Ringgit Ed23 Draft3

12

Transcript of Ringgit Ed23 Draft3

Page 1: Ringgit Ed23 Draft3
Page 2: Ringgit Ed23 Draft3

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Industri PerbankanIslam

Perbankan Islam merujuk kepadasistem perbankan yang berlandaskanundang-undang Islam, yang jugadikenali sebagai undang-undangSyariah. Prinsip-prinsip asas yangmendasari perbankan Islam ialah salingberkongsi risiko dan keuntungan antarakedua-dua pihak, jaminan keadilanuntuk semua dan urus niaga yangdijalankan itu berdasarkan aktivitiperniagaan atau aset asas.

Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilaiteras perbankan Islam yangmenggalakkan aktiviti yang memupukkeusahawanan, menjana perniagaandan perdagangan serta aktiviti yangmenjurus kepada pembangunankemasyarakatan yang memanfaatkan

semua lapisan masyarakat. Aktivitiyang melibatkan faedah (riba ),perjudian (maisir) dan urus niagaspekulatif (gharar) adalah dilarang.

Dengan memanfaatkan pelbagaikonsep kewangan Islam seperti ijarah(sewa beli), mudarabah (perkongsiankeuntungan) dan musyarakah(perkongsian), institusi perbankanmempunyai fleksibiliti, kreativiti danpilihan yang lebih banyak dalammenghasilkan produk kewangan Islam.Selain itu, dengan menekankanbahawa keperluan terhadap urus niagaharus disokong oleh aktiviti berkaitanperdagangan atau perniagaan yangsebenar, perbankan Islam menetapkanpiawaian yang lebih tinggi bagipelaburan dan menggalakkankebertanggungjawaban danpengurangan risiko yang lebih besar.

Pengenalan KewanganIslam di Malaysia

Page 3: Ringgit Ed23 Draft3

• 3

Kewangan Islam telah berkembang dengan begitu pesatsejak mula diperkenalkan pada tahun 1970-an. Asetperbankan Islam global dan aset di bawah pengurusankewangan Islam telah mencecah USD1.3 trilion padatahun 2011.

Terdapat lebih daripada 600 institusi kewangan Islamdi 75 buah negara di seluruh dunia. Menurut AsianBanker Research Group, 100 bank Islam terbesar didunia telah mencatat kadar pertumbuhan aset tahunansebanyak 26.7% dan industri kewangan Islam globalmencatat pertumbuhan purata 15-20% setiap tahun.

Industri kewangan Islam di Malaysia telah beroperasilebih daripada 30 tahun yang lalu. PenggubalanAkta Bank Islam 1983 telah membolehkan BankIslam yang pertama ditubuhkan. Seterusnya, lebihbanyak institusi kewangan Islam telah ditubuhkan didalam negara berikutan liberalisasi sistem kewanganIslam.

Kejayaan Malaysia membangunkan industri kewanganIslam domestik dalam tempoh 30 tahun telahmemberikan asas yang kukuh kepada kestabilankewangan negara dengan meningkatkan kekayaan,

kepelbagaian dan kematangan sistem kewanganIslam. Pada akhir tahun 2011, aset perbankan IslamMalaysia telah mencapai USD142.1 bilion (RM434.6bilion) dengan kadar pertumbuhan tahunan purata16%.

Pada masa ini, kewangan Islam terus berkembangpesat di Malaysia. Ini disokong oleh persekitaran yangkondusif yang terkenal dengan inovasi produk yangberterusan, kepelbagaian institusi kewangan dariseluruh pelosok dunia, pelbagai rangkaian instrumenpelaburan Islam, infrastruktur kewangan yangkomprehensif dan menerima pakai amalan terbaikpengawalseliaan dan undang-undang global. Malaysiajuga telah memberikan lebih penekanan kepadapembangunan modal insan seiring denganpembangunan industri kewangan Islam bagimemastikan ketersediaan tenaga kerja mahir dalamkewangan Islam. Semua ini telah mentransformasikanMalaysia menjadi salah satu pasaran perbankan Islamyang paling maju di dunia.

“Kejayaan Malaysiamembangunkan industrikewangan Islam domestikdalam tempoh 30 tahuntelah memberikan asas yangkukuh kepada kestabilankewangan negara ....”

“Kewangan Islam telahberkembang denganbegitu pesat sejak muladiperkenalkan pada tahun1970-an.”

Page 4: Ringgit Ed23 Draft3

4 •

Liberalisasi yang pesat dalam industri kewangan Islam,di samping persekitaran yang memudahkan urusanperniagaan, telah mendorong institusi kewangan asingmemilih Malaysia untuk menjalankan perniagaanperbankan Islam. Ini telah dapat memupuk komunitiinstitusi kewangan tempatan dan antarabangsa yangpelbagai dan semakin besar.

Kini, Malaysia mempunyai sebilangan besar bankIslam yang menjalankan perniagaan perbankan Islamsepenuhnya, termasuk beberapa entiti milik asing;institusi konvensional yang telah menubuhkansubsidiari Islam dan juga entiti yang menjalankanperniagaan mata wang asing. Semua institusikewangan diberikan kebenaran untuk menjalankanperniagaan dalam ringgit dan bukan ringgit.

Perkembangan dalam industri perbankan Islam iniadalah selaras dengan usaha Kerajaan untukmemajukan Malaysia sebagai sebuah pusat kewangan

Islam antarabangsa. Pelbagai insentif juga diberikankepada institusi-institusi perbankan Islam untukmenyediakan rangkaian produk dan perkhidmatankewangan Islam di Malaysia.

Melangkah ke hadapan, bagi kemajuan sektorkewangan Malaysia, satu Pelan Sektor Kewanganbaharu untuk tempoh sepuluh tahun (2011-2020) telahdilancarkan pada 21 Disember 2011. Pelan SektorKewangan ini juga akan menyumbang ke arahmendorong usaha-usaha untuk terus membangunkanMalaysia menjadi ekonomi bernilai tambah tinggi danberpendapatan tinggi. Bagi kewangan Islam, strategiyang disasarkan adalah ke arah pengantarabangsaanyang lebih menyeluruh dengan integrasi yang lebihmeluas dalam sistem kewangan global melaluipeningkatan perkongsian antara negara, industri danpasaran merentas pelbagai negara.

Sumber : info kewangan islam / islamicfinanceinfo

“Perkembangan dalam industri perbankan Islam ini adalahselaras dengan usaha Kerajaan untuk memajukan Malaysiasebagai sebuah pusat kewangan Islam antarabangsa.”

Page 5: Ringgit Ed23 Draft3

• 5

PengeluaranWang KWSP

ApabilaHilangUpaya

Objektif utama penubuhan Kumpulan Wang SimpananPekerja (KWSP) adalah untuk menyediakan jaminankewangan asas semasa persaraan ahli. Oleh itu,sebagai sebuah organisasi yang prihatin danberorientasikan ahli, KWSP telah memperkenalPengeluaran Hilang Upaya. Di bawah pengeluaran ini,anda boleh mengeluarkan semua simpanan KWSPsekiranya anda mengalami hilang upaya fizikal ataumental yang menghalang anda daripada terus bekerja.Dengan adanya kemudahan ini, pastinya bebankewangan anda semasa mengalami kesulitan dapatdikurangkan.

Siapa yang layak memohon untukPengeluaran Hilang Upaya?

Anda boleh memohon Pengeluaran Hilang Upayasekiranya doktor atau pakar perubatan telahmengesahkan anda hilang upaya dari segi fizikal ataumental serta tidak lagi mampu untuk terus bekerja.KWSP akan mendapatkan pengesahan doktor pakardari hospital swasta atau kerajaan yang anda telahatau sedang menjalani rawatan.

