Sajak Persahabatan

13
Friday, March 11, 2011 Sajak: Persahabatan Sajak: PERSAHABATAN ( Mohd. Amran Daud ) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM ) 1 Seorang kanak-kanak berbaju kurung nampak cantik berlesung pipit beralis lentik bermain-main riang, bermain keseorangan pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria berderai ketawa mengocak suasana. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui sentum dan ketawanya. II Seorang kanak-kanak berpakaian ceongsam bertocang dua bergincu pipi tampak ceria tiba-tiba datang menerpa bertegur sapa menghulur senyum dan ketawa manja pada wajahnya menyerlah keriangan mereka bermain alang-kepalang berkejar-kejaran tanpa halangan. Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.

description

sajak

Transcript of Sajak Persahabatan

Page 1: Sajak Persahabatan

Friday, March 11, 2011

Sajak: PersahabatanSajak: PERSAHABATAN

( Mohd. Amran Daud )Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

1Seorang kanak-kanakberbaju kurung nampak cantikberlesung pipit beralis lentikbermain-main riang, bermain keseoranganpada wajahnya meriak gembirapada bibirnya menguntum ceriaberderai ketawa mengocak suasana.Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Melayu yang nampak cantik apabila berbaju kurung. Mempunyai lesung pipit dan kening yang lentik. Dia sedang bermain-main keseorangan dalam keadaan keriangan. Di wajahnya menampakkan kegembiraan melalui sentum dan ketawanya.IISeorang kanak-kanakberpakaian ceongsam bertocang duabergincu pipi tampak ceriatiba-tiba datang menerpa bertegur sapamenghulur senyum dan ketawa manjapada wajahnya menyerlah kerianganmereka bermain alang-kepalangberkejar-kejaran tanpa halangan.Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengenakan pakaian cheongsam dan mempunyai dua tocang pada rambutnya. Wajahnya menampakkan keceriaan. Kemudian dia datang bertegur sapa dengan kanak-kanak berbangsa Melayu. Dia menghulurkan senyuman dan ketawa manja yang menyerlahkan keriangannya. Kemudian mereka bermain dan berkejaran bersama-sama tanpa sesiapa yang menghalang.IIISeorang kanak-kanakbersari bergelang kakibertindik hidung menguntum serimelihat saja telatah manjasi comel berdua, bermain, dan ketawa

Page 2: Sajak Persahabatan

dirinya bagai digamit bermain bersamamengongsi kemesraanmenterjemah makna kejiranan.Gambaran seorang kanak-kanak berbangsa India yang mengenakan pakaian sari, bergelang dan bertindik hidung. Apabila dia melihat keriangan kanak-kanak berbangsa Melayu dan Cina itu bermain bersama-sama maka timbul rasa di hatinya untuk bermain bersama-sama dan berkongsi kemesraan.IVAh, kanak-kanakbiar berlainan agamabiar berlainan bangsamereka saling bersalamandan berpeluk mesratanpa menghirau adat dan budaya;membina keakraban tanpa curigamembentuk perpaduan tanpa prasangkabersatu hati membentuk jati dirike arah wawasan lebih bererti!Kanak-kanak yang berlainan agama dan bangsa itu saling bersalaman dan berpeluk mesra. Mereka tidak menghiraukan perbezaan adat dan budaya yang wujud antara mereka. Mereka telah membina hubungan baik antara satu sama lain tanpa rasa curiga. Wujudnya perpaduan dalam kalangan mereka tanpa rasa prasangka. Mereka telah bersatu hati membentuk jati diri bagi merealisasikan wawasan negara agar lebih bererti.Tema:Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum - masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.Persoalan:

1. Persoalan hubungan persahabatan yang wujud tanpa mengira kaum dan agama.2. Persoalan keakraban dan perpaduan dapat dicapai tanpa wujudnya rasa sangsi atau curiga antara satu sama lain.3. Persoalan kemesraan dalam perhubungan contohnya kanak-kanak pelbagai kaum bermain bersama-sama dengan riang dan gembira.

Page 3: Sajak Persahabatan

4. Persoalan sikap ramah mesra tanpa batasan kaum iaitu kanak-kanak berbangsa Melayu terhadap kanak-kanak berbangsa lain untuk bermain bersama-sama.

Nada:

Sajak ini bernada patriotik

Gaya Bahasa:

1. Kata ganda

kanak-kanak/ bermain-main/ berkejar-kejaran.

2. Pesonifikasi

pipi tampak ceria bergincu

3. Inversi

bertindik hidung menguntum senyum

4. Simile

Dirinya bagai digamit bermain bersama.

5. Anafora

pada wajahnya meriak gembira pada bibirnya menguntum ceria

6. Asonansi

melihat saja telatah manja ( Pengulangan vokal 'a' )

7. Aliterasi

menterjemah makna kejiranan ( Pengulangan konsonan 'n' )

Bentuk:

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap

Page 4: Sajak Persahabatan

2. Jumlah baris adalah bebas. Contoh: R1 - 7b, R2 - 8b, R3 - 8b dan R4 -ada sepuluh baris.3. Jumlah perkataan antara tiga hingga enam patah kata sebaris.4. Jumlah suku kata antara lima hingga lima belas suku kata sebaris.5. Rima akhir bebas.

Nilai:

1. Nilai perpaduan

Contoh: Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.

2. Nilai keakraban.

Nilai keakraban dalam hubungan persahabatan ini dapat dilihat kepada telatah kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga.

Pengajaran:

1. Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.2. Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.3. Masyarakat perlulah bersatu padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara.

