SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH...

22
Takaful Semula 139 BAB A7 TAKAFUL SEMULA PENGENALAN Takaful semula (Retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisme melalui perjanjian yang membolehkan pengendali Takaful langsung yang dipanggil ‘cedant’ memindahkan atau menyerahkan sebahagian daripada risiko yang ditanggung kepada Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula yang lain. Objektif utama Takaful semula adalah untuk mengurangkan pendedahan risiko dan liabiliti cedant sekiranya berlaku tuntutan. Konsep perkongsian ini akan membolehkan pengagihan risiko yang lebih luas dan membolehkan Pengendali Takaful memanfaatkan sepenuhnya kelebihan peraturan bilangan jumlah besar. Kesimpulannya, Takaful semula berperanan menyumbang kearah mengurangkan beban kewangan dana Takaful. A7.1 DEFINISI TAKAFUL SEMULA Takaful semula telah ditakrifkan di dalam pelbagai bentuk. Ia adalah satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu balasan, seseorang itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah dilindungi di bawah kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai pengendali pihak ketiga. Oleh yang demikian, kontrak Takaful semula adalah satu kaedah di mana pengendali mendapatkan pihak ketiga untuk melindunginya daripada kerugian atau liabiliti berdasarkan risiko sebenar perlindungan Takaful asal. 7.1.1 Pandangan Syari’ah terhadap Takaful Semula Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan Takaful sebagai satu sistem insurans Islam, Takaful Semula (Retakaful) juga telah diputuskan sebagai telah mematuhi keperluan Syari’ah, berasaskan penggunaan prinsip-prinsip Takaful yang sama. Resolusi Akademi

Transcript of SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH...

Page 1: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 139

BAB A7

TAKAFUL SEMULA

PENGENALAN

Takaful semula (Retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisme

melalui perjanjian yang membolehkan pengendali Takaful langsung

yang dipanggil ‘cedant’ memindahkan atau menyerahkan sebahagian

daripada risiko yang ditanggung kepada Pengendali Takaful atau

Pengendali Takaful Semula yang lain. Objektif utama Takaful semula

adalah untuk mengurangkan pendedahan risiko dan liabiliti cedant

sekiranya berlaku tuntutan. Konsep perkongsian ini akan

membolehkan pengagihan risiko yang lebih luas dan membolehkan

Pengendali Takaful memanfaatkan sepenuhnya kelebihan peraturan

bilangan jumlah besar. Kesimpulannya, Takaful semula berperanan

menyumbang kearah mengurangkan beban kewangan dana Takaful.

A7.1 DEFINISI TAKAFUL SEMULA

Takaful semula telah ditakrifkan di dalam pelbagai bentuk. Ia adalah

“satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu balasan, seseorang

itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan

kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah

dilindungi di bawah kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai

pengendali pihak ketiga”. Oleh yang demikian, kontrak Takaful

semula adalah satu kaedah di mana pengendali mendapatkan pihak

ketiga untuk melindunginya daripada kerugian atau liabiliti

berdasarkan risiko sebenar perlindungan Takaful asal.

7.1.1 Pandangan Syari’ah terhadap Takaful Semula

Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan Takaful sebagai

satu sistem insurans Islam, Takaful Semula (Retakaful) juga telah

diputuskan sebagai telah mematuhi keperluan Syari’ah, berasaskan

penggunaan prinsip-prinsip Takaful yang sama. Resolusi Akademi

Page 2: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

140 Amalan Asas Takaful

Fekah (Resolusi No.9 Disember 1985) OIC mengenai subjek ini

adalah sebagaimana berikut:

‘... kontrak insurans komersil yang biasa digunakan oleh syarikat

insurans komersial adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur

utama risiko yang dilarang mengikut hukum Syari’ah. Alternatif bagi

insurans dan insurans semula mestilah berasaskan kepada prinsip-

prinsip insurans koperasi...'

A7.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL SEMULA

Takaful semula adalah suatu aturan di mana sebuah syarikat iaitu

Pengendali Takaful Semula, bersetuju untuk membayar ganti rugi

kepada Pengendali Takaful iaitu syarikat pemberi (ceding company)

atas semua atau sebahagian risiko utama Takaful yang ditaja jamin

oleh syarikat pemberi di bawah satu atau lebih kontrak Takaful.

Walau bagaimanapun, Takaful semula tidak melepaskan syarikat

pemberi daripada liabilitinya terhadap peserta.

Dalam hal ini:

Peserta asal (pemegang sijil) tidak mempunyai sebarang hak

terhadap Pengendali Takaful Semula dalam apa jua keadaan.

Sekiranya Pengendali Takaful Semula menjadi tidak solven

(muflis), syarikat pemberi masih menanggung liabiliti di bawah

terma-terma kontrak.

Sekiranya syarikat pemberi menjadi tidak solven (muflis),

Pengendali Takaful Semula juga masih menanggung liabiliti di

bawah terma-terma kontraknya.

Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai hak perundangan

terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh peserta asal.

Berdasarkan dari definisi di atas, elemen-elemen penting Takaful

semula boleh diringkaskan seperti berikut:

Takaful semula adalah sama seperti Takaful tetapi ia mempunyai

kontrak yang berbeza dan berasingan daripada kontrak Takaful

Page 3: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 141

yang asal. Kontrak Takaful semula mengambil format kontrak

Takaful.

Takaful semula boleh menanggung sebahagian daripada risiko,

tetapi tidak boleh lebih dari itu.

Kontrak Takaful semula hendaklah melindungi risiko yang sama

seperti perlindungan Takaful yang asal.

Kedua-dua sijil Takaful dan sijil Takaful semula hendaklah wujud

pada masa yang sama.

7.2.1 Keperluan Takaful Semula

Takaful semula adalah satu mekanisma pengurusan risiko yang

kritikal yang perlu dihadapi oleh Pengendali Takaful bagi mencapai

objektif berikut:

Memastikan keberkesanan penyebaran risiko. Melalui proses ini,

pasaran Takaful dan Takaful semula akan dapat berkongsi

pembangunan dan pertumbuhan pasaran, dan dalam masa yang

sama ia melindungi pengendali Takaful daripada pendedahan

risiko yang melampau keatas liabiliti yang ditanggungnya.

Menyediakan kapasiti tambahan bagi Pengendali Takaful

(penyerah) untuk menerima penyertaan risiko yang lebih besar

dan kompleks yang mungkin melebihi keupayaan kewangan dan

teknikal yang dimiliki.

Takaful semula mempunyai kesan penstabilan atau melicinkan

aliran pendapatan dan kerugian sepanjang tempoh satu tahun,

iaitu suatu tempoh yang agak panjang untuk mewujudkan

kestabilan dan daya tahan kepada dana Takaful.

Dengan kepelbagaian dan jumlah besar risiko yang ditanggung

dalam portfolio mereka, Pengendali Takaful Semula boleh

membuat analisa kajian penyelidikan kerana ia mempunyai

pengetahuan dan pengalaman luas mengenai risiko. Ia mampu

melihat dari perspektif yang berbeza dan lebih menyeluruh atau

perspektif makro, dan dalam kebanyakan kes ia mampu menilai

Page 4: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

142 Amalan Asas Takaful

risiko merentasi beberapa bidang kuasa yang berbeza. Maklumat

yang unik ini boleh dikongsi dengan pengendali Takaful bagi

tujuan memastikan pengurusan risiko yang lebih cekap. Ini

seterusnya akan membantu Pengendali Takaful memanfaatkan

data yang ada bagi tujuan mereka-bentuk produk baru, penetapan

kadar sumbangan, dan yang lebih penting, mampu mewujudkan

amalan pengunderaitan yang lebih menyeluruh dan kompetitif.

Dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang

mereka miliki, Pengendali Takaful Semula mampu menyediakan

tenaga pakar dalam bidang pengunderaitan, reka bentuk risiko

kewangan, perkhidmatan aktuari, penyelesaian IT, mekanisma

pemindahan risiko alternatif (alternative risk transfer

mechanism), pengurusan tuntutan, pemasaran, dan lain-lain

kepada Pengendali Takaful.

Demi menjaga amanah peserta, Pengendali Takaful bersedia

melindungi dan menjaga dana Takaful pada setiap masa dari

terdedah kepada risiko buruk /tuntutan yang merugikan. Kepada

peserta, keupayaan untuk membayar tuntutan oleh pengendali

adalah suatu jaminan. Pengendali Takaful perlu berusaha untuk

memenuhi janji seperti yang dinyatakan dalam sijil tentang

kesediaannya untuk berkongsi lebihan operasi Takaful.

Kemudahan dan kelebihan yang ada pada Takaful semula akan

membantu Pengendali Takaful berusaha ke arah mencapai

objektif berkenaan.

7.2.2 Bidang kuasa Syari’ah mengenai Takaful Semula dengan

Syarikat Insurans Semula

Insurans semula dalam perniagaan Takaful di bawah prinsip-prinsip

Islam dikenali sebagai Takaful semula, suatu konsep insurans semula

yang mematuhi dan diluluskan oleh Syari’ah. Pada peringkat awal

perniagaan Takaful, kemudahan insurans semula disediakan oleh

syarikat-syarikat insurans konvensional kerana:

Page 5: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 143

Pengendali Takaful memiliki keupayaan yang terhad.

Pengendali Takaful tidak mempunyai sumber kewangan yang

mencukupi.

Tiada kemudahan Takaful semula.

Pengendali Takaful semula adalah terhad.

Pengendali Takaful Semula kekurangan modal.

Pengendali Takaful Semula bertaraf ‘A’ amat terhad.

