Sas

9
Nanas (An an as comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor. Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara- negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura. Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah Wawasan "Untuk diiktiraf sebagai agensi yang berdaya maju di dalam pengurusan Industri Nanas Malaysia." Visi "Menjadikan LPNM sebagai peneraju industri nanas di peringkat global menjelang tahun 2020." Misi "Memantapkan industri nanas Negara sehingga ke tahap penguasaan produk di peringkat global, melalui perkhidmatan teknikal dan bantuan fizikal ke

description

sasasasasasasasasassa

Transcript of Sas

Nanas (An an as comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor.

Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darahWawasan"Untuk diiktiraf sebagai agensi yang berdaya maju di dalam pengurusan Industri Nanas Malaysia."Visi"Menjadikan LPNM sebagai peneraju industri nanas di peringkat global menjelang tahun 2020."Misi"Memantapkan industri nanas Negara sehingga ke tahap penguasaan produk di peringkat global, melalui perkhidmatan teknikal dan bantuan fizikal ke peringkat pasaran dan pemasaran secara lebih kreatif dan inovatif."Fungsi LPNM seperti diperuntukan di bawah Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990) (Akta 427) adalah seperti berikut :

Membiayai program-program penyelidikan agronomi dan penyelidikan pemprosesan yang berkaitan industri nanas.

Merunding perjanjian harga dan gred buah nanas yang dijual ke kilang-kilang nanas berdaftar.

Mengawal pengeluaran, pasaran buah nanas dan nanas kaleng.

Mentadbir kawalan mutu dan peraturan-peraturan kesihatan di kilang-kilang nanas berdaftar.

Menguruskan tabung ses dan menentukan kadar ses.

Mengumpulkan perangkaan dan menyimpan rekod-rekod perangkaan perusahaan nanas.

Memberi bantuan kewangan, sama ada dalam bentuk subsidi atau geran kepada sektor pekebun kecil secara keseluruhan atau sebahagian.

Memberikan perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan industri nanas.

OBJEKTIFUntuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan negara, pertukaran mata wang asing dan peluang-peluang pekerjaan.

Untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan penglibatan pelaburan asing dalam industri.

Untuk menguruskan sektor penanaman nanas dan memaksimakan pengeluaran secara berterusan.

Untuk meningkatkan Program Kawalan Mutu bagi menjamin kualiti hasil yang berterusan.

Untuk mengekalkan dan mengukuhkan pasaran yang sediada dan menerokai pasaran baru.

Untuk meningkatkan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan nanas serta menambahkan aktiviti-aktiviti industri nanas hiliran dan bernilai tambah tinggi.

Menjadi pusat maklumat dan rujukan kepada industri nanas.

Untuk menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai projek-projek industri nanas dan mengekalkan penglibatan mereka melalui khidmat nasihat dan pemantauan yang berterusan.

Untuk menggalakkan pembangunan industri yang terancang melalui khidmat pengembangan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan.

Untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam pelbagai bidang dan perkongsian pintar bagi mendapat faedah melalui teknologi dan pertukaran maklumat saintifik.

HALA TUJUMeningkatkan nilai eksport produk nanas daripada RM 100 juta kepada RM 700 juta menjelang 2010

Menjadikan Malaysia di antara 5 pengeluar nanas utama dunia.

Menjadikan nanas sebagai produk pilihan utama Malaysia bagi mengurangkan 75% bil import nanas dan produk nanas negara dengan meningkatkan indeks penggunaan nanas sebanyak 5kg/orang/tahun.

Membangunkan kawasan baru tanaman nanas dengan memberi tumpuan khususnya di negeri Sabah dan Sarawak

Meningkatkan aktiviti-aktiviti hiliran dan huluan yang terdapat di dalam sistem pembekalan nanas

Menjalankan R&D (aktiviti-aktiviti hiliran) untuk meningkatkan industri nanas.

Menentukan kualiti produk dan keselamatan makanan yang berasaskan nanas untuk memperkukuhkan daya saing pengeluaran nanas Malaysia.

Pasaran1.Malaysia terkenal dalam menghasilkan nanas kaleng yang berkualiti dengan warna kuning keemasan.3.Pada masa ini 95% daripada pengeluaran nanas kaleng adalah untuk pasaran eksport dan lebihan 5% adalah untuk pasaran domestik manakala nanas segar menyumbangkan 3% untuk pasaran eksport dan 70% untuk pasaran domestik.

2.Buah Nanas Malaysia mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada pesaing dan berpotensi untuk dipertingkatkan mutunya.4.Singapura merupakan pasaran eksport tradisi bagi nenas segar dan diikuti oleh Asia Barat. Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Brunei dan Hong Kong.

Penerimaan Buah NanasBuah nanas diterima dari ladang & pekebun kecil.Buah di timbang dan di bawa ke kawasan pemunggahan untuk di gred.

PencucianBuah di masukan ke dalam tangki pencucian khas yang berisi air bersih. Buah nanas kemudianya di bawa keluar menggunakan konveyor yang dilengkapi dengan sistem semburan air untuk tujuan pembilasan

Pemeriksaan & PenggredanBuah nanas diperiksa dan dig red kepada 3 gred utama mengikut saiz.

Pengupasan & Pembuangan EmpulurBuah yang telah dig red dikupas dan dibuang empulur menggunakan mesin "Kwong Nam". Nanas yang telah dikupas kemudiannya diperiksa bagi membuang saki baki sisa kulit dengan menggunakan pisau. Kemudian buah-buah nanas tersebut di salurkan ke "Slicing Machine" dan "Resizing Machine" untuk pelbagai bentuk potongan.

Pengisian Nanas dan PengsirapanPotongan buah nanas dimasukkan kedalam tin dan kemudiannya di bawa ke mesin sirap. Larutan sirap dengan pekatan yang telah ditetapkan disediakan berasingan dan diisikan kedalam tin yang berisi dengan kepingan nanas dengan menggunakan "syruping mechine".

Pengahudaraan (Exhausting)Selepas pensirapan, tin yang berisi kepingan nanas dilalukan ke dalam "exhausting box" untuk membuang udara yang terperangkap pada suhu 70'c-80'c selama 7-10 minit bergantung kepada saiz tin yang digunakan. Ini adalah bagi mewujudkan suatu keadaan vakum

PengkelimanSelepas melalui "exhausting box" tin-tin berkenaan akan melalui "seaming machine" dan ditutup secara "harmetically seal" (kedap udara).

PensterilanTin-tin yang bertutup kemudiannya disterilkan di dalam "Sterillization Machine" pada suhu 105'c selama 30 minit.

Penyejukan & PengeringanTin-tin yang telah disterilkan akan melalui mesin penyejukan pada suhu 40-44e dan kemudiannya dikeringkan menggunakan "blower".

PenyimpananProduk-produk yang telah siap disusun di atas pallet akan disimpan selama dua (2) minggu untuk memastikan kestabilan produk tersebut serta bebas dari kontiminasi oleh mikroorganisma semasa pemprosesan dan pengendalian.

Pemprosesan Nanas Kaleng

Perundangan Industri NanasLembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM). Sejajar dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perusahaan Nanas 1957 (Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 2000, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dipindahkan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia dengan mengekalkan perananya bagi mengawal dan menyelaras industri berorientasikan pertanian.

Pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perkembangan industri nanas adalah berpandukan kepada Ordinanan Perusahan Nanas, 1957 di mana beberapa pindaan terhadap Akta dan Peraturan-Peraturan telah dibuat seperti yang berikut;

Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1957 Peraturan ini telah digubal dan diterima pakai di Malaysia. Peraturan ini bertanggungjawab dalam pendaftaran pekebun kecil nanas. Peraturan ini adalah berkaitan dengan pembahagian buah-buah nanas ke kilang-kilang berdaftar oleh pekebun keeil berdasarkan pada gred buah yang telah ditetapkan.

Peraturan Perindustri Nanas (pasaran Eksport), 1959 Peraturan ini telah digubal dan diterima pakai di Malaysia. Peraturan ini adalah berperanan bagi mendaftarkan pengeksport-pengeksort di Malaysia. la juga telah mengariskan peraturan untuk pembelian nanas kaleng oleh pekilang-pekilang berdaftar termasuk mengawal harga nanas kaleng pada tahap terendah dari harga pasaran. Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Kilang), 1959 Peraturan ini telah digubal bagi menjamin kualiti produk-produk nanas yang hendak dieksport dengan menyediakan garis panduan kawalan mutu bermula dari peringkat bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan hingga ke hasilan akhir.

Peraturan Perindustrian Nanas (Ses untuk eksport), 1959 Peraturan ini telah digubal bagi mengariskan pelaksanaan pungutan ses bagi eksport nanas kaleng dari kilangkilang nanas berdaftar.

Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan Tanam Semula) 1971 Pindaan 1985 Peraturan ini telah digubal bagi membenarkan LPNM memberi bantuan kewangan kepada pekebun. Peraturan ini juga bertanggungjawab dalam pemberian geran bantuan penanaman nanas kepada pengusaha yang hendak mengusahakan tanaman nanas dan bantuan kewangan adalah sejumlah RM 3,500 per hektar bagi tanaman baru dan RM 1,750 per hektar bagi penanaman semula (fungsi ini dijalankan oleh Jabatan pertanian).Pengawalan Rumpai

Beberapa ciri tanah gambut di Malaysia menggalakkan pertumbuhan rumpai tertentu.1. Kebolehan menakung air yang tinggi2. Aras air tinggi3. Purata taburan hujan yang tinggi4. Kandungan organik yang tinggi dan pH rendah sesuai kepada spesies rumpai tertentu.

