RPH BM (Kenderaan)
-
Upload
solehah-roslan -
Category
Documents
-
view
138 -
download
2
description
Transcript of RPH BM (Kenderaan)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3Mata Pelajaran:Bahasa Melayu
Tahun:3 Cemerlang
Bilangan Murid:20 orang
Tema:Kenderaan
Tajuk:Kenderaan Darat
Tarikh:13 Mac 2014
Masa:8.30 pagi 9.30 pagi
Standard Kandungan:2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran:2.3.1 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan yang mengandungi pelbagai pola ayat dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:1. Membaca kuat bahan bacaan buku Kenderaan Darat yang mengandungi pola ayat FN+FN dan FN+ FK dengan lancar.2. Membaca bahan bacaan buku Kenderaan Darat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemahiran Bahasa:Kemahiran Membaca
Sistem Bahasa:Kata Adjektif
Ilmu:Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani
Nilai:Memberi perhatian, berani, kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):KB: membuat perkaitan, menjana idea, mengingat kembaliKP: kinestetik, muzik, intrapersonal, interpersonal
Pengetahuan Sedia Ada:Murid pernah melihat pelbagai jenis kenderaan darat di atas jalan raya.
Bahan Bantu Mengajar (BBM):Keratan bergambar, slaid, buku bacaan bergred, lembaran kotak huruf, lembaran pengukuhan dan pemulihan
Penggabungjalinan: Kemahiran Menulis
Penyerapan:Pendidikan Muzik
Langkah /masaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan
Set Induksi(5 minit)1. Teka Gaya
-Kereta
-Basikal
-Motorsikal
-Bas
1. Empat orang murid dipilih sebagai ketua kumpulan. Setiap ketua kumpulan diminta untuk memilih satu kertas tertulis jenis kenderaan.2. Murid-murid lain diminta untuk mencabut keratan kertas bergambar.3. Setiap ketua perlu membuat gaya berdasarkan jenis kenderaan yang mereka pilih. Hanya sekali peluang diberikan untuk membuat gaya.4. Murid lain diminta untuk melihat dengan teliti gaya yang dilakonkan.5. Guru memberi masa 20 saat kepada murid lain untuk memilih ketua mereka berdasarkan keratan gambar yang mereka ada.6. Murid diminta untuk mencantumkan keratan gambar yang ada untuk membentuk sebuah gambar yang lengkap.7. Kumpulan yang dapat mencantumkan gambar dengan sempurna diberikan 3 markah.8. Guru mengaitkan gambar dalam aktiviti yang dijalankan dengan tajuk yang murid akan pelajari hari ini.Nilai:Memberi perhatian
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):KB- Membuat perkaitanKP- Kecerdasan kinestetik
Bahan Bantu Mengajar (BBM):Keratan gambar
Langkah 1(10 minit)Menyusun Huruf & Menyebut PerkataanPermainan Huruf Terbang kereta lori basikal beca motorsikal bas ambulan teksi keretapi van1. Murid diminta untuk menyusun huruf yang dipaparkan dalam slaid untuk membentuk perkataan. 2. Guru memaparkan gambar untuk menyemak jawapan yang dibuat oleh murid.3. Murid diminta untuk membaca perkataan yang telah siap disusun.4. Setiap jawapan yang betul akan diberikan 2 markah.Nilai:Berani
Kaedah Pengajaran:Pandang dan sebut
Bahan Bantu Mengajar (BBM):Slaid
Langkah 2(15 minit)Membaca Buku Bergred Kenderaan Darat
1. Murid diminta untuk membaca kuat ayat dalam buku Kenderaan Darat secara individu dan bergilir-gilir dengan lancar.2. Murid diminta untuk membaca kuat buku Kenderaan Darat secara berkumpulan dengan sebutan dan intonasi yang betul.3. Setiap kumpulan diminta untuk memilih 2 jenis kenderaan dan ayat-ayat dalam buku Kenderaan Darat untuk dibaca dengan kuat beserta gaya yang menarik.Nilai:Kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):KB- Membuat perkaitanKP- Kecerdasan kinestetik
Bahan Bantu Mengajar (BBM):Buku Bacaan Bergred
Langkah 3(15 minit)Mengenalpasti Kata AdjektifPermainan Kotak HurufKata Adjektif baru merah laju besar cantik putih sakit kuning bersih panjang suka
*Rujuk lampiran
1. Guru membacakan buku Kenderaan Darat.2. Murid diminta untuk menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam buku Kenderaan Darat3. Berdasarkan senarai yang dibuat, murid diminta untuk mencari kata adjektif dalam permainan kotak huruf. 4. Kumpulan yang berjaya mencari kesemua kata adjektif yang paling cepat dikira sebagai pemenang.5. Setiap kumpulan diminta untuk membaca kata adjektif yang mereka cari dengan alunan lagu yang dicipta sendiri.6. Setiap kumpulan diminta untuk mempersembahkan lagu adjektif mereka di hadapan kelas berserta gaya.Nilai:Memberi perhatian
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):KB- Menjana ideaKP- Kecerdasan kinestetik, interpersonal, muzik
Bahan Bantu Mengajar (BBM):Buku bacaan bergredLembaran Kotak Huruf
Langkah 4(10 Minit)Aktiviti Penilaian Pengukuhan PemulihanPemulihan1. Murid diedarkan dengan lembaran kerja.2. Murid diminta mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.3. Murid diminta membaca ayat yang telah lengkap dengan lancar dan sebutan yang betul.Pengukuhan1. Murid diminta untuk membina 5 ayat dengan menggunakan kata adjektif daripada bahan bacaan buku Kenderaan Darat2. Murid diminta untuk membaca ayat yang telah dibina dengan kuat dan sebutan yang betul.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):KB- Mengingat kembaliKP- intrapersonalBahan Bantu Mengajar (BBM):Lembaran Pengukuhan dan Pemulihan
Penutup(5 minit)Kognitif:Membuat rumusan isi pelajaran.
Sosial:Memberi pujian, hadiah dan motivasi.1. Guru menyoal murid tentang pelajaran pada hari ini.2. Guru memberi pujian dan hadiah kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi dan memberikan motivasi kepada murid lain.Nilai:Memberi perhatian
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):KB- Mengingat kembali
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.MerahsakitPanjang
LajubersihBesar
1. Keretapi adalah kenderaan yang sangat ___________.
2. Lori Atuk _________ dan boleh bawa banyak barang.
3. Kerta baru ayah berwarna _________.
4. Ali terjatuh dari basikal dan menyebabkan lututnya luka dan berasa_________.
5. Abang memecut mtotorsikalnya dengan __________ kerana telah lewat ke tempat kerja.
6. Pak Mat sentiasa membasuh teksinya agar sentiasa ____________.
LAMPIRAN 3Bina 5 ayat tentang kenderaan darat dengan menggunakan kata adjektif yang telah dipelajari.
1. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________2. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________3. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________4. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________5. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________