RPH Tolak

5
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3 Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3 Topik : Tolak Masa : 60 minit Standard Pembelajaran : 3.2.(i) 3.2.(ii) 3.2.(iii) Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a. Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 10 000. b. Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 10 000 dengan menggunakan abakus. c. Menolak berturut-turut dua nombor dengan pelbagai strategi pengiraan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Persediaan 1. Guru menyediakan satu bekas yang mengandungi 20 biji bola ping pong. 2. Guru memanggil dua orang murid ke hadapan kelas. 3. Guru meminta murid A mengambil 7 biji bola ping pong. 4. Soalan Guru : Berapa biji bola ping pong yang di ambil oleh pelajar A ? 5. Respon Murid : 7 biji bola ping pong. 6. Soalan Guru : Berapakah baki yang tinggal ? 7. Respon Murid : 13 biji bola ping pong. 8. Guru meminta pelajar B mengambil 2 biji bola ping pong. 9. Soalan Guru : Berapa biji bola ping pong yang diambil oleh pelajar B ? 10. Respon Murid : 2 biji bola ping pong. 1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Transcript of RPH Tolak

Page 1: RPH Tolak

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3

Topik : Tolak

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran :3.2.(i)3.2.(ii)3.2.(iii)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

a. Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 10 000.

b. Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga 10 000 dengan

menggunakan abakus.

c. Menolak berturut-turut dua nombor dengan pelbagai strategi pengiraan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

Persediaan

1. Guru menyediakan satu bekas yang mengandungi 20 biji bola ping pong.

2. Guru memanggil dua orang murid ke hadapan kelas.

3. Guru meminta murid A mengambil 7 biji bola ping pong.

4. Soalan Guru : Berapa biji bola ping pong yang di ambil oleh pelajar A ?

5. Respon Murid : 7 biji bola ping pong.

6. Soalan Guru : Berapakah baki yang tinggal ?

7. Respon Murid : 13 biji bola ping pong.

8. Guru meminta pelajar B mengambil 2 biji bola ping pong.

9. Soalan Guru : Berapa biji bola ping pong yang diambil oleh pelajar B ?

10. Respon Murid : 2 biji bola ping pong.

11. Soalan Guru : Berapakah baki yang tinggal ?

12. Respon Murid : 11 biji bola ping pong.

13. Guru menunjukkan langkah pengiraan. 20 – 7 – 2 = 11

Imaginasi

1. Murid ditunjukan kaedah menolak dua nombor berturut-turut dengan sebarang nombor

tanpa mengumpul semula di papan putih.

9857 – 2314 – 2121 = 5422

1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 2: RPH Tolak

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

2. Murid ditunjukan kaedah kedua menolak dua nombor berturut-turut dengan sebarang

nombor tanpa mengumpul semula di papan putih.

3. Beberapa orang murid dipanggil ke hadapan kelas untuk melakukan akitiviti menolak

nombor dengan menggunakan kedua-dua kaedah tersebut.

4. Murid diterangkan cara menolak tanpa mengumpul semula dengan menggunakan

abakus 4:1.

i) ii) iii)

5. Murid ditunjukan kaedah menolak dua nombor berturut-turut dengan sebarang nombor

dengan mengumpul semula di papan putih.

8736 – 2162 – 2631 = 3943

6. Murid ditunjukkan kaedah kedua menolak dua nombor berturut-turut dengan sebarang

nombor dengan mengumpul semula di papan putih.

2 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 3: RPH Tolak

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

7. Murid diterangkan cara menolak dengan mengumpul semula dengan menggunakan

abakus 4:1.

i) ii) iii)

8. Beberapa murid dipanggil ke hadapan kelas untuk melakukan aktiviti menolak beberapa

nombor dengan menggunakan abakus 4:1.

9. Semua murid menolak nombor yang diberikan dengan menggunakan abakus 4:1 yang

dibekalkan.

Perkembangan

1. Murid dikumpulkan kepada kumpulan berempat.

2 Murid diberikan soalan teka silang kata untuk diselesaikan secara berkumpulan dengan

kedua-dua kaedah menolak yang telah diajar dan menggunakan abakus 4:1.

3. Guru dan murid menyemak jawapan bersama-sama.

Tindakan

1. Murid membuat soalan latihan secara individu dengan menggunakan kaedah yang

diajar dan menggunakan abakus 4:1 yang dibekalkan.

2. Guru dan murid menyemak jawapan.

3 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 4: RPH Tolak

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):

Keusahawanan

Kreativiti

Bahan Bantu Belajar:

1) Bekas lutsinar

2) 20 biji bola ping pong

3) Abakus 4:1

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:

Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan lembaran kerja.

Refleksi:

4 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG