1964, Otonomi Kewangan dikuatkuasakan. Pada tahun 1974, kerajaan menggunakan Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Akta Kerajaan Tempatan juga dikuatkuasakan pada tahun 1976. Mulai 1 Januari 1977, MPBJ menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 1995 juga disediakan. Dengan ini, Petaling Jaya menjadi bandar yang pertama memperolehi status majlis perbandaran di Malaysia.

y Tanggungjawab dan cara pelantikan pentadbirDatuk Bandar merupakan ketua dan pentadbir bagi MBPJ dan 24 orang ahli majlis. Tanggungjawab seorang datuk Bandar amat besar dan berat. Beliau mesti mentadbir, mengurus dan melaksanakan sistem pengurusan Bandaraya Petaling Jaya dengan cekap, yang fungsinya sebagai sebuah institusi yang demokrasi, melaksanakan dasar awam dan memberikan perkhidmatan kepada orang awam. Datuk bandar ialah seorang pegawai kerajaan persekutuan yang dilantik oleh pentadbiran negeri selepas men dapat persetujuan Menteri Besar. Datuk bandar bertugas sepanjang masa dengan bantuan penolongnya seorang timbalan datuk bandar dan ketua-ketua jabatan dalam menentukan dan

melaksanakan visi, misi, dasar kualiti, objektif dan aktivit majlis. Dengan ini, kita boleh memahami kesukaran tanggungjawab seorang datuk bandar dan organisasinya.

3. Peranany EkonomiTerdapat 2 peranan MBPJ dalam ekonmi Petaling Jaya iaitu dalam komersial dan industri.

Dalam ekonomi komersial, MBPJ menyediakan kemudahan dari segi prasana, perkhidmatan

kewangan dan perniagaan, bank/institusi kewangan, syarikat insuran, bangunan, syarikat guaman dan perniagaan sektor informal seperti gerai, pasar dan pasar malam.Segalah masalah dalam penubuhan perniagaan bolehlah berjumpa dengan pihak MBPJ. Selain itu, MBPJ juga menyediakan prasana seperti bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan.

MBPJ juga memainkan peranan dalam ekonomi industri dalam Petaling Jaya. Kawasan industri yang dibangunkan ialah sepanjang kawasan Sungai Way- Subang- Fiz. Di Seksyen 13 Petaling Jaya, klang teknologi tinggi ditempatkan. Kawasan Sungai telah dijadikan kawasan Zon Perdagangan Bebas. Kawasan Damansara pula dijadikan penempatan barang-barangan dalam gudang import dan eksport. Dengan usaha MBPJ, terdapat 200 industri di Petaling Jaya. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan. Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Sebagai contoh, Kilang Teknologi Tinggi ditempatkan di Seksyen 13 Petaling Jaya. Ini, secara tidak langsung telah menarik perhatian pedagang, peniaga dan pelabur untuk melabur dan membuka ruang pelaburan di kawasan perindustrian ini.

y Kemasyarakatan/KebajikanMBPJ telah menyediakan kawasan perumahan yang lengkap dengan kemudahan tersebut untuk kegunaan penduduk: tempat riadah, tempat berhibur, tempat membeli belah dan tempat beribadat. Contohnya, Taman Jaya, Amcorp Mall, St. Francis Xavier, Chetawan Buddhist Temple dan Arena Sukan. Prasana dari segi pengangkutan juga disediakan untuk penduduk. Misalnya, bas Rapid KL, teksi, stesen LRT dan lain-lain. MBPJ juga memperkenalkan bas untuk OKU dan bas sekitar Petaling Jaya yang tidak mengenakan caj ke atas penduduk. Kini, terdapat banyak infrastrukur untuk kebajikan penduduk. Terdapat 115 buah institusi kebajikan, 5 buah pusat kesihatan kerajaan, 225 buah klinik swasta seperti Hospital Assunta dan 17 pusat membeli belah. Contoh pusat membeli-belah di Petaling Jaya ialah One Utama, Tropicana City Mall, Amcorp Mall, Jaya Shopping Mall dan lain-lain lagi.

