SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR...
Transcript of SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR...
SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR
SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT
VERONICA RAJES SHANMUKAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK
JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya : VERONICA RAJES SANMUKAM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : STAFF QUARTERS RAJA MUSA ESTATE, DR.MOHAD ANIZU B. MOHD. NOR 45000 KUALA SELANGOR Nama Penyelia SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh : 12 MAC 2004 Tarikh: 12 MAC 2004
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : Dr. Mohad Anizu B. Mohd. Nor
Tarikh : 12 Mac 2004
i
SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR
SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT
VERONICA RAJES SHANMUKAM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………..………………………
Nama Penulis : Veronica Rajes Shanmukam
Tarikh : 12 Mac 2004
iii
DEDIKASI
Khas buat ayah ibu dan nenek dicintai, Jutaan terima kasih atas nasihat dan galakanmu, Doa restu kalian menjadi impirasi perjuanganku.
Khas buat kakak-kakak, abang ipar dan adik-adik tersayang, Terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama,
Yang kalian berikan selama ini.
Khas buat teman karibku dan rakan-rakan disanjungi, Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar, Kenangan bersama kalian tidak ku lupakan.
Ku susun sepuluh jariku untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala doa
restu, kesabaran, sokongan, dorongan dan bantuan kalian semua…..
Pengorbanan dan kesabaran adalah kunci kejayaan.
iv
PENGHARGAAN
Hati saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana atas limpah kurnia
serta keizinanNya telah memberkatiku dengan ketenangan, kekuatan, kesabaran dan
ketabahan dalam melaksanakan segala tugas saya
Dalam coretan ini, saya ingin ukirkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr.Mohad Anizu B. Mohd. Nor selaku penyelia kerana
keikhlasan dan kesungguhan beliau di atas segala bimbingan, dorongan, galakan,
nasihat dan panduan yang berguna dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda
(PSM) ini.
Ribuan terima kasih dan penghargaan ini ditujukan khas buat En.Zul’Azmi
Zuluifci Pegawai Pembangunan Bola Sepak Johor, pihak pengurusan, jurulatih, serta
fisioterapi Persatuan Bola Sepak Johor dan Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC) atas
kerjasama dan sumbangan kalian. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Dr.Gan Eng Cheng (Ortopedik) dan Pn.Halida selaku Ketua Rehabilitation
Hospital Pakar Damansara yang sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar
dalam menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini kepada kedua ibubapa, subjek kajian,
Ilanggovan, Kunaraja, Navin, Robert, Thilageswary, Roseliza serta rakan-rakan
seperjuangan telah membantu penyelidik dalam menjayakan projek ini amatlah
dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha melaksanakan projek
penyelidikan ini.
Akhir sekali, bantuan dan hasil usaha yang diberikan akan saya kenangi
selamaya. Terima kasih dan semoga Tuhan memberkati kalian semua.
v
ABSTRAK
Bola sepak merupakan salah satu permaian yang terkenal bukan sahaja di
Malaysian tetapi juga di dunia. Kecederaan sering berlaku dalam kebanyakkan
sukan. Bola sepak merupakan sejenis permainan yang berbentuk sentuhan.
Kecederaan berlaku tanpa disedari ataupun melalui kemalangan. Permainan bola
sepak mencatatkan kadar kecederaan yang tertinggi di bahagian lutut. Kebiasaanya
kecederaan lutut yang melibatkan ligamen, tendon dan patella akan membawa ke
pembedahan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kecederaan
lutut semasa bermain. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah
rawatan moden yakni cara pembedahan boleh mempengaruhi prestasi pemain Bola
Sepak Johor. Seramai 3 pemain Bola Sepak Johor yang pernah menjalani
pembedahan meniscal repair di bahagian lutut dan masih giat bermain dipilih.