7.2.3 Pepatah Undang-Undang (Legal Maxims) / Prinsip-

Prinsip Syari’ah

Antara Pepatah Undang-undang yang sesuai dan boleh digunakan

dalam urusniaga Takaful semula adalah seperti berikut:

Legal Maxims Keterangan

Al-Darurah Tubih al-

Mahzurah

Mengikut pendapat Ulama’, prinsip ini

boleh digunakan sebagai suatu

kelonggaran apabila wujud keadaan

yang mendesak (darurat). Prinsip ini

membenarkan umat Islam mengerjakan

perkara yang dilarang semasa waktu

biasa atau perbuatan yang menyalahi

hukum Syari’ah.

Al-Darurah Tuqaddaru

Biqadariha

Prinsip ini menyatakan bahawa

Pengendali Takaful boleh

menginsuranskan risiko yang

ditanggungnya dengan syarikat insurans

semula konvensional hanya pada

bahagian risiko yang tidak dapat

diTakafulkan dengan Pengendali

Takaful Semula.

Ma Ubiha lil-Darurah

Yataqaddaru

Biqadariha

Prinsip ini menyatakan bahawa setakat

mana had tindakan tersebut boleh

dilakukan. Ini bermaksud bahawa

Page 6: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

144 Amalan Asas Takaful

walaupun Ulama’ membenarkan

melakukan perkara yang terlarang dalam

waktu darurat, tetapi ia hendaklah tidak

melampaui batas.

Ma Jaza Li Uzrin

Batala Bi Ziwallihi

Prinsip ini menyatakan bahawa perkara

yang dibolehkan disebabkan darurat

tidak lagi dibenarkan apabila keadaan

darurat telah tiada. Apabila tiada

darurat, undang-undang Syari’ah akan

kembali digunakan, yang bermaksud

`Takaful semula dengan syarikat

insurans konvensional tidak

dibenarkan’.

7.2.4 Garis Panduan untuk Pengendali Takaful Mengurus

Takaful Semula dengan Syarikat Insurans Semula

Konvensional

Kerjasama dalam urusniaga insurans semula dengan penanggung

reinsurans konvensional tidak akan menjejaskan kedudukan

kewangan dan ketidakstabilan sistem kewangan negara-negara

Islam.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada Pengendali Takaful

Semula sekiranya ada kemudahan tersebut.

Pakar-pakar Pengendali Takaful Semula perlu bertindak dengan

berhati-hati dalam menentukan kuantum liabiliti yang akan

dilindungi.

Pengendali Takaful perlu mengkaji semula keperluan Takaful

semula setiap tahun dan berusaha seboleh mungkin

mengurangkan penggantungan dengan reinsurans konvensional.

Pengendali Takaful hendaklah menyatakan secara jelas syarat-

syarat pengecualian dari membayar atau menerima sebarang

bayaran yang mengandungi elemen faedah / bunga dari reinsurans

konvensional.

Page 7: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 145

Apabila kedudukan rezab kewangan mengizinkan dan terdapat

Pengendali Takaful semula baru mula memasuki pasaran,

penggantungan kepada reinsurans konvensional hendaklah

ditamatkan.

Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila

risiko yang dilindungi tidak diterima oleh Pengendali Takaful

atau Pengendali Takaful Semula.

Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila

Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula tidak

mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menerima

risiko berkenaan.

A7.3 JENIS-JENIS TAKAFUL SEMULA

Secara umumnya terdapat dua jenis Takaful semula iaitu fakultatif

dan triti. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua: Triti

Proposional dan Triti Bukan Proposional. Triti proposional boleh

dikategorikan kepada tiga jenis: kongsi kuota (quota-share), surplus

dan fakultatif obligatori. Begitu juga, triti bukan proposional boleh

dibahagikan kepada dua jenis; lebihan kerugian (excess of loss) dan

kerugian tersukat (stop loss).

Perniagaan Takaful semula dikategorikan mengikut jenis perniagaan

iaitu Takaful Semula Am dan Takaful Semula Keluarga. Dalam

Takaful Semula Am, terdapat pengendali yang hanya menyediakan

kemudahan Takaful semula untuk kelas tertentu sahaja. Sebagai

contoh, terdapat pengendali yang menawarkan Takaful semula triti

proposional, sementara pengendali lain menerima triti bukan

proposional sahaja. Di seluruh dunia, hanya terdapat beberapa

Pengendali Takaful Semula kerana ciri-ciri perniagaan yang begitu

khusus, di samping memerlukan modal yang besar untuk memulakan

perniagaan Takaful semula.

Pengendali Takaful Semula berkenaan menawarkan perkhidmatan

mereka mengikut pembahagian rantau tertentu di samping di

peringkat antarabangsa, dengan pejabat-pejabat yang terletak di

Page 8: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

146 Amalan Asas Takaful

pusat-pusat perdagangan dan luar pesisir utama. Contohnya, sindiket

insurans Lloyds di London mempunyai keupayaan menyediakan

perkhidmatan Takaful semula untuk pasaran antarabangsa.