Melalui program local agenda 21 penglibatan NGO, persatuan penduduk dan Rukun Tetangga dalam Program Majlis selau menggalakan penduduk untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan dengan mengiktiraf usaha mereka melalui Anugerah Perdana Komuniti Mampan. Terdapat banyak kaum yang berjenis-jenis. Kaum-kaum utama yang mewarnai bumi Malaysia ialah Melayu, India dan Cina. Mereka hidup dalam keadaan bersatu-padu dan aman damai. Oleh itu, setiap kaum mempunyai sambutan perayaan yang berlainan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal dan lain-lain lagi. Perayaan ini dapat membantu meningkatkan hubungan sesama kaum. Sebagai contoh, sambutan Tahun Baru Cina turut diraikan oleh kaum lain dengan menziarahi

kenalan kaum Cina dan mengenali sesama dengan mendalam. Pihak MBPJ amat menggalakan aktivitiaktiviti seperti ini.

y

PendidikanDi Petaling Jaya, pendidikan amat

dititikberatkan untuk masa depan kanak-kanak di Petaling Jaya. Di Petaling Jaya, terdapat 283 buah tadika atau taska di Petaling Jaya. Terdapat juga 10 buah Sekolah Rendah Agama dan 3 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (India). 7 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) juga disediakan iaitu SJK(C) Chen Moh, SJK(C) Yuk Chai dan lain-lain lagi. Terdapat 5 buah Sekolah Rendah Swasta seperti Sekolah Rendah Sri Nobel dan Sekolah Sri Inai. 39 buah Sekolah Rendah bantuan kerajaan juga ditempatkan di Petaling Jaya. Terdapat 3 buah Sekolah Menengah Swasta. Misalnya, Sekolah Menengah Sri Bestari. 26 buah Sekolah Menengah bantuan kerajaan ditempatkan.

Misalnya, SMK Sri Permata, SMK Damansara Jaya, SMK Sultan Abdul Samad, SMK La Salle, SMK Taman Petaling dan Sekolah Mengah Assunta. Terdapat 3 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). 17 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga disediakan. Contohnya, Kolej Jururawat Tun Tan Cheng Lock, Akademi Pertama Reka Bentuk Komunikasi (The One Academy), Akademi Seni & Muzik Yamaha, Kolej Saito dan sebagainya.

y

KeagamaanDi Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tidak terkecualikan bahawa Petaling Jaya

penduduk yang beragama masing-masing. Di Petaling Jaya, terdapat sebanyak 24 masjid, 6 kuil, 6 tokong dan 13 gereja. Walaupun semua beragama lainan, penduduk-penduduk tetap hidup bersama secara aman. y

Perlancongan/Kebudayaan/RekreasiPetaling Jaya merupakan tempat yang penuh dengan kemudahan. Oleh yang demikian, tidak

kuranglah terdapat 19 buah hotel, 2 stadium dan 36 dewan serbaguna. Contoh hotel adalah seperti Hotel Hilton dan Hotel Lisa de Inn. Deana serbaguna boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti msjlis perkahwinan, jualan, pertemuan Rukun Tetangga dan sebagainya.

4. PerkembanganDaripada sebuah bandar yang dirancang sebagai bandar kecil bagi menampung kesesakan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya telah menjadi satu bandar yang maju. Dalam mengejar arus pemodenan dan pembangunan pada masa itu, penduduk telah mengambil bahagian dalam perdagangan dan perusahaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Berikut ialah Bajet MBPJ 2011:

% Peningkatan Hasil Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah Hasil 2010 Anggaran (RM) 162,000,000 85,584,080 9,818,500 257,402,580 2011 Anggaran (RM) (Penurunan) 172,000,000 81,469,760 6,974,680 260,444,440 6.17

5. 6.

4.81 28.96 1.18

7. 8.

Dalam segi prasana dan fizikal, MBPJ telah banyak memberi usaha mereka. Pada 1950-an, hanya terdapat Jalan 1 (Jalan Templer) dan Jalan 2 (Jalan Othman). Kini, terdapat lingkaran lebuhraya seperti Lebuhraya Persekutuan, New Pantai Expressway (NPE), New Klang Valley Expressway (NKVE), KESAS Highway, PLUS Expressway, Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Lebuhraya DamansaraPuchong (LDP) dan Sprint Highway. Terdapat juga pelbagai jenis pengangkutan awam seperti LRT, Komuter dan bas.

