SariPustaka Bil 3 2012
-
Upload
amal-anawa -
Category
Documents
-
view
137 -
download
0
Transcript of SariPustaka Bil 3 2012
ULASAN BUKU
AZMAN MANAP12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal
Petaling Jaya : True Wealth, 2012. 163 ms.ISBN 978-967-4160-00-5
ULASAN
“Pengalaman sebenar, terus dari hati!” Itulah yang boleh diungkapkan untuk buku
setebal 163 muka surat berjudul 12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal karya Azman
Manap, yang juga merupakan Pengarah Syarikat AZIL Engineers Pte Ltd. “AZIL”-
kombinasi dua huruf pertama nama penulis dan nama anak sulong penulis iaitu, ILman
merupakan sebuah syarikat dari industri pembinaan yang memberi perkhidmatan
Mekanikal dan Elektrikal (M&E). Idea asal yang digarap di dalam buku ini adalah
berdasarkan pengalaman pahit manis sebenar yang ditelusuri oleh penulis sepanjang
menceburi dunia perniagaan.
Perkongsian idea dimulakan dengan tip mewujudkan pelbagai persoalan yang seringkali
dihadapi oleh individu yang baru menceburi atau ingin memulakan perniagaan.
Kesukaran dan kegagalan adalah cabaran yang akan membawa kita lebih dekat kepada
kejayaan. Turut ditegaskan di dalam buku ini berkaitan lima perkara untuk perniagaan
yang berjaya ialah keinginan yang kuat, keputusan / matlamat yang tepat, tekad, disiplin,
dan destinasi / hala tuju yang jelas. Bukan mudah sebenarnya untuk memulakan
Sari Pustaka Bil 3/2012 1
perniagaan sekiranya tidak mempunyai wang, pengetahuan, kemahiran, dan
pengalaman yang mencukupi. Namun, dorongan utama adalah keinginan yang kuat
untuk mengubah hidup sendiri dan keluarga serta situasi kewangan kepada yang lebih
baik.
Dalam kupasan berikutnya, buku ini menekankan keperluan menyediakan perancangan
yang terperinci bagi memastikan sasaran dan matlamat dapat dicapai. Ianya dapat
dilaksanakan sekiranya individu sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan
perniagaan secara berterusan. Konsep pembelajaran sepanjang hayat perlu
diaplikasikan dengan menjadikan aktiviti ilmu seperti ceramah, seminar, membaca buku
dan sebagainya untuk memperbaiki diri.
Banyak contoh kejayaan usahawan yang dipetik daripada pelbagai bahan bacaan yang
boleh dijadikan panduan dan sumber inspirasi. Ini termasuklah, kisah kejayaan Tan Sri
Goh Tong dalam buku My Story (Kisah Saya) dan kisah Mary Ash Kay (pengasas
syarikat kosmetik Mary Kay) dalam buku 101 Collection: What Every Leader Needs To
Know karya John C. Maxwell.
Dalam tip seterusnya, penulis disarankan keperluan melantik mentor, jurulatih dan
individu lain yang bersesuaian ke dalam pasukan perniagaan bagi memantapkan
syarikat selain menjadikan setiap usahawan lebih berinspirasi dan bermotivasi.
Contohnya Azizi Ali, seorang jurulatih kewangan yang juga merupakan seorang penulis
yang banyak menulis buku mengenai kewangan khusus untuk mempelajari teknik
pengurusan kewangan yang berkesan.
Kepimpinan adalah sesuatu kemahiran yang perlu dipelajari dan diasah secara
berdisiplin. Keupayaan mengendalikan tugasan dan masalah membuktikan setiap
usahawan mempunyai kualiti yang cemerlang sebagai seorang pemimpin. Buku ini
seterusnya membawa pembaca berfikir secara lebih serius untuk belajar menguruskan
wang tunai yang diakui sebagai perkara paling mencabar. Kegagalan mengendalikan
kewangan akan menyebabkan perniagaan gulung tikar atau lingkup. Tidak kira berapa
banyak wang yang masuk, kita perlu meletakkan peratusan tertentu ke dalam simpanan
terlebih dahulu.
Sari Pustaka Bil 3/2012 2
Turut dipaparkan untuk dikongsi bersama dengan pembaca adalah mengenai peluang
dan kerjasama pintar yang perlu diadakan dan disertai. Ini termasuklah sama ada
melalui medium bercetak atau elektronik. Contoh-contoh kejayaan dikongsikan seperti
mengembangkan perniagaan melalui penglibatan yang aktif dalam rangkaian
termasuklah di Business Network International (BNI), Dewan Perniagaan Industri Melayu
Singapura (SMCCI), Dewan Perniagaan dan Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana
(ASME) dan lain-lain.
Seterusnya, naskhah ini menekankan kepentingan mempunyai sikap integriti, dan
amalan nilai murni untuk terus disenangi oleh pelanggan. Dalam konteks ini, beberapa
nama usahawan terkenal di seluruh dunia yang pada awalnya mengalami kesukaran
tetapi akhirnya muncul sebagai usahawan korporat yang disegani antaranya, Donald
Trump, Robert Kiyosaki dan Jim Rohn.
Gaya penyampaian dan bahasa yang mudah untuk difahami menjadikan pembaca lebih
santai namun tetap sarat dengan mesej berguna dan padat dengan sumber rujukan
yang berkualiti.
Buku 12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal yang merupakan terjemahan dari bahasa
inggeris iaitu 12 Lessons To Build A Profitable Business With Zero Capital adalah karya
yang sangat berinformasi dan amat sesuai dibaca serta dijadikan bahan rujukan terbaik
untuk individu atau syarikat yang ingin memulakan perniagaan tetapi tidak mempunyai
wang untuk bermula atau tidak mempunyai modal yang mencukupi. Sekiranya anda
ingin menjadi seorang usahawan, membaca buku ini akan dapat memberi anda inspirasi
dan motivasi yang diperlukan.
Pengulas: Zuliana Ab. RashidPenolong PengarahBahagian Pakar MaklumatPerpustakaan Negara Malaysia
Sari Pustaka Bil 3/2012 3
ULASAN BUKU
MUHAMMAD HAIYE AL-ALWI15 Sebab Tertutupnya Pintu Rezeki
Johor Bahru : Pustaka Azhar, 2012. 224ms.ISBN 978-967-0156-79-8
ULASAN
Naskhah yang diberi judul 15 Sebab Tertutupnya Pintu Rezeki ini menghuraikan
beberapa perkara termasuklah cara hidup yang boleh menjadi punca tertutupnya pintu
rezeki. Buku ini secara tidak langsung mengupas mengenai hadis-hadis mahupun firman
Allah SWT yang berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Jelas sekali penulisan buku
ini bertujuan memberikan kita kesedaran bahawa cara hidup dan tingkahlaku kita boleh
mempengaruhi rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Ianya penting bagi kita umat
manusia untuk sama-sama mengambil manfaat bagi meningkatkan amal ibadah dan
berubah ke arah yang lebih baik dalam mengharapkan rezeki yang halal untuk
menampung kehidupan kita dan mencari lebih keredhaan-Nya.
Buku ini dibahagikan kepada 15 bab yang banyak menghuraikan secara terperinci
mengenai isu yang diketengahkan termasuklah dengan rujukan dari hadis-hadis nabi
terdahulu dan juga firman-firman Allah SWT bagi menyokong setiap pandangan
mahupun ilmu yang dikongsikan. Ini penting bagi menguatkan lagi setiap pendapat
sekaligus memberi lebih kefahaman kepada pembaca. Selain itu, penulis juga
Sari Pustaka Bil 3/2012 4
menyelitkan beberapa cerita yang berlaku pada zaman para nabi dan sahabat bagi
sesetengah perkara seperti yang terdapat pada bab 3 yang menceritakan mengenai
zaman Nabi Sulaiman dan bagaimana Islam memerintahkan agar kita patuh kepada ibu
dan bapa. Cerita-cerita zaman nabi ini kebanyakannya memberi kita teladan mahupun
pengajaran untuk difikirkan dan diamalkan.
Penderhakaan si isteri kepada suami yang juga merupakan salah satu perkara yang
boleh menyebabkan tertutupnya pintu rezeki. Buku ini turut menyebut mengenai
perkahwinan, ketaatan isteri pada suami, aurat wanita, penolakan poligami dan
penghinaan kepada suami. Cerita Israk dan Mikraj di mana Rasulullah SAW telah
melihat pelbagai penyiksaan terhadap wanita akibat perbuatan mereka di dunia seperti
mengumpat, wanita yang tidak menjaga aurat, wanita yang keluar dari rumah tanpa izin
suami dan sebagainya.
Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
perempuan yang menyerupai lelaki. Jelas di dalam hadis tersebut bahawa terdapatnya
larangan wanita menyerupai lelaki termasuklah dari segi suara, watak mahupun
penampilan yang berupa pakaian. Selain itu, kita juga dilarang keras untuk menyerupai
orang kafir dari segi makanan dan tingkahlaku. Ia juga secara tidak langsung menyentuh
mengenai pemakaian salib dan perintah untuk memusnahkan tanda salib.
Selain itu, pengabaian terhadap pendidikan anak-anak juga boleh mengakibatkan
rosaknya anak seterusnya menutup pintu rezeki ibu bapa. Kerap memarahi anak, sibuk
dengan kerja dan harta dunia, tidak meluangkan masa untuk keluarga serta selalu
memandang remeh pada anak-anak dikira sebagai satu bentuk pengabaian.
Terdapat banyak fakta diperkukuhkan dengan petikan-petikan al-Quran yang berupa
firman Allah dan buku ini diakhiri dengan huraian sebab-sebab wanita dan lelaki ditutup
pintu rezekinya. Buku penulisan Muhammad Haiye Alawi ini sangatlah wajar dijadikan
rujukan dalam kita mencari-cari penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi sehari-
hari terutamanya dalam mencari rezeki. Surah at-Thalaq ayat 3 menyatakan “ barang
siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)”.
Sari Pustaka Bil 3/2012 5
Pengulas: Noor Shazila JohariPenolong Pegawai PerpustakaanBahagian Rangkaian Sistem PerpustakaanPerpustakaan Negara Malaysia
Sari Pustaka Bil 3/2012 6
ULASAN BUKU
NORMAN MOHD NORAWI8 Rahsia Menguruskan Badan Tanpa ‘Berdiet’ : Dari
Perspektif Sains Dan SunnahMelaka : Norman Mohd Norawi, 2012. 182ms.
ISBN 978-986-10545-0-5
ULASAN
Buku ini merupakan panduan untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat
dan betul. Antara perkara yang menarik dibincangkan dalam buku yang mengandungi 10
bab ini, memahami berat badan anda, peranan senaman dalam menguruskan badan,
kepentingan suplemen dan air, pemakanan sihat sepanjang hayat dan sebagainya.
Sebagai pengenalan kepada intipati kandungannya, buku ini membincangkan masalah
dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemukan serta kesan dan akibat
daripadanya. Perkara yang paling utama sebelum menguruskan berat badan, kita perlu
memahami berat badan kita agar dapat melakukan dengan cara yang betul dan teratur
disentuh iaitu rahsia pertama: memahami berat badan anda. Penulis turut memberikan
formula untuk mengira indeks jisim tubuh (BMI) dan kadar metabolik asas (BMR).
Huraian terperinci berkaitan rahsia ketiga iaitu indeks dan beban glisemik yang
merupakan perkara yang berkaitan dengan pengambilan karbohidrat pemakanan
seharian kita, turut disentuh di dalam buku ini.
Selain itu, buku ini menyentuh tentang rahsia keempat iaitu sindrom metabolik dan
hormon. Penulis turut merujuk dan membincangkan hasil penulisan Dr Ray Starand M.D,
mengenai sindrom metabolik termasuk kesan dan akibat daripadanya. Manakala rahsia
kelima adalah peranan senaman dalam menguruskan badan turut dijelaskan. Senaman
Sari Pustaka Bil 3/2012 7
adalah perkara paling penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Ini kerana
senaman merupakan salah satu aktiviti yang sihat di samping mempunyai banyak
faedahnya. Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan bagi mengelakkan kebosanan
dengan rutin yang sama mengikut kesesuaian diri dan masa.
Buku ini turut mengupas tentang rahsia keenam iaitu kepentingan suplemen dan air
dalam menjaga kesihatan diri. Ini kerana pengambilan suplemen akan dapat membantu
mendapatkan berat badan yang ideal selain berfungsi sebagai penampung keperluan
zat-zat makanan yang kita ambil. Air juga memainkan peranan penting dalam
menguruskan badan. Air yang mencukupi dapat menurunkan berat badan dengan lebih
mudah kerana ia membantu mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil pada
setiap hidangan.
Perbincangan dalam buku ini turut menyentuh tentang rahsia ketujuh iaitu tekanan dan
tidur dalam menguruskan badan. Mengawal tekanan dan tidur yang berkualiti turut
memainkan peranan dalam menguruskan berat badan. Rahsia kelapan adalah mengenai
pil kurus dan gantian hidangan turut dibincangkan. Pengambilan pil kurus akan
mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya sekiranya diambil tanpa pengawasan
atau nasihat dari doktor. Ini kerana pil kurus akan mengawal selera makan,
meningkatkan metabolisme tubuh dan menyekat penyerapan makanan tertentu. Selain
itu, cara yang cepat untuk menurunkan berat badan adalah menggunakan produk
gantian hidangan. Ia berfungsi menggantikan hidangan makanan yang biasa diambil
seperti nasi dan lauk. Namun ia tidak praktikal untuk jangkamasa panjang kerana perlu
berbelanja besar, di samping rasanya yang tidak enak serta syarat penggunaannya yang
agak ketat.
Buku setebal 182 halaman ini turut membincangkan tentang pemakanan sihat sepanjang
hayat. Piramid makanan perlu dijadikan panduan untuk menurunkan berat badan
memandangkan ia mempunyai kombinasi zat-zat makanan yang sesuai bagi setiap
hidangan yang diperlukan oleh badan kita.
Buku ini amat mudah difahami oleh pembaca kerana penulis menerangkan dengan jelas
setiap perkara yang dibincangkan. Setiap bab yang dibincangkan dalam buku ini saling
berkaitan yang mana memudahkan pembaca memahami skop penulisan buku ini. Setiap
Sari Pustaka Bil 3/2012 8
perkara yang diutarakan oleh penulis juga turut dijelaskan dari sudut pandangan al-
Quran dan hadis. Penulis juga turut menyediakan formula-formula, contoh-contoh
makanan yang sesuai serta statistik yang berkaitan bagi menyokong kajiannya. Selain
itu, pelbagai sumber rujukan turut disertakan bagi menguatkan lagi isi perbincangannya.
Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang berminat untuk menguruskan berat badan
khususnya golongan dewasa memandangkan buku ini mengandungi istilah-istilah
perubatan yang mungkin tidak boleh difahami oleh golongan kanak-kanak. Secara
keseluruhan, penulis berharap agar buku ini dapat dijadikan panduan bagi seseorang
yang mengalami masalah berat badan untuk menurunkan berat badan yang ideal tanpa
perlu menahan lapar.
Pengulas: Farah Aliza Abd AzizPenolong PengarahBahagian Rangkaian Sistem PerpustakaanPerpustakaan Negara Malaysia
ULASAN BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 9
MOHD. NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK, DATO’ SRIAgenda Islam Dalam Transformasi Negara
Putrajaya : Sekretariat Ulama Umara, 2012. 232ms.ISBN 978-967-11268-0-6
ULASAN
Buku bertajuk Agenda Islam Dalam Transformasi Negara, setebal 232 muka surat ini
mengandungi koleksi ucapan dan perutusan Perdana Menteri mengenai isu berkaitan
agama Islam dalam media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Dalam
pendahuluan buku ini, Najib berkata buku ini mengandungi agenda dan mesej yang
berguna untuk dihayati dan difahami oleh segenap lapisan rakyat di negara ini. Buku
yang diterbitkan oleh Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) dan Yayasan 1Ummah turut
dilengkapi dengan gambar-gambar menarik dan keratan-keratan akhbar tempatan.
Tiga tahun pemerintahan amat pantas berlalu bagi Najib. Pelbagai cerita dilakar dengan
kerajaan yang dipimpinnya merintis perjalanan bermula dengan teras transformasi dalam
sistem pentadbiran negara. Sedutan ucapan beliau adalah nyata, kisah perjalanan
seorang Perdana Menteri menerajui pentadbiran negara.
Terdapat 11 agenda dan 6 perutusan daripada Najib Tun Razak. Agenda tersebut
berlatarkan agama Islam, Peranan Ulama Umara, Institusi Kehakiman, Mahkamah
Syariah, Konsep 1 Malaysia 1 Ummah dan lain-lain. Perutusan pula menyentuh
transformasi dalam hijrah, pengorbanan, transformasi dalam bulan Ramadhan, al-Quran
dan Rahmat Israk Mikraj.
Sedikit bait kata Najib… “Malahan kita tidak pernah menutup pintu kerjasama dan
rundingan dengan sesiapa sahaja sama ada individu, mana-mana parti mahupun NGO.
Kita juga tidak pernah mengenakan apa-apa syarat kerana bagi kita kepentingan umat
Sari Pustaka Bil 3/2012 10
dan rakyat sentiasa diutamakan berbanding kepentingan kelompok-kelompok tertentu”
menunjukkan beliau ikhlas dalam perjuangannya dalam menerajui kepimpinan Malaysia.
Peranan Ulama Umara yang ditransformasi oleh Najib dalam pembangunan negara
penting dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Kerajaan memperuntukkan
sumbangan kewangan kepada NGO-NGO Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti
masyarakat dan dakwah. Institusi kehakiman juga disentuh dan Najib menegaskan
bahawa Prinsip Keadilan Sosial yang menjadi salah satu teras perpaduan dalam
gagasan dan amat bertepatan dengan konsep 1Malaysia.
Pembestarian Guru Takmir amat dinantikan oleh Guru-guru Takmir iaitu kenaikan elaun
dari RM40 kepada RM100 bagi satu sesi kuliah. Elaun yang ditambah merupakan
penghargaan kepada Guru Takmir bagi memartabatkan kedudukan Islam sebagai
agama Persekutuan sewajarnya. Keprihatinan Najib dalam menjana transformasi
ummah amat bertepatan dengan Prinsip Keadilan Sosial. Najib juga menegaskan belia
di negara kita perlu diperkasa dan masjid perlu diimarahkan lagi dalam agenda
transformasinya.
Bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1Malaysia dengan
slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, tonggak-tonggak lain ialah
Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan
Malaysia ke-10 (RMK-10) dan Wawasan 2020. Hal ini membolehkan negara mencapai
keharmonian perpaduan nasional dan melonjak prestasi ekonomi yang stabil serta
mencapai negara yang berkompetitif dan berpendapatan tinggi.
Jika kita pernah menonton filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, lirik lagu ‘Berkorban apa
sahaja…’ menunjukkan Najib mengetepikan segala kepentingan diri demi kesejagatan
dan kesejahteraan rakyat Malaysia. “Semua pihak harus memainkan peranan masing-
masing untuk memastikan segala apa yang telah dirancang akan dapat dilaksana
dengan sebaik-baiknya demi untuk kesejahteraan rakyat” ujarnya.
Buku ini diolah dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan jelas menunjukkan
satu transformasi YAB Perdana Menteri dalam mempertahankan kesatuan ummah.
Pendekatan yang dibawa juga melalui firman Allah yang boleh kita rujuk dalam buku ini.
Pelbagai gambar boleh dirujuk sebagai tanda seriusnya beliau dalam memajukan
Sari Pustaka Bil 3/2012 11
negara. Ulama dan umara mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka menggalas
tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Pembaca
akan memahami dengan lebih jelas apakah yang dikatakan dengan agenda Islam dalam
transformasi negara dengan membaca buku ini.
Pengulas: Muhammad Azizi Muhamad RaniPenolong Pegawai PerpustakaanBahagian Gerakan Literasi MaklumatPerpustakaan Negara Malaysia
ULASAN BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 12
STAPA OMAR, DATO’Berani Kaya : ...Untaian Kisah Pahit Manis Seorang
UsahawanKuala Lumpur : Dato’ Dr Stapa bin Omar, 2012. 352.ms.
ISBN 978-967-11318-0-0
ULASAN
Buku motivasi ini ditulis berikutan dengan kejayaan penulis dalam bidang perniagaan
yang diceburi bersama isterinya. Penulis telah berjaya membangunkan beberapa
empayar perniagaan seperti rangkaian pemasaran, fancais, restoran, penerbitan,
perkilangan, peruncitan, butik, hartanah, kontraktor, pelancongan, pengiklanan, koperasi,
yayasan dan pelatihan (keusahawanan dan motivasi).
Terjemahan untaian pengalaman seorang usahawan ke dalam beberapa peringkat
berkisarkan tentang ‘kaya’ bermula dari takrif kaya, indahnya kaya, mimpi kaya dan
seterusnya langkah-langkah yang patut diambil untuk menjadi seorang yang kaya dengan
menitik beratkan tentang kebijaksanaan mengambil peluang dan kecekapan pengurusan
kewangan.
Pelbagai petikan yang memberangsangkan minda diambil dari tokoh-tokoh terkenal
seperti Albert Einstein, menyokong hujah-hujah penulis dalam proses menuju kejayaan.
Untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu mempunyai imej yang positif, seterusnya
berimaginasi ke arah kekayaan kerana dengan imaginasi yang baik, pintu laluan kepada
kekayaan itu akan terbuka. Kekayaan itu adalah penting kerana kemiskinan akan
membuat seseorang menjurus ke arah kekufuran kerana kesempitan dan desakan hidup.
Oleh itu, penulis amat menekankan tentang masa sebagai modal kekayaan nombor satu
dalam hidup. Justeru itu, masa adalah matawang yang paling berharga dan ia adalah
modal kerja yang paling penting.
Sari Pustaka Bil 3/2012 13
Berdasarkan misi dan visi yang jelas, naskhah ini membawa pembaca untuk mula
mengira peluang yang diberikan kepada setiap orang yang hidup sehingga umur 60 tahun
dan juga membandingkan dengan masa yang diberikan. Antara kupasan yang paling
menarik di bawah topik ini adalah teori keajaiban penggandaan oleh Albert Einstein dan
mengaplikasikan teori tersebut ke dalam bentuk masa dengan menggandakan modal
(masa) dengan lebih teratur dan sistematik yang membawa kepada jaringan perniagaan
berorentasikan rangkaian pemasaran sebagai perniagaan induk penulis. Masa ini juga
hanya akan memberi manfaat jika disertai dengan disiplin.
