Sade1013 a.K

13
 PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEMESTER JA142 SESI 2014/2015 a) Huraikan dengan terperinci penggunaan e-dagang oleh usahawan- usahawan Industri Kecil dan Sederhana di Malaysia. Huraian, perbincangan dan cadangan perlu mengandungi: i. Kepentingan e-dagang dalam perniagaan. ii. Tahap penggunaan e-dagang di Malaysia. iii. Cabaran/halangan penggunaan e-dagang. iv. Factor-faktor pendorong penggunaan e-dagang. Kod/Nama Kursus : SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN Nama Pensyarah : Dr. Malven Abdullah Nama Pelajar : Liew Kit Khiew No. Matriks : 229402 Tarikh Serahan : 19 Disember 2014  

Transcript of Sade1013 a.K

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 1/13

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 2/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

LAMPIRAN 1

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUHPUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER JA142 SESI 2014/2015

SADE1013- ASAS KEUSAHAWAN

SKEMA MARKAH

NO Penilaian Markah yang

diperuntukan

Markah yang

diperolehi

1 Pengenalan 5

2 Huraian, perbincangan dan

cadangan

20

3 Kesimpulan 5

4 Rujukan dan lampiran 5

5 Kualiti penulisan 5

Jumlah markah 40 markah

Komen:____________________________________________________________ 

 __________________________________________________________________  __________________________________________________________________ 

 __________________________________________________________________ 

 ____________________

Tandatangan Pemeriksa : ______________________

Nama Pemeriksa : ______________________

Tarikh : ______________________

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 3/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN …………………………………………………………………..1-2

2.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN ……………………… 3-4

3.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA ………………………. 5-6

4.0 CABARAN/HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG …………………….. 7

5.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG ………… 8

6.0 KESIMPULAN ………………………………………………………………….. 9

7.0 BIBLIOGRAPHY……………………………………………………………….. 10 

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 4/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

1.0 Pengenalan

E-dagang dikenali sebagai Perdagangan elektronik dan dalam bahasa

inggeris adalah Electronic Commerce (EC). E-dagang merupakan satu kaedah

transaksi elektronik untuk pembelian dan penjualan. Proses e-dagang ini

termasuklah pengiklanan, pesanan, penghantaran, pembayaran dan khidmat

selepas jualan bagi perkhidmatan dan juga barangan. Ia juga mengeksploitasi

teknologi dan aplikasi untuk berkaitkan dengan sistem perniagaan yang kritikal

secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet

dan World Wide Web (WWW), tidak mengira saiz, lokasi dan jenis perniagaan.

Perkembangan pesat teknologi maklumat telah memperluaskan penggunaanE-dagang di kalangan pengguna di seluruh dunia, termasuk juga pengguna di

Malaysia. Selain daripada itu, kaedah pembayaran secara atas talian ternyata

paling murah dan mudah berbanding dengan kaedah pembayaran yang dibuat

secara konvensional. E-dagang telah diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu di

antara perniagaan dan perniagaan dan juga di antara perniagaan dan pengguna.

E-dagang di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua

atau lebih syarikat. Biasanya ia melibatkan di antara pembekal dan organisasi

penjual. Contohnya kilang pencetak buku akan berurusan dengan kedai buku.

Manakala e-dagang yang kedua pula melibatkan penjual dan pengguna. Seperti

contoh kedai buku MPH menjual buku kepada pengguna melalui MPH Online yang

merupakan cara e-dagang.

Sedemikian itu, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan sebagai

perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan

perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji

kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia terdapat pelbagai

peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada

kerajaan.

Perkembangan yang pesat dalam IT telah mendorong beberapa firma

korporat tempatan untuk membangunkan e-dagang. Ini dapat dilihat daripada

usaha firma-firma ini mendirikan tapak-tapak web yang menyokong platform e-

dagang. Antara pelapornya ialah Hitech niaga Sdn. Bhd. melalui kerjasama

1

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 5/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

Microsoft Corp. yang telah membangunkan tapak web Mybiz. Tapak web ini

dibangunkan khas untuk syarikat yang bertaraf IKS (Industri Kecil dan Sederhana)

mendirikan perniagaan di Internet. Selain itu, syarikat Mytex Solutions Sdn. Bhd.

merupakan sebuah syarikat yang mencipta dan mempamerkan halaman web telah

memperkenalkan pakej 'ringgit sehari' untuk perniagaan tempatan.

Pakej ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja terutama daripada IKS untuk

mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka melalui laman web sendiri. Di

samping itu, organisasi korporat tempatan, organisasi gergasi asing ternyata turut

berminat untuk mengembangkan E-Dagang di Malaysia. Di Malaysia Microsoft

Corp. umpamanya telah mengumumkan komitmen mereka untuk membantu

pengusaha kecil agar dapat melibatkan diri dalam E-Dagang. Syarikat ini telah pun

mengadakan usaha sama dengan TMNet, Hitech niaga, Sunway Technologies dan

Silicon Communication dalam membangunkan persekitaran E-Dagang berasaskan

pelantar teknologinya.

