RINGKASAN EKSEKUTIFspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/... · PRAKATA RINGKASAN...
Transcript of RINGKASAN EKSEKUTIFspppk.moh.gov.my/spppk/include/help/html_LTahunan/... · PRAKATA RINGKASAN...
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
vii
Place your message here. For maximum impact, use two or three sentences. Place your message here. For maximum impact, use two or three sentences. Place your message here. For maximum impact, use two or three sentences.
PRAKATA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Sepanjang tahun 2011, Cawangan Audit Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
telah merancang untuk melaksanakan urusan pengauditan melibatkan aspek seperti
berikut:
i. Pengauditan Pengurusan Kewangan;
ii. Pengauditan Susulan;
iii. Pengauditan Prestasi; dan
iv. Pengauditan Khas/Siasatan.
Perancangan Audit telah diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan
Malaysia pada bulan Januari 2011. Sehubungan dengan itu, Cawangan Audit Dalam
KKM telah melaksanakan sebanyak 186 urusan pengauditan seperti berikut:
i. Pengauditan Pengurusan Kewangan
Cawangan Audit Dalam telah menjalankan pengauditan pengurusan kewangan
terhadap 142 Pusat Tanggungjawab. Aspek pengauditan yang diliputi adalah
kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan dan kawalan
aset alih Kerajaan.
ii. Pengauditan Susulan
Cawangan Audit Dalam menjalankan pengauditan susulan terhadap 10 Pusat
Tanggungjawab bagi memastikan teguran Audit terdahulu telah diambil
tindakan penambahbaikan.
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
viii
RINGKASAN EKSEKUTIF
iii. Pengauditan Prestasi
Cawangan Audit Dalam telah melaksanakan tujuh pengauditan prestasi seperti
berikut:
a. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Blood Bank Information System (BBIS).
b. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Sisa Klinikal Oleh Syarikat Konsesi Di
Hospital KKM.
c. Kajian Audit Terhadap Perkhidmatan Flying Doctors Di Negeri Sabah.
d. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Bayaran Biasiswa Kepada Pelatih Di
Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2.
e. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Stor Perubatan Di Hospital KKM.
f. Kajian Audit Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Engineering
Maintenance Services (FEMS) Kepada Syarikat Konsesi Di Hospital KKM.
g. Kajian Audit Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Biomedicals
Engineering Maintenance Services (BEMS) Kepada Syarikat Konsesi Di
Hospital KKM.
iv. Pengauditan Khas/Siasatan
Cawangan Audit Dalam telah menjalankan 27 pengauditan khas/siasatan
sepanjang tahun 2011 di mana kes-kes adalah berdasarkan arahan Menteri
Kesihatan, Ketua Setiausaha, pengurusan tertinggi, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia dan Laporan Ketua Audit Negara.
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
ix
PRAKATA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Hasil daripada pengauditan yang telah dijalankan, rumusan penemuan yang telah
dikenal pasti adalah seperti berikut:-
i. Pengauditan Pengurusan Kewangan Di 142 Pusat Tanggungjawab
a. Kawalan Pengurusan – Surat kuasa berkaitan terimaan, perbelanjaan dan
aset tidak disediakan, carta organisasi tidak disediakan dan dikemas kini;
Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja tidak disediakan dan dikemas kini;
pengurusan kad perakam waktu; daftar pinjaman perumahan, kenderaan
dan komputer tidak disediakan, lengkap dan kemas kini serta pengurusan
buku rekod perkhidmatan.
b. Kawalan Terimaan – Penyelenggaraan rekod terimaan dan pematuhan
terhadap kawalan terimaan.
c. Kawalan Perbelanjaan – Penyelenggaraan rekod dan pematuhan terhadap
kawalan perbelanjaan, pembayaran dan perolehan.
d. Kawalan Aset Alih Kerajaan – Penyelenggaraan rekod aset, stor dan
pengurusan kenderaan Kerajaan.
ii. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Blood Bank Information System
(BBIS)
a. Media backup tidak pernah diuji (restore) bagi memastikan bahawa data
yang disalin berfungsi dengan baik.
RINGKASAN PENEMUAN
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
x
RINGKASAN EKSEKUTIF
b. Pelan pemulihan bencana (disaster recovery plan) tidak disediakan dan
diperuntukkan bagi penyimpanan data-data kritikal PDN di lokasi off-site.
c. Tiada ciri-ciri audit trail bagi semua modul BBIS yang dibangunkan,
kecuali bagi 2 modul yang telah dinaiktaraf pada tahun 2010, iaitu Donor
Management Versi 2 dan Mobile Management Versi 2.
d. Bilik server telah dijadikan tempat menyimpan 2 kabinet besi dan 21 unit
komputer riba yang tidak digunakan.
e. Maklumat jumlah penderma adalah berbeza bagi laporan yang dikeluarkan
dari Modul Donor Management iaitu Yearly Statistical Report, Reports For
Donors By Race & Gender dan Yearly Reports For Donation bagi bulan
Mac 2011.
iii. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Sisa Klinikal Di Hospital KKM
a. Kelemahan dalam mengasingkan sisa klinikal seperti jarum atau sisa
klinikal tajam tidak dimasukkan dengan sempurna ke dalam sharp bin,
tidak menutup sharp bin dengan ketat dan sempurna dan sisa panjang
dimasukkan ke dalam sharp bin.
b. Kekurangan tong kuning menyebabkan kakitangan Hospital menggunakan
tong sisa domestik dan sharp bin untuk membuang sisa klinikal.
c. Sharp bin yang digunakan tidak mengikut spesifikasi dan tidak berlabel
serta tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
d. Tidak menyediakan wheel bin di luar dewan bedah.
e. Sharp bin yang telah pecah dan rosak serta penutupnya telah tertanggal
masih digunakan.