Page 5: Sajak Persahabatan

Cerpen: Anak Penggunting RambutANAK PENGGUNTING RAMBUT

( Nor Hidayah Asari )

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Sinopsis:

Cerpen "Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang

mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah

merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak

lelaki dan mempunyai nama panggilan. Manis. Wajahnya comel dan suka

tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut

pendek kerana dia selalu pening dan pitam.

Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting

rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun kerana

kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga

mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat

Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi

peneroka FELDA, beliau menggambil upah menggunting rambut setelah

pulang dari ladang.

Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan

pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah

akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan

melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun

pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai

penggunting rambut sudah sebati dengan hidup sejak kali pertama belajar

menggunting rambut.

Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah

membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di

tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah

terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa

ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan

Page 6: Sajak Persahabatan

rambutnya yang pendek. Namun begitu ayah menyenanginya apatah lagi

Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas

kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga

anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.

Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh

sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah

tersebut diletakkan di dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan

disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua

puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak

memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli

keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis

tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak

boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.

Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa

pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya

terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya.

Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan

mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang

bagi menanam rambut-rambut yang digunting.

Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun

dicemburi oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis

akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru.

Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-

rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.

Apabila meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala

Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang

ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberi pelbagai

alasan untuk tidak pulang ke kampung.

Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada

kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis

disahkan mengidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah

menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis

Page 7: Sajak Persahabatan

yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh

botak.

Doktor memberi harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa

bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayang akan Manis. Dia

menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat

yang diucapkan oleh Manis kepada ayahnya masih terngiang-ngiang di

telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis

tidak mampu menyimpannya lagi.

Tema:

Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang

gunting menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak

anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya.

Persoalan:

1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Ayah

meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.

2. Persoalan prihatin dengan masalah anak. Contohnya, Ayah

menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak

mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.

3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.

Contohnya, Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah

akibat penyakit Leukemia.

4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.

Contohnya, Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk

menyambung pelajaran di bandar.

Plot:

Permulaan

Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah

sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis.

Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan

Page 8: Sajak Persahabatan

tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi

pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

Perkembangan

Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting

walaupun ditertawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani

ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis

mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun

sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah

melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke

kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

Klimaks

Manis disahkan mengidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh

hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hati apabila

menerima perkhabaran itu.

Peleraian

Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal

dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali

makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

Teknik Penceritaan:

1. Dialog. Contoh: "Mengapa abah teruskan juga menjadi penggunting

rambut bila dah sampai ke sini?"

2. Imbas kembali. Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika.

Dia menangis.

3. Monolog dalaman. Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang

pernah tergores di leher jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak

menggunting rambutmu.

Page 9: Sajak Persahabatan

Watak dan Perwatakan:

(i) Ayah

sudah berusia lewat 60-an seorang bapa tunggal rajin bekerja untuk menyara keluarganya tabah menjalani tugasnya sebagai tukang gunting memiliki bakat dan kepandaian menggunting rambut hidup menduda setelah kematian isteri

(ii) Manisah

memiliki raut wajah yang comel berpendirian tegas dan sanggup menghadapi risiko berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran rajin membantu orang lain gemar berambut pendek

Latar:

Masa

1. Petang - Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil

selepas kematian Manis.

2. Subuh - Waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.

3. Waktu Siang - Waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting

rambut, dan Manis pergi ke sekolah.

Tempat

1. Kampung Batu 25, Bagan Datoh - kampung asal ayah sebelum

berpindah ke tanah rancangan FELDA

2. Tanah rancangan FELDA - tempat ayah merantau untuk mencari

penghidupan yang lebih baik.

Page 10: Sajak Persahabatan

3. Tadika - Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara

membawa bakul kacang di atas kepala dan memenangi acara tersebut.

4. Asrama - Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.

5. Hospital - tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.

Masyarakat

1. Masyarakat yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan

hidup. Contohnya: Ayah yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah

kematian isterinya.

2. Masyarakat peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja

sampingan. Contohnya: Ayah di samping menjadi peneroka sanggup

menjadi tukang gunting rambut sebagai kerja sambilan.

3. Masyarakat yang berani mempertahankan risiko. Contohnya: Ayah

mempertahankan tindakannya memotong rambut Manisah hingga pendek

walaupun dikritik oleh orang kampung.

4. Masyarakat yang menerima takdir Tuhan dengan tabah. Contohnya:

Ayah dan abang menerima takdir kematian Manisah dengan redha.

Gaya Bahasa:

Sinkope. Contohnya, Kau degil tetapi cepat menangis. Kata ganda. Contohnya, Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal. Simile. Contohnya, Seperti Busut Hitam. Personifikasi. Contohnya, Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri.

Nilai:

1. Nilai Keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek

walaupun telah dipanggil dan ditegur oleh guru.

2. Nilai Berdikari. Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak

selepas kematian isterinya.

Page 11: Sajak Persahabatan

3. Nilai Semangat Bermasyarakat. Contoh: Ayah sanggup meneruskan

kerja menggunting rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun

bayarannya rendah.

4. Nilai Kasih sayang. Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak

kecil hingga dewasa.

5. Nilai Kerajinan. Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga

sebagai tukang gunting rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga

rajin menolong ayahnya membersihkan tempat menggunting rambut.

Pengajaran:

1. Kita hendaklah menerima ketentuan Allah. Contoh: Ayah menerima

ketentuan Allah yang mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya

Manisah lebih awal.

2. Kita hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Contoh: Ayah

mendidik anak-anaknya dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah

meninggal dunia.

3. Kita hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Contoh: Orang

kampung memahami mengapa ayah memotong rambut Manisah hingga

pendek.

4. Kita hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga.

Contoh: Manisah rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun

berjauhan dengan keluarga.