Rumusan Kuliah 1
-
Upload
bleachbyakuya -
Category
Documents
-
view
33 -
download
3
description
Transcript of Rumusan Kuliah 1
1
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
STPD 2023 Etika dalam Kegiatan Sains dan Teknologi
Semester 1 2015-2016
Tajuk tugasan:
Rumusan Kuliah 1
Prepared for:
WAN MOHD AIMRAN BIN WAN MOHD KAMIL
Disediakan oleh:
CHONG KAH MENG
A149063
Tarikh tugasan dikirimkan:
30/9/2015
2
Selama tiga minggu ini ,iaitu dari 7 September 2015 hingga 27 September
2015 ,kuliah untuk STPD 2023 Etika dalam Kegiatan Sains dan Teknologi telah
disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Yusof Othman .
Antara perkara yang penting yang telah saya pelajari dalam kuliah-kuliah
tersebut ialah kepentingan sains dan teknologi dalam membangunkan tamadun
manusia . Pada zaman kini , kita tidak susah untuk menikmati impak kegiatan
Sains dan teknologi dalam kehidupan seharian kita . Tidak kira dalam bidang
komunikasi , pertanian ataupun pengangkutan , sains telah menyumbangkan
idea dan perubahan yang baik kepada pembangunan bidang-bidang tersebut .
Hal ini demikian kerana evolusi sains telah menjadikan kehidupan kita lebih
senang dan efektif . Sebagai contohnya , dalam bidang komunikasi , sains
membantu manusia berkomunikasi dua hala dengan lebih cepat dan pantas
melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan komputer.
Pelbagai maklumat boleh diperolehi secara cepat dan mudah melalui
penggunaan internet. Walaubagaimanapun , kegiatan sains dan teknologi tetap
memberikan keburukan kepada kehidupan kita . Antara masalah yang timbul
ialah pencemaran alam sekitar , pemanasan global dan kesan rumah hijau . Oleh
itu , etika yang betul dan baik adalah sangat penting dalam menjalankan kegiatan
sains dan teknologi agar impak negatif kegiatan yang dijalankan terhadap
kehidupan manusia dan alam sekeliling diminimakan .
Selain itu , saya telah mempelajari ilmu tentang sejarah sains dan
teknologi . Sains telah bermula sejak manusia berada di bumi ini dan tidak
bermula daripada tamadun Barat tetapi daripada tamadun Islam . Terdapat
penemuan Sarjana Islam yang mendahalui Sarjana Barat seperti Hukum Graviti
yang ditemui dahulu oleh Saintis Islam yang bernama Abu Jafar Muhammad ibn
Hasan Khazini (900–971), tetapi bukannya Issac Newton (1642-1727) yang
berasal dari tamadun Barat . Menurut kajian Tobby Huff (1995) pula , dunia
Arab-Islam telah diakui secara menyeluruh bahawa dari sekitar abad ke lapan
hingga ke akhir abad ketiga belas , dunia Arab-Islam mempunyai sains yang
termaju berbanding dengan tempat lain Kekuatan rohani dan material yang ada
3
pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains
yang sangat tinggi.
Tambahan pula , Sains dan teknologi telah berkembang seiring dengan
corak pembangunan tamadun manusia di alam semesta ini. Sains dan teknologi
telah berkembang dengan cara yang teratur berdasarkan objektif kajian saintifik.
Inovasi dan penciptaan sains dan teknologi dipengaruhi oleh epistemologi dan
metodologi. Walaubagaimanapun , semua manusia akan membuat kesimpulan
yang sama tentang fenomena yang dilihat tidak kira di mana sahaja manusia
berada dan dalam bahasa apa yang dihujahnya . Contohnya , dua ahli sains yang
berbeza dengan bahasa yang berbeza, berada di tempat yang berbeza akan
melihat fenomena yang sama dengan memberikan kesimpulan yang sama
seperti Neils Bohr dan Einstein dll yang memperkenalkan Teori Kuantum secara
bersama .
Salah satu perkara yang menarik perkara saya ialah keunikan tinggalan
banggunan tamadun . Contohnya , piramid yang dibina pada tamadun Mesir
Purba. Walaupun maklumat tentang pembinaan piramid tidak banyak
disampaikan semasa kuliah , tetapi saya tetap kagum dengan penggunaan sains
dan teknologi dalam pembinaan piramid . Piramid Agung Kufu merupakan
piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid
(Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza,
Mesir. Pembinaan piramid telah menunjukkan ilmu matematik dan sains yang
maju . Dalam pembinaan piramid , sains dan teknologi yang maju telah
digunakan sehingga sainstis pada zaman sekarang belum dapat menjelaskan
kaedah pembinaannya dengan munasabah .
Sehubungan itu , perkara lain yang telah menarik perhatian saya ialah
pengenalan IQ (Intelligence Quotient) sebagai satu ukuran kepada kecerdasan
dan kepintaran seseorang . Kita biasanya mengaitkan IQ dengan penggunaab
otak . Manusia memiliki otak sempurna yang memiliki kemampuan yang sangat
kompleks sehingga manusia mampu berfikir dan menciptakan berbagai karya
yang menakjubkan, tetapi ternyata manusia hanya menggunakan 10%
4
kemampuan otak. Bagaimana jadinya kalau manusia mampu menggunakan
100% dari otaknya ? Hal-hal sebegini telah muncul dalam pemikiran saya
semasa kuliah dan hal-hal ini telah berjaya menarik perhatian saya .
Satu soalan yang masih saya miliki setelah mendengar kesemua kuliah ini
ialah adakah perkembangan sains dan teknologi yang pesat akan memusnahkan
manusia sendiri pada akhirnya ? Sebab saya mempunyai fikiran tersebut ialah
terdapat sesetengah masyarakat yang telah menyalahgunakan ciptaan sains .
Sebangai contohnya , E=mc² atau secara penuhnya Kesetaraan jisim-tenaga yang
diperkenalkan oleh Albert Einstein telah banyak membantu Kuasa Bersekutu
untuk memenangi Perang Dunia Kedua dengan menciptakan bom atom . Tetapi ,
penciptaan bom ini akibat kemunculan Teorem Kesetaraan jisim-tenaga , telah
membunuh lebih dua ratus ribu manusia . Oleh itu , adakah perkembangan sains
dan teknologi akan mnyebabkan kepupusan manusia . Hal ini masih menjadi
persoalanan yang besar dalam bidang sains dan teknologi .
Rujukan :
a )Cikgu Shima , 18/2/2013 , “Kepentingan Sains dan Teknologi Kepada
Kehidupan Manusia ” , baca pada 28/9/2015,
< http://pssskstfrancis.blogspot.my/2013/02/kepentingan-sains-dan-teknologi-
kepada.html > .
b )Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas , 11/3/2015 , “Serangan bom
atom di Hiroshima dan Nagasaki ” , baca pada 28/9/2015 ,
<https://id.wikipedia.org/wiki/Serangan_bom_atom_di_Hiroshima_dan_Nagasaki
>.
C )Wikipedia, ensiklopedia bebas , 5/4/2015 , “ Piramid Agung Kufu ” , baca pada
28/9/2015 , < https://ms.wikipedia.org/wiki/Piramid_Agung_Kufu >.