Beberapa nilai-nilai murni yang disentuh bagi memenuhi kriteria menuju kekayaan seperti
menyumbang sesuatu (memberi), bukan sekadar menerima, senyum kerana ia adalah
ketenangan dan kedamaian, lakukan sesuatu dengan ikhlas dan kasih sayang, berdoa
dan juga bertanggungjawab, memberi perkhidmatan dan kerjasama, sering memberi
penghargaan kepada orang lain dan juga diri sendiri, adil dan prihatin dan sentiasa
bersedekah kepada yang memerlukan.
Terdapat satu petikan daripada Hamka yang berbunyi ‘kegagalan adalah satu titik
penyambungan kepada titik kejayaan’. Buku ini juga menghidangkan beberapa kisah
tokoh-tokoh yang telah gagal sebelum menjadi kaya seperti Thomas Alva Adison yang
gagal meneruskan pembelajarannnya di sekolah, Abraham Lincoln dilahirkan di sebuah
pondok using dan miskin, bahkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
juga pernah tewas dalan pilihanraya dan dipecat dari Parti UMNO, namun tokoh-tokoh
tersebut telah berjaya dengan cemerlang kerana menurutnya kegagalan mengajar erti
kehidupan dan makna kejayaan. Sehubungan itu, kita perlu bijak menukar sesuatu
rintangan itu untuk menjadi satu peluang.
Dua ciri utama membuatkan seseorang itu gagal ialah orang yang suka bertangguh dan
suka memberikan alasan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh matlamat yang tidak jelas,
anggaran masa yang tidak realistik, tidak merancang kerja, tidak mencatat tugas, tidak
mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan sesuatu, terlalu banyak tugas yang ingin
dilaksanakan dalam satu masa, tidak minat pada tugas, mengharapkan kesempurnaan
tanpa usaha, dan sentiasa berkawan dengan pakar tangguh. Oleh itu, penawar kepada
penyakit ini adalah ciri-ciri bertentangan dengan matlamat yang tidak jelas itu tadi.
Penulis menekankan lagi, setiap penyakit mesti ada ubatnya, dan setiap masalah ada
Sari Pustaka Bil 3/2012 14
jalan penyelesaian.
Perkara yang penting dalam membina kekayaan adalah menabung, seseorang itu wajib
membetulkan aliran kewangan jika mahu kaya dengan mengambil beberapa langkah
utama seperti menyimpan sebelum berbelanja. Berbelanja ikut keutamaan, melabur dan
juga beramal. Namun begitu, dalam mengejar kekayaan, jangan sampai gagal bermohon
kepada Tuhan untuk satu keberkatan. Mengabdikan diri sebagai hamba-Nya, tetapkan
diri dan yakin Allah akan memakbulkan permohonan kita.
Kesimpulannya, untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu tetap berjuang dan berkorban
walaupun ia sangat menyakitkan. Tabah menghadapi ujian tidak kira betapa sukarnya
perjalanan itu dan bersyukur apabila diuji Tuhan dan juga sentiasa peka kepada
perubahan sekeliling dari masa ke masa.
Pengulas: Izwah TaibPenolong PengarahBahagian Rangkaian PerpustakaanPerpustakaan Negara Malaysia
ULASAN BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 15
HAZRUL HIZAM KARIMJadi Bos Hebat! : Dikagumi, Disayangi & Dihormati
Shah Alam : Grupbuku Karangkraf (Alaf 21), 2012. 255ms.
ISBN 978-983-124-752-5
ULASAN
Buku ini bertemakan bidang pengurusan dan pentadbiran yang menjurus kepada
peranan, tanggungjawab, sikap dan sifat sebagai seorang ketua yang hebat serta luar
biasa di sesebuah organisasi. Buku bertemakan motivasi santai ini mengandungi tip-tip
bagaimana hendak menjadi seorang ketua yang hebat daripada semua segi. Ketua yang
hebat mampu membuatkan seseorang pekerja itu bermotivasi untuk melaksanakan
tugasnya sebagai seorang pekerja.
Apakah anda bijak dalam memimpin staf anda di pejabat? Karakter ketua yang kurang
berkebolehan dan kerap bertindak mengikut perasaan hanya menakutkan dan
merendahkan motivasi pekerja di bawah seliaan anda. Jika keadaan seumpama ini
berlaku, ia akan menjadi dinding penghalang kepada pembentukan sebuah suasana yang
harmoni dalam sesebuah organisasi. Pekerja pula akan terjerat dalam tugasannya yang
rutin semata-mata, dan tidak langsung memandang kepada masa hadapan organisasi
kerana takut dimarahi oleh ketua mereka.
Kita seringkali mendengar pekerja-pekerja bawahan berkenaan sikap ketua yang
kelihatan agak sombong pada kaca mata mereka. Hal seumpama ini amat merugikan
kerana ia bakal mengancam kelancaran proses kerja di organisasi itu sendiri. Jika pekerja
anda bekerja tanpa keyakinan malah lebih kepada terpaksa, kualiti organisasi pastinya
akan merudum. Kita sering mendengar pekerja bawahan mengutuk ketua mereka, namun
sukar pula kita mendengar pekerja bawahan yang memuji-muji serta berbangga dengan
ketua mereka.
Sari Pustaka Bil 3/2012 16
Ketua memainkan peranan yang sangat penting untuk kemajuan organisasinya. Peranan-
peranan seorang ketua untuk meningkatkan kejayaan pekerjanya, di antaranya ialah
ketua hendaklah bersikap dan bertindak adil dalam semua perkara, menjadi pendengar
yang baik kepada pekerja, peramah, mesra dan mudah didekati, sopan dan beradab. Di
samping itu, ketua juga hendaklah boleh dipercayai kerana dengan ini semua pekerja
akan merasakan mereka akan mendapat hak mereka selayaknya. Kepercayaan datang
dari hati dan dibuktikan melalui tindakan. Ketua juga perlu menghormati hak pekerja,
konsisten dalam membuat keputusan, menyandarkan keputusan dengan alasan yang
betul dan bersedia membatalkan keputusan yang terbukti tidak akan berjaya. Apa yang
penting adalah anda sendiri yang perlu berusaha untuk memantapkan diri agar disenangi
oleh semua pekerja bawahan di organisasi anda.
Menjadi seorang ketua di sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai
seorang ketua, tanggungjawab beliau bukan sahaja memastikan anak-anak buah
sentiasa menyampaikan apa yang diinginkan oleh anda atau organisasi tempat anda
bekerja. Ia sebenarnya lebih dari itu. Ketua mempunyai tanggungjawab untuk
memberikan segala kemudahan dari segi persekitaran dan psikologi untuk mereka.
Suasana kerja yang menarik, memberansangkan dan beraura positif akan memberikan
impak yang baik terhadap pekerja terutama dari segi produktiviti.
Selain tip yang berguna untuk menjadi ketua yang hebat, kandungan lain yang dimuatkan
di dalam buku ini merangkumi pengalaman lampau penulis dan juga pengalaman rakan-
rakan beliau yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada kita sebagai pembaca untuk
mengikutinya. Gaya bahasa buku ini mudah difahami oleh pembaca.
Kumpulan sasaran pembaca buku ini ialah mereka yang berada di dalam ruang lingkup
bidang pengurusan dan pentadbiran. Buku ini sesuai dibaca oleh para eksekutif muda
dan juga golongan para graduan kerana untuk menjadi ketua yang hebat, selain daripada
pengalaman, pembacaan buku sebegini mampu memberi impak yang besar dalam
mencorak gaya kepimpinan seseorang.
Buku ini banyak memberi input yang bermanfaat untuk menjadi seorang ketua yang
efektif, disayangi dan dihormati. Banyak tip-tip yang diberikan secara terperinci beserta
Sari Pustaka Bil 3/2012 17
dengan contoh yang memudahkan pembaca mempelajari bagaimana untuk menjadi
seorang ketua yang disegani dan dihormati. Semua penerangan yang dimuatkan di
dalam buku ini amat bermanfaat dan berguna kepada para pembaca sekalian.
Pengulas: Sharil LariwooPenolong PengarahBahagian Khidmat Nasihat Dan PerundinganPerpustakaan Negara Malaysia
ULASAN BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 18
KHAIRUL FADHLIJimat Wang, Hati Senang! : 93 Teknik Untuk
Menjimatkan Wang = Cara Mudah Dan Berkesan!Petaling Jaya : True Wealth, 2012. 239ms.
ISBN 978-967-5428-93-7
ULASAN
Pengurusan kewangan adalah perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh
setiap individu. Jika pengurusan kewangan bagi individu tersebut baik, maka keadaan
menjadi lebih mudah untuk mereka merancang dengan baik pelbagai aspek kehidupan
yang lain seperti perancangan keluarga, kerjaya, memulakan perniagaan, membuat
pelaburan dan zaman persaraan. Asas kepada pengurusan kewangan adalah
berdasarkan tabiat kita berbelanja.
Buku ini adalah buku yang wajib dibaca oleh pembaca yang sangat mementingkan
pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Buku ini memberikan banyak teknik
kewangan kepada para pembaca. Kos sara hidup masa kini adalah semakin tinggi dan
memberikan banyak tekanan kepada sesiapa jua. Semua harga barang keperluan naik
dengan mendadak. Justeru, penulis telah menampilkan sebanyak 93 teknik yang telah
ditulis secara terperinci yang pastinya dapat menjimatkan wang dalam menguruskan
kewangan peribadi dan keluarga.
Strategi utama dalam buku ini yang sememangnya prinsip nombor satu jutawan ialah
berjimat cermat. Para pembaca dapat mengaplikasikan 93 teknik yang dijelaskan dengan
pelbagai contoh sebenar yang mudah. Gaya bahasa yang mudah dan ringkas juga akan
dapat memudahkan para pembaca memahami teknik penjimatan yang ingin
disampaikan.
Selain berjimat cermat, pembaca turut disaran supaya bijak menguruskan kewangan
untuk mencapai kebebasan kewangan. Kita hendaklah memastikan wang yang telah
Sari Pustaka Bil 3/2012 19
dijimatkan dapat dikembangkan dengan cepat dan banyak. Wang yang lebih banyak ini
boleh diperoleh dengan pelbagai cara seperti yang telah diketengahkan di dalam buku ini.
Seterusnya disarankan supaya mempunyai matlamat dan perancangan kewangan yang
jelas dan realistik. Tanpa adanya matlamat dan perancangan, dikhuatiri kita akan gagal
memanfaatkan setiap sen yang kita miliki. Perancangan yang paling utama ialah dari
manakah sumber pendapatan anda dan di mana anda ingin membelanjakannya?
Berapakah sasaran penjimatan yang anda ingin capai? Apakah yang anda ingin lakukan
dengan wang penjimatan yang bakal diperolehi? Apakah strategi anda untuk
menambahkan pendapatan? Apakah tindakan segera yang perlu anda ambil bermula
pada hari ini juga?