Satu lagi komponen penting dalam pasaran Takaful semula adalah

broker. Perkhidmatan broker profesional Takaful semula biasanya

digunakan untuk membantu pengendali Takaful mencari dan

merundingkan program Takaful semula yang paling efektif.

Gambar rajah berikut memberikan gambaran menyeluruh tentang

jenis-jenis Takaful semula yang terdapat dipasaran:

Carta Aliran Takaful Semula dan Insurans Semula

7.3.1 Takaful Semula Fakultatif

Fakultatif adalah satu bentuk Takaful semula di mana kontrak

dirundingkan bagi sijil Takaful atau perlindungan Takaful tertentu.

Takaful Semula / Insurans Semula

Fakultatif Triti

Proposional Bukan-Proposional

Surplus Kongsi Kuota

(Quota Share)

Lebihan

Kerugian

Kerugian Tersukat

(Stop Loss)

Page 9: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 147

Kontrak ini biasanya memerlukan penyertaan kerana risiko atau

perlindungan adalah besar atau luar biasa, dan Pengendali Takaful

biasanya begitu berhati-hati berhadapan dengan pendedahan risiko

yang sedemikian rupa.

Syarikat mengesid (pengendali asal) boleh menawarkan kesemua atau

sebahagian dari risiko kepada mana-mana syarikat Takaful semula

dan syarikat Takaful semula tersebut bebas untuk memutuskan sama

ada untuk menerimanya atau tidak.

Takaful semula jenis ini biasanya akan digunakan bagi membolehkan

syarikat mengesid/memindahkan sebahagian besar risiko merbahaya

di mana skop perlindungannya diluar kemampuan kontrak triti.

Ini merujuk kepada kaedah di mana sesuatu risiko (kes demi kes)

diserahkan kepada Takaful semula dan sebahagian daripada

sumbangan Takaful yang asal akan dibayar kepada Takaful semula

mengikut peratusan pegangan. Biasanya komisen tertentu akan

dikenakan ke atas Pengendali Takaful Semula.

Pengendali Takaful Semula mempunyai pilihan untuk menerima atau

menolak tawaran risiko berkenaan.

Di bawah ini ialah ilustrasi penempatan risiko yang dibuat

menggunakan kaedah Takaful semula fakultatif:

Pengendali Takaful X bercadang untuk menerima cadangan

perlindungan bernilai RM10 juta

Pengendali Takaful X mengekalkan RM1 juta

Baki yang perlu disidkan ialah RM9 juta

Sumbangan (contribution) Takaful asal ialah RM10,000

Page 10: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

148 Amalan Asas Takaful

Takaful / Takaful

Semula

Amaun

perlindungan /

Kongsi Risiko

(RM)

%

Pegangan

Pegangan

Sumbangan

(contribution)

(RM)

Pengendali

Takaful X

1,000,000

10%

1,000

Pengendali

Takaful Semula A

2,700,000

27%

2,700

Pengendali

Takaful Semula B

4,500,000

45%

4,500

Pengendali

Takaful Semula C

1,800,000

18%

1,800

Jumlah

10,000,000

100%

10,000

7.3.2 Takaful Semula Triti

Triti adalah suatu perjanjian tahunan yang dibuat secara bertulis di

antara Pengendali Takaful Langsung (pejabat pengesid) dan

Pengendali Takaful Semula (pejabat penerima), di mana Syarikat

Takaful Semula (penerima) secara automatik akan menerima apa-apa

penyerahan hak / bahagian perlindungan yang termasuk dalam syarat-

syarat perjanjian.

Sisen (cession) ialah sejumlah unit / amaun Takaful yang dipindahkan

kepada Pengendali Takaful Semula. Perjanjian (triti) ini akan

berkuatkuasa untuk tempoh masa tertentu dan tertakluk kepada

sekatan kepada jenis risiko atau nilai yang terlibat. Perjanjian itu

menyediakan kemudahan secara automatik, iaitu telah dipersetujui

lebih awal dan biasanya rundingan hanya perlu diadakan setiap tahun

pembaharuan.

Kaedah Takaful semula ini biasanya dikendalikan berasaskan

‘portfolio’, iaitu mana-mana nilai risiko yang melebihi had

bendungan (retention limit) Pengendali Takaful akan

memindahkannya (cede) kepada Pengendali Takaful Semula.

Biasanya dalam tempoh setahun perjanjian, semua risiko dalam

Page 11: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 149

portfolio yang dipersetujui akan dipindahkan dan secara automatik

akan diterima oleh Pengendali Takaful Semula. Urusan perakaunan

yang berkaitan dengan portfolio ini akan disediakan dan dipersetujui

oleh pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian triti ini setiap suku

tahunan.

