Sbe Assignemnt

25
A. TUGASAN BAGI MINGGU PERTAMA 1. Tinjau pemahaman murid dan guru mengenai konsep bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan dapatan kajian anda, cadangakan cara memastikan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling mendapat sambutan sewajarnya daripada kumpulan sasaran. Satu tinjauan telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Tiong ini khususnya bagi melihat sejauhmana tahap pemahaman murid mahupun guru terhadap konsep bimbingan dan kaunseling. Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian pengenalan di atas, kaedah tinjauan yang telah diambil adalah melalui teknik temubual. Oleh hal yang demikian, beberapa responden yang terdiri daripada guru dan murid telah diambil. Sememangnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling difahami oleh individu dalam pelbagai konsep yang berbeza-beza. Antaranya pendapat daripada responden yang pertama, iaitu seorang guru pendidikan moral, memahami bahawa bimbingan dan kaunseling sebagai salah satu perkhidmatan yang ditawarkan khususnya kepada murid-murid yang bermasalah. Menurutnya lagi, “tugas seorang kaunselor di sekolah akan membantu murid-murid menyedari apakah kesalahan yang telah dilakukan sekaligus membantu pelajar tersebut berubah kepada tingkahlaku yang positif”. Melalui respon yang diberikan, menunjukkan halatuju bimbingan dan kaunseling ini adalah untuk membantu individu kepada perubahan kendiri yang lebih baik. Apabila soalan yang sama diajukan kepada murid- murid, mereka memahami perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 1

description

.

Transcript of Sbe Assignemnt

Page 1: Sbe Assignemnt

A. TUGASAN BAGI MINGGU PERTAMA

1. Tinjau pemahaman murid dan guru mengenai konsep bimbingan dan kaunseling.

Berdasarkan dapatan kajian anda, cadangakan cara memastikan perkhidmatan

Bimbingan dan kaunseling mendapat sambutan sewajarnya daripada kumpulan

sasaran.

Satu tinjauan telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Tiong ini khususnya bagi melihat

sejauhmana tahap pemahaman murid mahupun guru terhadap konsep bimbingan dan

kaunseling. Seperti yang telah dijelaskan pada bahagian pengenalan di atas, kaedah

tinjauan yang telah diambil adalah melalui teknik temubual. Oleh hal yang demikian,

beberapa responden yang terdiri daripada guru dan murid telah diambil.

Sememangnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling difahami oleh individu dalam

pelbagai konsep yang berbeza-beza. Antaranya pendapat daripada responden yang

pertama, iaitu seorang guru pendidikan moral, memahami bahawa bimbingan dan

kaunseling sebagai salah satu perkhidmatan yang ditawarkan khususnya kepada

murid-murid yang bermasalah. Menurutnya lagi, “tugas seorang kaunselor di sekolah

akan membantu murid-murid menyedari apakah kesalahan yang telah dilakukan

sekaligus membantu pelajar tersebut berubah kepada tingkahlaku yang positif”. Melalui

respon yang diberikan, menunjukkan halatuju bimbingan dan kaunseling ini adalah

untuk membantu individu kepada perubahan kendiri yang lebih baik. Apabila soalan

yang sama diajukan kepada murid-murid, mereka memahami perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling sebagai tempat untuk murid-murid lain yang bermasalah untuk

mengakui kesalahan dan menyesali perbuatannya. Walaubagaimana pun, pengertian

dan konsep perkhidmatan dan kaunseling adalah berbeza bagi setiap responden.

Jadual di bawah menunjukkan tahap kefahaman guru dan murid berkaitan dengan

konsep bimbingan dan kaunseling. (Rujuk jadual 1)

Bagi memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapat sambutan dan

berfungsi dengan sebaiknya, pendapat daripada responden amat penting di

pertimbangkan. Daripada pemahaman yang berikan oleh responden berkaitan dengan

konsep bimbingan dan kaunseling, beberapa tindakan dan pendekatan boleh dilakukan

1

Page 2: Sbe Assignemnt

supaya mendapat sambutan khususnya daripada murid-murid mahupun guru.

Tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh guru pembimbing dan kaunseling

antaranya mengenalpasti keperluan-keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

di sekolah. Kenalpastian ini boleh dilakukan melalui kajian keperluan soal selidik dan

perbincangan dengan murid, guru dan pentadbir, kakitangan sekolah, ibu-bapa dan

bekas murid. Tindakan ini amat penting dilakukan kerana daripada respon inilah dapat

memberi maklumat tentang sejauhmana penerimaan dan sambutan murid, guru dan

pentadbir terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Penglibatan guru

pembimbing dan kaunseling juga dilihat sebagai faktor penting supaya mendapat

sambutan daripada kumpulan sasaran. Sering kali perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling disalah tafsirkan bagi sesetengah kumpulan yang tidak begitu memahami

tentang ruang lingkup tugas guru kaunselor ini yang dikatakan mempunyai luang masa

yang begitu lapang. Oleh hal yang demikian, melalui penglibatan dan program-program

secara langsung akan lebih membuka minda orang ramai tentang tugas dan ruang

lingkup guru pembimbing yang sebenar. Selaras dengan namanya sebagai guru

pembimbing dan kaunseling, seorang guru kaunselor harus menjadi model atau mentor

sebagai ‘guru penggerak motivasi’. Guru pembimbing dan kaunselor yang berkesan

dalam menjalankan tugasnya adalah guru yang berjaya menjadikan pelajarnya

bermotivasi dalam pelajaran. Oleh itu untuk keberkesanan dalam pengajaran, guru

pembimbing harus berusaha memahami makna motivasi belajar itu sendiri dan

mengembangkan serta menggerakkan motivasi pembelajaran pelajar itu ke tahap yang

maksimum. Fenomena ini sekaligus meningkatkan semangat belajar dan nilai kendiri

yang positif murid-murid dan secara tidak langsung pencapaian akademik dan

kurikulum juga akan turut meningkat. Inilah peranan dan tindakan yang perlu dimainkan

oleh guru pembimbing dan kaunseling supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

di sekolah akan mendapat sambutan disekolah.

2

Page 3: Sbe Assignemnt

Bil Virible Guru 1 Guru 2 Murid 1 Murid 2

1Pengertian bimbingan dan kaunseling (BDK) secara ringkas

BDK merupakan satu organisasi di sekolah yang mengambil berat tentang masalah murid.

Satu perkhidmatan yang berunsur motivasi supaya berubah daripada jahat kepada baik

Sebagai tempat guru memberi nasihat kepada murid-murid

Sebagai tempat untuk murid-murid meminta maaf bila melakukan kesalahan

2Ruang lingkup tugas guru bimbingan dan kaunseling di sekolah

Beri motivasi kepada murid

Khidmat kaunseling bagi murid bermasalah

Rancang program bermotifkan motivasi

Beri khidmat kaunseling kepada murid bermasalah dan cari jalan supaya masalah itu dapat diselesaikan

Beri nasihat kepada murid-murid supaya belajar dengan lebih rajin dan tidak malas

Beri nasihat Bagi syarahan /ceramah Memaafkan murid yang

mengakui kesalahan.

3Teori-teori dalam bimbingan dan kaunseling

Guru BDK mengguna kan teori-teori kaunseling untuk membantu murid yang bermasalah

Terdapat banyak teori yang digunakan dalam sesi kaunseling

Tidak mengetahui tentang perkara tersebut

Tidak mengetahuinya.

4

Keperluan-keperluan asas untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Sebuah bilik yang kondusif dengan bahan-bahan bacaan motivasi disamping suasana bilik yang ceria

Suasana bilik yang baik amat penting bagi menjalankan sesi kaunseling supaya menarik minat murid-murid untuk mengunjunginya

Keperluan asas yang penting bagi BDK ialah bilik yang cantik dan dipenuhi dengan hiasan-hiasan yang menarik

BDK perlu menyediakan lebih banyak bahan bacaan. Bacaan-bacaan yang banyak akan menarik lebih ramai murid-murid untuk pergi ke bilik kaunseling tersebut.