Pengalaman dan kelayakan penulis sebagai seorang ahli akademik menjadikan buku ini
lebih diyakini dan istimewa. Sekiranya kita benar-benar ingin berubah untuk menjadi
seorang yang lebih berjimat-cermat dan mencapai tahap kebebasan kewangan, maka
panduan ini amat sesuai dan bakal membantu untuk merealisasikannya. Buku ini turut
merupakan satu pelaburan berbaloi untuk para pembaca.
Pengulas: Suhana AdnanPenolong PengarahBahagian Rangkaian PerpustakaanPerpustakaan Negara Malaysia
Sari Pustaka Bil 3/2012 20
ULASAN BUKU
AKMAL HJ. M. ZAIN.Perubatan Semulajadi Dari Herba
Batu Caves, Selangor : Crescent News (K.L.), 2012. 296 ms.
ISBN 978-967-5950-05-6
ULASAN
Buku ini pada asalnya diterbitkan oleh Daar Al Hadrah Linnasyr Wattawzi’ Riyadh.
Penulis mengumpulkan maklumat dari pelbagai bahan antaranya Majalah Keluarga,
Forum Telephon, Dunia Keluarga, Akhbar Semenanjung, Surat Khabar Daerah dan
Majalah Ceria. Pelbagai kajian telah dirungkaikan dengan perubatan semulajadi daripada
herba. Penulis bijak mengetengahkan penyakit yang begitu sinonim dengan kita pada
masa kini seperti osteoporosis, kencing manis, asma dan kanser. Tidak ketinggalan juga
teknik-teknik pelangsingan melalui pemakanan buah-buahan.
Tulang merupakan unsur yang paling asas pada tubuh manusia. Osteoporosis
merupakan penyakit yang sering dikaitkan dengan tulang. Buku ini menerangkan kaedah
menjaga tulang daripada osteoporosis. Dengan inilah perubatan alternatif semulajadi dari
herba dirungkai.
Penggunaan kopi, teh, afidra, nipper, adas manis, biji adas dan kayu manis dalam
perubatan penyakit asma, salah satu penyakit yang menyerang paru-paru yang berlaku
Sari Pustaka Bil 3/2012 21
kerana ada penyumbatan salah satu bahagian di dalam saluran pernafasan.
Pelbagai jenis buah-buahan serta khasiatnya terdapat dalam buku ini. Buah yang kaya
dengan vitamin, menghilangkan keletihan, pengganti insulin dan kelangsingan, antaranya
seperti nanas, kurma dan strawberi. Selain itu, khasiat halia dan madu sebagai ubat
herbal juga disentuh dalam perubatan semulajadi dan herbal. Minyak juga mempunyai
pelbagai khasiat (minyak-minyak yang terpilih). Khasiat minyak zaitun, minyak esensial
(asas), dan minyak bijan mempunyai khasiat yang tersendiri. Khasiat susu juga
diterangkan dalam buku ini.
Ubat herbal dan unsur-unsur alam lain dalam tanaman adalah tetap sebagai asas utama
daripada kebanyakan produk farmasi moden. Tidak hairanlah kini penyembuhan
semulajadi dan jamu serta ubat herbal menjadi pilihan masyarakat kerana kita tahu ubat
farmasi moden mempunyai bahan kimia secara tidak kita sedari.
Tidur, keselesaan dan perlindungan bagi tubuh serta menjaga kekebalan tubuh sangat
dititikberatkan. Selain perubatan semulajadi, terdapat juga cara ataupun tip dari penulis
untuk mencegah imsomnia dan gejala-gejala alahan. Pengetahuan tentang sakit kepala
juga diterangkan dalam buku ini. Sakit kepala umum, sakit kepala kerana diet, sakit
kepala alergi dan sakit kepala disebabkan tekanan darah tinggi.
Penyakit seperti penyakit jantung dan kadar gula serta darah rendah adalah salah satu
masalah kesihatan yang perlu masyarakat ambil berat. Masalah tidak berhenti pada
penyakit jantung sahaja, ianya meluas kepada masalah-masalah kronik lain. Panduan
lengkap untuk melawan penyakit jantung juga disertakan untuk dijadikan panduan
kepada pembaca.
Dari segi teknik penulisan, pembaca mungkin sedikit tertanya-tanya dengan perkataan
yang digunakan seperti ubat nabati, zat bromelin dan lain-lain. Tapi usah risau kerana
terdapat bimbingan untuk pembaca mengetahui apakah maksud-maksud perkataan yang
digunakan melalui penerangan yang diberi. Gaya persembahan buku mampu menarik
minat pembaca untuk terus membuka helaian seterusnya. Buku ini sesuai dibaca oleh
semua golongan tidak kira tua atau muda, kerana tip-tip dan penerangan yang diberikan
boleh dijadikan panduan kepada pembaca dan boleh amalkan untuk kehidupan yang
Sari Pustaka Bil 3/2012 22
lebih sihat, siapa tahu!
Pengulas: Rosmini IsmailPenolong Pegawai Perpustakaan KananBahagian Gerakan Literasi MaklumatPerpustakaan Negara Malaysia
Sari Pustaka Bil 3/2012 23
ULASAN BUKU
PANG, DESMONDRahsia Kunci Kejayaan Jualan Langsung
Kuala Lumpur : Kanyin Publications, 2012. 260ms.ISBN 978-983-3789-48-1
ULASAN
Buku ini mengungkapkan kebenaran jualan langsung. Ianya bertujuan untuk
memberitahu pembaca bahawa jualan langsung adalah cara terbaik untuk mewujudkan
impian seseorang. Jualan langsung juga akan memberi peluang kepada pembaca untuk
memahami potensi perniagaan jualan langsung.
Menurut buku ini, untuk berjaya dalam jualan langsung kita harus mempunyai 3 ciri-ciri
iaitu memiliki impian yang besar, memiliki impian yang besar dan memiliki impian yang
besar! Ringkasnya, orang-orang yang berjaya memiliki impian besar dan bersifat mesti
memiliki, penuh gagasan dan aspirasi, ingin berubah daripada biasa kepada luarbiasa,
daripada luarbiasa kepada berjaya dan akhirnya daripada berjaya ke puncak
kecemerlangan.
Jualan langsung adalah trend masa hadapan kerana semakin banyak industri telah
menghasilkan struktur jualan langsung tersendiri. Ini adalah kerana pada masa akan
datang, tidak ada orang yang mahu bekerja untuk orang lain. Kedua tekanan ekonomi
dan inflasi yang tinggi dan ketiga pada hadapan tidak ada orang yang ingin menjadi bos.
Ketiga-tiga alasan ini menunjukkan bahawa semua orang ingin menjadi “freelancer”. Ada
enam golongan yang paling sesuai untuk melakukan jualan langsung iaitu pekerja, suri
Sari Pustaka Bil 3/2012 24
rumah, pesara atau veteran, profesional, bos-bos syarikat bersaiz sederhana dan remaja.
Buku ini juga menerangkan tentang empat budaya perniagaan jualan langsung. Budaya
tersebut ialah peraturan 3S (menjual, memberi khidmat dan menaja), jualan langsung
adalah perniagaan dan bukan skim cepat kaya, menjadikan jenama profesional sebagai
matlamat dan membentuk budaya kualiti.
Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh pembaca dengan
memberi tip-tip untuk seseorang berjaya dalam jualan langsung. Kumpulan sasaran
pembaca buku ini ialah mereka yang ingin menceburi bidang jualan langsung. Buku ini
juga sesuai dibaca oleh para eksekutif muda dan juga golongan manusia yang bercita-
cita menjadi jutawan dalam perniagaan pelbagai arus (MLM). Selain itu, seorang
pemimpin berjaya akan mampu melahirkan orang bawahannya untuk berjaya dalam
kehidupan mereka seperti mengatasi masalah kewangan.
Kesimpulannya, buku ini banyak memberi input yang bermanfaat untuk menjadi seorang
pemimpin yang efektif, disanjungi dan dihormati kerana gaya kepimpinan yang
dibicarakan seolah-olah memberi peluang kepada seseorang mencapai apa yang
diingini. Tip-tip yang diberikan memudahkan pembaca menceburi bidang perniagaan
pelbagai arus dengan berkesan, menjimatkan masa, usaha dan wang sambil menuju ke
arah kejayaan.
Pengulas: Ramaperbah a/p ChandranPenolong Pegawai PerpustakaanBahagian Khidmat Nasihat & PerundinganPerpustakaan Negara Malaysia
Sari Pustaka Bil 3/2012 25
ULASAN BUKU
NOOR YAZLINDTransformasi Dunia Anda : Personaliti . Potensi .
KeunggulanKuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2012.
220ms.ISBN 978-967-61-2544-6
ULASAN
Manusia dilahirkan ke dunia mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain.
Setiap individu mempunyai cara, citarasa dan kemahuan yang tersendiri. Begitu juga
dengan cabaran dan potensi masa hadapan juga adalah berbeza antara seorang individu
dengan individu yang lain.
Transformasi Dunia Anda, iaitu sebuah bacaan berbentuk panduan yang bermanfaat
kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, jenis darah mahupun
keturunan. Buku ini dapat memberi ilmu untuk mengenali diri masing-masing dengan
menggunakan beberapa elemen yang terdapat dalam diri masing-masing, seterusnya
melihat kesesuaian untuk membangunkan diri pada masa hadapan.
Buku ini boleh membantu ramai individu bukan sahaja untuk mengenali diri sendiri,
malah boleh membantu untuk memahami keluarga, pasangan, anak-anak dan kenalan.
Jika anda seorang guru, buku ini membolehkan anda menyusun strategi untuk
membentuk sahsiah pelajar-pelajar anda. Begitu juga seorang majikan akan lebih
Sari Pustaka Bil 3/2012 26
berkesan menguruskan perniagaanya jika memahami setiap personaliti dan potensi para
pekerjanya.
Bimbingan dengan perkara-perkara asas dalam membuat perubahan kepada diri
pembaca selain membentuk pemikiran positif dalam menghadapi dugaan dan cabaran
yang datang daripada dalam diri sendiri ataupun berpunca daripada persekitaran luar
seperti latar belakang keluarga dan kegagalan yang pernah dilalui.
Secara puratanya ilmu yang ada pada buku ini memberikan 75 hingga 100 peratus
ketetapan mengenai personaliti, karakter dan potensi individu berdasarkan elemen-
elemen yang ada pada diri masing-masing. Melalui panduan yang diberikan, pembaca
boleh meneroka dan mengenali personaliti diri berdasarkan tarikh kelahiran, bulan
kelahiran, abjad pada nama, jenis darah dan makanan kegemaran.
Huraian yang jelas diberikan oleh pengarang mengenai kaedah menggunakan elemen-
elemen tersebut serta formula pengiraan mudah melalui angka yang ditunjukkan
mengikut bab-bab yang telah disusun.
Berdasarkan personaliti yang dikenal pasti, pembaca akan dapat menyelami kekuatan
dalaman diri selain diberikan huraian mengenai bakat, kebolehan, keistimewaan dan
potensi diri masing-masing mengikut elemen-elemen tersebut. Buat mereka yang sedang
mencari peluang-peluang masa hadapan, buku ini memberi kelebihan kepada anda
kerana ia turut membantu untuk mengenal pasti kerjaya dan perniagaan yang sesuai
untuk diri anda.
Selain mengandungi bab-bab berkaitan personaliti dan potensi diri, buku yang
mengandungi 25 bab ini turut menyelitkan beberapa tip berguna untuk cemerlang,
memiliki personaliti unggul, tujuh kuasa untuk mencipta kejayaan, mewujudkan tabiat
membaca, teknik penguasaan bahasa Inggeris dan rahsia kejayaan.