Perbezaan ketara antara fakultatif dan triti ialah dalam fakultatif,

risiko dipindahkan mengikut kes (case to case basis) sementara triti

pula merujuk kepada program Takaful semula secara pukal

(wholesale) yang disidkan dalam tempoh tertentu yang telah

dipersetujui. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua

bentuk iaitu proposional dan bukan proposional.

7.3.3 Triti Proposional

Dalam Takaful semula proposional, amaun yang dibendung dan

amaun yang disidkan mewakili nisbah tertentu jumlah perlindungan

asal yang diterima oleh pejabat mengesid dan sumbangan / premium

yang diterima oleh pejabat pengesid akan dikongsi dalam kadar yang

sama. Begitu juga, pembayaran tuntutan akan dikongsi bersama oleh

pejabat mengesid dan Pengendali Takaful Semula dalam kadar yang

sama.

a. Kongsi Kuota (Quota Share)

Merujuk kepada perjanjian triti di mana pejabat mengesid terikat

untuk memindahkan risiko dan Pengendali Takaful perlu

menerima bahagian yang ditetapkan bagi setiap risiko dalam

portfolio risiko yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Perjanjian ini ditetapkan dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh,

sekiranya pejabat mengesid mengambil 20%, syarikat Takaful

Semula akan mengambil baki 80%. Caruman Takaful semula

dikongsi secara nisbah sumbangan Takaful asal dan setelah

mengambil kira kadar komisen yang dipersetujui. Begitu juga

dengan liabiliti tuntutan, ia akan dikongsi megikut bahagian

masing-masing.

Page 12: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

150 Amalan Asas Takaful

Kaedah pengendalian seperti ini biasanya digunakan oleh

Pengendali Takaful baru yang tidak mempunyai rekod Takaful

semula atau mempunyai pengalaman tuntutan yang buruk.

Dengan cara ini, risiko yang baik dan risiko buruk dapat dikongsi

bersama bagi mengelakkan anti pemilihan.

Syarikat mengesid mesti memindahkan risiko dan Pengendali

Takaful Semula mesti menerima bahagian yang dipersetujui bagi

setiap risiko yang diambil oleh syarikat mengesid. Syarikat

mengesid tidak boleh membendung semua risiko, tidak kira

betapa kecil jumlah yang dilindungi.

Triti digunakan dalam keadaan berikut:

apabila ia melibatkan perniagaan baru yang amat memerlukan

perlindungan Takaful semula pada tahun-tahun awal

perlindungan disebabkan kekurangan pengalaman dan

kedudukan kewangan tidak mengizinkan.

apabila surplus/lebihan milik syarikat mengesid mengalami

kemerosotan yang ketara.

untuk mencapai skala ekonomi sewajarnya dalam

pengendalian Takaful semula.

b. Surplus / Lebihan

Pengendali Takaful Semula Triti berhak untuk berkongsi apa-apa

risiko lebihan yang diterima oleh pejabat mengesid, iaitu surplus

yang melebihi had bendungan pejabat mengesid sehingga ke had

triti. Had kapasiti triti ditunjukkan dalam bentuk lini (lines),

dimana satu lini menandakan bendungan risiko syarikat

mengesid. Oleh itu, triti sepuluh lini bermaksud jumlah

keseluruhan kapasiti kasar syarikat mengesid ialah sebelas kali

ganda berbanding dengan amaun yang dibendung.

Melalui kaedah ini, Pengendali Takaful (cedant) akan

menyerahkan surplus/lebihan keseluruhan risiko yang melebihi

had bendungan kepada pengendali Takaful semula, sementara

Page 13: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 151

pejabat mengesid hanya menanggung risiko dengan nilai yang

lebih kecil. Sumbangan Takaful semula yang diserahkan kepada

Pengendali Takaful Semula adalah seimbang dengan sumbangan

asal Takaful, setelah ditolak komisen untuk pejabat mengesid.

Bayaran komisen dikenakan untuk menampung kos

pengambilalihan oleh pejabat pengesid. Menggunakan kaedah

yang sama, liabiliti tuntutan dibayar mengikut bahagian masing-

masing. Di samping itu, perkongsian surplus yang digelar

‘komisen keuntungan’ dana Takaful semula juga dimasukkan

dalam triti.

7.3.4 Triti Bukan Proposional

Triti ini hanya akan berfungsi apabila amaun tuntutan melebihi had

yang ditetapkan oleh pejabat pengesid. Pejabat pengesid dan

Pengendali Takaful Semula tidak berkongsi setiap kerugian dalam

kadar yang tetap, malah mungkin sebahagian kerugian tidak dikongsi

sama sekali. Syarikat mengesid akan bertanggungjawab bagi semua

kerugian dibawah had amaun kerugian, sementara Pengendali Takaful

Semula akan bertanggungjawab membayar baki pampasan yang

melebihi had yang dinyatakan, biasanya untuk had kerugian tertinggi.