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
xi
PRAKATA
RINGKASAN EKSEKUTIF
f. Wheel bin yang dihantar dari pusat pelupusan tidak dibersihkan dan
dikeringkan dengan sempurna.
g. Sisa klinikal dimasukkan terlebih muatan ke dalam wheel bin yang
menyebabkan wheel bin tidak dapat ditutup dengan sempurna.
h. Beg plastik berisi sisa klinikal tidak diikat dan dilabelkan serta sharp bin
tidak dimasukkan ke dalam beg plastik kuning.
i. Kerja-kerja mencatat timbangan setiap wheel bin hanya dibuat oleh
syarikat konsesi dan tidak dihadiri oleh wakil hospital bagi tujuan
pengesahan catatan timbangan sebelum bayaran dibuat.
j. Sisa klinikal disimpan di dalam stor dalam tempoh yang lama sehingga sisa
tersebut berulat.
k. Kenderaan yang digunakan untuk menghantar sisa klinikal oleh klinik
kesihatan ke hospital tidak dikhaskan dan tidak mempunyai lesen daripada
Jabatan Alam Sekitar.
iv. Kajian Audit Terhadap Perkhidmatan Flying Doctors Di Negeri Sabah
a. Kontrak perkhidmatan doktor udara lewat diperbaharui.
b. Garis Panduan Perkhidmatan Doktor Udara tidak disediakan.
c. Purata tempoh masa penerbangan bulanan kurang 40 jam.
d. Data Kehadiran Pesakit tidak digunakan untuk perancangan jadual
penerbangan bulanan.
e. Tiada penglibatan pegawai perubatan dalam Unit Perkhidmatan Doktor
Udara.
f. Bayaran sewa pesawat menggunakan peruntukan aktiviti berlainan.
g. Potongan tidak dibuat bagi kegagalan syarikat mematuhi syarat kontrak.
h. Mesyuarat berkala tidak diadakan bagi menjalankan pemantauan.
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
xii
PRAKATA
v. Kajian Audit Terhadap Bayaran Biasiswa Kepada Pelatih PRE-2
a. Perjanjian dengan Institusi Latihan Swasta lewat ditandatangani.
b. Bon pelaksanaan lewat ditandatangani.
c. Bon pelaksanaan tidak mengikut tempoh keseluruhan kontrak.
d. Penempatan pelatih secara outsourcing di Institut Latihan Swasta tidak
mencapai sasaran ditetapkan.
e. Bayaran sebenar biasiswa pelatih yang mengikuti program outsourcing tidak
dapat ditentukan.
vi. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Stor Perubatan Di Hospital KKM
a. Pesanan Kerajaan dikeluarkan selepas bekalan diterima.
b. Bekalan lewat diterima.
c. Ruang penyimpanan stor tidak mencukupi.
d. Stok botol ubat kosong yang belum digunakan.
e. Penyimpanan ubat dan bukan ubat telah luput/hampir luput.
f. Penyimpanan reagent telah luput.
g. Lebihan stok Antiviral H1N1.
h. Baki fizikal stok ubat/bukan ubat berbeza dengan baki HIS dan kad petak.
vii. Kajian Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Engineering
Maintenance Services (FEMS) Kepada Syarikat Konsesi Di Hospital KKM
a. Tiada klausa yang menyatakan jumlah kakitangan yang sepatutnya
ditempatkan di sesebuah hospital bagi menjalankan kerja-kerja
penyenggaraan.
b. Aset FEMS tidak mempunyai pelekat terkini.
c. Aduan kerosakan lewat diambil tindakan.
RINGKASAN EKSEKUTIF
-
Laporan Tahunan Cawangan Audit Dalam 2011
xiii
PRAKATA
d. Buku aduan tidak dilengkapkan oleh pengguna.
e. Penyenggaraan aset tidak mengikut jadual Plan Preventive Maintenance
(PPM).
f. Penyenggaraan tidak sempurna tetapi dibayar.
viii. Kajian Terhadap Bayaran Penyenggaraan Facility Biomedicals
Engineering Maintenance Services (BEMS) Kepada Syarikat Konsesi
Di Hospital KKM
a. Daftar Laporan Kerosakan tidak lengkap dan kemas kini.
b. Bayaran ke atas peralatan yang tidak ditemui di Hospital Banting.
c. Aksesori aset didaftar sebagai aset baru di Hospital Banting.
d. Bayaran ke atas aset yang rosak di Hospital Langkawi dan Hospital Batu
Pahat.
e. Aset tidak digunakan dibayar yuran perkhidmatan di Hospital Langkawi.
f. Peralatan perubatan tidak berfungsi dengan baik di Hospital Langkawi.
g. Peralatan dalam stor tidak disusun dengan kemas dan teratur.
h. Peralatan perubatan rosak di Hospital Langkawi.
RINGKASAN EKSEKUTIF