Dalam bab terakhir, buku ini juga memuatkan bingkisan motivasi yang amat berguna
sebagai pedoman setiap individu dalam usaha mentransformasikan diri ke arah
kecemerlangan.
Sari Pustaka Bil 3/2012 27
Hasil-hasil kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli sains dari seluruh dunia mengenai
personaliti dan potensi individu dalam menyediakan pecahan-pecahan bab dalam buku
ini. Bahasa dan susunan ayat yang mudah digunakan oleh pengarang menjadikan buku
ini amat mudah difahami bukan sahaja kepada golongan dewasa, malah juga kepada
generasi muda termasuk para pelajar.
Buku ini berguna kepada semua individu dan boleh dijadikan panduan untuk
meningkatkan diri masing-masing dari satu tahap kepada tahap yang lebih unggul
termasuk menetapkan hala tuju diri, perancangan dan strategi, sesuai dengan judul buku
diberikan: Transformasi Diri Anda!
Pengulas: Wan Yuhaimisham Wan YusoffPenolong PengarahBahagian Gerakan Literasi MaklumatPerpustakaan Negara Malaysia.
Sari Pustaka Bil 3/2012 28
SINOPSIS BUKU
Buku ini ialah satu tinjauan awal tentang bentuk dan
perkembangan kedua-dua jenis media di negeri
Selangor. Mula dipelopori oleh British untuk
menyebarkan agama Kristian, akhbar dan majalah
Melayu berkembang di Selangor selama satu abad
mencecah 150 buah. Dua media ini amat peka terhadap
perkembangan semasa seperti isu sosial dan penjajah
ketika waktu sebelum merdeka, dan selepas itu memberi
penekanan kepada isu pembangunan negara, politik, dan
ekonomi ketika zaman selepas merdeka. Di samping
menempatkan bahasa Melayu sebagai wadah
komunikasi utama di kalangan masyarakat tempatan,
akhbar dan majalah menjadi sumber sejarah dan rujukan
penting kepada perkembangan ekonomi dan pentadbiran
di negeri Selangor.
MUHD. YUSOF IBRAHIM DAN ZAINUDDIN LEMAN
100 Tahun Akhbar & Majalah Melayu di
SelangorPuchong, Selangor : Tinta Publishers, 2012. 175ms.ISBN 978-967-5123-35-1
Sari Pustaka Bil 3/2012 29
SINOPSIS BUKU
Kitab suci al-Quran telah diturunkan penuh dengan hikmat
dan ilmu yang terkandung di dalamnya. Selain itu, ia juga
menyimpan pelbagai doa yang boleh diamalkan di dalam
kehidupan seharian. Malah setiap hari sekurang-
kurangnya 17 kali sehari seorang Muslim akan berdoa
dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran ini agar
diberikan petunjuk dan pertolongan serta dirahmati oleh
Allah S.W.T. Apatah lagi, berdoa adalah antara salah satu
ibadah yang disukai oleh-Nya. Judul asal buku ini iaitu Fi-
Zilalil Quran telah menghimpunkan sebanyak 68 doa-doa
daripada al-Quran hasil karya Sayyid Qutb. Ia merupakan
sedikit panduan kepada pembaca mengenai ayat-ayat al-
Quran yang boleh diamalkan menjadi doa harian. Setiap
doa ini ada mempunyai tujuan dan disertakan tafsir yang
menerangkan kegunaannya.
QUTB, SAYYID68 Doa Paling Indah Dari
Al-QuranBatu Caves, Selangor : Al-
Hidayah House of Publishers, 2012. 283ms.ISBN 978-967-0267-60-9
Sari Pustaka Bil 3/2012 30
SINOPSIS BUKU
Wanita yang hamil akan mendapati terdapat perubahan
bukan hanya kepada fizikal sahaja bahkan kepada
perasaan dan emosinya juga. Wanita yang mengandung
perlu menjaga tingkah laku serta perbuatannya kerana
setiap perlakuannya semasa mengandung akan
mempengaruhi anak yang akan lahir. Justeru, buku ini
merupakan sebuah buku panduan amalan semasa hamil
kepada ibu-ibu yang hamil serta suami mengikut sunnah
Islam. Buku ini mengandungi 4 topik utama iaitu
bimbingan wanita mengandung, amalan semasa
mengandung, pedoman kepada ibu mengandung serta
amalan suami ketika isteri mengandung. Buku ini juga
memuatkan koleksi 5000 nama-nama Islam serta surah-
surah pilihan yang sesuai diamalkan oleh ibu semasa
hamil. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh bakal ibu dan
bapa sebagai panduan tambahan dalam menghadapi
saat untuk menimang cahayamata.
Amalan Ibu Hamil Berserta 5000 Nama-Nama Untuk
AnakkuRawang, Selangor : Pustaka
Ilmuan, 2012. 262ms.
ISBN 978-967-5778-31-5
Sari Pustaka Bil 3/2012 31
SINOPSIS BUKU
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan.
Ia dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi
mengenalpasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan.
Penilaian perlu dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Buku ini merangkumi aspek pembelajaran
murid secara langsung berkait rapat dengan peranan dan
pengaruh infrastruktur, bahan dan peralatan belajar serta
individu itu sendiri. Dalam konteks penilaian instruktional
secara holistik, aspek penyelidikan oleh guru dan murid
diberi perhatian bagi mempertingkatkan budaya
menyelidik dan membuat penilaian serta refleksi kendiri
bagi membolehkan peningkatan kualiti perkhidmatan
pengajaran dan tanggungjawab yang lebih unggul dan
harmonis. Buku ini boleh dijadikan panduan dan
bimbingan dalam menyuntik roh integriti pendidik kepada
bakal guru, guru novis, pendidik guru, dan guru
cemerlang bagi meningkatkan profesion keguruan
sebagai amanah menginsankan murid dalam kehidupan
mereka pada masa akan datang.
MOHD SAHANDRI GANI HAMZAH, ROSELAN BAKI DAN SAIFUDDIN KUMAR
ABDULLAHAmalan Penilaian GuruKuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors, 2012. 252ms.
ISBN 978-967-61-2542-2
Sari Pustaka Bil 3/2012 32
SINOPSIS BUKU
Berani tanpa segan adalah buku Tan Sri Abdullah Ahmad
yang ke-10 dalam bahasa Melayu dan ini merupakan
himpunan tulisan penulis yang dikenali dengan Dollah
Kok Lanas. Himpunan tulisan ini merupakan sebahagian
daripada pengalaman beliau sebagai seorang bekas
diplomat, ahli politik, timbalan menteri, ketua editor,
korporat dan manusia biasa yang sentiasa di kelilingi
dengan pelbagai cerita dan isu yang diambil daripada
kolumnya di akhbar Sinar Harian ‘DKL Menulis’ mulai
tahun 2009. Coretan beliau ini merupakan sumber ilmu
pengetahuan yang amat berguna kerana meliputi
pelbagai isu seperti kanak-kanak, isu-isu menarik
semasa, perihal ekonomi, budaya, politik, dan kerajaan
semuanya diulas dengan berani sehingga perkara yang
dianggap rahsia telah didedahkan kepada umum. Buku
ini sesuai dibaca oleh semua golongan.
ABDULLAH AHMAD, TAN SRI
Berani Tanpa SeganShah Alam : Grupbuku
Karangkraf (Alaf 21), 2012. 290ms.
ISBN 978-983-124-775-4
Sari Pustaka Bil 3/2012 33
SINOPSIS BUKU
Buku yang diterjemahkan oleh Abdul Rachman Saleh
Siregar ini merupakan sebuah buku yang amat sesuai
dan menarik untuk dibaca. Kandungan buku ini berkisar
kepada pokok zaitun yang begitu memberi manfaat
kepada manusia meliputi daun, buah dan minyaknya.
Pokok zaitun yang dikatakan boleh hidup beribu tahun ini
mempunyai khasiat yang amat tinggi nilainya
terutamanya dari segi perubatan kerana minyak zaitun
dikatakan sejenis minyak yang paling baik dan mudah
dicerna oleh tubuh badan manusia. Buku ini
mengandungi sejumlah penyelidikan, idea dan kajian
yang dilakukan oleh para saintis di Timur mahupun Barat
mengenai khasiat minyak zaitun dikuatkan lagi hujahnya
dengan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengannya.
Buku ini juga mengandungi petua dan tips yang boleh
membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dengan
bahan utamanya adalah minyak zaitun. Sebagai contoh
buah zaitun masin boleh menyembuhkan luka terbakar,
dan mengunyah daun zaitun sangat baik untuk
mengatasi penyakit ulser, bisul, bibir pecah-pecah dan
ruam. Oleh itu bacalah buku ini kerana ia dapat
membantu memperbaiki kesihatan tubuh badan dan
ianya sesuai dibaca oleh semua peringkat.
BADWILAN, AHMAD SALIMBerubat Dengan Minyak
Zaitun : Rahsia Dan Keajaiban
Batu Caves, Selangor : Al-Hidayah Publication, 2012.
116ms.ISBN 978-967-368-165-5
SINOPSIS BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 34
Kekuatan dan keyakinan diri adalah aset kepada diri
seseorang amnya dan umat sejagat khususnya. Buku ini
akan membantu dan membimbing pembaca mengenal
pasti ‘kehadiran’ atau ‘ketidakhadiran’ kekuatan diri
dalam jiwa mereka dan seterusnya memandu pembaca
ke arah menanam keyakinan diri dan lantas meyakinkan
pembaca untuk membuat perubahan terhadap diri,
keluarga dan masyarakat. Menariknya buku ini, ia akan
membantu memupuk sifat yakin diri melalui program-
program dan aktiviti yang disarankan. Bagi memantapkan
pengisian buku ini, diselitkan juga isu dan kes contoh
agar pembaca dapat menyelami realiti kekuatan diri yang
menyentuh setiap inci kehidupan. Melalui buku ini
diharap pembaca mampu membuat perubahan dalam
hidup sendiri dengan bercita-cita tinggi, berani
menghadapi cabaran, tidak cepat mengalah, konsisten
dalam setiap usaha serta yakin bahawa diri sendiri
adalah yang TERBAIK dan dapat melakukan yang
TERBAIK.
SITI MARZIAH ZAKARIABongkar Kekuatan Diri
Bersandarkan Ar-RahmanShah Alam : Grupbuku
Karangkraf (Karya Bestari), 2012. 261ms.
ISBN 978-967-86-0395-9
SINOPSIS BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 35
Ramai di kalangan kita sudah mengetahui tentang
kelebihan dan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ia merupakan sumber vitamin, mineral dan serat yang
baik kerana berada di tingkat kedua dalam piramid
makanan yang perlu diambil dalam diet seharian. Selain
itu, sistem pertahanan badan turut mampu diaktifkan
dengan kehadiran pelbagai khasiat tersebut. Buku ini
memberikan resepi menggunakan campuran buahan dan
sayuran dalam bentuk jus atau sup yang boleh dimakan
dan dijadikan panduan bagi mencegah penyakit dan
memulihkan stamina. Antara penyakit-penyakit yang
boleh dicegah adalah seperti obesiti, angin ahmar,
sembelit, sakit kepala, anemia, kanser, gout, reput tulang
dan asma. Pengambilan secara konsisten dari sumber
makanan ini juga amat penting bagi melambatkan proses
penuaan, kedutan dan sebagainya.
UMMI FAIRUZBuah-Buahan & Sayur-Sayuran Kaya Khasiat :
Pencegah Berbagai Penyakit Dan Memulihkan
StaminaBatu Caves, Selangor : Ar-
Risalah Product, 2012. 162ms.
ISBN 978-967-0268-26-2
SINOPSIS BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 36
Siapa sangka bunga-bungaan yang berada di sekeliling
kita boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit,
walaupun kadang kala rupa, bau, dan bentuk bunga
tersebut tidak menarik. Begitu juga perjalanan hidup kita
hendakkan yang terbaik dalam kehidupan dan yang
demikian itu hendaklah kita menjaga kesihatan agar kita
dapat menjalankan kehidupan harian dengan lancar
tanpa gangguan dari faktor kesihatan. Ini menyebabkan
penulis telah merungkai 12 jenis bunga yang dapat
memberi manfaat dan berkhasiat serta membantu dalam
proses perubatan. Bunga-bungaan ini adalah yang biasa
didapati di halaman rumah kita seperti bunga
wijayakusuma, bunga mawar, bunga kana, bunga pukul
empat, bunga rozel, bunga raya, bunga kemboja, bunga
teratai, bunga kenanga, bunga melati, bunga tulip dan
bunga matahari. Setiap satunya dijelaskan dengan
ringkas dan mudah difahami akan keistimewaan yang
ada pada bunga tersebut dari daun hingga ke akarnya
beserta dengan khasiat-khasiatnya, kandungan kimia,
dan cara penggunaan bunga-bunga tersebut.
WAHID, DEWI MUSTOFIAHBunga-Bunga Di Sekitar
Kita Kaya Dengan Ubatan Untuk Kesihatan : Kenali Dan Ketahui ManfaatnyaBatu Caves, Selangor : Ar-
Risalah Product, 2012. 156ms.
ISBN 978-967-0268-36-1
SINOPSIS BUKU
Buku ini menghimpunkan kisah-kisah benar dan lucu
berdasarkan pengalaman penulis sewaktu beliau menjadi Sari Pustaka Bil 3/2012 37
majistret di negeri Kelantan pada tahun 1986. Ia bukan
sekadar menjadi bahan hiburan kepada pembaca, tetapi
juga diselitkan dengan informasi dan nasihat berguna
untuk dijadikan iktibar yang boleh diambil sebagai
muhasabah diri. Kisah-kisah lucu dalam buku ini
mengandungi nilai dakwah dan tarbiah yang tersirat
dalam garapan penceritaannya. Terdapat 4 buah kisah
lucu yang dialami oleh beliau telah diceritakan dalam
buku ini. Ada di antara pengalaman ini turut
mencemaskan beliau hingga terpaksa menggunakan
pendekatan psikologi dalam menyelesaikannya.
Penggunaan gaya bahasa yang santai dan bersahaja
menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan.
ZABIDI MOHAMEDCatatan Penglipur Lara
Sang MajistretPetaling Jaya : Galeri Ilmu,
2012. 255ms.ISBN 978-983-097-374-6
SINOPSIS BUKU
As in his last two books, Helming The Times and Najib’s
Answers, this book continues to touch on major topics
related to policies implemented by the government since
Sari Pustaka Bil 3/2012 38
he became the Prime Minister. What sets this book apart,
however, is that he have chosen an innovative writing
approach by explaining each issues and emphasising the
significance of teamwork among civil servants in
implementing those policies. In short, it is through this
book that he hope to stimulate inspiration and
subsequently fire the enthusiasm of all civil servants to
stand up and change their mindset to become innovative
and creative in addition to realising the aspiration of
People First, Performance Now, under the flag of the
1Malaysia Concept. MOHD. NAJIB TUN HAJI
ABDUL RAZAK, DATO’ SRIThe Civil Service : Forging
Changes, Exceeding Expectations
Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara
Malaysia, 2012. 105p.ISBN 978-983-068-836-7
SINOPSIS BUKU
Information and communication technology (ICT) has
become within a very short time, one of the basic pillars
Sari Pustaka Bil 3/2012 39
in modern society. ICT has become a major factor in
shaping the new global economy and producing rapid
change in society. Within the past decades, new ICT
tools have fundamentally changed the way people
communicate and do business. This book is a collection
of academic papers on issues, challenges and
opportunities of ICT sector in Malaysia. It consist of
seven chapters, covering the following: outsourcing
practices in Malaysia; ICT practices among Malaysian
SMEs; e-procurement in Malaysia; perceived risk, trust,
anxiety and convenience of online purchase in Malaysia;
internet motivations of youths and their consequences;
knowledge management for disaster response; barriers
to e-business adoption in Malaysia SMEs.
ICT In Malaysia : Issues, Challenges & Opportunities
Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti
Teknologi MARA, 2012. 154p.
ISBN 978-967-363-009-7
SINOPSIS BUKU
Ilmu miqat atau ilmu mengenai waktu sebagai satu
cabang ilmu falak kurang dikenali oleh umat Islam
Sari Pustaka Bil 3/2012 40
terutamanya golongan muda, tetapi golongan ini mula
meminati ilmu astronomi. Buku yang mengandungi 89
muka surat ini akan membawa pembaca memahami
dengan lebih jelas bagaimana setiap haribulan dalam
setiap tahun itu dihitung berpandukan kepada buruj yang
berada di langit. Begitu juga bagaimana untuk
menentukan waktu solat dalam Islam berpandukan
longitud bulan dan matahari dengan kaedah Rubu’
Mujayyab beserta pengiraannya. Begitu juga kaedah
hitungan Takwim Hijri yang dimulai dengan waktu
berlakunya ijtimak iaitu ‘kecondongan bulan pertama dan
kedua’ dan ‘jarak bulan dari garisan khatulistiwa’ serta
untuk hitungan waktu matahari terbenam pula
menggunakan nilai ‘lengkungan separa siang’ yang
dirujuk dari waktu zohor. Kesemuanya dijelaskan secara
ringkas di dalam buku ini dengan olahan ayat yang
mudah difahami dan amat menarik untuk menambah ilmu
pengetahuan.
ABDUL RAHMAN SALLEHIlmu Miqat : Hitungan Waktu Dan Takwim
Puchong, Selangor : Tinta Publishers, 2012. 89ms.ISBN 978-967-5123-20-7
SINOPSIS BUKU
Buku ini merupakan kompilasi penulisan dan pembentang
persidangan oleh Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob yang
merupakan antara tokoh perundangan Islam di Malaysia. Sari Pustaka Bil 3/2012 41
Buku ini mengandungi sebanyak tujuh buah artikel yang
kebanyakan adalah kertas kerja yang telah dibentang dalam
seminar di dalam dan luar negara. Terdapat dua bahagian
utama di dalam buku ini iaitu mengenai perkembangan
undang-undang di Malaysia sebelum dan selepas kedatangan
Inggeris dan analisis mengenai isu pertukaran agama dari
perspektif hukum syarak dan undang-undang. Buku ini dapat
memberi gambaran yang jelas kepada pembaca mengenai
perkembangan perundangan di Malaysia dan pada masa
yang sama memberikan huraian mengenai isu keluar dari
agama Islam (murtad). Melalui pembacaan buku ini, pembaca
akan dapat memberi penilaian yang sewajarnya kepada
kedudukan Islam dalam masyarakat secara objektifnya.
ABDUL MONIR YAACOB, DATO’
Islam Dan Kebebasan Beragama Menurut
Perlembagaan Persekutuan
Kuala Lumpur : Techknowlogic Trading,
2012. 167ms.ISBN 978-967-10419-1-8
SINOPSIS BUKU
Ruqyah adalah rawatan penyembuhan dengan
menggunakan ayat-ayat al-Quran dan mengikut
Sari Pustaka Bil 3/2012 42
ketetapan Islam tanpa menggunakan bahan-bahan yang
meragukan. Terdapat beberapa langkah dan kaedah
penting yang mesti dikuasai dengan baik sebelum
melakukan beberapa terapi terhadap sesuatu penyakit.
Kandungan buku ini juga turut menjelaskan beberapa
ayat-ayat al-Quran, zikir dan wirid serta waktu atau masa
yang sesuai dibaca kepada orang yang ditimpa sesuatu
penyakit. Tidak perlu menggunakan bomoh atau jin atau
seumpamanya untuk meminta bantuan dalam proses
perubatan sesuatu penyakit. Sesuai dibaca oleh semua
masyarakat untuk dijadikan panduan supaya tidak
menyeleweng dari landasan Islam apabila memohon
penyembuhan dari sebarang penyakit.
AS-SADHAN ABDULLAH MUHAMMAD
Keajaiban Ruqyah Dalam Menyembuhkan Sesuatu
PenyakitBatu Caves, Selangor : Al-
Hidayah House of Publishers, 2012. 211ms.ISBN 978-967-0465-13-5
SINOPSIS BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 43
Setiap manusia akan menghadapi reaksi emosi kerana ia
adalah perkara lumrah ketika menghadapi suatu keadaan
yang tidak selesa. Keadaan ini dikatakan sebagai
keresahan dikenali juga kecelaruan yang boleh membawa
kemudaratan sekiranya tidak ditangani atau dikawal.
Perbincangan yang dibawa oleh penulis kepada pembaca
dalam buku ini akan dapat membantu untuk memahami
penyakit dan cara untuk merawat keresahan tersebut.
Penjelasan yang separa ilmiah dan tidak terlalu teknikal
memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan
buku ini. Turut ditampilkan mengenai teori asas, punca dan
jenis penyakit serta rawatan yang perlu diketahui oleh
semua orang supaya masyarakat dapat mengetahui
seterusnya membantu sesiapa sahaja yang menghadapi
keadaan tersebut. Tidak semua penyakit dirawat dengan
memakan ubat-ubatan kerana kadangkala ubat-ubatan
hanya dapat melegakan penyakit dalam masa tertentu
tetapi rawatan rohani atau jiwa dan emosi dapat
menghilang penyakit.
HATTA SIDIKeresahan : Penyakit &
RawatanBangi, Selangor : Penerbit
UKM, 2012. 175ms.ISBN 978-967-412-053-5
SINOPSIS BUKU
Buku ini mengumpulkan semua spesis mamalia yang
Sari Pustaka Bil 3/2012 44
terdapat di Semenanjung Malaysia dan diterangkan
dalam bahasa Melayu. Ia mengandungi ilustrasi gambar
berwarna dan disokong dengan pengetahuan dasar
penulis tentang hidupan liar di seluruh negara. Buku ini
turut menyertakan maklumat tambahan berkaitan ekologi,
taksonomi dan taburan spesis tersebut hasil dari
pengalaman beliau yng diambil dari kajian lapangan.
Penyebaran pengetahuan mengenai hidupan liar akan
meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan
memelihara dan mengekalkan habitat yang menjadi
tempat bergantung hidupan liar. Pemeliharaan hidupan
liar dan habitat untuk jangka masa panjang seharusnya
dilakukan melalui pendidikan masyarakat dan golongan
muda, terutamanya penduduk di kawasan luar bandar. Ia
penting bagi merangsang kepada usaha konservasi
dalam mengekalkan biodiversiti dan merendahkan kadar
kepupusan akibat kemusnahan habitat.
