Rph Moral 11
description
Transcript of Rph Moral 11
(RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL ) (2) (TAHUN) (RPH 11) (RPH 1)3
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
KSSR TAHUN 2
Mata Pelajaran
: Pendidikan Moral
Tahun
: Tahun 2
Tarikh / Masa
: 12 Mac 2015 ( 0900 1000 pagi)
Bilangan Murid
: 14 orang
Tema
: Berterima Kasih
Tajuk
: Mari Menghargai Keluarga
Nilai Murni
: Berterima Kasih
Standard Kandungan
: 4.1 Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga
Standard Pembelajaran
: 4.1.1 Menerangkan cara memberi penghargaan dalam
keluarga
4.1.2 Menyenaraikan kepentingan memberi
penghargaan dalam keluarga
4.1.4 Mengamalkan cara memberi penghargaan dalam
keluarga
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat ;
i. Melakonkan cara memberi penghargaan terhadap keluarga berdasarkan kad situasi yang diberikan.
ii. Menyenaraikan contoh penghargaan yang boleh diberikan kepada keluarga.
iii. Mengamalkan perbuatan berterima kasih terhadap keluarga dengan membuat sebuah kad Terima Kasih kepada ahli keluarga.
Pendekatan :
i. Penjelasan Nilai
ii. Tindakan Sosial
EMK :
i. Kreativiti : Menghasilkan kad ucapan bagi menunjukkan penghargaan terhadap
ibu bapa
Bahan Bantu Belajar :
i. Lagu Jasa Ayah dan Ibu
ii. Kad Situasi
iii. Lembaran Kerja
iv. Kertas Warna
v. Pensil Warna
vi. Marker
Aktiviti Pembelajaran :
Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
0900 0905
Lagu Jasa Ayah dan Ibu
i. Guru mengedarkan lirik lagu kepada setiap murid.
ii. Guru memainkan lagu Jasa Ayah dan Ibu.
iii. Murid diminta untuk mendengar dengan teliti lagu yang dimainkan oleh guru.
iv. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai lagu yang telah dimainkan.
v. Guru mengaitkan jawapan yang diberikan oleh murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
ABM :
i. Lirik lagu Jasa Ayah dan Ibu
ii. Lagu Jasa Ayah dan Ibu
Kaedah :
i. Kelas
Teknik :
i. Sumbangsaran
Langkah 1
(20 minit)
0905 0925
Simulasi
Kad Situasi
i. Nenek banyak memberi nasihat
ii. Ibu dan ayah meraikan hari jadi
iii. Kakak telah membelikan sebuah buku cerita baru
i. Murid dibahagikan kepada tiga buah kumpulan.
ii. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk memilih sampul.
iii. Setiap sampul mengandungi kad situasi yang berbeza.
iv. Murid diminta untuk melakonkan situasi mengikut arahan di dalam kad situasi.
v. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti yang telah dilakukan.
ABM :
i. Kad Situasi
Kaedah :
i. Pembelajaran koperatif
Teknik :
i. Sumbang saran
ii. Main Peranan
Pendekatan :
i. Penjelasan Nilai
ii. Tindakan Sosial
Langkah 2
(15 minit)
0925 - 0940
Borang Hargai Keluarga
i. Guru mengedarkan borang kepada setiap murid.
ii. Murid diminta untuk mengisi borang tersebut.
iii. Beberapa orang murid diminta untuk membacakan borang yang telah diisi di hadapan kelas.
iv. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai aktiviti yang telah dilakukan.
Kaedah :
i. Kelas
Teknik :
i. Tugasan / Projek
Pendekatan :
i. Penjelasan Nilai
Langkah 3
(15 minit)
0940 0955
Kad Terima Kasihku
i. Guru mengedarkan kertas berwarna kepada setiap murid.
ii. Murid diminta untuk menghasilkan sebuah kad untuk menunjukkan penghargaan kepada ahli keluarga mereka.
iii. Kad yang telah direka oleh murid akan ditampalkan di sudut Pendidikan Moral di belakang kelas.