Jika anda mengemukakan laporan perubatan yangdikeluarkan oleh pengamal perubatan swasta ataupunLaporan Pencen Ilat dari PERKESO, anda akan dirujukkepada dua klinik panel KWSP untuk mengesahkantahap ketidakupayaan anda. Anda kemudiannya akandirujuk kepada doktor ketiga untuk pemeriksaansekiranya salah seorang daripada dua doktor terdahulutidak menyokong permohonan anda.

Perlukah saya mengemukakanpengesahan tahap kesihatan sayaapabila memohon bagi pengeluaranini?

Ya, anda perlu mengemukakan pengesahan tahapkesihatan anda apabila memohon pengeluaran ini.Sebagai sokongan kepada permohonan pengeluaranini, anda perlu mengemukakan laporan perubatan yangtidak melebihi jangka masa satu tahun dari tarikhKWSP menerima permohonan anda. Laporan itu perlumengandungi butiran penyakit atau kemalangan yangmengakibatkan anda hilang upaya selain daripadamaklumat berkaitan kesihatan semasa anda.

Bolehkah saya memohonpengeluaran ini sekiranya sayamasih mampu bekerja walaupunmengalami hilang upaya?

Tidak boleh. Anda hanya boleh memohon pengeluaranini sekiranya anda tidak lagi bekerja. Ini kerana andamungkin telah dibersarakan atau ditamatkanperkhidmatan atas sebab kesihatan oleh majikan anda.

Adakah saya akan ditemu dugasemasa membuat permohonanPengeluaran Hilang Upaya?

Ya. Sebagai sebahagian daripada proses Pengeluaran

Page 6: Ringgit Ed23 Draft3

6 •

Hilang Upaya, anda akan ditemu duga oleh pegawaiKWSP semasa anda membuat permohonan.Sekiranya anda tidak dapat hadir disebabkanketidakupayaan anda, temu duga boleh diaturkan dihospital ataupun di rumah anda.

Pegawai penemu duga akan menilai kes dan akanmembuat cadangan yang boleh membantumenentukan keputusan permohonan anda.

Berapakah jumlah yang bolehdikeluarkan di bawah pengeluaranini?

Anda boleh mengeluarkan semua simpanan KWSPanda di bawah Pengeluaran Hilang Upaya.

Bagaimanakah cara untuk sayamemohon pengeluaran ini?

Anda perlu melengkapkan Borang KWSP 9L (AHL)serta mengemukakan dokumen sokongan lain, sepertiMyKad dan juga buku akaun simpanan atau salinanasal penyata akaun semasa anda di mana-manacawangan KWSP.

Anda juga perlu mengemukakan laporan perubatanasal sama ada dari hospital kerajaan atau swastaatau klinik sebagai sokongan kepada permohonananda. Dokumen tambahan lain sebagai bukti andahilang upaya termasuk Laporan Lembaga Perubatanyang menyatakan keadaan kesihatan anda atauLaporan Pencen Ilat dari PERKESO. Anda perlumemastikan bahawa tarikh semua dokumen inimestilah tidak melebihi satu tahun dari tarikh KWSPmenerima permohonan anda.

Sebagai ahli yang hilang upaya,adakah saya layak menerimaBantuan Hilang Upaya dari KWSP?

Ya. Sebagai ahli hilang upaya, anda layak menerimabantuan tambahan berjumlah RM5,000 sebagai tandasimpati daripada KWSP untuk mengurangkan bebankewangan anda. Kemudahan ini layak dinikmatisekiranya anda berumur kurang daripada 55 tahun dantelah memohon bagi Pengeluaran Hilang Upaya KWSPdalam tempoh 12 bulan selepas anda berhenti kerjaatau diberhentikan oleh majikan atas alasan hilangupaya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Pengeluaran HilangUpaya, sila hubungi Pusat Panggilan KWSP di03-8922 6000 atau layari laman web myEPF diwww.kwsp.gov.my.

Sumber : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

“Pegawai penemu dugaakan menilai kes dan akanmembuat cadangan yangboleh membantumenentukan keputusanpermohonan anda.”

“Anda perlu memastikanbahawa tarikh semuadokumen ini mestilah tidakmelebihi satu tahun daritarikh KWSP menerimapermohonan anda.”