Jadual 1: Tahap kefahaman guru dan murid tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

3

Page 4: Sbe Assignemnt

2. Kaji ciri-ciri kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid dan guru. Buat catatan

refleksi mengenai cara anda dapat menyiapkan dan menampilkan diri sebagai guru

bimbingan yang berkesan.

Pada perbincangan yang lepas, kita telah memahami bahawa perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling memerlukan suatu pendekatan yang kritis supaya dapat melahirkan

suatu gambaran atau imej yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk

mendapatkan perkhidmatan tersebut. Oleh hal yang demikian, seorang kaunselor perlu

memiliki kesemua aspek-aspek kekemasan dan keunikan supaya dapat

menggambarkan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Berikut adalah jadual

berkaitan dengan ciri-ciri kaunselor mengikut persepsi guru dan murid.

Ciri-ciri Guru Pembimbing dan Kaunselor

Guru Murid

Mempunyai personaliti yang positif.

Guru kaunselor perlu berpakaian atau

berimej yang kemas kerana sentiasa

berhadapan dengan pelanggan.

Sentiasa peka dengan perkembangan

akademik murid-murid disekolah

Sentiasa peka dengan masalah-masalah

yang dihadapi oleh murid-murid

Sentiasa terlibat secara langsung

dengan aktiviti-aktiviti motivasi dan

program pembelajaran.

Seorang guru kaunselor, tidak boleh

bersifat garang kerana ini mungkin

menyebabkan murid-murid sukar untuk

mendekati

Berpakaian kemas dan sopan.

Baik dan tidak mudah memarahi murid

Selalu berbual-bual dengan murid-murid

Kelakar

Selesaikan masalah murid-murid

Jadual 2: Ciri-ciri guru Pembimbing dan Kaunseling mengikut persepsi murid dan guru

4

Page 5: Sbe Assignemnt

Berdasarkan kepada kaji selidik dan persepsi daripada responden-responden di atas,

jelaslah bahawa seorang guru pembimbing dan kaunseling perlu mempunyai ciri-ciri

seperti perwatakan menarik, berada dalam keadaan bersih, sentiasa ceria, berintegriti

cemerlang dan sentiasa berada dalam keadaan yang positif. Keadaan ini menunjukkan

perwatakan dan personaliti seorang guru pembimbing dan kaunseling yang ceria dan

positif akan menarik perhatian orang ramai. Namun, seandainya keadaan yang

sebaliknya berlaku maka penerimaan masyarakat dan individu terhadap guru kaunselor

tersebut akan menurun dan mula menolak. Faktor kekemasan dalam diri setiap guru

kaunselor adalah amat penting kerana gambaran awal individu atau masyarakat

merupakan nilai kepada guru pembimbing dan kaunseling tersebut. Dengan kata lain,

gambaran awal yang tercetus dalam diri individu ini akan melahirkan rasa kepercayaan

klien dan masyarakat terhadap setiap guru pembimbing dan kaunseling.

Walaubagaimana pun, guru kaunselor juga hanya seorang manusia dan insan biasa

yang masih masih mempunyai pelbagai kekurangan dan kelemahan. Kadangkala sifat-

sifat semulajadi yang terdapat dalam diri guru kaunselor ini tidak dapat diubah seperti

kurang bercakap, tidak kelakar dan sebagainya.

5

Page 6: Sbe Assignemnt

3. Pilih dua orang murid yang mempunyai masalah yang berbeza. Bincangkan sifat-sifat

diri murid tersebut dan cara membantu mereka berdasarkan satu teori kaunseling.

Apabila seorang guru kaunselor berdepan dengan individu yang bermasalah,

perjalanan sesi yang baik amat penting supaya sesi kaunseling tersebut dapat

dilakukan dengan berkesan. Objektif utama sesi kaunseling dilakukan adalah untuk

mengenalpasti masalah yang dihadapi sekaligus membantu individu tersebut mencari

jalan penyelesaian. Oleh hal yang demikian, pemilihan teori yang betul adalah sangat

penting kerana bukan semua teori dalam kaunseling dapat digunakan kepada masalah-

masalah yang berbeza.