Sampel yang terlibat adalah berusia dalam lingkungan 19-26 tahun. Dua jenis ujian
telah dijalankan ke atas sampel iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Kedua-dua ujian ini
dijalankan dengan menggunakan ‘Bench Step Test’. Data yang diperolehi telah
dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Science’
(SPSS) versi 11.5. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan sinifikan terhadap prestasi pemain Bola Sepak Johor sebelum dan selepas
menjalani pembedahan lutut berdasarkan nilai-t yang diperolehi. Jika rawatan
pemulihan dilakukan dengan teratur dan baik, maka atlit dapat beraksi dengan baik
seperti sediakala. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan terhadap prestasi
pemain bola sepak sebelum dan selepas pembedahan lutut.
vi
ABSTRACT
Football is one of the most popular sports, not only in Malaysia but also in
the world. Injury is one of the common things in most of the sports. Football is a
contact sport. Injuries occur either by accident or unintentional. Football records
higher knee injuries. Knee injuries involved ligaments, tendons and patellar will
occur to a surgery. There are many factors, which may cause injuries. The aim of
this study was conducted to survey the length of usage of modern treatment such as
surgery that effect the performance of football players in Johor. Three Johor foolball
players who went for meniscal repair and still playing for their team were chosen.
The samples involved aged between 19-26 years. Two types of test were carried out
as on Pre-Test and Post-Test. Both test was done using the Bench Step Test. All the
data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 11.5. The result of this study has showed that there were no significant
differences on the performances of Johor football player before and after the knee
surgery. If the rehabilitation treatment done appropriate and according, the athlete
should be able to perform good and as usual. As a conclusion, there is no difference
in the performance of footballers prior and after the knee surgery.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 11
1.7 Limitasi Kajian 11
1.8 Delimitasi Kajian 12
1.9 Definisi Operasional 12
1.10 Penutup 16
viii
II SOROTAN KAJIAN 17 2.1 Pengenalan 17
2.2 Kecederaan 17
2.3 Kecederaan Lutut 18
2.4 Faktor-faktor Kecederaan Lutut 22
2.5 Prestasi Atlit 29
2.6 Penutup 32
III METODOLOGI KAJIAN 33
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Pemilihan Subjek 34
3.4 Tempat Kajian 34
3.5 Instrumen Kajian 34
3.5.1 Borang Rekod Kecergasan Diri 35
3.5.2 Bangku Setinggi 30 cm 35
3.5.3 Wisel 35
3.5.4 Jam Randik 35
3.5.5 Borang Skor 35
3.5.6 Pita Pengukur 35
3.6 Prosedur Kajian 36
3.6.1 Pemilihan Subjek 36
3.6.2 Penyerahan Surat Perlantikan 36
3.6.3 Surat Perjanjian 36
3.6.4 Taklimat Kajian 36
3.6.5 Fasa Permulaan 37
3.6.6 Fasa Ujian 37
3.6.7 Fasa Pengumpulan Data 37
3.7 Kaedah Penganalisaan Data 39
3.8 Penutup 39
ix
IV PENGANALISAAN DATA 40
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Deskriptif 41
4.2.1 Analisis Biodata Subjek 41
4.2.1.1 Analisis Subjek Mengikut Umur,
Berat Badan, ketinggian Subjek 42
4.2.1.2 Analisis Profail Subjek 43
4.2.1.3 Analisis Kecederaan Subjek 44
4.2.1.4 Analisis Tempoh Masa Rawatan
Pemulihan 45
4.2.2 Analisis Data Ujian 45
4.2.2.1 Data Mentah Ujian Bench Step
Sebelum Pembedahan 46
4.2.2.2 Data Mentah Ujian Bench Step
Selepas Pembedahan 48
4.2.2.3 Perbezaan Min Pra dan Min Pos 50
4.3 Analisis Inferensi 52
4.3.1 Analisis Tahap Prestasi S1 Bagi Ujian
Pra dan Ujian Pos Menggunakan Ujian
Bench Step 52
4.3.2 Analisis Tahap Prestasi S2 Bagi Ujian