2

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 6/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

2.0 Kepentingan e-dagang dalam perniagaan

E-dagang merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan

teknologi yang canggih iaitu melakukan urusan jual beli antara peniaga dengan

pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin

terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan

pembangunan dan ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan Internet bukan

sahaja khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil

yang menjalankan perniagaan Internet, walaupun mereka mempunyai pekerjaan

tetap untuk memperoleh pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa e-

dagang semakin mendapat sambutan ramai iaitu memberi kebaikan kepada

peniaga mahupun pengguna.

Kepentingan e-dagang kedua adalah urusan jual beli dapat dijalankan

dengan lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Hal ini demikian

kerana, pihak peniaga tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti

mengadakan promosi pasar raya dan tempat awam. Para peniaga juga boleh

membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan

menggunakan kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat

dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos

pengangkutan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Keadaan ini turut

memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang. Pelanggan tidak perlu

membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh membuat

tempahan melalui Internet sahaja.

Di samping itu, perniagaan Internet juga dapat meluaskan pasaran di serata

dunia. Sebagai contohnya, produk Malaysia seperti pencuci muka berjenamamurah bukan sahaja tertumpu di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan

pasarannya ke luar negara juga seperti Indonesia, Filipina, Singapura, India,

mahupun Amerika Syarikat. Penjualan barang di luar negara bukan sahaja

memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi keuntungan besar di

samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berikutan wujudnya pertukaran

mata wang asing dalam aktiviti jual beli antara Malaysia dengan negara luar mula

berminat terhadap barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut

kepada rakan-rakan mereka.

3

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 7/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

Selain itu, perniagaan Internet juga memberikan impak kepada ekonomi

negara, lebih-lebih lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan,

kebiasaannya setiap hotel dan pusat pelancongan akan menjual produk

pelancongan mereka iaitu dengan membuat promosi mereka melalui Internet

supaya pasaran akan lebih luas sehingga ke luar negara. Keadaan ini dapat

menarik pelancong yang lebih banyak untuk datang dan bercuti ke Malaysia.

Pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing bukan sahaja meningkat,

malah persaingan antara negara maju yang lain juga dapat diatasi. Keadaan ini

menunjukkan bahawa negara Malaysia juga mampu memberikan saingan yang

hebat dalam sektor pelancongan melalui penggunaan alatan yang canggih.

4

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 8/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

3.0 Tahap penggunaan e-dagang di Malaysia

Di Malaysia, e-dagang masih dianggap sebagai medium yang baru.

Masyarakat masih suka menjalankan urusniaga secara langsung dan menjalankan

transaksi secara bersemuka tanpa menggunakan teknologi ICT seperti Internet.Statistik menunjukkan bahawa tujuan penggunaan internet yang melibatkan aktiviti

e-dagang di Malaysia adalah rendah berdasarkan Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2009. Menurut SKMM (2009), aktiviti

yang melibatkan e-dagang adalah seperti aktiviti kewangan dan perkhidmatan

kerajaan masing-masing hanya meliputi 27.2 peratus dan 19.6 peratus dari jumlah

keseluruhan untuk aspek tujuan penggunaan Internet.

Pada tahun 2010 pula, SKMM mendapati bahawa hanya 33.6 peratus

daripada keseluruhan responden pernah melakukan aktiviti pembelian secara atas

talian. Namun begitu, perkembangan terhadap penggunaan e-dagang masih lagi

ditakuk yang rendah berbanding dengan negara yang lain (Hing, 2009; Hamisah

dan Samsudin, 2008). Pihak kerajaan kini sedang berusaha dengan gigih bagi

memastikan pembangunan dan pelaburan ke atas bidang ICT dimanfaatkan

semaksimum mungkin oleh setiap lapisan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia kini bersungguh-sungguh untuk

mengimplimentasikan sistem tersebut dan menyebarluaskan penggunaanya

menerusi pengenalan dan penggunaan teknologi e-dagang dalam sektor

perindustrian dan perdagangan. Dalam tempoh Rancangan Ke-10, pihak Kerajaan

akan terus menambah baik penyampaian dan kecekapan perkhidmatan kepada

perniagaan dengan memanfaatkan penggunaan ICT (Unit Perancangan Ekonomi,

2011).

E-dagang kini semakin berkembang dan menjadi perhatian terutama kepada

Industri yang melibatkan perdagangan, perniagaan, pelaburan, perbankan, sector

awam mahupun swasta dan sebagainya. Malaysia telah dikenalpasti sebagai

sebuah negara yang berpotensi tinggi dan memiliki prospek yang baik untuk

mengimplimentasikan e-dagang di Asia Tenggara (Syed, 2009). Ianya juga

dijangkakan akan menjadi model ikutan kepada negara yang sedang membangun

khususnya dalam mengimplimentasi dan pertumbuhan bidang ICT dalam tempoh

5

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 9/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

lima tahun yang akan datang (Syed, 2009). Hal ini dibuktikan menerusi

peningkatan yang ditunjukkan oleh Malaysia dalam kajian yang telah dijalankan.