ABM :
i. Kertas warna
ii. Gam
iii. Gunting
iv. Pensel Warna
v. Marker
Kaedah :
i. Kelas
Teknik :
i. Projek / Tugasan
Penutup
(5 minit)
0955 -1000
Hargai Keluarga
i. Murid diminta membuat rumusan pembelajaran dengan bimbingan guru.
ii. Guru meminta murid menyanyikan lagu Jasa Ayah dan Ibu beramai-ramai.
Kaedah :
i. Individu
Kemahiran Generik :
i. Kemahiran merumus
PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN RPH
(Diserahkan kepada guru/pensyarah pembimbing sebelum melaksanakan sesi P&P)
Disemak oleh Guru / Pensyarah Pembimbing :
Catatan
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Guru Besar :
Catatan
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
PENULISAN CATATAN REFLEKSI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL
ISU/PERKARA YANG DIBERI FOKUS
BUKTI/ANALISIS/PENJELASAN
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
(PENCEGAHAN/PENAMBAHBAIKAN)
Kekuatan/Kelebihan:
Kelemahan/Kekurangan:
Disemak oleh Guru Pembimbing
Catatan :
Tandatangan :
Nama : Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Catatan
Tandatangan :
Nama : Tarikh :
CATATAN SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Bil.
KOMEN/CATATAN
SEMAKAN OLEH
1.
____________________________________
( )
Guru Pembimbing
Tarikh: ___________________________
2.
____________________________________
( )
Guru Besar
Tarikh: ____________________________
3.
____________________________________
( )
Pensyarah Pembimbing
Tarikh: ____________________________
LAMPIRAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL
SET INDUKSI
Lirik Lagu Jasa Ayah dan Ibu
Di kebun bunga
Kita jamu selera
Di hari minggu
Bersama ayah dan ibu
Bila kita dewasa
Janganlah kita lupa
Jasa ayah dan ibu
Terhadap diri kita
Di kebun bunga
Kita jamu selera
Di hari minggu
Bersama ayah dan ibu
Bila kita dewasa
Janganlah kita lupa
Jasa ayah dan ibu
Terhadap diri kita
LANGKAH 1
KAD SITUASI
(Nenek selalu memberi nasihat kepada Amin dan Aina. Nyatakan dan lakonkan tindakan yang boleh Amin dan Aina lakukan bagi menunjukkan terima kasih kepada nenek mereka?)
(Pada 2 Mac yang lalu, ayah dan ibu telah meraikan hari lahir Zaki. Mereka telah mengadakan jamuan dan memberi Zaki hadiah sempena hari jadinya. Nyatakan dan lakonkan tindakan yang boleh Zaki lakukan bagi menunjukkan terima kasih kepada ayah dan ibunya?)
(Kakak telah membelikan Mei Ling sebuah buku cerita yang baru. Nyatakan dan lakonkan tindakan yang boleh Mei Ling lakukan bagi menunjukkan terima kasih kepada kakaknya?)
LANGKAH 2
BORANG MENGHARGAI AHLI KELUARGA
Lengkapkan borang di bawah dengan jawapan yang sesuai.
Ahli Keluarga
Sebab Memberikan Penghargaan
Cara Memberikan Penghargaan
Ayah
Ibu
Kakak
Abang
Datuk
Sebab Memberikan Penghargaan
Cara Memberikan Penghargaan
Memasak makanan untuk saya
Memberikan kad dan hadiah pada Hari Bapa
Menghantar saya ke sekolah
Mengucapkan terima kasih kepada kakak
Membantu saya melakukan kerja rumah
Memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada abang
Memberi nasihat kepada saya
Bersalam dengan datuk dan mengucapkan terima kasih kepada datuk
Membelikan saya buku cerita baharu
Memberikan kad dan hadiah pada Hari Ibu
LAMPIRAN 3
CONTOH KAD TERIMA KASIH