Sajak INIKAH ERTI KEMERDEKAAN
description
Transcript of Sajak INIKAH ERTI KEMERDEKAAN
INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ?
Hatta,setelah terjajah selama 40 dekadsetelah maruah dicalit penjajahsetelah hasil bumi dikaut pergidan setelah segalanya terasa rugibaru kalian bangkit bersemangat…
Maka, kini kau telah merdekakini kau telah mengecapi nikmatnyakini kau telah sedardan kini kau tahu siapa kawansiapa lawan …
Namun,apalah ertinya merdekakalau kau tidak tahu mensyukurinyaapalah ertinya merdekakalau segalanya masih berkiblatkan penjajahdan apalah ertinya merdekakalau kau masih tidak mahu berubahtidak pun menjunjung kasihjauh sekali mengenang budi.
Sesungguhnya,biarpun masa berlalu pergimasih ada esok untuk mencuba lagimasih ada ruang untuk muhasabah diridan masih ada tempat untuk berdiri.
Pokoknya,tanyalah diriapalah ertinya merdekakalau hidup asyik bertekakkalau hidup asyik bertuding jaridan kalau hidup bagai musafiryang masih tidak tahu arah berpergianyang masih dangkal dalam keilmuan
Ingatlahtanpa ilmuhatta teknologimahupun jati diridan hanya tahu beretorik …tidak mustahil kitabakal dijajah lagi.
Dan kalau begitulah jadinya...Jangan dikesali lagi...Kerana sudah banyak kali diingati, danBelajarlah daripada SEJARAH dan Nikmat Kemerdekaan.
GANOS’08SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU