RPH-Menggambar
Transcript of RPH-Menggambar
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 4 Inovatif
Tarikh : 2 Mac 2011
Masa : 1 jam (8.30 a.m-9.30 a.m)
Bilangan murid : 35 Orang (18 Lelaki, 17 Perempuan)
Bidang : Menggambar
Tema : Tempat Menarik
Tajuk : Di Tepi Pantai
Teknik : Catan
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-
ARAS 3i. Menghasilkan gambar berdasarkan kreativiti murid
dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai.ii. Menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan
rakan.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah pergi berkelah di tepi pantai bersama
keluarga.
Bahan Bantu Mengajar : Laptop dan LCD, contoh-contoh hasilan catan.
Alatan dan Bahan : Pensil, pemadam, berus, warna air dan kertas lukisan.
Buku : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 4 Buku Artis Muda Pendidikan Seni Visual Tahun 4
Nilai :Kreativiti, kekemasan, ketelitian dan kesungguhan.
LANGKAH
ISI PENGAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID STRATEGI PENGAJARAN
Set Induksi(5 Minit)
PengenalanTayangan Powerpoint
i) Guru menayangkan slide show powerpoint berkaitan dengan contoh-contoh tempat menarik kepada murid.
ii) Guru menunjukkan contoh hasilan catan berkaitan dengan tempat menarik.
iii) Guru mengaitkan dengan aktiviti pembelajaran.
i) Murid melihat slide show powerpoint yang ditayangkan oleh guru dengan penuh minat.
ii) Murid melihat dan memberi respon tentang hasilan catan tersebut.
iii) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik-Kecerdasan visual-Ruang
Kontekstual
KBKK-mengenalpasti-mencirikan
Langkah 1(5 Minit)
Perkembangan Pelajaran
Langkah kerja teknik catan :-a. Lakarkan sebuah gambar
berdasarkan tema dan tajuk yang diberi menggunakan pensil.
b. Warnakan bahagian latar dan objek yang jauh terlebih dahulu.
c. Warnakan objek yang dekat dengan lebih jelas.
i) Guru memberi penerangan tentang cara menghasilkan teknik catan pada lukisan.
ii) Guru menunjuk cara tentang teknik catan ke atas sebuah lukisan.
i) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.
ii) Murid melihat dan memberi respon ke atas tunjuk cara guru tentang teknik catan.
TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik-Kecerdasan Visual-Ruang-Kecerdasan Naturalis
KBKK-Menjana Idea-Menghubungkait-Mensintesis
Langkah 2(30 minit)
Perkembangan Isi i) Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan.
ii) Guru meminta murid untuk menghasilkan gambaran di tepi pantai menggunakan teknik catan.
iii) Guru memantau dan memberi bimbingan aktiviti murid.
i) Murid mendengar arahan dan memulakan tugasan dengan teliti.
ii) Murid melaksanakan tugasan dengan penuh minat dan bersungguh-sungguh.
iii) Murid minta cadangan daripada guru.
TKP-Kecerdasan Visual-Ruang-Kecerdasan Verbal-Linguistik
KBKK-Membuat urutan-Menjana idea
Langkah 3(15 Minit)
Apresiasi dan Refleksi i) Guru memilih 3 contoh hasilan yang terbaik daripada murid.
ii) Guru meminta 3 orang murid untuk memberi pandangan ke atas hasil kerja rakan mereka.
iii) Guru memberi pujian ke atas karya terbaik daripada murid
i) Murid-murid mendengar ulasan guru dengan teliti.
ii) Murid memberi komen ke atas hasil kerja rakan mereka.
iii) Murid berbangga atas pujian yang guru berikan.
TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik-Kecerdasan Intrapersonal.
KBKKMenilai
Penutup(5 Minit)
Rumusan i) Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini berkaitan dengan teknik catan.
i) Murid mendengar rumusan guru dengan penuh teliti.
TKP-Kecerdasan Verbal-Linguistik
Masteri
REFLEKSI
Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dan teratur. 90% murid menunjukkan minat dan kesungguhan ketika membuat teknik catan. Masing-masing menunjukkan kreativiti yang sangat tinggi dalam membuat kerja. 10% murid didapati masih belum menguasai teknik catan dengan betul. Maka, guru telah mengambil inisiatif untuk membantu murid yang lemah dari segi teknik catan.