Daripada kaji selidik yang dilakukan, beberapa responden yang bermasalah telah

dikenalpasti. Responden pertama, iaitu Azhar (bukan nama sebenar) murid tahun 5.

Azhar seorang murid yang suka menyendiri dan tidak mempunyai ramai kawan. Secara

fizikalnya Azhar berbadan kecil dan tidak seaktif murid-murid lain. Masalah yang

dihadapi oleh Azhar adalah dia terlalu merendah diri dan pemalu akibat merasakan

tubuh badannya yang kecil. Akibatnya dia sering memencilkan diri dan jarang untuk

terlibat dalam aktiviti sosial.

Selepas pemerhatian yang dilakukan terhadap permasalah yang dihadapi oleh Azhar

ini, pendekatan teori Rasional Emotif Terapi sesuai digunakan. Rajah dibawah

menunjukkan bagaimana teori tersebut dapat diaplikasikan dengan permasalah yang

dihadapi oleh responden ini.

6

Page 7: Sbe Assignemnt

Empat tahap diatas menunjukkan bagaimana proses-proses sesi kaunseling dijalankan

mengikut teori rasional emotif behavior terapi (REBT). Masalah Azhar dilihat sebagai

relevan untuk dirujuk melalui teori ini kerana masalah yang dihadapinya berpunca

daripada kepercayaan yang tidak rasional yang telah membawa kepada konflik

dalaman. Ini berlaku apabila sifat fizikal tubuh badannya yang kecil, beliau beranggapan

akan tersisih daripada masyarakat. Pemikiran yang dipegangnya selama ini telah

menyebabkan dia tersisih. Melalui pendekatan teori ini, guru kaunselor bertindak

dengan merasionalkan terlebih dahulu pemikiran klien sehingga pada suatu tahap, klien

dapat menerima dan system kepercayaannya kembali rasional. Selepas klien melepasi

tahap ini, peringkat mewujudkan pemikiran baru, dan pelupusan kepada pemikiran lama

melalui teknik mencabar dan peneguhan akan berjalan dengan lebih licin.

Kajian kes yang seterusnya tertumpu kepada seorang murid perempuan dari darjah

enam sebagai responden. Melalui kaedah yang sama iaitu temu bual, didapati bahawa

responden mengalami masalah dalam dirinya berkaitan dengan aktiviti pembelajaran

TAHAP 1Peringkat Mengkategorikan

Masalah

TAHAP 1Peringkat Mengkategorikan

Masalah

TAHAP 2Peringkat Kepercayaan Tidak

Rasional

TAHAP 2Peringkat Kepercayaan Tidak

Rasional

TAHAP 3Peringkat Bekerjasama Bahagian

1

TAHAP 3Peringkat Bekerjasama Bahagian

1

1.Peringkat kenalpasti masalah samada masalah luaran (kehidupan) atau masalah dalaman (emosi)

1.Kenalpasti kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan masalah dalaman (emosi) 2. Empat situasi kepercayaan tidak rasional iaitu sangat pemalu, terlalu menuntut, rendah diri dan putus asa

1.Penerapan konsep mengajar perkara rasional 2. Melibatkan aktiviti membebaskan klien daripada pemikiran tidak rasional kepada pemikiran rasional. 3. Kaunselor cuba membantu sekeras-kerasnya bersama klien untuk tangani masalah emosi ini.

TAHAP 4Peringkat Bekerjasama Bahagian

2

TAHAP 4Peringkat Bekerjasama Bahagian

2

1. Mewujudkan pemikiran baru –2 aspek aktiviti: a) aktiviti mencabar; guna strategi kognitif, t/laku dan emotif selain mengajukan soalan. b) aktiviti peneguhan; jelaskan perkaitan antara pemikiran irrasional dengan kemurungan.

