SALINAN TIDAK TERKAWAL - jupem.gov.my · Penilaian Prestasi Pembekal. Urus Setia 6.3 Keluarkan...
Transcript of SALINAN TIDAK TERKAWAL - jupem.gov.my · Penilaian Prestasi Pembekal. Urus Setia 6.3 Keluarkan...
Muka 1/4
MS ISO 9001:2008
PK.JUPEM.13 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
1. OBJEKTIF
Disediakan bagi menggariskan panduan bagi menjalankan kajian ke atas keberkesanan sistem pengurusan kualiti JUPEM bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan teratur dan memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2008.
2. SKOP Digunapakai:
i. Oleh Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan dan urus setia ISO JUPEM;
ii. Bagi menjalankan kajian ke atas keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM;
iii. Bermula dari pengumpulan maklumat/data yang telah dianalisis untuk dikaji sehingga laporan pemantauan keberkesanan sistem disediakan.
3. RUJUKAN
3.1 MK.JUPEM - Manual Kualiti JUPEM
3.2 Prosedur Kualiti:
PK.JUPEM.06 - Tindakan Pembetulan
PK.JUPEM.07 - Tindakan Pencegahan
PK.JUPEM.08 - Aduan Pelanggan
PK.JUPEM.10 - Audit Dalam
PK.JUPEM.11 - Pengurusan Latihan Anggota
PK.JUPEM.12 - Kawalan Terhadap Ketidakpatuhan Produk
3.3 Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/2009 – Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam.
Muka 2/4
MS ISO 9001:2008
PK.JUPEM.13 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
4. DEFINISI
4.1 Urus Setia
Urus Setia pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JUPEM di Bahagian Perancangan, dan Korporat, Ibu Pejabat JUPEM.
4.2 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Kajian dan analisa yang dijalankan ke atas data-data yang terkumpul berkaitan dengan pelaksanaan prestasi Sistem Pengurusan Kualiti JUPEM. Kajian Semula Pengurusan ini dijalankan melalui kaedah penganalisaan ke atas pencapaian prestasi Sistem Pengurusan Kualiti JUPEM dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dipengerusikan oleh KPUP dengan keahlian terdiri WP/TWP dan KPAD. Kajian semula pengurusan dilaksanakan setahun sekali.
4.3 Wakil Pengurusan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I
4.4 Timbalan Wakil Pengurusan
Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah Ukur Bahagian, dan semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.
5. SINGKATAN
5.1 WP Wakil Pengurusan
5.2 TWP Timbalan Wakil Pengurusan
5.3 KPUP
5.4 PUB/PB
5.5 PUPN
Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan
Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri
5.6 KPAD Ketua Pasukan Audit Dalam
5.7 MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Muka 3/4
MS ISO 9001:2008
PK.JUPEM.13 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Tanggungjawab Tindakan
WP 6.1 Bincang dengan KPUP bagi menetapkan tarikh, masa dan tempat dan agenda MKSP.
6.2 Minta Pegawai Yang Bertanggungjawab menyediakan laporan mengenai perkara-perkara seperti berikut:
a. Penemuan Audit (dalaman atau luaran);
b. Aduan Pelanggan;
c. Penilaian dan Pencapaian Objektif Kualiti;
d. Tindakan Pembetulan dan Pencegahan;
e. Tindakan susulan daripada Kajian Semula Pengurusan yang lepas;
f. Cadangan kepada perubahan-perubahan
yang memberi kesan kepada Sistem Pengurusan Kualiti;
g. Cadangan untuk penambahbaikan;
h. Keberkesanan Pelaksanaan Latihan; dan
i. Penilaian Prestasi Pembekal.
Urus Setia 6.3 Keluarkan surat panggilan mesyuarat kepada semua ahli MKSP.
WP 6.5 Semak laporan yang dikemukakan dan buat pelarasan. Jika perlu, kembalikan laporan kepada pegawai yang menyediakannya untuk membuat pindaan.
Urus Setia 6.7 Sedia dan edarkan laporan-laporan yang mencukupi untuk dibentangkan dalam MKSP.
KPUP 6.8 Mempengerusikan mesyuarat.
WP 6.9 Bentangkan laporan yang berkenaan di dalam mesyuarat.
Ahli-ahli MKSP 6.10 Bincangkan laporan yang telah dibentangkan oleh WP dan putuskan tindakan pembetulan dan pencegahan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Muka 4/4
MS ISO 9001:2008
PK.JUPEM.13 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Tanggungjawab Tindakan
Urus Setia 6.11 Sedia dan semak minit mesyuarat. Dapatkan kelulusan Pengerusi, cetak dan edarkan.
PUB/PB/PUPN 6.12 Laksanakan keputusan MKSP.
TWP
6.13 Pantau tindakan yang diambil ke atas keputusan MKSP dan sediakan laporan maklumbalas kepada WP.
Urus Setia 6.14 Sediakan rumusan laporan maklumbalas untuk mesyuarat akan datang.
7. REKOD
Jenis rekod Tempoh penyimpanan
Tempat simpanan
7.1 Laporan Kajian Semula Pengurusan
5 Tahun Urus Setia
7.2 Surat panggilan MKSP 5 Tahun Urus Setia
7.3 Minit MKSP 5 tahun Urus Setia
7.4 Surat arahan melaksanakan keputusan MKSP oleh WP
5 tahun Urus Setia
7.5 Laporan maklumbalas tindakan pelaksanaan ke atas keputusan MKSP oleh TWP
5 tahun Urus Setia
7.6 Laporan maklumbalas tindakan pelaksanaan ke atas keputusan MKSP oleh WP/Urusetia
5 tahun Urus Setia
8. LAMPIRAN
Tiada lampiran.