RumusanMelalui kajian Sejarah ini, saya telah berhasrat untuk menyayangi dan menghargai Petaling Jaya dengan lebih mendalam. Kajian ini juga menjadikan saya seorang yang bersyukur terhadap segalagalanya dan menghargai segala kemudahan awam yang telah disediakan oleh institusi pentadbiran tempatan kepada kita supaya dapat menjaga manfaat semua penduduk. Pihak MBPJ yang prihatin kepada penduduk telah saya dapati untuk menghargai segala-galanya. Di samping itu, Saya telah mengamalkan nilai ketabahan dan kesabaran ketika melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak mempelajari daripada cabaran yang saya mengalami dengan gigih dan tidak berputus asa. Saya juga telah mempelajari nilai menepati masa. Saya berjaya menghantar kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan oleh guru saya. Saya juga mempelajari betapa pentingnya ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara diterapkan dalam kehidupan harian kita supaya mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan. Saya juga telah mengamalkan nilai ketabahan dan kesabaran ketika melaksanakan kerja kursus ini. Saya juga banyak mempelajari daripada cabaran yang saya mengalami dengan gigih dan tidak berputus asa. Akhir sekali, saya telah mengamalkan nilai cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada bangsa dan negara saya. Saya juga faham bahawa mematuhi segala peraturan serta undang-undang di mana-mana tempat dan Perlembagaan Malaysia yang ditetapkan merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menjaga maruah dan nama baik sekolah serta berusaha meningkatkan imej negara.

Sijil Bersih Bagi Penyata Kewangan Majlis Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2004,2005,2006,2007& 2008y Anugerah dan Penghargaan AntarabangsaPertandinganBIL. 1. ANUGERAH Tempat Ketiga Acara Kritirium Kejohanan Lumba Basikal Sukan Komanwel Ke-19, India

Bukan PertandinganBIL. 1. 2. 3. ANUGERAH Penganjuran Kejohanan Squash Antarabangsa Terbesar Malaysia Book Of Record 117 Penyertaan, 2009 Penganjuran Kejohanan Tenis Remaja Antarabangsa Pengurusan Terbaik Pasukan Lumba Basikal Sukan Komanwel Ke-19, India

y Anugerah dan Penghargaan KebangsaanPertandinganBIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. ANUGERAH Anugerah Istimewa Sistem Pengurusan Sampah Terbaik Dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, 1993 Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (MAMPU), 1993 Johan Lelaki Bawah 18 Kejohanan Hoki Remaja Perak MILO-MBI-MSN, 2009 Johan Kategori Terbuka Wanita Pesta Bola Jaring USM Ke-19, Pulau Pinang 2009 Johan Kejohanan Bola Jaring PBT MALA / MBMB 2009 Johan Perbarisan Kategori Bandaraya SeMalaysia Sempena Ulang Tahun Majlis Bandaraya Shah Alam ke-10

Bukan PertandinganBIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. ANUGERAH Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (MAMPU), 1994 Anugerah Maklumat Terbaik Hari Perancang Bandar Sedunia, 1997 Anugerah Khas Belia Bagi Agensi Kerajaan 1998, Kementerian Belia dan Sukan, 1998 Anugerah Belia Negara, 1998 Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (MAMPU), 2000 Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan, 2002 Anugerah Commonwealth Association Of Public Administration And Management (CAPAM) Best of II, 2002 Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik Pembangunan Kemasyarakatan, 2002 Anugerah Pengiktirafan Bangunan Dengan Kemudahan Akses Sempena Sambutan Hari Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan Ke-9 ( Kategori Bangunan Kerajaan), 2002 Anugerah Pengiktirafan Bangunan Dengan Kemudahan Akses, 2003 Anugerah Sukan Untuk Semua Kakitangan Jabatan Kerajaan, 2003 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2003 Juara Pertandingan Bola Sepak Piala Malaysia Tahun 2003 Anugerah Kualiti Laman Terbaik 2008, Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia 2008 Memperolehi 4 Bintang Sistem Star Rating PBT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tempat Pertama Anugerah Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan 2009 Kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pengiktirafan MS ISO 9001:2008 Penarafan 5 Bintang Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2010 Anugerah Bandar Lestari, Anugerah Alam Sekitar 2009/2010 Anugerah Khas Kemudahan Untuk Orang Kurang Upaya Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Atas Sumbangan Dan Khidmat Bakti Dalam Menjayakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2010 Kementerian Penerangan Malaysia Penghargaan Dan Terima Kasih Sempena Majlis Pelancaran Album Ahli Dewan Undangan Negeri Sempena 50 Tahun Jubli Emas Pencapaian Tahap Mampan Dalam Program Perlaksanaan Petunjuk Bandar Malaysia (MURNInet) 2010 Sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010

