Rph Kssr Seni Tahun 3

15
WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 7 ISI KANDUNGAN TAJUK PENGHARGAAN BIODATA GURU TUGASAN PROJEK RANCANGAN MENGAJAR HARIAN ( RPH KSSR ) POWER POINT HASIL KERJA MURID REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

description

s

Transcript of Rph Kssr Seni Tahun 3

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

WAJ 3073 SENI DALAM PENDIDIKANSEMESTER 7

ISI KANDUNGAN

TAJUK

PENGHARGAAN

BIODATA GURU

TUGASAN PROJEK

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN ( RPH KSSR )

POWER POINT

HASIL KERJA MURID

REFLEKSI

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

BIODATA

Nama : Yusri Bin Abu BakarNo. kad Pengenalan : 810329-09-5039No .Matrik : G061/588Kumpulan : Ambilan Semula Mac 2014Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Putat 06000 Jitra Kedah Darul Aman NO .Telefon : 019 5260098

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, tugasan saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Pn Norhayati bt Mad Saad yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang berguna sepanjang interaksi WAJ 3073 Seni Dalam Pendidikan bersama beliau.Segala input berguna yang diperoleh sepanjang interaksi cuba untuk saya terjemahkan kedalam tugasan saya yang serba ringkas ini.Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.Akhir kata,diharapkan tugasan serba ringkas ini dapat memberi suatu impak yang yang maksima kepada saya yang dapat diaplikasikan di dalam sesi pengajaran & pembelajaran di sekolah agar menjadi lebih menarik.

Sekian,Terima kasih.

Tahun : 3 Tekun Masa: 9.45-10.45Modul: Bidang Menggambar Aktiviti : KolajTema : Alam Semula Jadi Tajuk : Ikan Media:1- Alat -Gunting 2- Bahan kertas lukisan ,kertas A4 kosong ,pensel warna dan bahan bahan Yang sesuai Bahan Bantu Mengajar :Contoh contoh kolaj,gambar seekor ikan , petikan lagu ikan kekek mak Ilui,ladtop dan lcd Standard Kandungan 1. Persepsi dan pemahaman Bahasa seni visual iaitu rupa,jalinan,warna,kepelbagaian dan kontra yang terdapat pada alam semulajadi,objek buatan manusiadan karya seni dalam penghasilan gambar dengan teknik kolaj .2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman Bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik kolaj.3. Pencahirkan idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan gambar teknik kolaj.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan Bahasa seni visual , sejarah seni dan budaya .Standard Pembelajaran 1.1 Murid dapat mengenal,memahami dan menyatakan Bahasa seni visual yang ada pada kolaj.1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 rupa organik atau geometri atau gabungan rupa 1.1.1.2 jalinan - sentuh dan tampak 1.1.1.3 warna - primer atau sekunder atau kedua-dua warna 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 kepelbagaian bahan 1.1.2.2 kontra warna 1.2 Aplikasi seni murid dapat mengetahui dan memahami Bahasa seni visual , media serta proses dan teknik dalam penghasilan kolaj .1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat gunting ,pensel ,pensel warna ,duit syiling 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan , kertas warna ,gam dan lain lain yang berkaitan 1.2.2 Mengetahui penggunaan media teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - kolaj

1.3 Ekspresi kreatif - Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman Bahasa seni Visual ,media serta proses proses penghasilan karya 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan Bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya . 1.3 Apresiasi seni - Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan Berpandukan Bahasa seni visual

1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Standard PembelajaranIlustrasi Aktiviti

Persepsi Estetik Dengan bantuan LCD dan ladtop guru akan mempamerkan satu klik video yang bertajuk ikan kekek Guru meminta murid mendengar dan melihat klik video yang akan ditanyangkan oleh guru . Guru bersoal jawab dengan murid mengenai klik video yang ditayangkan sebentar tadi . Guru bersoal jawab tentang Bahasa seni visua yang ada pada beberapa contoh kolaj Guru menyatakan definisi kolaj

Aplikasi Seni Guru memperkenalkan media yang akan digunakan Guru menunjukkan cara melakar rupa seekor ikan Guru menunjukkan cara membuat kolaj seekor ikan dengan menggunakan beberapa sumber media .

Ekspresi Kreatif Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru Murid menghasilkan kolaj mengikut kreativiti.

Apresiasi Seni Murid mempamerkan karya masing masing . Murid akan menceritakan pengalaman semasa menghasilkan karya Murid akan memberikan pendapat tentang karya rakan sekelas .

REFLEKSI P&P:___________________________________________________

REFLEKSI

Seni merupakan suatu bidang yang mempunyai skop yang sangat meluas. Hal ini kerana, seni dapat dinilai dalam pelbagai aspek. Muzik, karya seni penulisan, lukisan, arca,suara, lakonan antara contoh mudah bagi memberi gambaran awal kepada orang awam tentang apa itu seni. Menurut Herbert Read dalam karyannya The Meaning of Arts, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya,seni merupakan sesuatu yang sangat subjektif untuk digambarkan

Melalui subjek WAJ 3073, Seni Dalam Pendidikan, banyak perkara baru yang saya peroleh. Setelah melalui beberapa interaksi bersama pensyarah berpengalaman, saya dapat membuat kesimpulan bahawa Seni dalam pendidikan merupakan suatu elemen wajib yang perlu diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlansung.