Pada tahun 2010, kajian dari SKMM mendapati bahawa jumlah tersebut

telah meningkat kepada 33.6 peratus. Hal ini telah menunjukkan bahawa aktiviti

yang melibatkan e-dagang dalam Internet telah mula mendapat perhatian daripada

pengguna Internet. Penggunaannya adalah semakin meningkat saban tahun dan

ianya dijangkakan akan terus meningkat sejajar dengan peningkatan penggunaan

Internet itu sendiri.

6

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 10/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

4.0 Cabaran/halangan penggunaan e-dagang

Penggunaan e-dagang hanya boleh dilakukan oleh golongan yang tertentu

sahaja kerana ia memerlukan kemahiran yang spesifik seperti pengguna yang

berkemahiran dengan penggunaan komputer. Mereka perlu memahami peringkat

asas yang mengendalikan perniagaan tersebut dengan menggunakan komputer

dan boleh melayan pelanggan dengan perkhidmatan yang bagus dan berkesan

atas talian. Selain itu, mereka juga perlu mahir dalam urusan jualbeli produk di

perniagaan mereka yang secara talian terus di internet.

Peniaga e-dagang perlu menggunakan kemahiran seperti internet, mesin

faks dan juga talian telefon untuk membuat pesanan barangan. Pengedar perlu

mengagihkan barangan yang dipesan oleh pelanggan melalui tempahan secara

online dari premis mereka kepada pelanggan dengan perkhidmatan pos/poslaju.

Barangan yang dipesan tidak dapat dinilai kualitinya secara serta-merta

sebab ada kemungkinan produk yang dipesan tidak sama seperti yang dipaparkan

di skrin komputer atas internet. Jika terdapat ketidakpuashatian, pelanggan tidak

dapat membuat pilihan lain pada masa yang sama. Inilah perbezaan e-dagang

dengan perniagaan konvensional di mana produk yang boleh dinilai ketikapelanggan membuat pilihan pada masa tersebut.

7

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 11/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

5.0 Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang

Terdapat empat factor pendorong penggunaan e-dagang.

Yang pertama adalah harapan pelanggan. Pelanggan tidak hanya cukup

dipuaskan dengan kualiti produk namun juga pelayanan perkhidmatan sebelum dan

selepas jual beli.

Yang kedua adalah daya saing yang kuat. Pelanggan mudah membuat

perbandingan kualiti produk, seperti murah, bagus dan cepat. Maka usahawan

hendaklah selalu memajukan perniagaan dari semasa ke semasa.

Yang ketiga adalah globalisasi. Sekarang ini 'globalisasi' pada umumnya

difahami sebagai proses di mana sempadan negeri-negeri semakin runtuh dan

seluruh buana (atau dunia) ini semakin berubah menjadi satu unit.

Dan yang keempat ialah teknologi. Lain-lain teknologi yang mennyokong

dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi

PKI atau Public Key Infrastructure dan sijil digital. PKI dan sijil digital bertindak

seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan

penjual dalam setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaantransaksi tersebut.

8

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 12/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

6.0 Kesimpulan

Pihak kerajaan kini telah berusaha dengan gigih bagi memastikan

perkhidmatan Internet yang juga merupakan nadi kepada e-dagang agar dapat

dihubungkan kepada masyarakat dengan menyediakan infrastuktur dan

perkhidmatan jalur lebar yang tinggi. Perlaksanaan yang berterusan oleh pihak

kerajaan perlu dititikberatkan agar sistem e-dagang ini dapat digunakan secara

optimum dan berkembang pesat sejajar dengan hasrat pihak kerajaan untuk

menjadikan negara Malaysia sebagai pusat perkembangan ICT dan perniagaan

menjelang negara maju pada tahun 2020.

9

8/10/2019 Sade1013 a.K

http://slidepdf.com/reader/full/sade1013-ak 13/13

SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN PJJ-UUM

229402

7.0  Bibliography 

1. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 2008. Kedapatan

pada 27 Oktober 2011, dari www.apira.org/data/upload/HUIS08_02_oXJL4a.pdf . 

2. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 2009. Kedapatan

pada 26 November 2010, dari

www.apira.org/.../MicrosoftPowerPointHUIS2009Presentationat7thAPIRA%5BCom

patibility_ul31zs.pdf . 

3. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 2010. Kedapatan

pada 27 Oktober 2011, dari http://www.apira2011.tw/s8.pdf . 

4. Syed Shah Alam. 2009. Adoption of Internet in Malaysian SMEs. Journal of

small business and enterprise development. 16(2):240;255

10