Sejarah batik malaysia
-
Upload
alex-dudley -
Category
Documents
-
view
12.516 -
download
6
Transcript of Sejarah batik malaysia
Sejarah
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif
Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
Rupabentuk Kain Batik Sarung
Contoh Motif Organik.
Motif Ayam
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Kerak Nasi
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Orkid
Motif Bunga Raya
Motif Daun Sireh
Motif Geometrik
Motif Pucuk Rebung
Motif Rama-rama
Motif Siput
Motif Ayam
Contoh Motif Geometrik.
Motif Pucuk Rebung
Motif Bunga Kotak Bercampur
Motif Bunga Buluh
Motif Bunga Raya Motif Siput Motif Pucuk Rebung
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
Corak Berdiri
Corak Jalur
Corak Melintang
Corak Menyeluruh
Corak Menyerong
Corak Tompok-tompok
Corak Ulangan Batu-bata
Corak Ulangan/Selang seli
Blok penerap batik
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
Blok penerap
Campuran lilin
Kain
Pencelup
Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Proses menerap kain menggunakan blok corak
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Proses mencanting kain
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm
Motif Dan Sejarah Batik Di MalaysiaWednesday, 21 April 2010 13:07 administrator
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia
telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan
menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan
sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud
menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam
Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di
Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
Motif Batik
Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap
batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif
Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-
bungaan, dan haiwan.
Contoh Motif Organik.
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
Contoh Motif Geometrik.
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
Corak
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli
Proses Membuat
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap
dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk
kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga
habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang
berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang
sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Penjenisan Kain Batik
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat
daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu
sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum
ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja
melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat,
dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses
mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna
putih sebagai benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah
melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang
diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses
pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan
diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini
disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.
Penggunaan
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain
sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada
batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik
juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen
dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari
pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan
untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
http://www.masterwanbatik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=144:motif-dan-sejarah-batik-di-malaysia&catid=42:info-batik&Itemid=173
SEJARAH DUNIA & BATIK:Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir !!!
Pada tamadun awal Mesir, tulisan digunakan untuk menyimpan rekod tentang upacara keagamaan dan harta yang ada di kuil-kuil. Bentuk tulisan yang dicipta oleh para pendeta ini dikenali sebagai hieroglif. Tulisan hieroglif berbentuk gambar dan diukir pada batu atau kayu. Setelah membuat kertas daripada pokok papyrus, orang Mesir menulis dengan menggunakan dakwat dan berus.
Kain tertenun diperbuat dengan menggunakan roda pemejaman dan kek pada 6000 sebelum Masehi. Tulisan berbentuk gambar diterjemahkan diatas kain tertenun oleh BLOK KAYU UKIRAN TIMBUL DICELUPKAN DENGAN PEWARNA SEBELUMN DITEKAPKAN PADA KAIN yang kini dikenali sebagai 'batik'.
Bangsa Mesir Kuno menghias bentuk dasar ini dengan mempergunakan kain itu sendiri, yaitu dengan cara pemberian lipit-lipit ( pleats, plissee ). Bangsa Babylonia dengan menambah potongan-potongan strook yang berumbai-rumbai. Busana yang dipakai pada masa itu masih dalam bentuk yang sangat sederhana berupa busana dalam bentuk kemeja tanpa krag dinamakan KALASIRIS.
Dalam periode kerajaaan kunoKalasirirs berlengan setali ini sangat pendek dan ketat, sedangkan dalam periode kerajaan baru kalasiris dibuat panjan dan lebar serta diberi lipit-lipit yang merupakan unsure dekoratif yang sangat dominant pada tata busana bangsa Mesir kuno.
Di negara China dan Jepun 'kain bercorak' mula digunakan sejak abad ke 7 dan ke 8 lagi. Di Tanah
Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu dan seterusnya Tanah Melayu.
BATIK DI MALAYSIA:Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan "ubi kentang" sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden.
Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan.
Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia disertai dengan nama batik dikomersilkan.
Nama batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.
Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Ternyata konsep "batik" itu sendiri telah wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir sejak bermulanya tamadun manusia disana; Tamadun Mesopotamia- Babylon.
Petikan: Pustakaan Negara Malaysia & Laman Pendidikan Seni
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TADF3IST7ELFAQ98N
Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna
membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik.
Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup,
dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari
Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon,
Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka
dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu,
dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.
Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi
cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping
itu.
Baju batik di Indonesia
Pada awalnya baju batik kerap dikenalkan pada acara acara rasmi untuk menggantikan baju
jas. Tetapi dalam perkembangannya pada masaOrde Baru baju batik juga dipakai sebagai
pakaian rasmi siswa sekolah dan pegawai negeri (batik Korpri) yang menggunakan seragam
batik pada hari Jumaat. Perkembangan selanjutnya batik mulai bergeser menjadi pakaian
seharian terutama digunakan oleh kaum wanita. Pegawai swasta biasanya memakai batik pada
hari Khamis atau Jumaat.
Baju batik di Malaysia
Mulai 17 Januari 2008, semua kakitangan awam lelaki di Malaysia dikehendaki memakai baju
batik Malaysia pada setiap hari Khamis. Sebelum ini peraturan memakai baju batik hanya pada
hari Sabtu sahaja. Ini kemudiannya diubah kepada 1 haribulan dan 15 haribulan. Tetapi orang
ramai mudah lupa menyebabkan kembali semula kepada sistem lama berdasarkan hari.[1]
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batik