Page 7: Ringgit Ed23 Draft3

• 7

Faedah ialah caj yang dikenakan ke atas wang yangdipinjam atau keuntungan yang diperoleh daripada wangyang didepositkan. Kadar faedah yang dikenakan ataspinjaman adalah ukuran risiko yang diambil olehpemberi pinjam. Semakin tinggi risikonya, makasemakin tinggilah kadar faedah yang dikenakan.

Biasanya ada 3 jenis kadar faedah yang terdapat dipasaran. Ini termasuk:-

1) Kadar sama rataFaedah dikira berdasarkan jumlah asal nilaipinjaman sepanjang tempoh pinjaman.

2) Kadar tetapFaedah dihitung berdasarkan baki pinjamansemasa pada kadar faedah yang tidak berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman.

3) Kadar terapungFaedah dihitung berdasarkan baki pinjamansemasa, dengan kadar faedah bersandarkan padaindeks atau kadar asas. Kadar ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Indeks ataukadar asas faedah yang paling biasa digunakanialah Kadar Pinjaman Asas (KPA).

Kesan Kadar Faedah keAtas Wang Pinjaman

Faedah kadar sama rata biasanya adalah lebih tinggiatau mahal kerana ia dihitung di atas jumlah asalpinjaman yang dibuat dan dikenakan sepanjang tempohpinjaman. Sebaliknya, faedah kadar tetap dan faedahterapung pula dikira berdasarkan baki pinjamansemasa.

Memahami faedah kompaun

Faedah kompaun pada dasarnya seperti faedah biasa.Ia dikira ke atas pinjaman pokok dan juga faedahterkumpul. Pengiraan faedah adalah secara tahunan,bulanan atau harian. Kesan faedah lebih ketaramengikut kekerapan pengiraan faedah kompaun.

Faedah kompaun juga boleh diibaratkan sebagaipedang bermata dua, iaitu sesuatu yang bolehmendatangkan kebaikan dan juga keburukan. Selainmemberikan pulangan pelaburan yang lebih tinggi,faedah kompaun juga menyebabkan caj faedah yanglebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaranbalik pinjaman atau hutang kad kredit.

Amalan ini biasanya digunakan dalam pengiraanhutang kad kredit dan juga pengiraan pinjamanperumahan.

Sumber : Buku POWER ! Pengurusan wang ringgit anda olehAgensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

Page 8: Ringgit Ed23 Draft3

8 •

Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapajenis caj tetapi masih boleh memperoleh kad kredit.Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya.

• Buat perbandingan untuk mendapatkan tawaranyang terbaik. Lihat sekiranya terdapatpengecualian yuran tahunan dan yuranpenyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahunpertama.

• Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kreditsebagai pilihan terakhir kerana faedah (cajkewangan) dan fi yang dikenakan sangat tinggi.

• Bayar sebelum tarikh akhir penyata anda untukmengelak daripada membayar faedah dan cajbayaran lewat.

• Cuba langsaikan semua baki belum jelas untuk

mengelakkan daripada membayar faedah. Ketahuiakibat membayar hanya jumlah minima sepanjangmasa.Ilustrasi di bawah menunjukkan tempoh bayaranbalik dan jumlah faedah yang dikenakan pada kadarmaksimum, jika anda hanya membayar amaunminimum setiap bulan, iaitu 5% daripada bakibelum jelas.Seperti jadual di bawah, jika baki belum jelas ialahRM10,000, anda akan mengambil masa selama7.3 tahun untuk menjelaskan keseluruhan hutanganda. Di samping ITU, anda juga terpaksamembayar RM 3,897 untuk bayaran yang padaawalnya hanya berjumlah RM 10,000.

• Waspada terhadap sebarang perubahan kepadadasar dan kadar faedah.

Tip Mengurangkan CajPada Kad Anda

Baki belum jelas RM1,000 RM5,000 RM10,000

Kadar faedah (tahunan) 17.5% 17.5% 17.5%

Tempoh pembayaran (tahun) 2.0 5.8 7.3

Jumlah faedah yang dikenakan RM191 RM1,838 RM3,897

Sumber : infoperbankan

Page 9: Ringgit Ed23 Draft3

• 9

Cek digunakan sebagai bil pertukaran dalam sesuatutransaksi pembayaran, yang lazimnya digunakandalam kalangan ahli perniagaan mahupun individu.Terdapat juga yang menggunakan cek yang ditulisdengan tarikh hadapan bagi membolehkan penyuruhbayar menguruskan aliran tunai dalam akaunsemasanya. Cek ini juga dikenali sebagai cek lewattarikh.

Cek lewat tarikh ini diperakui sebagai bil pertukaranyang sah. Walau bagaimanapun penggunaannya dalamsebarang transaksi pembayaran adalah tidakdigalakkan. Malahan, jika cek seumpama inidigunakan, ada kemungkinan cek tersebut ditolak dandipulangkan oleh pihak institusi perbankan. Tidakdinafikan, terdapat juga sesetengah cek lewat tarikhyang didepositkan sebelum tarikh, berjaya diprosesdan diluluskan berdasarkan budi bicara bank terbabit.Kebiasaannya, cek lewat tarikh diguna pakai untukmembuat pembayaran ansuran pinjaman kepada pihakbank. Sejumlah dana akan dikreditkan daripada akaunpenyuruh bayar apabila tiba tarikh yang tertera padacek tersebut.

Penyuruh bayar perlu peka terhadap implikasi dalammenggunakan cek lewat tarikh dan memastikan danadalam akaun mencukupi untuk dikreditkan ke akaunpenerima pada tarikh yang telah ditetapkan pada cektersebut. Sekiranya dana tidak mencukupi, makapenyuruh bayar akan dikenakan denda dan cajperkhidmatan tambahan minimum sebanyak RM50.00.Selain itu, penyuruh bayar juga perlu menyedari akankemungkinan akaunnya dibekukan jika transaksi yangsama berlaku berulang kali. Dalam hal ini, pihakinstitusi perbankan tidak bertanggungjawab ke atastransaksi dan implikasi penggunaan cek lewat tarikh.

Langkah-langkah YangSewajarnya

1. Komunikasi dan persefahaman di antara penyuruhbayar dan penerima adalah penting bagimemastikan cek lewat tarikh tidak didepositkansebelum tarikh yang tertera pada cek. Oleh itu,pastikan pihak penerima bersetuju untukmendepositkan cek mengikut tarikh pada cek.

2. Jika cek lewat tarikh didepositkan ke dalam akaunpenerima dan cek tersebut ditolak oleh pihakinstitusi perbankan, maka penerima tersebut akandikenakan caj.

3. Sekiranya penyuruh bayar ingin membuat bayaranpada tarikh hadapan, adalah dicadangkan supayapenyuruh bayar menggunakan saluran lain yanglebih efisien seperti perkhidmatan perbankan atastalian, arahan tersedia atau perbankan melaluipanggilan telefon.

Walaupun penggunaan cek masih diguna pakai,pengguna adalah digalakkan untuk berpindahkepada pembayaran secara elektronik (e-pembayaran) yang lebih cekap dan mudah.

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan ataupertanyaan lanjut mengenai penggunaan cek lewattarikh, anda boleh mendapatkan maklumat denganmenghubungi institusi perbankan anda melalui pautandi infoperbankan.

Sumber : infoperbankan

Cek Lewat TarikhUntuk TransaksiBayaran

Page 10: Ringgit Ed23 Draft3

10 •

Apakah itu Insurans Wanita?

Pelan ini serupa dengan Insurans Perubatan danKesihatan, tetapi pelan ini lebih fokus kepada penyakitdan keadaan berkaitan dengan wanita. Pelan inibiasanya ditawarkan sebagai manfaat tambahan ataudikenali juga sebagai “rider” bagi pelan asas.

Apakah Manfaat Utama yangdisediakan di bawah InsuransWanita?