Pra dan Ujian Pos Menggunakan Ujian
Bench Step 54
4.3.3 Analisis Tahap Prestasi S3 Bagi Ujian
Pra dan Ujian Pos Menggunakan Ujian
Bench Step 56
4.4 Kesan-kesan Sampingan Setelah Menjalani
Pembedahan Lutut 58
4.5 Rawatan Pemulihan yang Diambil 58
4.6 Penutup 63
x
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Analisis Biodata Subjek 65
5.2.2 Analisis Profail Subjek 66
5.2.3 Analisis Kecederaan Subjek 66
5.2.4 Analisis Tempoh Masa Rawatan Pemulihan 67
5.2.5 Analisis Data Ujian 67
5.2.6 Analisis Inferensi 68
5.3 Kesan Sampingan 70
5.4 Rawatan Pemulihan 71
5.5 Masalah-Masalah yang Dihadapi 71
5.6 Kesimpulan 72
5.7 Cadangan 73
5.8 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 76
LAMPIRAN (A-Q) 80-97
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Peratusan Kecederaan Di Bahagian Lutut
Mengikut Jenis Permainan 3
1.2 Kadar Kejadian Jenis-jenis Kecederaan
yang Boleh Menimpa Bahgian Lutut 4
1.3 Jenis-jenis Lakuan yang Boleh Mencederakan
Bahagian Lutut dan Kadar Kecederaan yang
Disebabkan Olehnya 5
3.1 Prosedur Bench Step Test 38
4.1 Data Mentah Bagi Umur, Berat Badan,dan
Ketinggian Subjek 42
4.2 Data Profail Subjek 43
4.3 Data Kecederaan Subjek 44
4.4 Tempoh Masa Rawatan Pemulihan 45
4.5 Data Ujian Bench Step Sebelum Pembedahan 46
4.6 Data Ujian Bench Step Selepas Pembedahan 48
4.7 Perbezaan Min Pra dan Min Pos 50
4.8 Tahap Prestasi S1 Bagi Ujian Bench Step 52
4.9 Tahap Prestasi S2 Bagi Ujian Bench Step 54
4.10 Tahap Prestasi S3 Bagi Ujian Bench Step 56
4.11 Jadual Latihan 60
2
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pandangan Anterior Lutut 19
4.1 Bilangan Tapakan yang Dilakukan
Sebelum Pembedahan 47
4.2 Bilangan Tapakan yang Dilakukan
Sepelas Pembedahan 49
4.3 Perbezaan Min Pra dan Min Pos 51
4.4 Kedudukan nilai-t 1.000 Dalam
Pengujian Hipotesis Bagi Subjek S1 53
4.5.1 Kedudukan nilai-t 1.000 Dalam
Pengujian Hipotesis Bagi Subjek S2 55
4.6 Kedudukan nilai-t 1.000 Dalam
Pengujian Hipotesis Bagi Subjek S3 57
3
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Bahagian Sagital Sendi Lutut Kanan 80
B Pengelasan Kekoyakan Meniscus 81
C Pandangan Sisi Postetrior Cruciate
Ligament dan Anterior Cruciate Ligament 82
D Kedudukan Ligament Collateral Pandangan
Anterior Lutut Kaki Kanan 83
E Meniscal Repair 84
F Rekod Kesihatan dan kecergasan Diri 85
G Surat Kebenaran Untuk Mendapatkan
Maklumat Pemain 86
H Surat Perlantikan Sebagai Subjek Kajian
Projek Sarjana Muda (PSM) 87
I Surat Perjanjian 88
J Cara Melakukan Ujian Bench Step 89
K Borang Skor Ujian Bench Step 90
L Muscular Endurance Profile Chart (Men) 91
M Rehabilitation Medicine Department Knee
Exercise 92
N Nalai Genting Ujian-t 94
O Descriptives 95
P Paired-Samples T-Test 96
Q Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 97
4
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan bola sepak dewasa ini semakin
hari semakin meningkat dan juga mencabar. Bola sepak adalah permainan utama
yang berjaya menarik ramai penonton bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di dunia.
Mutu permainan yang memuaskan adalah antara faktor yang membawa penonton
menyaksikan permainan tersebut. Sukan bola sepak masih dianggap sebagai sukan
nombor satu dunia.
Mutu permainan yang berkualiti di hasilkan oleh gabungan pemain yang cergas dan
berprestasi tinggi. Prestasi cemerlang secara individu dan berpasukan adalah
matlamat utama dalam permainan bola sepak. Seseorang pemain dalam pasukan
bola sepak akan lebih bernilai sekiranya menunjukkan prestasi yang baik dan dalam
masa yang sama mampu menyaingi tekanan dalam bola sepak tanpa mengalami
cedera.