Secara umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu yang pertama seni visual, seni pergerakan, dan seni muzik. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai skop dan konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen ini dan menerapkannya kedalam proses P&P, sudah pasti akan menghasilkan momentum yang luar biasa dalam kalangan murid.. selain itu walaupun saya mengajar Matematik di sekolah saya masih boleh menerapakan unsur-unsur pendidikan seni visual .

Skop seni visual lebih kepada lukisan dan bermain dengan pelbagai variasi warna. Di zaman serba moden ini, bilik darjah papan hitam berkapur putih sudah tidak relevan untuk diamalkan secara kerap. Ia akan lebih membuatkan dunia murid seolah berada dalam dunia serba hitam putih. Oleh yang demikian, guru perlu bijak meransang murid dengan warna. Biarkan mereka bermain dengan warna kerana warna merupakan suatu eleman yang sangat indah jika kena pada caranya. Oleh kerana pensyarah saya merupakan seorang yang berpengalaman dalam seni visual, beliau secara tidak lansung telah banyak membuka minda saya tentang bagaimana untuk mengintegrasikan seni .Seni pergerakan pula ialah sesi yang melibatkan penggunaan ruang dalam suatu aktiviti contohnya lakonan.Manakala seni muzik pula ialah seni yang berkaitan dengan bunyi dan irama. Jesteru,seperti yang telah saya nyatakan diatas, seorang guru yang bijak pasti mampu untuk menggabungkan ketiga-tiga elemen ini secara lansung ataupun tidak. Contohnya, seorang guru meminta muridya melakukan sesi lakonan secara berkumpulan. Sebelum sesi lakonan diadakan, guru meminta pelajarnya menyediakan prop seperti topeng misalnya yang pastinya melibatkan elemen seni visual. Apabila sesi lakonan berlansung, guru memainkan muzik latar bertujuan membangkitkan suasana. Manakala pelajar yang berlakon pula secara tidak sedar mereka sudah pun bermain dengan elemen seni pergerakan. Jesteru, ketiga-tiga elemen ini saling berkait antara satu sama lain.Melalui sudut pandang seorang guru yang bukan opsyen seni , saya dapat melihat beberapa kepentingan seni dalam pendidikan yang mana saya merasakan sudut pandang ini juga dipersetujui oleh mereka yang berada dalam bidang yang sama. Pertama, seni dalam pendidikan mampu melahirkan seorang guru yang sentiasa berinovasi dan kreatif. Ini kerana, tidak semua guru dikurniakan bakat seni atau mudah dikatakan mereka tidak kreatif . Tidak kurang juga guru yang malas berfikir. Jesteru, dengan adanya elemen seni dalam pendidikan, ia akan membuatkan sesorang guru itu sentiasa berfikir bagaiman untuk menjadikan sesi P&P menarik dan mencapai objektif apatah lagi di zaman serba moden ini. Murid pada zaman sekarang terdedah dengan pelbagai perkara baru menjadikan mereka kadangkala lebih kreatif daripada seorang guru. Oleh yang demikian, amat perlu bagi seorang guru untuk maju setapak kehadapan berbanding murid.Selain itu, seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam mempelbagaikan lagi teknik,kaedah, serta strategi P&P. Untuk menyatakan bahawa kaedah tulis dan pandang atau chalk and talk tidak sesuai adalah tidak berapa tepat. Kaedah konvensional ini masih relevan untuk diamalkan. Bahkan Negara-negara maju seperti Jepun juga masih mengekalkan kaedah ini. Persoalannya ialah bagaimana seorang guru itu mampu untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi P&P supaya murid tidak cepat bosan dan sebagainya. Seni dalam pendidikan adalah jalan mudah yang boleh diambil guru. Manfaatkan sebaik mungkin elemen-elemen yang terdapat dalam seni pendidikan. Kesudahannya, ia bukan sahaj dapat menghasilkan atmosfera bilik darjah yang harmoni bahkan turut membantu guru dalam mencapai objektif yang dikehendaki.

Subjek Seni Dalam Pendidikan telah banyak membantu meluaskan sudut pandang saya dalam dunia pendidikan. Berharap supaya apa yang diterapkan sepanjang interaksi kuliah mahupun diluar interaksi dapat saya aplikasikan di sekolah kelak supaya dapat melhirkan pelajar yang luas dimensi pemikiran dan kebolehannya sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu .Akhir kata, ucapan terima kasih sekali lagi kepada pensyarah WAJ 3073 Pn Norhayati bt Mad Saad di atas ilmu dicurahkan.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia . (2007). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum 2012.

Mok Soon Sang. (1998). Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Yasmin Binti Kamarudin, Chu Eng @ Chiu Poo Chu. (2007). Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Seni Dalam Pendidikan. http://iradio.oum.edu.my/icast/fel/learning_segment/?p=archive&cat=hbef_1403_seni_dalam_pendidikan. [1 August 2013].

Seni Dalam Pendidikan . http://www.docdatabase.net/more-hbef1403-seni-dalam-pendidikan-cgzul-oum-ipkt07-1120319.html. [1 August 2013].