y Anugerah dan Penghargaan KebangsaanPertandinganBIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. ANUGERAH Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Pertandingan KMK (QCC) (MPPJ FMM), 1993 Anugerah Y.B. Setiausaha Kerajaan Selangor, 1993 Anugerah Kualiti Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 1993 Johan Pertandingan KMK Negeri Selangor, 1993 Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Pertandingan KMK (QCC) (MPPJ FMM), 1994 Kawad Perbarisan Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Alam Shah Al Haj Sultan Selangor Darul Ehsan, 1999 Johan Pertandingan KMK Negeri Selangor, 2000 Perbarisan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-74, 2000 Perbarisan Hari Kebangsaan Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, 2001 Anugerah Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Selangor, 2004 Johan Keseluruhan Sukan Selangor Ke-8, 2009 Johan Perbarisan Lintas Hormat Piala Dato Menteri Besar Selangor 2009 Johan Perbarisan Lintas Hormat Piala Dato Menteri Besar Selangor 2010 Johan Kategori Perbarisan Lintas Hormat Sukan Penguatkuasa Negeri Selangor 2010 Naib Johan Kategori Pameran PBT Sukan Penguatkuasa Negeri Selangor 2010

Bukan PertandinganBIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. ANUGERAH Anugerah Piagam Pelanggan Terbaik, 1993 Anugerah Kualiti Y.A.B. Menteri Besar Selangor, 1995 Anugerah Kualiti Y.B Setiausaha Kerajaan Selangor, 1996 Anugerah Kualiti Y.A.B. Menteri Besar Selangor, 1997 Anugerah Kualiti Negeri Selangor (Penyertaan Tahunan), 1998 Anugerah Pameran Aplikasi GIS Terbaik Negeri Selangor, 1998 Anugerah Kualiti Y.A.B. Menteri Besar Selangor, 1998

8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26.

Naib Johan Kenderaan Bermotor Pesta Mini Flora Selangor, 1999 Anugerah Kualiti Negeri Selangor, 2000 Pertandingan Anggerik Antarabangsa, Shah Alam, 2000 Anugerah Kaunter Terbaik, 2002 Anugerah Kualiti Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 2002 Anugerah Kualiti Menteri Besar Selangor, 2002 Anugerah Prestasi Pertama Kategori A PBT Anugerah Pengurusan Pejabat Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, 2006 Naib Johan Anugerah Kualiti Menteri Besar, 2003 Naib Johan Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-50 Peringkat Negeri Selangor, 2007 Johan Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2007 Johan Perbarisan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-51 Peringkat Negeri Selangor Kategori PBT Tahun 2008 Hadiah Kecemerlangan Prestasi, Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Tahun 2008 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Johan Perbarisan Maulidur Rasul 1430 Hijrah Peringkat Daerah Petaling Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2009 Pengiktirafan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti 5S 2010 Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Sempena Perasmian Klinik 1 Malaysia Lembah Subang Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Di Atas Sumbangan Di Dalam Menjayakan Acara Musical Extravaganza Ucapan Penghargaan Dan Terima Kasih Di Atas Sumbangan Menjayakan Acara Golf Selangor Master Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 2010

y Anugerah Inovasi AntarabangsaPertandinganBIL. 1. 2. ANUGERAH Gold Medal Geneva, Switzerland (Mesin Pengupas Kelapa), 2004 Silver Medal Geneva, Switzerland (Easydump Wheel Barrow), 2005

Bukan PertandinganBIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. ANUGERAH Anugerah Inovasi, Peringkat Kebangsaan 1993 (Pembinaan Tandas Bergerak) Tempat Ke-2 Anugerah Inovasi Y.A.B. Menteri Besar Peringkat Negeri Selangor (Mesin Pemecah dan Pengaut Tanah Serta mengisi tanah dalam polybag), 1993 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Ketua Setiausaha Negara) Tandas Bergerak Jurutera Jentera Tahun 1993 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, 1998 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, 2000 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Mesin Penggaul Tanah dan Perangkap Lalat), 2001 Anugerah Khas Inovasi Negeri Selangor, 2003 Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2003 Anugerah Inovasi (Perkakas Membuka Bunting dan Bendera), 2007 Tempat Kedua Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor 2009 Kategori Peringkat Orang Awam Tempat Ketiga Festival Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor 2009 Kategori Peringkat Orang Awam Silver Medal Malaysia (Easydump Wheel Barrow), 2005