2
Mereka yang telibat dalam bidang ini hanya mempunyai satu matlamat
sahaja iaitu untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan secara tidak langsung
untuk mencipta nama sebagai orang yang terpantas, terkuat, termahal, paling
disegani oleh orang ramai dan seumpamanya. Oleh itu manusia sanggup membuat
apa saja dan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai hasratnya itu. Tetapi
mereka lupa akan tahap kemampuan tubuh badan mereka yang mempunyai had-had
tertentu. Jika melebihi had-had tertentu itu maka akan berlakulah apa yang
dikatakan sebagai ketidakstabilan fungsi tubuh badan. Ketidakstabilan yang
dimaksudkan ialah seperti terjejas koordinasi mental dengan perlakuan anggota dan
sebagainya.
Dalam arah menuju pencapaian matlamat yang telah ditetapkan kadangkala
seseorang harus mengharungi berbagai rintangan dan juga komitmen. Antara
rintangan-rintangan dan komitmen-komitmen yang dimaksudkan ialah seperti
komitmen pekerjaan, kesukaran mendapat cuti, masalah keluarga, komitmen masa
latihan, penglibatan politik dan tidak ketinggalan juga masalah kecederaan. Di
antara halangan-halangan yang tersebut tadi, kecederaan yang paling digeruni dan
ditakuti oleh ahli-ahli sukan. Jika berlaku sebarang kecederaan, ini bererti atlit
tersebut akan menghadapi kesukaran untuk meningkatkan prestasi khasnya dan
sukar untuk mencipta nama amnya.
Di antara kecederaan yang sering berlaku dalam bidang sukan ataupun
permainan ialah di bahagian lutut. Ini diikuti pula dan kecederaan di bahagian
pergelangan kaki dan seterusnya di bahagian-bahagian anggota badan yang lain.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Neuman (1969) telah menganggarkan bahawa
risiko untuk tercedera di bahagian lutut ialah sebanyak 31.0%. Manakala Deverequz
dan Lachmant (1983), mereka mendapati bahawa risiko untuk menerima kecederaan
di bahagian lutut sahaja dalam kesemua jenis permainan dan sukan ialah sebanyak
23.3%.
Pengkaji-pengkaji lain yang telah memberi pandangan yang sama dalam hal
ini ialah Orawan dan Puranen (1978) sebanyak 28.7%, Kvist dan Jarvinen (1980)
yang menganggarkan risiko sebanyak 28.1%, serta Galaska (1980) sebanyak 24.2%.
3
Terdapat juga kajian-kajian yang telah menunjukkan bahawa risiko kecederaan di
bahagian lutut di kalangan ahli sukan adalah lebih tinggi terutamanya bagi mereka
yang melibat diri dalam aktiviti latihan. Pengkaji-pengkaji seperti James (1978)
melaporkan bahawa kadar kecederaan di bahagian lutut ialah 29.0%, Pangliono dan
Jackson (1980) sebanyak 30.0%, Gudas (1980) sebanyak 30.8%, dan Clement
(1981) sebanyak 41.7%.
Jika dilihat dari data-data yang telah dikemukakan oleh para pengkaji di atas,
fenomena kecederaan di bahagian lutut adalah satu perkara yang membimbangkan.
Malah kadar kecederaan agak tinggi di bahagian lutut jika dibandingkan dengan
kadar kecederaan di bahagian-bahagian lain. Satu kajian telah dibuat oleh Pusat
Rawatan Sukan di Turku, Helsinki, di mana seramai 2762 ahli sukan telah
dimasukkan ke pusat tersebut sebagai pesakit luar dari tahun 1976 hingga tahun
1984 daripada angka tersebut, 32.0% iaitu seramai 886 orang pesakit tersebut,
seramai 697 orang adalah lelaki manakala yang bakinya adalah wanita.
Kecederaan di bahagian lutut boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada
atlit-atlit jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Ini boleh menurunkan tahap
prestasi mereka dan juga penglibatan mereka dalam bidang sukan. Risiko
berlakunya jenis permanian atau sukan yang diceburi. Hasil daripada kajian yang
dijalankan oleh beberapa pengkaji barat seperti Um Kujala, et al. (1986)
menunjukkan bahawa kadar berlakunya kecederaan di bahagian lutut mengikut jenis
permainan adalah seperti dalam jadual 1.1 di bawah,
Jadual 1.1 Peratusan kecederaan di bahagian lutut mengikut jenis permanian.
