Rph-proses hidup haiwan
-
Upload
zaim-hafizi -
Category
Documents
-
view
1.349 -
download
5
description
Transcript of Rph-proses hidup haiwan
Mata PelajaranSains
Kelas5 Nilam
Bilangan Murid38
TemaProses Hidup Haiwan
Masa60 minit
Standard Kandungan3.1 Ciri dan tingkahlaku khas haiwan untuk melindungi diri.
Standard Pembelajaran3.1.2 Menjelaskan dengan contoh melalui pemerhatian menerusi pelbagai media,ciri dan tingkah laku khas haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau.3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran,TMK,penulisan atau lisan
Hasil PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :Kognitif1. Menjelaskan dengan grafik tentang ciri, tingkah laku khas dan cara melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.2. Hubung kait antara ciri dan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada musuh menggunakan jadual.3. Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri dan tingkah laku untuk melindungi diri
Psikomotor1. Melengkapkan carta/grafik tentang ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri dari musuh dan cuaca melampau.
Afektif1. Bekerja sama dan bertolak ansur mengeluarkan pendapat
Kemahiran Proses SainsMemerhati,mengelas,menciri,meramal,komunikasi
KBKKMenjana idea, menghubung kait
BBMvideo,Power point,gambar haiwan
Nilai-nilaiBekerja sama dan berdisiplin
FASAISI KANDUNGANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN
Aktiviti Guru
Pengenalan/ Cungkil Idea(5 minit)Badak sumbu berkubang dalam lumpur
Guru meminta murid membuat pemerhatian terhadap haiwan yang ditunjukkan dalam tayangan video.
Guru bertanyakan soalan:
1. Apakah tingkah laku yang ditunjukkan oleh badak sumbu itu?
2. Kenapa dia berbuat demikian?
KPS:Memerhati,membuat inferens
BBM:video
Penstrukturan Semula Idea(35 minit )Gambar A
Gambar B
Guru menyuruh murid membuat banding beza antara Gambar A dan Gambar B.
Guru dan murid bersoal jawab:
1. Cuba buat perbandingan antara Gambar A dan Gambar B?
2. Pada pendapat kamu mengapa masyarakat dalam Gambar A berpakaian seperti itu?
KPS:Memerhati,membuat inferens
BBM:Gambar Power PointLCD
Haiwan juga mempunyai tingkah laku khas untuk menyesuaikan diri dengan iklim melampau..
1. Bulu tebal-beruang kutub,serigala kutub2. Lapisan lemak tebal-singa laut,paus3. Bonggol-unta,bison4. Berendam dlm lumpur-kerbau,badak sumbu5. Bermigrasi-burung bangau,paus6. Berhibernasi-beruang, musang
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan .
Guru menyediakan gambar-gambar haiwan berserta dengan perihal tentang haiwan tersebut.(beruang kutub,singa laut,unta,kerbau,burung bangau,beruang)
Setiap kumpulan diberikan 1 set gambar haiwan diatas.Mereka diminta kenal pasti ciri yang ada pada haiwan tersebut.
Guru meminta murid membuat hubung kait antara ciri dengan tingkah laku haiwan tersebut.
Soalan/Arahan guru:
1. Kenalpasti ciri yang ada pada haiwan-haiwan berikut.Senaraikan dalam jadual.
2. Bagaimanakah hubungan antara ciri dengan tingkah laku haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau?
Guru menunjukkan beberapa gambar haiwan lain.(serigala kutub,paus,badak sumbu, bison,musang kutub)
Guru meminta murid membuat pengelasan haiwan mengikut ciri dan tingkah laku daripada cuaca melampau kemudian bentangkan.
Soalan/Arahan guru:
1. Kelaskan haiwan- haiwan berikut mengikut ciri dan tingkah laku yang sama?
KPS:Memerhati,membuat inferens,mengelas,berkomunikasi
BBM/ABM:Gambar haiwan,jadual pengelasan
Aplikasi( 10 minit )Masalah;
Kamu diberi peluang menyertai satu ekpidisi ke Kutub Utara dengan syarat kamu mesti membawa 10 ekor anak ayam bersama dan pastikan ia masih hidup selama kamu menyertai ekpidisi itu.
Guru memberikan satu situasi danminta murid membuat perbincangan dalam kumpulan.
Soalan/Arahan guru:
1. Bagaimana kamu hendak pastikan anak-anak ayam itu mampu bertahan dalam cuaca yang sejuk melampau itu?Bincangkan.Catatkan langkah-langkah yang kamu lakukan.(Apa yang mesti kamu lakukan?)
Penutup( 10 minit )Rumusan
Guru memberikan soalan objektif.
Perbincangan
Senaraikan ciri-ciri haiwan ini menggunaka peta buih.
Senaraikan ciri-ciri dan tingkah laku haiwan berikut.
Kelaskan haiwan-haiwan berikut mengikut ciri dan tingkah laku yang sama untuk menyesuaikan diri dalam cuaca yang melampau dengan menggunakan peta pokok berikut.