7

Page 8: Sbe Assignemnt

seharian yang secara tidak langsung telah memberi kesan kepada emosi dan

tingkahlakunya. Secara ringkas, responden merupakan seorang murid yang bercita-cita

tinggi dan berpunyai nilai-nilai semangat diri yang baik. Walaubagaimana pun, tahap

pencapaian akademik responden adalah berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Masalah wujud setiap kali keputusan ujian responden kurang memuaskan sedangkan

apa yang diharapkan oleh responden adalah jauh lebih tinggi. Keadaan ini telah

menyebabkan berlaku kemurungan dan mengurangkan minat responden untuk belajar.

Masalah yang dikenalpasti daripada situasi yang berlaku adalah keinginan responden

yang melebihi kemampuan dirinya sendiri. Dalam situasi ini, Teori Pemusatan Individu

(TPI) yang dipelopori oleh Carl Rogers adalah sangat bersesuaian dirujuk. Menurut

teori ini, keadaan responden boleh dijelaskan sebagai berlakunya ketidakseimbangan

antara ‘idealself’ dengan ‘realself’. ‘Idealself’ merupakan matlamat atau kemahuan yang

ingin dicapai oleh klien sementara ‘realself’ pula merupakan hakikat dan keadaan

sebenar atau kemampuan yang dimiliki oleh klien. Kesihatan mental dicapai apabila diri

yang ideal sama dengan diri yang sebenarnya (idealself = realself). Manakala

kecelaruan pula berlaku apabila wujud perbezaan antara diri yang diimpikan dengan diri

yang sebenarnya (idealself ≠ realself). Dalam TPI ini, mempercayai bahawa setiap

individu adalah baik dan boleh berubah kepada positif. TPI menekankan pengalaman

subjektif individu. Ia memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada klien untuk

menyelesaikan masalahnya sendiri. Oleh hal yang demikian, guru pembimbing

berperanan membantu klien untuk bergerak sendiri mencari penyelesaian supaya dapat

mencari titik pertemuan antara idealself yang tinggi dan realself yang rendah.

8

Page 9: Sbe Assignemnt

Gambarajah diatas menunjukkan contoh teknik Fish Bone, bagaiamana idealself dan

realself dapat diserasikan pada suatu titik pertemuan supaya matlamat yang diingini

tercapai.

9

Page 10: Sbe Assignemnt

TUGASAN BAGI MINGGU KEDUA

4. Kaji keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling dikalangan murid di sebuah

sekolah mengikut persepsi murid, guru, dan pentadbir. Cadangkan aktiviti yang boleh

memenuhi keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling yang dikenalpasti.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu daripada keperluan

khususnya kepada murid-murid. Walaupun fungsinya tidak seperti sebagaimana

subjek-subjek teras yang lain, namun peranan bimbingan dan kaunseling di sekolah

sememangnya tidak jauh berbeza dengan subjek teras itu sendiri. Selaras dengan

fungsinya yang memberi perkhidmatan, tugas guru pembimbing dan kaunseling banyak

memainkan peranan dalam sekolah. Sejauhmana kepentingan terhadap keperluan

kepada perkhidmatan ini dapat dilihat melalui kaji selidik yang dijalankan. Kaji selidik

melalui kaedah temu bual, responden terbahagi kepada murid-murid, guru dan juga

pentadbir. Jadual dibawah menunjukkan persepsi tentang keperluan perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling mengikut responden.

RESPONDEN PERSEPSI

Murid

Disekolah perlu ada guru kaunselor kerana guru kaunselor memahami masalah-masalah murid dan tidak tegas sebagaimana guru disiplin.

Dengan adanya bilik kaunseling, murid-murid boleh meluahkan masalah dan meminta maaf sekiranya telah melakukan kesalahan

Guru

Bimbingan dan kaunseling penting diwujudkan disetiap sekolah kerana dapat menyelesaikan maslah murid-murid khususnya masalah emosi dan mental yang serius.