Kini, Petaling Jaya telah berubah dari sebuah ladang getah hingga ke sebuah Bandar yang maju. Namun, cabaran MBPJ ialah untukmenjadikan bandaraya Petaling Jaya sebuah Bandar yang mampan, hijau dan selesa untuk didiami. Perancangan mereka ialah menjadikan Petaling Jaya Bandar kehijauan, mesra OKU, Bandar selamat, pembangunan mampan dan Bandar bebas halangan. Saranan dan harapan mereka adalah BANDARAYA PETALING JAYA ADALAH DIPIJAMKAN DARIPADA GENERASI AKAN DATANG . BERMULA DARI KAMU HARUS TERUS MEMELIHARA DAN MEMULIHARA BANDARAYA PETALING JAYA SEBAGAI SEBUAH BANDARAYA YANG SELAMAT DIDIAMI DAN SELESA SERTA DIBANGGAKAN.

Lampiran

Piagam Pelanggan

Logo MBPJ

Akhbar

Bank Lee Wah

Piala zon bersih

Anugerah Bandar OKU

Amcorp Mall

Ibu Pejabat MBPJ

Gambar Ahli majlis

Federal Highway

Menara MBPJ

Risalah MBPJ

Esei SejarahBagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?Pada masa kini, isu-isu intergrasi nasional yang berlaku di mana-mana tempat di dunia semakin meningkat. Hal ini demikian kerana institusi pentadbiran negara tidak memainkan peranan mereka. Persoalannya, bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Antaranya ialah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita dengan mengadakan rumah terbuka. Dengan begini, semangat kekitaan dapat dipupuk dalam sanubari kita. Secara tidak langsung, kita akan hidup dengan lebih bersatu padu dan harmoni. Nilai-nilai murni seperti bertolak ansur serta bertoleransi dapat disemai. Institusi pentadbiran tempatan juga boleh mengadakan aktiviti gotong-royong. Kesannya, kita dapat memupuk nilai-nilai murni seperti rajin dan gigih. Kita juga boleh tabah menghadapi cabaran dengan tabah dan bekerjasama serta tolong menolong ketika menyelesaikan masalah seperti masalah kebersihan dan sebagainya. Di samping itu, institusi pentadbiran tempatan dapat menganjurkan aktiviti penghayatan kemerdekaan. Orang ramai terutamanya para pelajar akan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita akan selalu menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock melalui kegiatan ini. Nama tokoh-tokoh juga digunakan sebagai nama bangunan untuk peringatan jasa mereka seperti Kolej Jururawat Tun Tan Cheng Lock.

Bukan itu sahaja, semangat setia negara juga dapat disemai melalui usaha yang gigih dilakukan oleh institusi pentadbiran tempatan negara kita. Kita akan berasa cinta akan bangsa dan negara. Selanjutnya, kita akan bersyukur sebagai warganegara Malaysia dan sentiasa taat setia kepada raja dan pemimpin negara. Akhirnya, institusi pentadbiran tempatan negara kita yang cukup bertanggungjawab menunjukan sikap yang baik dan berkesan. Dengan ini, kita sebagai warganegara Malaysia akan selalu mempertahankan dan menjunjung Perelmbagaan Negara serta mematuhi peraturan dan undang-undang.

Rujukan1. Orang SumberMuhammed Azmi b.Yusoff, 32 tahun, Penolong Pegawai Penerbitan , Unit Perhubungan Awam & Korporat, Tingkat 1, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Daru Ehsan 2. Majalah y y Berita Bandaraya Petaling Jaya, Februari 2011 Info PJ, Disember 2011

3. Internet y y y Portal Rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), http://www.mbpj.gov.my/web/guest Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya, http://en.wikipedia.org/wiki/Menara_MBPJ Petaling Jaya, http://en.wikipedia.org/wiki/Petaling_Jaya

4. Tempat Kajian Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan