RPH_Masa_Final (1).docx

download RPH_Masa_Final (1).docx

of 4

description

CONTOHRancangan Pelajaran Harian

Transcript of RPH_Masa_Final (1).docx

RANCANGAN PELAJARAN ABAD KE 21 (SEKOLAH RENDAH)FOKUS: MATHEMATICAL PROFICIENCIESTAJUK: PENYELESAIAN MASALAH YANG MELIBATKAN MASAMASA: 1 JAMMATHEMATICAL PROFICIENCY: STRATEGIC COMPETENCE AND PRODUCTIVE DISPOSITIONPENGETAHUAN SEDIA ADA1. Membaca masa, mengira tempoh masa, membaca jadual masa dan membuat operasi dengan unit-unit masa.2. Kemahiran abad ke 21: 4Cs: Collaboration, Communication, Creativity and Critical Thinking.OBJEKTIF PEMBELAJARAN:Murid mengaplikasikan kemahiran abad ke-21 untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan masa.LANGKAH-LANGKAH PdP1. Guru menguji murid tentang pengetahuan masa: membaca, mengira tempoh masa, membaca jadual masa (schedule) secara verbal (3 minit) dengan mengunakan jadual kereta api atau bas.2. Guru bersama murid mencari peta perjalanan dari rumah seorang murid ke rumah seorang murid lain di Taman lain. Murid diminta mencadangkan bagaimana mereka akan membantu kawan mereka. Mereka bersama-sama menyenaraikan maklumat dan sumber maklumat untuk merancangkan perjalanan ini dan akhirnya anggarkan masa yang diperlukan untuk perjalanan ini.(20 minit)3. Guru membahagi murid kepada beberapa kumpulan kecil: 3 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.(2 minit)4. Guru memberi tugas dalam sampul surat yang bertajuk ADAKAH IANYA SATU KEMUNGKINAN? untuk murid-murid selesaikan dalam tempoh 20 minit.

Sebelum buka sampul surat, guru memberi arahan berikut:

(a) Membaca tugas dalam sampul surat. Ingat setiap kumpulan hanya diberi 20 minit.(b) Membuat rancangan dan bahagikan tugas dan catat secara ringkas, nama pendek ahli dan bahagian tugas yang mereka perlu buat. (c) Pada akhir penyelesaian tentukan sama ada tugas ini boleh diselesaikan atau tidak dan memberi rasional untuk menyokong jawapan anda.(d) Terangkannya semasa pembentangan 2 minit.

Nota: Murid ada kemudahan internet dan telefon bimbit

TUGAS DALAM SAMPUL SURATADAKAH IANYA SATU KEMUNGKINAN? Anda telah menerima satu emel untuk menghadiri satu temu duga biasiswa di Pusat Persidangan di Putrajaya pada 3.30 petang. Masa sekarang adalah 10.00 pagi. Ibubapa anda tiada di rumah kerana mereka bertugas di Pulau Pinang. Anda tinggal di Taman Rasah Jaya, Seremban. Anda hanya ada RM50.00. Bagaimanakah anda dapat sampai ke pusat temuduga di Putrajaya pada masa yang ditetapkan? Rancangkan perjalanan anda (termasuk jadual dan kos perjalanan) dan terangkan sama ada anda akan berjaya menghadiri temuduga pada masa yang ditetapkan.