SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 2019. 6. 28. · 1. Jadual Penyelenggaraan 2 tahun Bahagian...

8

Transcript of SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 2019. 6. 28. · 1. Jadual Penyelenggaraan 2 tahun Bahagian...

  • 283Typewritten TextSALINAN TIDAK TERKAWAL

  • 283Typewritten TextSALINAN TIDAK TERKAWAL

  • Muka 1/6

    MS ISO 9001:2008

    PK.JUPEM.09 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Komputer

    1. TUJUAN Untuk memastikan penyelenggaraan peralatan dan perisian komputer dibuat

    dengan teratur mengikut jadual dan keperluan yang ditetapkan. 2. SKOP Prosedur ini digunapakai oleh:

    2.1 Semua Bahagian yang terlibat dalam kerja-kerja pemetaan topografi dan JUPEM Negeri;

    2.2 Bagi menguruskan penyelenggaraan komputer bermula dari komputer

    diperolehi sehingga ia dilupuskan.

    3. RUJUKAN

    3.1 MK.JUPEM - Manual Kualiti JUPEM. 3.2 Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling

    Perbendaharaan yang berkaitan.

    4. DEFINISI

    4.1 Komputer

    Komputer ialah Komputer Peribadi (PC), Komputer Bimbit (Note Book), Pencetak (Printer), Toughbook, Work Station, Pemplot, Pengimbas, Server, dan Storan.

    4.2 Penyelenggaraan

    Komputer

    Penyelenggaraan komputer secara komprehensif iaitu melibatkan pencegahan dan pemuliharaan.

    4.3 Penyelenggaraan

    Pencegahan

    Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas komputer yang dibuat secara berjadual bagi mengelakkan dari berlakunya kerosakan.

    4.4 Penyelenggaraan

    Pembaikan

    Perkhidmatan yang diberikan sekiranya aduan kerosakan dilaporkan oleh pengguna di JUPEM.

  • Muka 2/6

    MS ISO 9001:2008

    PK.JUPEM.09 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Komputer

    5. SINGKATAN

    5.1 PTM Pegawai Teknologi Maklumat.

    5.2 PPTM Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

    5.3 ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    5.4 PYB Pegawai Yang Bertanggungjawab.

    6.. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

    TANGGUNGJAWAB

    TINDAKAN

    PTM/PPTM/PYB

    6.1 PERANCANGAN PENYELENGGARAAN

    a. Sediakan jadual penyelenggaraan peralatan dan

    perisian ICT. b. Selenggara peralatan dan perisian ICT seperti

    jadual yang disediakan.

    Pengguna

    6.2 PENYELENGGARAAN KEROSAKAN a. Kenalpasti kerosakan peralatan ICT.

    b. Isi maklumat kerosakan dalam Borang Aduan Kerosakan Peralatan ICT bagi bahagian yang menjalankan aktiviti pemetaan topografi dan eSupport bagi JUPEM Negeri.

    c. Majukan Borang Aduan Kerosakan peralatan

    ICT/eSupport kepada PTM/PPTM/PYB.

    PTM/PPTM/PYB

    d. Teliti maklumat kerosakan dan buat

    pemeriksaan peralatan ICT serta sahkan jenis kerosakan.

    e. Pastikan peralatan ICT masih dalam tempoh

    jaminan atau tidak.

  • Muka 3/6

    MS ISO 9001:2008

    PK.JUPEM.09 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Komputer

    TANGGUNGJAWAB

    TINDAKAN

    f. Jika peralatan ICT di luar jaminan:

    i. Jika kerosakan melibatkan penggantian hardware rujuk ke Bahagian Khidmat Pengurusan di Ibu Pejabat JUPEM, atau Cawangan Pentadbiran dan Kewangan di JUPEM Negeri bagi mendapatkan perkhidmatan pembaikan daripada syarikat yang layak.

    ii. Jika kerosakan hanya melibatkan sistem atau perisian komputer, jalankan penyelenggaraan.

    g. Jika peralatan ICT masih dalam tempoh

    jaminan, panggil syarikat pembekal untuk membuat pembaikan.

    h. Awasi dan periksa kerja-kerja yang dijalankan

    oleh pembekal bagi memastikan peralatan yang diganti atau kerosakan yang dibaiki adalah mengikut spesifikasi yang betul.

    i. Jalankan ujian ke atas peralatan ICT yang telah dibaiki atau diganti bagi memastikan dapat berfungsi dengan baik.

    j. Jika tidak berpuas hati, minta syarikat perkhidmatan/pembekal membaiki semula kerosakan.

    k. Jika berpuas hati, sahkan laporan kerosakan yang dikemukakan oleh syarikat perkhidmatan/ pembekal.

  • Muka 4/6

    MS ISO 9001:2008

    PK.JUPEM.09 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Komputer

    7. REKOD

    Bil.

    Jenis Rekod

    Tempoh penyimpanan

    Tempat Simpanan

    1.

    Jadual Penyelenggaraan 2 tahun

    Bahagian Berkenaan/

    JUPEM Negeri

    2.

    Daftar Harta Modal-KEW. 312 / KEW. PA-2

    Jangka hayat mesin/alat

    Bahagian Berkenaan/

    JUPEM Negeri

    3. Surat/Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan Komputer

    2 tahun

    Bahagian Berkenaan/

    JUPEM Negeri

    4.

    Borang Penilaian Penyelenggaraan Komputer

    2 tahun

    Bahagian Berkenaan/

    JUPEM Negeri

    5.

    Service Report

    2 tahun

    Bahagian Berkenaan/

    JUPEM Negeri

    6. eSupport 2 tahun

    Bahagian Berkenaan/

    JUPEM Negeri

    8. LAMPIRAN

    8.1. Contoh Daftar Harta Modal (KEW. PA-2) Lampiran A.

  • Muka 5/6

    MS ISO 9001:2008

    PK.JUPEM.09 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Komputer

    Lampiran A

    KEW.PA-2 (No. Siri Pendaftaran: )

    DAFTAR HARTA MODAL Kementerian/Jabatan : Bahagian :

    BAHAGIAN A

    Kod Nasional

    Kategori

    Sub Kategori

    Jenis/Jenama/Model

    Buatan Harga Perolehan Asal

    Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima

    No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi Kerajaan

    No Pendaftaran (Bagi Kenderaan)

    Tempoh Jaminan

    Nama Pembekal Dan Alamat:

    KOMPONEN/AKSESORI:

    ………………………..

    Tandatangan Ketua Jabatan Nama : Jawatan : Tarikh : Cop :

    PENEMPATAN

    Lokasi

    Tarikh

    Nama Pegawai

    Tandatangan

    PEMERIKSAAN

    Tarikh

    Status Aset

    Nama Pemeriksa

    Tandatangan

    PELUPUSAN/HAPUS KIRA

    Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan

  • Muka 6/6

    MS ISO 9001:2008

    PK.JUPEM.09 Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian Komputer

    KEW.PA-2

    DAFTAR HARTA MODAL

    BUTIR-BUTIR PENAMBAHAN, PENGGANTIAN DAN NAIKTARAF

    BAHAGIAN B

    Bil. Tarikh Butiran Tempoh Jaminan

    Kos(RM) Nama

    Dan Tandatangan