Ia merujuk kepada satu persetujuan di mana pejabat pengesid akan

menggunakan teknik lindung nilai yang meletakkan had tuntutan,

terutamanya terhadap kerugian akibat bencana. Tidak seperti triti

proposional, kaedah bukan proposional membolehkan pejabat

pengesid memindahkan (ceding) jumlah kerugian sahaja, berbanding

dengan mengesidkan risiko dibawah kaedah proposional. Kaedah ini

menjadi lebih berkesan apabila jumlah kerugian bersih yang

ditanggung oleh pejabat pengesid disebabkan oleh satu kes kerugian

besar atau beberapa siri kerugian yang melebihi had yang dipersetujui

dibawah triti. Caruman Takaful semula yang dipanggil Sumbangan

Deposit Minimum MDC) yang dikenakan di bawah Takaful semula

bukan proposional tidak berasaskan kepada sumbangan Takaful asal

tetapi berdasarkan kepada struktur penentuan harga yang mengambil

kira pengalaman kerugian dan anggaran jumlah sumbangan tahunan

bagi kelas perniagaan berkaitan untuk tempoh tiga tahun yang lalu.

Page 14: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

152 Amalan Asas Takaful

Terdapat dua jenis triti bukan proposional iaitu:

a. Lebihan Kerugian

Pejabat pengesid membayar pampasan bagi setiap tuntutan dan

setiap risiko sehingga mencapai had yang ditetapkan, sementara

Pengendali Takaful Semula membayar jumlah tuntutan yang

melebihi had tersebut sehingga ke had jumlah tertentu. Urusan

Takaful semula dikendalikan dalam bentuk lapisan (layers)

dengan penetapan pelbagai had dan deduktibel. Ia mungkin boleh

diseleggarakan dalam bentuk akaun menyeluruh atau akaun

berasingan mengikut kelas perniagaan.

b. Kerugian Tersukat (Stop Loss)

Triti lebihan nisbah kerugian juga dikenali dengan nama triti stop

loss. Triti ini direka bentuk untuk menghalang turun naik yang

drastik dalam nisbah tuntutan portfolio tertentu dalam tempoh

satu tahun kewangan. Contohnya, jika akaun Takaful kebakaran

mencatatkan nisbah kerugian 60% untuk beberapa tahun yang

lalu dan pihak syarikat menetapkan objektif untuk menghalang

nisbah tersebut terus meningkat sehingga ke tahap 90% dalam

tahun-tahun tertentu, maka pihak syarikat akan membeli polisi

perlindungan lebihan nisbah kerugian pada tahap 90% sehingga

120%.

Perlindungan ini direka untuk menghalang turun naik dalam

nisbah tuntutan. Ia melindungi Pengendali Takaful terhadap

agregat jumlah tuntutan sepanjang tempoh tertentu yang biasanya

sepanjang tempoh perjanjian, agar tidak melebihi peratusan yang

ditetapkan berbanding dengan jumlah sumbangan Takaful.

Takaful semula lebihan nisbah kerugian tidak melindungi

tuntutan individu. Kaedah kawalan lebihan nisbah kerugian

melindungi pejabat pengesid dari kemungkinan jumlah

keseluruhan nisbah kerugian melebihi had amaun tertentu yang

telah ditetapkan atau peratusan tertentu jumlah sumbangan

Takaful dari kelas perniagaan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya

Page 15: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 153

nisbah kerugian portfolio perniagaan melebihi had yang

dipersetujui, katakan 120%, maka Takaful semula akan

membayar lebihan itu sehingga ke had lain yang dipersetujui,

katakan 160%. Pada dasarnya, Takaful semula lebihan nisbah

kerugian dirangka bagi tujuan melindungi Pengendali Takaful

dari pendedahan baki bersih terhadap pengalaman tuntutan yang

merugikan.

7.3.5 RetroTakaful

Risiko Takaful semula sama seperti risiko Takaful, iaitu ia perlu

diurus dan dilindungi oleh Pengendali Takaful Semula melalui

pelbagai mekanisma yang terdapat di pasaran. Dalam hal ini,

Pengendali Takaful Semula perlu mempunyai program retroTakaful

yang sesuai dengan kaedah proposional dan bukan proposional.

Berdasarkan dari perkembangan semasa dan disebabkan

ketidakcukupan kapasiti retroTakaful, sebahagian besar daripada

risiko retroTakaful dipindahkan ke pasaran konvensional, sehinggalah

apabila pasaran Takaful semula telah berkembang maju sepenuhnya

dan menyeluruh.

A7.4 FUNGSI TAKAFUL SEMULA

Fleksibiliti

Tanpa Takaful semula, Pengendali Takaful hanya akan menerima

risiko dalam jumlah dan jenis yang mereka mampu

menanganinya berdasarkan dari sumber-sumber yang mereka ada.

Ini akan menghadkan perkhidmatan yang boleh disediakan

kepada orang ramai dan juga akan menimbulkan kesukaran

kepada pelanggan.