Kaedah Pengawalan Amalan kultur:Pengawalan rumpai secara menggunakan tangan, mencabut, memotong, menajak dan sungkupan.

Cara Kimia :Racun herba yang berbagai jenama memerlukan pemilihan yang sesuai dengan langkah kawalan yang diambil.

Pengawalan Rumpai Sebelum Tanaman1. Paraquat 50-100ml/18 liter air untuk memusnahkan rumput rencam.2. Glyphosate 80-100ml liter air untuk lalang. Jika perlu diulang lagi 4-6 minggu kemudian.

Pengawalan Rumpai Sebelum TanamGuna racun rumpai pracambah dan disemburkan merata di permukaan tanah.JenamaRacunKadar 18lairPusingan/TanamanTempohKawalan(bln)

KROVAR 1120g2kali4-6

GESAPAXCOMBI 80120g3-4kali1 1/2-3

DIRAN,DIURON,KARMEX,KIMEX120g3-4kali1 1/2-3

Beberapa minggu selepas disembur, terdapat beberapa rumpai tumbuh. Oleh itu, merumput perlulah dijalankan sebelum rumpai berbunga atau mengeluarkan buah/biji benih.PEMBAJAANSatu formulasi am bajaan, jadual dan kadar pembajaan untuk tanaman nanas di atas tanah gambut telah ditentukan.

Formulasi Pembajaan Semburan

NutrienBerat/ekarisipadu air

18l(4gel)225/(50gel)

BS-1Kapur Terhidrat24kg640g8kg

Zink Sulfat1.5kg42g500g

Kuprum Sulfat1.5kg42g500g

Ferum Sulfat0.75kg21g250g

BS-2Semua nutrien BS-1 di atas dan Urea24kg640g8kg

Formulasi Pembajaan Tabur

1. Baja campuran nanas (BCN) berunsur NPK dalam nisbah 30 : 1 : 32 adalah sesuai untuk tanaman nanas berbagai kultivar di atas gambut.2. Keperluan BCN oleh pokok setiap kali pembajaan ialah 14g/pokok.3. Sepusingan hayat, tanaman nanas BCN diperlukan sebanyak 42g/pokok.NutrienBerat 100kgBCN%

Ammonium Sulfat(SA)72kg72

Christmas Island Rock

Phosphate(CIRP)1kg1

Muriate of Potash(MOP)27kg27

PENUAIANPada umumnya buah nanas akan mula boleh dituai apabila buah-buah tersebut masak dengan memperlihatkan ciri-ciri kemasakan terutama warna kulitnya.Indeks KematanganIndeks kematangan ialah satu petunjuk yang merujuk kepada perubahan warna kulit yang turut sama merubah ciri dalaman isi buah dan paras kandungan gula asid.Indeks Kematangan(Nanas Gandul)1. Warna kelopak mata (baktea) bertukar daripada kemerah-merahan kepada putih layu.2. Warna bebuah (fruitlet) berubah daripada kemerah-merahan kepada perang kehitaman.3. Diantara 146-152 hari selepas tarikh aruhan pembungaan.Penuaian yang lewat akan menjejaskan mutu buah. Apabila 25% bebuah berwarna kuning isi buah telah mulai fermen dan tidak lagi sesuai untuk kalengan.

Indeks Kematangan Pelbagai Kultivar Nanas Segar.PerihalSarawak/N36JosapineMoris

Buah MudaWarna KulitWarna Isi BuahHijau TuaPutihHijau pucatKuning PucatHijauKuning Pucat

Buah Masak: Kematangan awalKulit bahagian pangkal buah.Celah buahIsi buahKuning

Kuning PucatKuning

KuningKuningHijau MudaKuning

Kematangan MeningkatPertukaran warna kulit meluas ke hujung buahIsi buahKuningKuning

KuningKuning Keemasan

KuningKuning Keemasan

Kematangan AkhirWarna KulitCelah BebuahIsi buahJinggaKuning MerahLebih KuningKuning seluruh

KeemasanKuning seluruh

Keemasan

PERKHIDMATAN DAN AKTIVTI YANG DIJALANKANPembangunan Teknologi1.Projek menerusi Kaedah Petak Pemerhatian di Plot Ladang PPTTN dan juga Sektor Kecil.

2.Merangkumi kadar dan jenis Penggunaan Input Pertanian, Potensi Sesuatu Baka, Tahap Ketahanan, Kepadatan Tanaman dan juga Kaedah Baru Pembiakan Benih di pelbagai jenis tanah.

3.Secara keseluruhannya, pemerhatian dilakukan berkisar kepada pelbagai aspek Teknologi yang bertujuan mendapatkan maklumat dan input baru untuk Penambahbaikan Teknologi mahupun mengatasi masalah semasa.

4.Hasil pemerhatian yang konsisten akan memberikan faedah besar kepada Industri Dan Pekebun Kecil dalam bentuk syor teknologi yang boleh digunapakai secara praktis.