Membimbing murid yang bermasalah sememamangnya memerlukan lebih perhatian. Oleh itu, guru kaunselor perlu wujud kerana guru-guru lain mempunyai masa yang terhad untuk berbuat demikian

Pentadbir

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling penting untuk membimbing pelajar yang bermasalah supaya dapat mencari jalan penyelesaian agar murid-murid bemasalah tersebut dapat menjalani hidup yang positif dan sejahtera.

Guru pembimbing bukan sahaja berlibat dalam penyelesiaan

10

Page 11: Sbe Assignemnt

masalah murid-murid, malah bertindak dalam mencari pendekatan baru khususnya dalam kemajuan akademik dan kurikulum.

Sememangnya guru pembimbing dan kaunselor lebih arif tentang program-program motivasi yang boleh meningkatkan prestasi akademik murid-murid berbanding guru-guru lain.

Jadual 3: Keperluan-keperluan Dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Mengikut Persepsi Guru, Murid dan Pentadbir.

Persepsi yang diberikan daripada setiap kumpulan sasaran sememangnya berbeza

antara satu sama lain kerana pendedahan setiap individu juga berlainan. Bagi

merealisasikan persepsi dan pendedahan tersebut, beberapa aktiviti boleh dilakukan

supaya setiap keperluan tersebut dapat dipenuhi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan

antaranya;

1 Merancang , mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

2 Mengumpul , menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada

semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai

3 Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan

tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum

4Merancang, melaksana dan mengawalselia serta menilai program dan aktiviti

pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan UPSR dan Ujian Bulanan.

5 Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung Bimbingan dan Kaunseling,

Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

6 Merancang, melaksana  mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens

dengan ibu bapa, guru , kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan

kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 

Jadual 4: Aktiviti-aktivi yang Dijalankan Dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Selain boring soal selidik boleh juga digunakan untuk mengetahui keperluan-keperluan

unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Berikut adalah contoh soal selidik yang dapat

digunakan untuk mengetahui respon daripada kumpulan sasaran

11

Page 12: Sbe Assignemnt

BORANG PENILAIAN KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGTAHUN: ___________________________ JANTINA* : L / PDARJAH : ___________________________

Arahan:Sila tandakan respons yang bersesuaian dengan anda.

1. Adakah anda mengenali Guru Kaunseling di sekolah anda?

Ya

Tidak

2. Pernahkah anda mendapatkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah anda?

Ya

Tidak

3. Jika Ya, apakah jenis perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling yang pernah anda ikuti?

Sesi Kaunseling IndividuSesi KaunselingKelompokBimbingan / KerjayaLain-lain Nyatakan:- __________________________

4. Siapakah yang mendorong anda untuk mendapatkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling?

Diri SendiriRakan SebayaIbu bapaPensyarahPegawai KaunselingLain-lain Nyatakan: ___________________________

5. Adakah lokasi Bilik Kaunseling berada di tempat yang strategik?

Ya

Tidak

6. Adakah anda selesa menjalankan aktiviti di Bilik Kaunseling?YaTidak

7. Adakah perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di kolej anda berperanan sebagai sumber

maklumat?

Ya

12

Page 13: Sbe Assignemnt

Tidak

8. Apakah tanggapan anda sebelum dan selepas mendapatkan perkhidmatan Bimbingan &

Kaunseling?

Sebelum:BerminatTidak berminatTakutBimbangMaluLain-lain Nyatakan: _______________________

Selepas:SelesaLegaSelamatBermotivasiLain-lain Nyatakan:________________________

9. Adakah perkhimatan Bimbingan & Kaunseling memberi faedah kepada anda?

Ya

Tidak

10. Adakah anda akan mendapatkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling pada masa akan

datang?

Ya

Tidak

11. Apakah cadangan anda bagi memperbaiki dan memantapkan lagi perkhidmatan Bimbingan

& Kaunseling ini pada masa akan datang?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________

5. Kaji perhubungan antara individu dalam sebuah sekolah dari aspek komunikasi.

Nyatakan kesan corak hubungan tersebut terhadap kesejahteraan murid dan kelicinan

pengajaran dan pembelajaran.