Pengembangan

Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada

pengendali dalam bidang di mana pengendali mempunyai

pengalaman, kepakaran atau pengetahuan yang terhad. Dengan

Page 16: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

154 Amalan Asas Takaful

memberikan kemudahan ini dan menerima sebahagian atau

semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu

pengendali memperkenalkan dan mengembangkan barisan

produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.

Penghimpunan

Pengendali tidak dapat menanggung kerugian atas beberapa risiko

yang berbeza yang terhasil daripada satu kejadian atau peristiwa.

Sebagai contoh, pengendali mungkin boleh melindungi

sekumpulan individu yang bekerja dibeberapa buah syarikat dan

lokasi tempat kerja yang berbeza pada satu-satu masa, dan

mungkin mereka menaiki kapal terbang yang sama. Jika kapal

terbang terhempas dan semua penumpang terbunuh, tuntutan

yang perlu dibayar mungkin jauh melebihi kerugian maksimum

yang telah ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu

pengendali menghadkan kerugian kepada suatu jumlah yang

mampu ditanggug oleh pengendali berkenaan.

A7.5 PENGURUSAN RISIKO DI BAWAH TAKAFUL

SEMULA

7.5.1 Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula

(BNM/RH/GL/004-12)

Demi memastikan perniagaan Takaful semula dapat berkembang

maju sejajar dengan pertumbuhan perniagaan Takaful di Malaysia,

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggubal satu rangka kerja

kawal selia (Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula

(BNM/RH/GL/004-12) untuk Pengendali Takaful Semula seperti

berikut:

Rangkakerja Kawalan

Pengendali Takaful Semula

Keterangan/Catatan

Kekukuhan kedudukan

kewangan dan Fleksibiliti

Kewangan

Pemohon mesti mempunyai

kedudukan kewangan yang

kukuh, sokongan modal yang

Page 17: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 155

memuaskan dan berupaya

mencatat rekod keuntungan

operasi yang menggalakkan

untuk memastikan

Pengendali Takaful semula

baru yang dicadangkan

mampu menyediakan

jaminan perlindungan dan

komitmen berterusan

terhadap operasi Takaful

semula di Malaysia;

Pemohon perlu mempunyai

gabungan modal berbayar

dan lebihan sekurang-

kurangnya USD100 juta dan

mencapai taraf kedudukan

antarabangsa atau penarafan

yang baik dari agensi

penarafan yang diiktiraf.

Pengalaman dalam bidang

Takaful/Takaful semula

Pemohon perlu mempunyai

pengalaman mengendali

pelbagai jenis perniagaan

Takaful semula. Pertimbangan

sewajarnya akan diberikan

kepada pemohon yang

mempunyai kepakaran teknikal

tertentu yang boleh memberi

manfaat kepada pasaran Takaful

Malaysia dan rantau ini.

Kemampuan untuk

menyumbang ke arah agenda

nasional

Pemohon mestilah dapat

menunjukkan bahawa

Pengendali Takaful Semula

yang dicadangkan boleh

menyumbang secara

Page 18: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

156 Amalan Asas Takaful

berkesan kepada

pembangunan industri

Takaful dan seterusnya

menyokong usaha-usaha

yang diambil oleh Kerajaan

dan Bank untuk menjadikan

Malaysia sebagai pusat

kewangan Islam

antarabangsa. Pertimbangan

akan diberikan kepada

pemohon yang bercadang

untuk menubuhkan Takaful

semula di Malaysia dan

menjadikannya sebagai pusat

perniagaan Takaful semula

serantau atau antarabangsa;

dan

Pemohon juga dikehendaki

menyediakan pelan

perancangan kearah

memindahkan pengetahuan

teknikal kepada pasaran

Takaful tempatan dan

mengoptimumkan bakat

tempatan dalam pengurusan

syarikat.

Daya maju operasi di Malaysia Pelan perniagaan Pengendali

Takaful Semula yang

dicadangkan penubuhannya di

Malaysia perlu menunjukkan

daya maju dalam tempoh 5

tahun berdasarkan unjuran yang

realistik.

Page 19: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 157

7.5.2 Kapasiti Pembendungan (Retention Capacity)

Semua Pengendali Takaful mesti mempunyai had pembendungan

(retention limit) kerana adalah penting untuk menetapkan had liabiliti

demi melindungi modal, keuntungan, dan juga mampu terus

membayar dividen yang munasabah. Yang paling penting ialah dapat

menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam aset bebas

(keuntungan modal dan keuntungan terkumpul) supaya dapat

menyokong pertambahan dalam sumbangan / premium.

Pembendungan ditakrifkan sebagai "had liabiliti yang biasanya

dinyatakan dalam bentuk amaun kewangan, yang ditanggung oleh

Pengendali Takaful dalam akaun bersih selepas Takaful semula". Ia

juga boleh ditakrifkan sebagai 'jumlah maksimum yang mampu

dibayar oleh Pengendali Takaful disebabkan kerugian atas sijil, risiko

atau kumpulan risiko. Oleh itu, pembendungan akan melibatkan

risiko tunggal atau siri risiko, atau kerugian tunggal atau siri kerugian.