Jenis Permainan Kadar Kecederaan Bola Sepak 20.0%
Bola Tampar 11.6%
Pelari Maraton 13.1%
Orienteering 7.6
Hoki ais 7.2
4
Jika dilihat dari Jadual 1.1, jelaslah bahawa pemainan yang menceburkan diri
dalam permainan yang berbentuk sentuhan dan kekerasan mempunyai risiko yang
tinggi untuk menerima kecederaan di bahagian lutut. Ini tidaklah bererti bahawa
pemain dalam permaninan lain tidak mempunyai sebarang risiko untuk menerima
kecederaan ada di mana-mana sahaja, tidak kira di padang mahupun semasa
menjalani latihan, bertandingan atau semasa bersiar-siar dan beriadah.
Terdapat berbagai-bagai jenis kecederaan di bahagian lutut. Mengikut Um,
Kujala, et al. (1986) mereka telah menjelaskan bahawa jenis kecederaan yang utama
yang berlaku di bahagian lutut adalah seperti dalam jadual 1.2.
Jadual 1.2 Kadar kejadian jenis-jenis kecederaan yang boleh menimpa
bahagian lutut.
Dalam kajian mereka, dapati bahawa peringkat umur purata yang sering
mengalami masalah di bahagian lutut ialah 20.8 tahun. Dalam kajian tersebut,
didapati kecederaan di bahagian lutut adalah disebabkan oleh beberapa lakuan yang
kerap dilakukan. Lakuan-lakuan tersebut sering digunakan dalam sesuatu
permainan. Lakuan-lakuan yang dimaksudkan ialah seperti dalam Jadual 1.3.
Jenis Kecederaan Kadar Kejadian
Apisitis patella 20.4%
Sindrom Osgood – Schlatter 10.1%
Konaropati patella 10.0%
Kecederaan ligamen 9.0%
Terkoyak meniskus 6.9%
5
Jadual 1.3 Jenis-jenis lakuan yang boleh mencederakan bahagian lutut dan
kadar kecederaan yang disebabkan olehnya.
Semasa bersukan atau bertanding, prestasi merupakan salah satu faktor yang
harus diberi perhatian sepenuhnya. Jika atlit mempunyai tahap prestasi yang baik,
sedikit sebanyak ia boleh menentukan kejayaan dan juga kecemerlangan atlit
tersebut. Pelbagai cara sering dilakukan untuk memperolehi kemahiran dan tahap
prestasi yang tinggi sebelum sesuatu pertandingan diceburi. Latihan yang
menggunakan daya fizikal yang optimum hinggalah ke latihan yang bercorak mental
diatur dan digunakan supaya ianya dapat memajukan atlit ke suatu tahap yang
dihajati. Ini adalah kerana kerap kali kejayaan seseorang itu dikaitkan dengan
pencapaian prestasinya. Jika kecederaan boleh menggugat peningkatan prestasi
seseorang, maka haruslah dihayati dengan serius cara-cara untuk menghadkan risiko
berlakunya sebarang kecederaan.
Terdapat beberapa bukti yang pernah diutarakan mengenai perkaitan
kecederaan di bahagian lutut dengan penurunan prestasi atlit. Ini tidak dapat
dinafikan selepas berlakunya kecederaan, ada atlit yang berhenti terus dan tidak
melibatkan dari secara cergas dalam bidang sukan. Lebih-lebih lagi jika berlaku
kecederaan di bahagian sendi lutut kerana sendi merupakan bahagian yang
terpenting dalam proses pergerakan tubuh badan manusia. Jika berlaku kecederaan,
sudah tentulah akan terdapat ganguan-ganguan ke atas pergerakan yang akan
dilakukan di pergelangan tersebut.
Jenis Lakuan Kadar Kecederaan
‘Blocked’ 30.0 %
‘Tackled’ 21.0 %
‘Blocking’ 14.0 %
‘Tackling’ 8.0 %
‘Clipped’ 6.0 %
6
1.2 Latar Belakang Masalah
‘Sekiranya kita dapat memberikan setiap individu khasiat dan senaman
dalam jumlah yang seimbang, tidak terlalu sedikit dan tidak pula terlalu banyak, kita
akan menemui cara yang paling selamat untuk kesihatan”. (Hippocrates 460–377
S.M).
