SAJAK “PERSAHABATAN”
description
Transcript of SAJAK “PERSAHABATAN”
SAJAK
“PERSAHABATAN”
Seorang kanak-kanakberbaju kurung nampak cantikberlesung pipit beralis lentikbermain-main riang,bermain keseorangan
pada wajahnya meriak gembirapada bibirnya menguntum ceriaberderai ketawa mengocak suasana
RANGKAP 1
MAKSUDSeorang kanak-kanak Melayu
berbaju kurung, berlesung pipit
dan beralis lentik sedang bermain-
main dan wajahnya terpancar
kegembiraan serta sentiasa
tersenyum. Ketawanya yang
berderai memecahkan
suasana.
MAKSUDSeorang kanak-kanak Melayu
berbaju kurung, berlesung pipit
dan beralis lentik sedang bermain-
main dan wajahnya terpancar
kegembiraan serta sentiasa
tersenyum. Ketawanya yang
berderai memecahkan
suasana.
anafora
personifikasi
RANGKAP 2
Seorang kanak-kanakBerpakaian ceongsam bertocang duaBergincu pipi tampak ceriaTiba-tiba datang menerpa bertegur sapaMenghulur senyum dan ketawa manjaPada wajahnya menyerlah kerianganMereka bermain alang-kepalangBerkejar-kejaran tanpa halangan
MAKSUDSeorang kanak-kanak Cina yang berpakaian ceongsam, rambutnya
bertocang dua, bergincu di pipi dan wajahnya
ceria telah menegur/menyapa
kanak-kanak Melayu itu dengan senyuman
manja. Mereka bermain bersungguh-sungguh
tanpa sebarang prasangka/ada perasaan
bimbang.
MAKSUDSeorang kanak-kanak Cina yang berpakaian ceongsam, rambutnya
bertocang dua, bergincu di pipi dan wajahnya
ceria telah menegur/menyapa
kanak-kanak Melayu itu dengan senyuman
manja. Mereka bermain bersungguh-sungguh
tanpa sebarang prasangka/ada perasaan
bimbang.
RANGKAP 3
Seorang kanak-kanakBersari bergelang kakiBertindik hidung menguntum seriMelihat saja telatah manjaSi comel berdua,bermain dan tertawaDirinya bagai digamit bermain bersamaMengongsi kemesraanMenterjemah makna kejiranan
MAKSUDSeorang kanak-
kanak India yang bersari, bergelang
kaki,bertindik hidung melihat
telatah dua orang gadis itu yang
sedang bermain. Dia ingin turut bermain bersama-sama serta
berkongsi kegembiraan kerana
mereka berjiran.
RANGKAP 4
Ah, kanak-kanakBiar berlainan agamaBiar berlainan bangsaMereka saling bersalamanDan berpeluk mesraTanpa menghiraukan adat dan budaya; membina keakraban tanpa curiga membentuk perpaduan tanpa prasangkaBersatu hati membentuk jati diriKe arah wawasan lebih bererti!
MAKSUD
Kanak-kanak yang berlainan agama dan
bangsa saling bersalaman dan berpeluk
mesra tanpa mengira adat dan budaya demi mewujudkan hubungan baik serta perpaduan
tanpa sebarang prasangka. Mereka bersatu hati bagi
membentuk jati diri ke arah pembentukan
wawasan negara yang lebih bererti.
TEMA
Perpaduan kaum dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya seperti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup harmoni dan aman damai walaupun terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India kerana mereka hidup berbaik-baik,saling menghormati dan bertolak ansur dalam semua perkara.
Persoalan1. Keseronokan kanak-kanak yang
sedang bermain-main.2. Kanak-kanak tidak mengenal erti
perkauman.3. Pemupukan perpaduan
hendaklah disemai sejak kecil.4. Perpaduan akan menjamin
keamanan.
Nada : Romantis
Bentuk 1. Ada empat rangkap2. Bilangan baris setiap rangkap tidak
sama, iaitu rangkap 1 mempunyai 7 baris, rangkap 2 dan rangkap 3 mempunyai 8 baris, dan rangkap 4 mempunyai 10 baris.
3. Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara 2 hingga 5 patah kata atau 5 hingga 15 suku kata sebaris. Contohnya:Seorang kanak-kanak ( 3 patah kata / 7 suku kata )berpakaian ceongsam bertocang dua ( 4 patah kata / 12 suku kata)
4. Sajak ini berbentuk bebas.
Unsur-unsur bunyi :• Asonansi : berlesung pipit beralis lentik
( pengulangan vokal i ) • Aliterasi : berkejar-kejaran tanpa
halangan ( pengulangan konsonan n ) • Rima akhirnya bebas ( rangkap 1 :
abbcddd, rangkap 2 : abbbbcdc, rangkap 3 : abbcccdd, rangkap 4 : abbcbbbbdd ).
Gaya Bahasa
1. Repetisi. Contohnya, Seorang kanak-kanak
( diulang pada rangkap 1, rangkap 2 dan rangkap 3 pada baris 1 )
2. Anafora. Contohnya, biar berlainan agamabiar berlainan bangsa.
3. Responsi. Contohnya, membina keakraban tanpa
curigamembentuk perpaduan
tanpa prasangka
4. Simile. Contohnya,bagai digamit main bersama
5. Personifikasi. Contohnya, ketawa mengocak
suasana
Nilai
1. Hormat-menghormati. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu saling bersalaman.
1. Kasih sayang. Contohnya, tiga orang kanak-kanak itu berpeluk mesra tanpa menghiraukan perbezaan adat dan budaya mereka.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bergaul mesra dengan pelbagai kaum untuk mengelakkan berlakunya pergaduhan.
2. Kita hendaklah bersatu padu demikesejahteraan negara.
3. Kita hendaklah bersatu hati demi mencapai wawasan negara.
4. Kita hendaklah melatih anak-anak agar berbaik-baik dengan semua bangsa dan kaum.
TAMAT