Proses penetapan had pembendungan melibatkan beberapa faktor.

Had pembendungan ditetapkan berdasarkan kelas perniagaan

secara berasingan (keluarga, kebakaran, kemalangan, marin,

penerbangan dan lain-lain) dan dalam setiap kelas perniagaan

terdapat beberapa sub-bahagiannya. Ia juga mungkin ditetapkan

berdasarkan jumlah pembendungan keseluruhan berbanding

dengan gabungan portfolio pelbagai kelas. Walaupun faktor-

faktor yang menentukan had pembendungan telah menjadi

pengetahuan umum, Pengendali Takaful boleh menggunakan

nilai yang berbeza bagi setiap faktor dan seterusnya menghasilkan

keputusan yang berbeza juga. Oleh itu, adalah penting untuk

menetapkan had pembendungan optimum untuk setiap

Pengendali Takaful, bukannya had pembendungan yang paling

tepat. Had pembendungan optimum boleh membantu Pengendali

Takaful meyediakan rangka kerja untuk mencapai objektif

tertentu korporat. Oleh itu, jika terdapat dua Pengendali Takaful

dengan portfolio yang sama tetapi mempunyai matlamat korporat

yang berbeza, besar kemungkinan mereka mempunyai had

pembendungan yang berbeza.

Page 20: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

158 Amalan Asas Takaful

Tujuan utama Pengendali Takaful menetapkan had

pembendungan adalah untuk mengawal keadaan turun naik

dalam: (a) nisbah kerugian, (b) pendapatan perniagaan, atau (c)

aliran tunai. Mana-mana Pengendali Takaful akan berhadapan

dengan pilihan pengunderaitan samada mengunderait sebanyak

mungkin risiko atau meminimumkan risiko. Dengan

mengunderait risiko yang lebih tinggi, pengendali akan

berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi; tetapi jika pengendali

tidak berbuat demikian, ia mampu untuk mengunderait lebih

banyak kes. Oleh itu, pengendali mesti menetapkan tahap

pembendungan atau kapasiti pada tahap yang optimum.

Dalam usaha menentukan had keupayaan pembendungan bagi

setiap pengendali, perkara yang juga perlu diberi perhatian ialah

pengalaman tuntutan. Selain daripada memberi kesan kepada

jumlah pembendungan dan nisbah pendapatan caruman kasar, ia

juga akan memberi kesan kepada kos dan / atau amaun Takaful

semula yang Pengendali Takaful Semula bersedia untuk

menawarkannya. Juga, semakin kurang pengalaman tuntutan,

sepatutnya semakin konservatif polisi pembendungannya. Ini

adalah kerana tahap ketepatan yang boleh dicapai dalam

menganggarkan kos tuntutan masa depan mempunyai kaitan

langsung dengan jumlah data yang didapati mengenai kekerapan

dan ketenatan sesuatu tuntutan.

Cara termudah untuk mengukur pengalaman tuntutan ialah

melalui nisbah tuntutan, iaitu nisbah kos tuntutan yang dibayar

untuk tempoh tertentu dibahagikan dengan pendapatan

caruman/sumbangan bagi tempoh yang sama. Nisbah boleh

diukur sama ada untuk akaun kasar atau caruman Takaful semula

bersih dan mendapatkan kembali tuntutan. Dengan mengira

nisbah tuntutan kasar atau bersih, kita akan mendapati bahawa

tahap turun naik kos tuntutan berbanding dengan pendapatan dari

caruman / sumbangan, dan sejauh mana berkesannya pengendali

menguruskan Takaful semula untuk mengurangkan kadar turun

naik akaun pembendungan, berbanding dengan akaun kasar.

Page 21: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

Takaful Semula 159

Menurut kajian yang dijalankan, ‘saiz relatif turun naik dalam

nisbah tuntutan kasar dari masa ke masa akan cenderung untuk

berubah dengan saiz akaun seperti yang diukur oleh pendapatan

premium (sumbangan)’. Ringkasnya, semakin kecil pendapatan

sumbangan / premium kasar, semakin rendah kapasiti

pembendungan.

Kesimpulannya, strategi korporat Pengendali Takaful memainkan

peranan penting dalam menentukan keupayaan pembendungan

pengendali. Pengurusan Pengendali Takaful berbeza dalam

falsafah, pandangan, pengalaman, pengetahuan dan juga sikap

terhadap risiko.

Page 22: SALE OF DEBT AND COMMERCIAL PAPERS AND THEIR SHARIAH ...takafuleexam.com/e-content/TBE-A/content/291827387TBE-A7.pdf · 144 Amalan Asas Takaful walaupun Ulama’ membenarkan melakukan

160 Amalan Asas Takaful