Manfaat utama yang boleh anda dapati di bawah pelantersebut adalah seperti berikut:1. Perlindungan untuk penyakit utama wanita2. Perlindungan semasa kehamilan dan melahirkan

anak3. Perlindungan daripada keadaan berkaitan umur4. Manfaat nilai ditambah lain yang berkaitan dengan

gaya hidup wanita

Apakah antara Jenis PenyakitUtama Wanita yang dilindungi?

Antara jenis penyakit utama yang dilindungi ialahkanser dan Carcinoma-in-Situ, di bahagian organ

wanita (contohnya, payu dara, rahim, pangkal rahimdan sebagainya) dan juga penyakit yang cenderungdihadapi oleh kaum wanita seperti Lupus ErythematosusSystemic (SLE) dengan Lupus Nephiritis. Amaunmanfaat yang akan dibayar bergantung kepada tahapkeadaan tersebut.

Apakah antara manfaat Bersalindan Melahirkan Anak yangdisediakan?

Antara manfaat biasa yang disediakan ialah kematianibu bersalin, komplikasi kehamilan (contohnya,hipertensi teruk semasa hamil, lahir mati, kehamilandi luar rahim dan sebagainya), kematian neonatal dananomaly congenital (contohnya, sindrom down, langit-langit sumbing, spina bifida (sumbing tulang belakang)dan sebagainya). Amaun manfaat yang akan dibayarbergantung pada jenis keadaan.

Apakah antara manfaat yangdisediakan di bawah keadaanberkaitan umur?

Apabila seseorang wanita itu semakin berusia, dia lebihmudah menghidap jenis keadaan tertentu sepertiosteoporosis dan arthritis. Oleh itu, dalam pelan

InsuransWanita:SekadarGimikPemasaranatauMelindungi

Page 11: Ringgit Ed23 Draft3

• 11

Insurans Wanita, pinggul atau tulang paha yang patahdisebabkan osteoporosis dan pembedahanpenggantian sendi untuk arthritis adalah dilindungi.

Apakah antara Manfaat NilaiDitambah lain yang disediakandalam pelan Insurans Wanita?

Antara manfaat yang disediakan ialah penilaiankesihatan berkala dan program manfaat yang lainberkaitan dengan kehidupan sihat untuk menjaga danmemeriksa kesihatan mereka. Selain itu, sesetengahsyarikat juga mungkin menawarkan bonus perkahwinandan bonus melahirkan anak untuk memberi ganjarankepada pelanggan setia mereka. Ini tertakluk kepadaterma dan syarat tertentu.

Apakah antara pertimbanganpenting yang perlu diambil kiraapabila memilih polisi InsuransWanita?

Anda mungkin mahu mempertimbang faktor-faktorberikut:• Tempoh Tangguh – adakah terdapat tempoh

tangguh dan berapa lama tempoh itu sebelumanda boleh membuat tuntutan?

• Pengecualian – apa yang tidak dilindungi?Pastikan anda benar-benar jelas tentang perkaraini!

• Had Manfaat – berapakah peratusan JumlahDiinsuranskan yang perlu dibayar untuk pelbagaijenis penyakit berkaitan wanita.

• Kos – adakah premium dalam kemampuan anda?(sila ambil perhatian bahawa premium biasanyatidak dijamin dan mungkin lama-kelamaan akanmeningkat.)

Adakah saya masih perlu membelipelan Insurans Penyakit Kritikalasas jika saya telah membeli pelanInsurans Wanita?

Pelan Insurans Wanita ini hanya melindungi penyakitberkaitan wanita seperti yang tersebut di atas. Andamasih perlu mengambil perlindungan untuk penyakitatau keadaan lain yang tidak dilindungi oleh pelan jenisini. Pelan ini sepatutnya melengkapi pelan PenyakitKritikal asas anda dan bukan menggantikannya.

Sumber: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)

“Antara manfaat yangdisediakan ialah penilaiankesihatan berkala danprogram manfaat yanglain berkaitan dengankehidupan sihat....”

Page 12: Ringgit Ed23 Draft3

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]