MOHD. MOMIN KHANKhazanah Mamalia
Semenanjung Malaysia : Panduan Bergambar
Puchong, Selangor : Tinta Publishers, 2012. 205ms.ISBN 978-967-5123-36-8
SINOPSIS BUKU
Dalam kehidupan seharian, remaja perlu berkomunikasi
dan berinteraksi untuk berkongsi idea atau maklumat sama
ada secara individu atau berkumpulan. Komunikasi yang
Sari Pustaka Bil 3/2012 45
berkesan dapat dilihat melalui kebolehan dan kemampuan
menguasai pelbagai kemahiran untuk menyampaikan
sesuatu maklumat kepada orang lain. Buku ini
mengandungi persoalan tentang definisi komunikasi,
proses komunikasi serta jenis-jenis komunikasi. Turut
dibincangkan juga tentang halangan-halangan dalam
komunikasi yang meliputi masalah diri dan persekitaran,
pengirim dan penerima, dan sebagainya. Aspek penting ke
arah komunikasi juga turut dibincangkan. Panduan
komunikasi dan etika komunikasi juga turut dimuatkan di
dalam buku ini yang disokong dengan fakta, contoh,
pandangan dan pendapat. Buku ini sesuai dijadikan bahan
bacaan untuk semua lapisan masyarakat.
JUMALI HJ SELAMAT, KHAIDZIR HJ ISMAIL &
SHAHARUDDIN HJ AHMADKomunikasi Berkesan : Aplikasi Untuk Remaja
Bangi, Selangor : Penerbit UKM, 2012.155ms.
ISBN 978-967-412-006-1
SINOPSIS BUKU
The main of this book is to highlight the issues of learning
organization and organizational learning and how
organizational learning is measured whereby deeper
knowledge is applied to improve the performance of the
Sari Pustaka Bil 3/2012 46
organization. This book incorporates the concept by
providing an empirical evidence of selected experiences
conducted in the field of university libraries in different
environments. This book is divided into six chapter and
can be used as a guide by library staff and professionals
to acquaint them with the needed skills so as to become
key players in building the learning organization. Its guide
library professionals in understanding the essential
components that comprise the learning organizations.
NORLIYA AHMAD KASSIM AND KHALED ATEIK SAEED ABDULLAH
Learning Organizations In Libraries : Experiences In
Malaysia And YemenShah Alam : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), 2012. 117p.
ISBN 978-967-363-354-8
SINOPSIS BUKU
Sari Pustaka Bil 3/2012 47
Buku ini menyingkap kebenaran dan membersihkan
nama tokoh Alexander sebagai Raja Zulqarnain atau
Iskandar Zulqarnain. Selama ini kita dihidangkan dengan
elemen-elemen peribadi yang buruk Alexander oleh para
penulis Barat. Novel ini penuh dengan pengembaraan,
peperangan serta penekanan mengenai kepercayaan
Tuhan Yang Esa. Peluasan empayar dilakukan secara
tolak ansur oleh Iskandar Zulqarnain. Bahkan turut
menghormati kepercayaan manusia lain terhadap tuhan,
iaitu dengan konsep tiada paksaan dalam beragama.
Selain itu, tawanan perang pula dilayan dengan baik.
Namun begitu, pengkhianat harus dihadapi dan
diuruskan dengan keras. Rumah ibadat anutan lain tidak
dirosakkan, malah dibina semula bagi tujuan ibadat para
penganutnya. Apa yang menarik mengenai novel ini ia
ditunjangi oleh watak iaitu Zamri dan Zainal yang
mewakili golongan pelajar universiti. Mereka berusaha
menyelongkar kisah Iskandar Zulqarnain di sebalik hijab
manusia abad ini. Kewujudan bukti dan penghujahan
fakta berdasarkan surah al-Kahfi sungguh baik. Dengan
bukti tersebut, ia mampu mencelikkan minda yang
dikaburi pendustaan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan.
WEB SUTERAMacedonia : Alexander
AgungPetaling Jaya : Galeri Ilmu,
2012. 469ms.ISBN 978-983-097-360-9
SINOPSIS BUKU
Kita seringkali mendengar ungkapan ini, kita adalah apa
Sari Pustaka Bil 3/2012 48
yang kita makan. Setiap hari kita makan dan minum, tetapi
bukan untuk tujuan kenyang semata-mata. Sebenarnya,
apa yang lebih penting adalah khasiat daripada apa yang
telah kita makan dan minum. Makanan mampu menjadi
ubat dan berupaya menyembuhkan penyakit. Penyakit
kronik umpamanya boleh dirawat sekiranya menjaga dan
mengawal pengambilan makanan yang tertentu. Pola
pemakanan juga perlu diubah bagi memastikan makanan
yang diambil berkhasiat dan berguna kepada sistem tubuh
badan. Makanan juga boleh mendatangkan penyakit
sekiranya pengambilannya dibuat secara berlebihan serta
memudaratkan apabila ia dimakan tanpa kawalan. Buku ini
mengetengah sejumlah resepi yang sihat untuk para
pembaca. Resepi-resepi yang diberikan juga mudah dibuat
sendiri, yang paling penting bahan dan ramuan digunakan
mudah didapati. Khasiat yang terkandung di dalam setiap
resepi juga diberikan beserta nilai nutrisi yang diwakili.
Pembaca boleh menyediakan menu-menu sihat lagi
berkhasiat untuk seisi keluarga.
SRI TITIN SYAHADATINAMakanan Dan Minuman Untuk Menyembuhkan
Pelbagai PenyakitBatu Caves, Selangor : Ar-
Risalah Product, 2012. 200ms.
ISBN 978-967-0268-37-8
SINOPSIS BUKU
Buku ini merupakan luahan sanubari, kata-kata,
ungkapan suara dan pancaran perspektif masyarakat
Sari Pustaka Bil 3/2012 49
Penan tentang impian pembangunan mereka yang
dipetik dari pelbagai lapisan hidup warga peribumi yang
terpinggir dalam konteks negara-bangsa Malaysia. Di
dalam buku ini juga dimuatkan garapan falsafah kaum
Penan yang dibawa dengan penuh metafora dan puitis.
Himpunan naratif keterpinggiran dan jati diri yang
terkandung di dalam buku ini mengungkapkan konsep
pembangunan alternatif dan ilmu pengetahuan mampan
kaum Penan. Ianya berpaksikan pengalaman harian
mereka, sebagai satu kritikan terhadap penjajah
pembangunan ‘ala pembalakan’ yang ganas melanda
dan memusnahkan landskap ekologi dan komuniti adat
kaum Penan.
Masyarakat Penan Dan Impian Pembangunan : Satu Himpunan Naratif
Keterpinggiran Dan JatidiriPetaling Jaya : Strategic
Information and Research Development Centre (SIRD),
2012. 187ms.ISBN 978-967-5832-52-9
SINOPSIS BUKU
This is a relevant book on how to manage a university which
Sari Pustaka Bil 3/2012 50
has been articulated through a set of maxims. In the context
of university governance, the use of ‘maxims’ very aptly
describes a set of rules for sensible behaviour of a university
leaders. The maxims cover an array if topics ranging from
desired behaviour like exercising judicious use of power and
influence, to salient styles of the extraordinary leaders which
are the directive, paticipative and delegative styles. What is
unique about this book is that universal concepts of leadership
are brought down to the university ground echoing real lifetime
experiences. The are huge cultural differences and practices
between universities, especially between those from the west
and Malaysian universities. The Maxims outlined in this book
provide rich insights into the leadership issues a higher
education while also providing tried and true details of the
“actions” required in handling these issues. The maxims also
provide a wide range of perspectives that encompasses the
management, associates in leadership, staff, students and
stakeholders.
SAHOL HAMID ABU BAKARMaxims Of University
LeadershipShah Alam : Pusat
Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi MARA,
2012. 232p.ISBN 978-967-363-357-9
SINOPSIS BUKU
Buku ini mengupas cabaran dan hala tuju rakyat Malaysia
dalam membina identiti sebagai sebuah bangsa daripada Sari Pustaka Bil 3/2012 51
pelbagai aspek kenegaraan merangkumi enam perspektif
yang berlainan iaitu perundangan dan hak asasi manusia,
media dan teknologi maklumat, ekonomi, seni budaya,
kepimpinan remaja dan modal insan. Hasil gabungan enam
penulis akademik dan bukan akademik, buku ini
merupakan satu usaha untuk merapatkan jurang
komunikasi antara dua segmen masyarakat tersebut.
Adalah diharap melalui isu dan idea yang dibincangkan di
dalam buku ini akan dapat mencetuskan perbahasan yang
sihat dan konstruktif untuk memajukan negara dan
membina bangsa Malaysia kerana cabarannya yang jauh
lebih hebat di era globalisasi masa kini.Membina Bangsa Malaysia
Petaling Jaya : Strategic Information and Research
Development Centre (SIRD), 2012. 199ms.
ISBN 978-967-5832-46-8
SINOPSIS BUKU
Secara umumnya, jumlah umat Islam di dunia ini
Sari Pustaka Bil 3/2012 52
mencecah lebih satu billion, sedangkan golongan Yahudi
hanya seramai enam belas juta. Walau bagaimanapun,
dengan jumlah yang sedikit, golongan Yahudi masih
mampu bertahan, malah pencapaiannya mampu
mewarnai peradaban dunia. Buku ini menerangkan faktor
kejayaan golongan Yahudi ini serta cara untuk
mengalahkan mereka. Tujuan utama penghasilan buku ini
adalah sebagai muhasabah dan motivasi agar seluruh
umat Islam, terutamanya para generasi muda untuk
bangkit menongkah arus globalisasi yang semakin
menindas agama Islam. Buku ini juga mengajak pembaca
mengimbas kembali kejayaan yang pernah dilakar oleh
tamadun Islam yang membuktikan bahawa umat Islam
pernah membina tamadun yang ulung dan mampu
menandingi kaum Yahudi untuk menjadi golongan yang
berjaya.
TOTO TASMARAMengapa Yahudi
BerprestasiKuala Lumpur : Inteam Pub.,
2012. 200ms.ISBN 978-967-0326-28-3
SINOPSIS BUKU
Buku ini dapat membantu pembaca mendapat latihan
berfikir secara kritis dan kreatif bagi membuat keputusan
Sari Pustaka Bil 3/2012 53
dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Seterusnya
mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran berfikir secara lebih praktik dengan
menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.
Latihan berfikir dapat mengatasi kesilapan berfikir yang
terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Pengaruh
minda, akal dan otak amat berkait rapat dalam kejayaan
seseorang menjadi lebih kritis dan kreatif. Kemahiran
berfikir membolehkan manusia bersikap terbuka dalam
menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan
diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritikan. Setiap masalah yang dihadapi
pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, kita harus
memikirkan dan mengambil langkah bijak bagi mengatasi
masalah tersebut. Terpulang kepada individu untuk
memilih bentuk-bentuk penyelesaian masalah secara
saintifik, secara kritis/logik, secara kreatif/lateral mahupun
secara Islam. Individu boleh memilih penyelesaian
masalah melalui emosi, rohani, intuitif, pemikiran reflektif
ataupun melalui pengalaman lalu.