13

Page 14: Sbe Assignemnt

Dalam sebuah sekolah aspek komunikasi adalah paling penting kerana komunikasi

merupakan salah satu daripada cara untuk individu berinteraksi antara satu sama lain.

Melalui pemerhatian yang telah dibuat, interaksi komunikasi yang berlaku di sekolah

kajian menunjukkan tahap komunikasi antara pihak dengan pihak yang lain masih lagi

dibatasi oleh faktor status. Dengan kata lain, masih terdapat komunikasi antara pihak di

peringkat pengurusan adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pihak

diperingkat yang sama. walaupun peratusannya tidak terlalu ketara namun fenomena

ini masih berlaku.

1) Pentadbir – Guru:

Daripada pemerhatian yang dibuat, hubungan komunikasi yang berlangsung

antara guru biasa dengan pihak pentadbir masih lagi berada dalam hubungan yang

baik. Interaksi komunikasi yang berlaku adalah seperti biasa namun kadang kala

fenomena ini menunjukkan bahawa tahap kemesraan yang terjalin masih lagi terbatas.

Pihak pentadbir, iaitu Guru Besar, Guru Kanan dan lain-lain dengan guru-guru biasa

memperlihatkan suatu keadaan dimana seorang majikan berinteraksi dengan pekerja

bawahannya. Interaksi ini dipanggil sebagai interaksi dari atas ke bawah iaitu daripada

rihak atasan kepada pihak yang dibawah. Hubungan komunikasi adalah lebih berbentuk

formal. Walaubagaimana pun, tidak semua pihak pentadbir dan guru tergolong dalam

situasi ini.

2) Guru – guru:

Hubungan interaksi komunikasi yang berlaku antara guru sesame guru boleh

dikatakan adalah baik dan tahap kemesraan yang tinggi. Keadaan ini dapat dilihat

melalui keberkesanan komunikasi tentang topik-topik komunikasi yang pelbagai.

Dengan kata lain, tiada batasan atau halangan-halangan bagi sesama guru ini untuk

berinteraksi. Interaksi komunikasi ini juga dikenali sebagai interaksi pelbagai hala iaitu

semua jenis bentuk komunikasi berlaku samada lisan dan bukan lisan, sehala dan dua

hala dan sebagainya.

14

Page 15: Sbe Assignemnt

3) Guru – Murid:

Interaksi komunikasi antara guru dengan murid adalah dilihat amat ketara dalam

suasana bilik darjah. Daripada pemerhatian yang dilakukan, di dapati bahawa

komunikasi satu hala lebih banyak berlaku. Fenomena ini amat jelas dapat dilihat

semasa guru menyampaikan nota dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, murid lebih banyak menerima apa yang diberikan oleh guru dan kurang

berlakunya timbal balas komunikasi. bentuk interaksi ini juga tidak jauh berbeza dengan

interaksi menegak iaitu daripada pihak atasan kepada pihak bawahan.

4) Murid – Guru:

Bentuk komunikasi yang berlaku antara murid dengan guru adalah lebih kepada

komunikasi dua nhala iaitu berlaku tindak balas antara murid dengan guru. Jika dilihat

dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid bukan sahaja menerima apa

yang diberikan oleh guru, malah sering mengajukan soalan dan pertanya. Dalam situasi

ini, kelas dilihat sebagai aktif.

5) Murid – Murid:

Hubungan antara murid denga murid terjalin dalam bentuk yang baik. Mereka

boleh berkomunikasi tanpa ada batasan-batasan yang menghalang daripada mereka

untuk berkomunikasi. Bentuk interaksi antara murid dengan murid adalah lebih kepada

Interaksi pelbagai hala. Situasi ini dapat dilihat samada dalam suasana bilik darjah

mahupun diluar bilik darjah.

6) Pihak-pihak lain:

Kajian melalui kaedah pemerhatian, pihak-pihak lain iaitu staf-staf sokongan

dengan guru juga menujukkan berlakunya interaksi komunikasi. pada tahap ini,

komunikasi bolehlah dilaktakan sebagai interaksi pelbagai hala. Setiap pihak dapat

menyuarakan pendapat dan sebagainya tanpa ada batasan yang menghalang.