Kata-kata pujangga ini telah dipetik pada dua puluh lima abad yang lepas
mengenai bersukan, dan kini ianya menjadi kenyataan di mana sukan telah pun
diterima dengan luasnya di seluruh dunia sebagai salah satu cara membuat seseorang
individu itu cergas. Minat yang mendalam akan menggalakkan penceburan
seseorang itu dalam sukan sebagai salah satu aspek ke arah corak kehidupan yang
sihat. Bagaimanapun, perlulah diingatkan bahawa kecergasan tidak boleh
menyumbangkan ke arah kecergasan hanya apabila ianya mengambilkira ke atas
senaman atau latihan yang tetap ‘regular basic’ dan disokong oleh amalan
pemakanan yang baik.
Atlit-atlit merupakan orang yang selalunya berada di tahap kecergasan fizikal
yang tinggi serta sentiasa membuat persediaan sebelum sesuatu perlawanan atau
latihan. Namun begitu dengan tidak mengambilkira peringkat atau taraf, samada atlit
tempatan atau pun atlit luar negara, kecederaan semasa bersukan masih berlaku dan
sukar untuk dielakkan. Kebanyakan kecederaan sukan adalah ringan dan secara
keseluruhannya tidak menghalang atlit daripada meneruskan kerja-kerja sehariannya
(Peter dan Renstrom, 1986). Semakin ramai orang yang mula memberi perhatian
yang serius terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan pada mereka kecederaan itu mestilah
dirawat dengan baik dan berkesan supaya mereka dapat meneruskan aktiviti sukan
tersebut secepat mungkin boleh.
Kecederaan sukan berlaku akibat dari aktiviti fizikal yang dilakukan samada
untuk tujuan rekreasi mahupun yang bercorak professional. Kecederaan ini
mungkin berlaku disebabkan oleh kemalangan atau pun lebihan lasak ‘over use’ dan
kecederaan ini tidak semestinya berbeza daripada kecederaan yang bukan berbentuk
7
sukan (Peter dan Restrom, 1986). Setengah kecederaan sukan adalah ringan di mana
rawatannya boleh dilakukan sendiri, ada pula yang cedera parah serta memerlukan
rawatan khas dan rapi manakala ada juga kecederaan yang sangat parah dan boleh
membawa maut.
Memandangkan kebanyakan daripada kecederaan boleh dicegah maka
langkah-langkah keselamatan yang telah ditentukan perlulah diikuti umpamanya
membuat regangan otot, longgarkan sendi dan memanaskan badan ‘warm-
up’sebelum memulakan aktiviti serta memulihkan badan ‘warm down’ selepas tamat
permainan atau aktiviti (Kulund, 1982). Bagaimanapun kecederaan tetap berlaku
kerana ‘malang tidak berbau’. Di antara kecederaan sukan yang paling banyak
berlaku ialah kecederaan di bahagian lutut. Ini adalah disebabkan pembentukan
secara anatominya yang melibatkan sendi, tendon, otot dan ligamen yang kompleks.
Mengikut Welss dan Luttgens (1976), sendi lutut mudah cedera berbanding
sendi lain dalam badan. Terdapat dua faktor utama kenapa sendi lutut mudah
cedera. Faktor pertama ialah iaitu sendi lutut mempunyai struktur yang kompleks
dan kedudukanya terletak di tengah-tengah pinggang dengan tapak kaki. Faktor
seterusnya ialah sendi lutut merupakan kombinasi sendi engsel dengan sendi
gelangsar.
Garrick (seorang ahli bedah ortopedik) telah menyatakan dalam ‘The
Phsician and Sport-Medicine’ (1985) daripada 10,271 kes kecederaan telah dirawat,
kira-kira separuh daripadanya adalah disebabkan oleh lebihan lasak. Masalah
lebihan lasak ini melebihi kecederaan akut ‘acute’ tennis, luncur ais ‘figure skating’
dan senamrobik. Manakala kecederaan akut adalah lebih kerap berlaku pada sukan
meluncur salji, bola keranjang, bola sepak Amerika dan bola sepak. Beliau
menambah lagi bahawa lutut merupakan kawasan anatomi yang paling kerap
tercedera di antara sembilan jenis sukan iaitu bola keranjang, tarian, bola sepak
Amerika, gimnastik, larian, luncur salji, bola sepak, tennis dan luncur ais. Sukan
yang paling tinggi sekali mendapat kecederaan lutut ialah luncur salji dan diikuti
dengan bola sepak dan bola sepak Amerika.
