RPH Masa Dan Waktu

6
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3 Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3 Topik : Masa dan waktu Masa : 60 minit Standard Pembelajaran : 10.1 (i)(ii) Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyatakan waktu dalam jam dan minit ii. Membaca dan merekod waktu semasa,sebelum dan selepas bagi sesuatu aktiviti. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis jam kepada murid. Murid menyebut jenis-jenis jam yang ditunjukkan. Guru mempamerkan model jam dihadapan kelas Guru membimbing murid menyatakan waktu dalam jam dan minit Secara berpasangan, murid dikehendaki menunjukkan waktu yang diminta guru menggunakan contoh jam yang diberikan Secara berkumpulan, minta murid menyusun aktiviti berdasarkan waktu yang diberikan mengikut turutan masa. Murid merekod aktiviti yang disusun kedalam jadual yang diberikan Edarkan lembaran kerja kepada murid Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Kreatif dan Inovatif 1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Transcript of RPH Masa Dan Waktu

Page 1: RPH Masa Dan Waktu

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

Mata Pelajaran : Matematik Tahun 3

Topik : Masa dan waktu

Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran : 10.1 (i)(ii)

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan waktu dalam jam dan minit

ii. Membaca dan merekod waktu semasa,sebelum dan selepas bagi sesuatu aktiviti.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis jam kepada murid. Murid menyebut

jenis-jenis jam yang ditunjukkan.

Guru mempamerkan model jam dihadapan kelas

Guru membimbing murid menyatakan waktu dalam jam dan minit

Secara berpasangan, murid dikehendaki menunjukkan waktu yang diminta

guru menggunakan contoh jam yang diberikan

Secara berkumpulan, minta murid menyusun aktiviti berdasarkan waktu yang

diberikan mengikut turutan masa.

Murid merekod aktiviti yang disusun kedalam jadual yang diberikan

Edarkan lembaran kerja kepada murid

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):

Kreatif dan Inovatif

Bahan Bantu Belajar:

Model jam

Gambar jam

Kad gambar

Jadual

1 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 2: RPH Masa Dan Waktu

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:

Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p, aktiviti dan latihan.

Refleksi:

5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing

dalam kelas akan datang.

2 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 3: RPH Masa Dan Waktu

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN

KOMUNIKASI

1. Persediaan 1. Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis jam kepada murid.

2. Murid diminta menyebut jenis-jenis jam yang dipaparkan

3. Murid mengenalpasti perbezaan diantara jam analog dan jam digital

i. Namakan jenis-jenis jam yang kamu lihat?

Jam randik Jam tangan Jam dinding Jam loceng Jam analogii. Apakah perbezaan

diantara jam analog dan jam digital

2. Imaginasi 1. Guru mempamerkan model jam dihadapan kelas.

1. Murid kenalpasti jarum jam dan minit

2. Guru membimbing murid menyatakan waktu dalam jam dan minit

i. Berapakah jarum yang terdapat pada permukaan jam?

ii. Namakan jarum-jarum jam tersebut

iii. Apakah kegunaaan jarum jam dan jarum minit

iv. Bagaimana kita hendak menyatakan waktu dalam jam dan minit ?

( tegaskan kepada murid setiap senggat menunjukkan 1 minit bagi setiap gerakan jarum minit. Gandaan 5 menunjukkan minit bagi setiap angka pada muka jam)

v. Sila gerakkan jarum jam dan jarum minit supaya

3 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 4: RPH Masa Dan Waktu

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

3. Secara perpasangan, murid dikehendaki menunjukkan waktu yang diminta guru menggunakan contoh jam yang diberikan

menunjukkan pukul 1:15 tengahhari 7:45 pagi 10:00 malam 6:30 petang 5:20 petang 9:40 pagi

( tegaskan juga kepada murid jarum jam perlulah diletakkan diantara dua nombor jika jarum minit sudah melepasi angka 12)

3.Perkembangan1. Murid dibahagikan kepada 4

kumpulan.2. Setiap kumpulan dibekalkan

dengan sekeping sampul surat yang berisi kad aktiviti dan satu jadual( Rujuk lampiran 1 )

3. Secara berkumpulan, minta murid menyusun aktiviti berdasarkan waktu yang diberikan mengikut turutan masa.

4. Murid merekod aktiviti yang disusun kedalam jadual yang diberikan.

5. Wakil kumpulan akan membentangkan hasilan kumpulan mereka dan sesi soal jawab dijalankan.

i. Sila baca dan nyatakan masa dan aktiviti satu persatu.

ii. Rekodkan aktiviti yang diberikan kedalam jadual mengikut turutan masa yang betul.

iii. Sesi soal jawab ; Pada pukul berapa Amin

bangun dari tidur? Apakah aktiviti yang

dilakukan oleh Amin selepas sarapan pagi

.

4.Tindakan 1. Minta murid menyatakan aktiviti yang dilakukan semasa cuti sekolah secara rawak.Contoh :

Membuat kerja sekolah bangun pagi makan malam

i. Sila nyatakan aktiviti harian yang kamu jalankan semasa cuti

ii. Sila lengkapkan jadual yang diberikan

4 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG

Page 5: RPH Masa Dan Waktu

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR MATEMATIK TAHUN 3

membasuh kasut makan tengahari mandi pagi tidur bersarapan bermain badminton

1. Edarkan lembaran kerja kepada murid.( rujuk lampiran 2 )

2. Murid melengkapkan jadual dengan masa dan aktiviti seperti dinyatakan di atas.

3. Bincang jawapan dengan murid.

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid membaca dan merekod waktusemasa, sebelum dan selepas bagi sesuatu aktiviti dan memahamiaktiviti yang berlaku berdasarkan masa yang bersesuaian.

Nilai dan sikap Menepati masa, menghormati orang tua, bekerjasama, teliti

5 JABATAN PELAJARAN NEGERI PULAU PINANG