Melalui pemerhatian yang dilakukan, corak hubungan yang berlaku banyak member i,

kesan kepada murid-murid khususnya. Melalui interaksi sehala, murid-murid lebih

banyak menerima daripada menyelidiki untuk sesuatu topik pembelajaran. Sebagai

15

Page 16: Sbe Assignemnt

contoh guru yang menyampaikan nota-nota kelas, pelajar hanya menerima apa yang

diberikan. Dalam keadaan ini, murid dikatakan akan lebih bersifat pasif. Murid-murid

yang sering dilatih dengan pembelajaran sehala ini secara berterusan akan

menyebabkan murid-murid kurang motivasi untuk berdikari. Mereka hanya menunggu

bahan-bahan yang hanya akan diberikan oleh guru-guru. Oleh hal yang demikian,

dapatlah dikatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan

begitu lancar.

Manakala murid-murid yang dikatakan sebagai aktif dan kreatif pula berlaku melalui

interaksi komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan, melalui pemerhatian

yang dilakukan adlah interaksi komunikasi berbentuk dua hala. Komunikasi dua hala

berlaku apabila murid-murid aktif didalam bilik darjah dimana sering mengajukan soalan

dan pertanyaan serta tidak hanya menunggu sahaja apa yang bakal diberikan oleh

guru. Murid-murid yang sering di latih denga bentuk kemunikasi jenis ini akan lebih

bersifat yakin diri dan berani kerana setiap murid di mestikan untuk bercakap dan

member pendapat khususnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas berjalan. Selain itu, perbincangan kumpulan antara murid-murid juga boleh

meningkatkan lagi motivasi murid-murid khususnya untuk memupuk nilai kerjasama dan

bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan.

REFLEKSI

Program Pengalaman Berasaskan Sekolah yang dijalanakan oleh pelajar-pelajar KPLI

sememangnya amat penting supaya para pelajar telah mendapat gambaran awal

16

Page 17: Sbe Assignemnt

tentang suasana dan persekitaran persekolah yang sebenarnya. Program ini juga

berperanan sebagai persediaan awal bagi para pelajar sebelum menjalani program

praktikal yang bakal dilalui.

Melalui kaji selidik dan pemerhatian yang telah dilakukan, menunjukkan pengertian atau

pun kefahaman tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling khususnya bagi guru-

guru, pentadbir dan murid-murid, boleh dikatakan masih lagi kurang jelas. Di peringkat

sekolah rendah, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling boleh dikatakan masih lagi

baru, tidak sebagaimana di peringkat sekolah menengah. Jika dibandingkan antara

guru dan murid, pemahaman murid-murid amat sedikit tentang konsep bimbingan dan

kaunseling, malah terdapat sesetengah murid yang tidak menyedari dan tidak

memahami apa yang dimaksudkan dengan bimbingan dan kaunseling. Kaji selidik yang

dilakukan mendapati bahawa peranan yang dimainkan oleh guru pembimbingan dan

kaunseling tidak begitu berfungsi sepenuhnya.

Rata-rata guru bimbingan dan kaunseling masih lagi memegang tugas-tugas lain

contohnya turut menjadi tenaga pengajar kepada mata pelajaran tertentu. Keadaan ini

menyebabkan perhatian guru pembimbingan khususnya untuk mendampingi murid-

murid untuk mendengar permasalah adalah terbatas. Implikasi ini juga melibatkan pihak

pentadbir yang tidak menitikberatkan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

di sekolah. Pihak pentadbir dilihat lebih menitikberatkan soal akademik dan kurikulum

secara ’direct’.

Walaubagaimana pun, semua responden yang dikaji masih lagi memahami bahawa

peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi sebagai satu perkhidmatan

yang menawarkan bantuan dan pertolongan kepada individu yang berhadapan dengan

masalah. Kaji selidik yang telah dilakukan tidak memberi batasan-batasan yang ketara.

Boleh dikatakan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini berjalan dengan baik.

17