8
Berdasarkan kepada pernyataan-pernytaan tersebut maka dapatlah kita
bayangkan bahawa bahagian lutut merupakan anggota yang penting untuk dijaga.
Bagi pemain-pemain bola sepak kecederaan lutut akan menyebabkan pergerakan
mereka terhad di mana ianya boleh memberi kesan yang buruk ke atas prestasi dan
malah jika kecederaan mereka parah, mereka terpaksa merehatkan diri daripada
latihan atau perlawanan yang telah dirancangkan.
Solukun (1994) menyenaraikan punca berlaku kecederaan. Antaranya
keletihan, prestasi rendah, ketidak seimbangan kekuatan otot, kekurangan
kemampuan kaki, kurang kemampuan bergerak di sendi dan kurang memanaskan
badan yang menyebabkan atlit tidak mampu bersaing. Selain itu aspek psikologi
juga memainkan peranan terhadap kecederaan. Tahap kebimbangan, tekanan,
ketegangan dan kemarahan atlit boleh membawa kepada kecederaan juga. Solukun
(1994) pula menyatakan bahawa sukan bola sepak merupakan sukan yang
melibatkan sentuhan (contact) yang memerlukan gerakan yang laju, kasar, dinamik,
robus boleh menyebabkan atlit cedera.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah kecederaan dan prestasi permainan yang rendah dikalangan pemain
bola sepak yang telah dipilih untuk mewakili sesuatu pasukan elit seringkali
mengganggu persediaan jurulatih atau aturan pasukan yang telah dirancang dengan
teliti pada peringkat awal. Jurulatih dan pengurus pasukan memerlukan pemain
yang dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mengalami kecederaan yang
minimum untuk terus memberikan saingan dalam pertandingan yang dijalankan.
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh
manakah pembedahan yang dijalankan di bahagian lutut mempengaruhi prestasi
sukan pemain bola sepak yang diceburi. Jika benar pembedahan mempunyai kesan
sampingan, perlukah dibuat satu garis panduan atau pun senaman kepada pemain
bola sepak supaya mereka mengambil langkah-langah tertentu untuk mencegah
9
kecederaan. Kepentingan ini adalah lebih ketara lagi di kalangan pemain bola sepak
Malaysia demi untuk meningkatkan lagi kemampuan atau kemajuan sukan di
Malaysia. Jika betul pembedahan boleh meninggalkan kesan ke atas prestasi,
bolehkah dicadangkan rawatan alternatif.
1.4 Objektif Kajian
Di dalam kajian ini, beberapa objektif telah digariskan sebagai garis panduan
penguji untuk menjalankan kajian. Beberapa objektif yang telah difikirkan perlu
adalah seperti berikut:
i. Membandingkan prestasi pemain bola sepak yang mengalami
pembedahan lutut sebelum dan selepas pembedahan.
ii. Mengenalpasti kesan-kesan sampingan ke atas pemain yang
menjalani pembedahan lutut.
iii. Mengenalpasti rawatan pemulihan yang diambil.
1.5 Kepentingan Kajian
Penglibatan dalam sukan bermakna mendedahkan diri dengan risiko-risiko
kecederaan. Ini kerana kebanyakan sukan memerlukan pergerakan fizikal dan
penggunaan tenaga yang maksimum. Malahan ada sukan yang melibatkan
perlanggaran yang menyebabkan kecederaan yang maksimum. Malahan ada sukan
yang melibatkan perlanggaran yang menyebabkan peratus untuk berlaku kecederaan
adalah tinggi.
Lutut merupakan satu sendi yang kompleks, oleh itu kecederaan yang
dialami selalunya mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Kajian ini
bertujuan menyatakan bahawa kecederaan lutut tidak boleh dipandang ringan oleh