NASARUDDIN YUNOS, ABDUL SALAM YUSOFF
DAN MOHAMAD MOHSIN MOHAMAD SAID
Menjana Pemikiran Kreatif & Kritis
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors,
2012. 294ms.ISBN 978-967-61-2555-2
SINOPSIS BUKU
Sukan badminton sentiasa mendapat tempat istimewa
dalam hati rakyat Malaysia. Secara tidak langsung,
kepopularan sukan ini telah menyumbang kepada
penghasilan pemain-pemain bertaraf dunia di Malaysia.
Sari Pustaka Bil 3/2012 54
Buku ini merupakan autobiografi Dato’ Lee Chong Wei
yang telah mengukir kejayaan yang mengkagumkan
dalam sejarah sukan negara dengan penampilan sebagai
pemain nombor 1 dunia sejak tahun 2008. Meskipun
telah bertaraf nombor 1 di dunia serta berada di
kemuncak sukan badminton, beliau sentiasa berusaha
untuk memperbaiki kelemahan diri dengan berusaha
gigih saban hari untuk membaharui setiap rekod yang
ditetapkan beliau sendiri. Buku ini turut memaparkan
gambar foto beliau sewaktu kecil, bersama keluarga,
pingat-pingat yang telah dimenangi dan ketika mewakili
Malaysia di luar negara. Buku ini menyelitkan informasi
mengenai pencapaian beliau selama ini serta cara
pengiraan mata dalam sukan badminton.
LEE, CHONG WEI, DATUKMenjulang KejuaraanPuchong, Selangor : Bukuganda Digital &
Publication, 2012. 213ms.ISBN 978-967-10843-4-2
SINOPSIS BUKU
Susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik untuk
bayi. Ia mempunyai nilai nutrisi yang seimbang selain
meningkatkan hubungan emosional dan spiritual di antara
ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, timbul kerisauan di
kalangan para ibu tentang diet untuk menghasilkan susu
Sari Pustaka Bil 3/2012 55
ibu bagi menjamin pengeluaran susu adalah lancar dan
menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi. Bekalan
menu yang cukup kandungan vitamin dan nutrisinya
diharap mampu menyediakan bahan untuk proses
metabolism yang boleh menghasilkan tenaga. Bagi
sesetengah mereka, agak terhad pilihan menu makanan
yang sesuai bagi kaum ibu yang menyusukan anak. Oleh
yang demikian, buku ini menyediakan variasi menu sihat
dan sesuai untuk para ibu yang sedang menyusukan
anak yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran
susu badan sekaligus menjaga diri daripada susu
berkurangan.
WINARIS, IMAM WAHYUMenu Untuk Ibu
Menyusukan AnakBatu Caves, Selangor : Ar-
Risalah Product, 2012. 82ms.
ISBN 978-967-0268-18-7
SINOPSIS BUKU
One of the important things in learning process is reading
and writing especially for children. An important role
parents need their skill in teaching children to read and
write. This book can give some practical ideas and
guidelines, step by step to parents and educators on how
Sari Pustaka Bil 3/2012 56
to prompt children to read and write at an early age and
inculcate reading habit among their kids. Author also
stated how to build up the vocabulary and imagination of
their children. Writing description and good essay to
make a short story related to an environment and the
imagination suitable for their age. Readers from all levels
are encouraged to read this book especially parents and
educators.
WEE, ROSELINDMotivating Your Child To
Read And WriteShah Alam : Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), 2012. 98p.
ISBN 978-967-363-207-7
SINOPSIS BUKU
Buku ini merupakan himpunan penulisan mengenai
Sari Pustaka Bil 3/2012 57
Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said yang dihasilkan
oleh 30 orang penulis dari pelbagai status dan latar
belakang kehidupan. Penulis-penulis ini berkongsi
pengalaman serta rasa hati mereka menerusi tulisan dan
puisi sepanjang berurusan dengan beliau sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Antara tulisan yang
dipilih telah dihasilkan oleh Mior Hashim Manap,
Pyanhabib, U-Wei Saari, Ku Seman Ku Hussain, Sani
Sudin dan beberapa tokoh dalam bidang sastera yang
lain. Mereka ini telah menjadikan Dato’ A. Samad Said
sebagai inspirasi dalam bidang penulisan disebabkan
keperibadian dan kesungguhan beliau dalam
memartabatkan sastera Melayu di negara ini. Menerusi
buku ini, pembaca berpeluang merasai pengalaman dan
perjalanan seorang penulis yang mewakili suara
masyarakat.
Pak Samad : Di Mata Kami Kuala Lumpur : Institut
Terjemahan & Buku Malaysia, 2012. 188ms.
ISBN 978-983-068-873-2
SINOPSIS BUKU
Pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) dalam pendidikan merupakan sebuah cabaran
Sari Pustaka Bil 3/2012 58
yang nyata dan fakta. Justeru, buku ini telah menekankan
kepentingan TMK dalam pendidikan yang merujuk
kepada pendidikan di Indonesia. TMK khususnya internet
telah banyak digunakan sebagai sumber maklumat untuk
menyokong aktiviti pendidikan kerana ianya telah
memudahkan pelajar dan pendidik untuk mengakses
maklumat dan pengetahuan. Panduan penggunaan TMK
juga telah diterangkan di dalam buku ini. Penggunaan
TMK dalam pendidikan berkembang melalui 3 tahap iaitu
penggunaan audio visual aid, bahan-bahan untuk
menjalankan program dan penggunaan komputer dalam
pendidikan. Buku ini juga turut mengupas mengenai
kepentingan teknologi pada era globalisasi masa kini
serta halangan-halangan yang biasanya berlaku di dalam
aplikasi TMK.
JAMAL MA’MUR ASMANIPanduan Memanfaatkan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Dunia
PendidikanBatu Caves, Selangor : Ar-
Risalah Product, 2012. 329ms.
ISBN 978-967-0268-43-9
SINOPSIS BUKU
Genius adalah sifat kepintaran yang luar biasa dan
Sari Pustaka Bil 3/2012 59
semua orang berpotensi memiliki anugerah ini. Namun ia
boleh dipupuk melalui strategi pembelajaran
menggunakan peta minda dan cara menghafal yang
disyorkan di dalam buku ini. Buku ini terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu hebatnya kuasa percaya dan kenal
kehebatan diri untuk menjadi murid genius; teknik dan
kemahiran belajar murid genius; dan teknik dan
kemahiran pengurusan diri. Buku ini menyediakan teknik
yang diajar untuk memudahkan pelajar mengingati fakta-
fakta penting di dalam pelajaran. Dengan menggunakan
otak kiri dan kanan secara optimum serta mengamalkan
tip-tip yang diberikan di dalam buku ini, seorang pelajar
biasa juga boleh menjadi genius.
MOHD KAMIL IDRISRahsia Jadi Genius Di
Sekolah RendahShah Alam : Grup Buku
Karangkraf (Alaf 21), 2012. 224ms.
ISBN 978-983-124-764-8
SINOPSIS BUKU
Otak merupakan organ tubuh yang paling kompleks dimiliki
Sari Pustaka Bil 3/2012 60
oleh manusia yang memiliki berat sekitar 1.5kg atau 2% dari
berat badan manusia. Otak adalah antara organ manusia yang
terpenting selain jantung. Tanpa akal yang sihat dan waras,
otak tidak mampu berfungsi dengan sempurna dan ini amat
besar pengaruhnya terhadap perlakuan dan peribadi
seseorang. Buku ini mengandungi 7 bab yang membincangkan
tentang otak manusia dan juga sedikit maklumat mengenai
otak haiwan. Isu utama yang diketengahkan adalah tentang
perbezaan di antara otak lelaki dan wanita. Terdapat
perbezaan nyata dalam kecenderungan, kemahiran dan
pemikiran di antara lelaki dan wanita. Secara umumnya otak
terdiri dari 2 jenis tisu berbeza iaitu penghubung kelabu dan
penghubung putih. Otak lelaki lebih banyak memiliki jaringan
penghubung putih manakala wanita memiliki lebih banyak
jaringan penghubung kelabu. Melalui pembacaan buku ini akan
dapat memberikan gambaran sebenar tentang otak serta
bahagian-bahagian penting yang terdapat pada otak.
MUHAMMAD, AS’ADIRahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Wanita
Batu Caves, Selangor : Al-Risalah Product, 2011.
158ms.ISBN 978-967-0268-46-0
SINOPSIS BUKU
Ibadah merupakan satu kaitan yang amat penting kepada
umat Islam. Di dalam rukun Islam telah digariskan empat
Sari Pustaka Bil 3/2012 61
perkara utama selepas mengucap dua kalimah syahadah
iaitu solat, puasa, zakat dan haji untuk diikuti. Kesemua
ini adalah ibadah. Ibadah ini dilaksanakan dengan
kemudahan dan kelapangan, bukan atas kesusahan dan
kesulitan. Ianya perlu dilaksanakan oleh batas-batas
kemampuan manusia biasa. Justeru, rukhsah dan
azimah dibincangkan di dalam buku ini bagi memberikan
ilmu dan pilihan kepada umat Islam menjalani ibadah.
Rukhsah ialah suatu pengecualian dari hukum yang telah
ditetapkan secara asasi disebabkan adanya uzur yang
sangat mendesak. Azimah merupakan prinsip lawan
kepada rukhsah iaitu apa yang disyariatkan oleh Allah
secara asasi, namun tidak menolak akan adanya
keringanan terhadap kewajipan selama itu disebabkan
oleh uzur yang sangat mendesak. Sebagai contoh,
dalam solat sendiri telah diringankan beban ibadah
apabila berlaku perkara berikut seperti musafir, sakit,
pelupa, ketidaktahuan, kesukaran, terpaksa dan lemah
atau punya sifat kekurangan.
Rukhshah & Azimah Dalam Solat
Batu Caves, Selangor : Crescent News, 2012.
230ms.ISBN 978-967-409-019-7
SINOPSIS BUKU
Buku ini membincangkan teknik-teknik permainan sukan
skuasy melalui program Kejurulatihan Asas Skuasy
Akademi Skuasy Azlan Iskandar (AISA). AISA
Sari Pustaka Bil 3/2012 62
ditubuhkan dengan objektif mempromosi permainan
skuasy yang kompeten sebanyak mungkin untuk mengisi
masa lapang serta menggalakkan penyertaan aktif dalam
bidang sukan sekaligus memberikan gaya hidup yang
sihat. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan
umur dapat mengetahui dan memahami permainan
skuasy melalui maklumat yang terdapat di dalam buku
ini. Ia memberi penerangan kepada bakal pelajar asas-
asas skuasy dan pada masa yang sama menyediakan
peluang praktikal kepada pemain baru untuk memulakan
persediaan. Pelbagai teknik yang dibincangkan untuk
memahirkan diri bermain skuasy. Antaranya,
mempelajari peraturan permainan, memahami hantaran
biasa skuasy, menunjukkan hantaran biasa skuasy,
mengetahui dan mengamalkan beberapa teknik asas
sukan skuasy. Gambar-gambar berkaitan dengan teknik
permainan yang betul juga disertakan.
MOHAMAD AZLAN ISKANDAR
Teknik & Peraturan Asas Skuasy
Petaling Jaya : Penerbit Wawasan Nusa (M), 2012.
53ms.ISBN 978-967-5945-13-7
Sari Pustaka Bil 3/2012 63