RIAK, UJUB, MUNAFIK

29
PENGAJIAN ISLAM - AKHLAK ABDUL MUIZ MUHAMAD KHALIL NURLIYANA SITI FAIRUZ JENIS-JENIS AKHLAK TERCELA : RIAK UJUB MUNAFIK

description

....

Transcript of RIAK, UJUB, MUNAFIK

Page 1: RIAK, UJUB, MUNAFIK

PENGAJIAN ISLAM - AKHLAK

ABDUL MUIZMUHAMAD KHALIL

NURLIYANASITI FAIRUZ

JENIS-JENIS AKHLAK TERCELA :

RIAKUJUB

MUNAFIK

Page 2: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

PENGERTIAN :

Firman Allah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6

Maksudnya: Maka celakalah bagi orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai solatnya dan orang-orang yang riak.

Page 3: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat

2. Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain

Page 4: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK3. Riak dengan perkataan

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata -kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4. Riak dengan ramainya murid dan pengikut

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama' itu dan ulama' ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Page 5: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK

5. Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

Page 6: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK

Peringkat Riak ;

1. Riak Akbar

Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2. Riak Asghar

Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

Page 7: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK

3. Riak Jali (yang terang)

Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4. Riak Khafi (yang tersembunyi)

Riak ini pula tersembunyi di dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Page 8: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAKPunca Riak ;

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada penyakit riak ini antaranya ialah;

1. Sifat suka dipuji oleh orang lain.

Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.

2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain.

Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.

3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian.

Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Page 9: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAKBeberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;

1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah danjuga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.

2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.

3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.

4. Menanamkan di dalam diri bahawa melakukan sesuatu perkara kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu patut dijauhkan.

Page 10: RIAK, UJUB, MUNAFIK

RIAK

5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.

6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan. Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak.Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas keranaAllah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya.

Page 11: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri, merasa dirinya hebat, bangga diri, terpesona dengan kehebatan diri.

Page 12: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

Ujub adalah sifat seseorang dimana ia merasa dirinya lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dan senang dengan dirinya, senang dengan yang diucapkannya, yang diperbuatnya hingga meremehkan orang lain.

PENGERTIAN ;

Ujub berbeza dengan sombong kerana sombong adalah sifat seseorang dimana ia hanya dengan dirinya tetapi tidak sampai meremehkan orang lain

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Page 13: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

“Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.”

Dalam surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36) ;

� �اال ت م�خ� �ان� ك م�ن �ح$ب" ي � ال )ه� الل $ن, إ� ف�خ�ورا

Nabi saw. bersabda,

"Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).” (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Page 14: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUBFAKTOR- FAKTOR PENYEBAB ‘UJUB

1) LINGKUNGAN KELUARGA

Faktor pertama yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ ujub adalah lingkungan keluarga. Hal ini terjadi kerana seseorang itu membesar di dalam lingkungan keluarga yang salah satu atau kedua orang tuanya memiliki sikap sifat senang dipuji, selalu merasa benar sendiri, selalu mengabaikan nasihat dari orang lain yang merupakan tanda sifat ‘ujub. Oleh kerana itulah islam menganjurkan para ibu bapa yang berpegang teguh pada nilai-nilai agama dalam mendidik anak-anak. Ini adalah kerana hanya nilai-nilai agama sahajayang dapat menjaga ibu bapa dari sifat-sifat negatif sehingga mereka dapat menjadi teladan bagi anak-anaknya.

Page 15: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

2) PUJIAN YANG TIDAK SESUAI DENGAN ETIKA SYARIAH

Faktor kedua yang boleh menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah pujian dari orang lain. Ada sebahagian orang yang mudah memuji orang lain secara terang-terangan tanpa memperhatikan etika syariat. Pujian seperti itu kemudiannya mempengaruhi orang yang dipujinya. Ia lalu merasa memilki lebih daripada orang lain dan kerana bisikan syaitan yang terus menerus, perasaan ini melahirkan sikap ‘ujub.

Page 16: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

3) PERGAULAN DENGAN ORANG YANG SUKA UJUB

Faktor lain yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah pergaulan dengan orang yang suka membanggakan diri. Hal itu terjadi kerana seseorang boleh saja dipengaruhi oleh temannya. Jika temannya memiliki sifat suka membanggakan diri, ia akan terpengaruh oleh sifat temannya tersebut. Kerana itulah islam menekankan pentingnya berhati-hati dalam memilih teman. Pemilihan teman yang berakhlak terpuji akan memberikan implikasi positif bagi seseorang dalam berakhlak mulia. Begitu juga sebaliknya, teman yang buruk perangainya hanya akan memerangkapnya ke dalam akhlak yang tercela.

Page 17: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

4) LUPA KEPADA PEMBERI NIKMAT

Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang bersikap ‘ujub adalah lupa kepada Tuhan pemberi nikmat. Lazimnya, jika seseorang itu diberi kenikmatan oleh Allah seperi harta, ilmu kekuatan, kemulian dan lain-lain, ia akan menerima semua kenikmatan itu tetapi lupa untuk mensyukurinya.

Page 18: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

KESAN NEGATIF SIKAP ‘UJUB - KESAN BAGI PELAKU

1) Terjerumus ke dalam sikap terpedaya dan sombong

Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu memandang rendah kepada kemampuan orang lain dan juga merasa dirinya lebih dari segala-gala hal berbanding dengan orang lain

2) Putus asa saat menerima cobaan dan musibah

Manusia yang bersikap ‘ujub akan mudah merasa terbeban ketika ujian Allah mendatanginya. Ia akan berputus asa pada setiap perkara yang tidak berjaya dilakukannya. Ini disebabkan oleh sikapnya yang melupakan Allah disaat kesengannya dan kerana itu Allah juga melupakannya disaat kesusahannya.

Page 19: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

3) Terhalang dari bimbingan illahi( TAUFIQ ILAHI)

Sikap ‘ujub juga menjadikan seseorang itu lupa pada maha pencipta iaitu Allah SWT. Akhirnya, ia dibiarkan, tidak mendapat bimbingan dari Allah dalam setiap apa yang dilakukannya. Sunnatullah (ketentuan Allah) telah menetapkan bahawa Allah tidak akan member bimbingan kecuali kepada yang merendahkan dirinya di hadapan Allah, menghindarkan diri dari godaan syaitan, memohon perlindungan sepenuhnya kepada-Nya dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk tunduk dan patuh kepada-Nya.

4) Dijauhi atau dibenci orang lain

Sikap ‘ujub akan mengundang murka Allah SWT. Barang siapa yang dimurkai Allah, seluruh penduduk langit akan memurkainya. Akhirnya, orang yang ‘ujub pun akan dibenci penduduk bumi. Mereka akan menjauhi, membenci, tidak ingin melihat, juga tidak ingin mendengar suaranya

Page 20: RIAK, UJUB, MUNAFIK

UJUB

CARA MERAWAT PENYAKIT ‘UJUB

1) Selalu menyedari hakikat diri.2) Selalu menyedari hakikat kehidupan dunia dan akhirat.3) Sentiasa mengingati nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.4) Mengawal sikap sombong.5) Sentiasa muhasabah diri.6) Memohon pertolongan kepada Allah SWT

Page 21: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIKPENGERTIAN Munafik adalah orang yang termasuk dalam golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Allah.

Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya ingkar. Perbuatan orang munafik disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.

Page 22: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIK

Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya.

Page 23: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIKTANDA-TANDA MUNAFIK

1. Ingin menipu daya Allah.

Firman Allah: “Dan diantara manusia ada yang mengatakan,’aku beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian,’padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman.Mereka itu hendak menipu Allah berserta orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu

dirinya sendiri,sedang mereka tidak sedar” [Qs Al Baqarah: 8-9]

و�م�ا . اآلخ$ر$ $ �و�م �ي $ال و�ب )ه$ $الل ب ,ا آم�ن ��ق�ول ي م�ن ,اس$ الن و�م$ن�$ين� $م�ؤ�م$ن ب ه�م ه�م �نف�س� أ , $ال إ �خ�د�ع�ون� ي و�م�ا �وا آم�ن ,ذ$ين� و�ال )ه� الل �خ�اد$ع�ون� ي

ون� �ع�ر �ش� ي و�م�ا

Page 24: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIK

2. Lebih suka memilih orang kafir sebagai pepimpinnya.

Firman Allah maksudnya:

“…..(iaitu) orang yang mengambil orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan disisi orang

kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah” [Qs An Nisa’ :139]

�غ�ون� �ت �ب �ي أ $ين� �م�ؤ�م$ن ال د�ون$ م$ن �اء $ي و�ل� أ �اف$ر$ين� �ك ال ,خ$ذ�ون� �ت ي ,ذ$ين� ال

� ج�م$يعا )ه$ $ل ل ة� الع$ز, $ن, ف�إ ة� �ع$ز, ال �ع$ند�ه�م

Page 25: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIK

3 . Tidak mahu diajak berhukum dengan hukum Allah dan RasulNya.

Firman Allah:

“Apabila dikatakan kepada mereka (org munafik):”Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul,” nescaya kamu lihat

orang-orang munafik menghalangi (manusia ) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu”

[Qs An Nisa:61]

�ت� �ي أ ر� س�ول$ الر, $ل�ى و�إ �)ه الل ل� �نز� أ م�ا $ل�ى إ � �و�ا �ع�ال ت �ه�م� ل ق$يل� $ذ�ا و�إ � ص�د�ودا ع�نك� �ص�د"ون� ي �اف$ق$ين� �م�ن ال

Page 26: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIK

4. Malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk (riak)

Firman Allah: “Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut

asma Allah, kecuali sedikit sekali [Qs An Nisa:142]

�ة$ الص,ال $ل�ى إ � ق�ام�وا $ذ�ا و�إ خ�اد$ع�ه�م� و�ه�و� )ه� الل �خ�اد$ع�ون� ي �اف$ق$ين� �م�ن ال $ن, إ � $يال ق�ل , $ال إ )ه� الل ون� ��ر �ذ�ك ي � و�ال ,اس� الن آؤ�ون� �ر� ي ال�ى �س� ك � ق�ام�وا

Page 27: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIK

5. Berdusta apanbila berkata, menyalahi janji dan khinat (pecah amanah)

“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah)

suka khinat” [Hr muslim dan bukhari]

Page 28: RIAK, UJUB, MUNAFIK

MUNAFIK

Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.

Firman ALLAH :

Pengaruh munafik bagi kehidupan bermasyarakat.

“Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun

orang kafir membenci.” [Qs Asy-Shaf;8]

�ور$ه$ ن $م" م�ت �,ه و�الل �ف�و�اه$ه$م� $أ ب ,ه$ الل �ور� ن �ط�ف$ؤ�وا $ي ل �ر$يد�ون� يون� ��اف$ر �ك ال �ر$ه� ك �و� و�ل

Page 29: RIAK, UJUB, MUNAFIK

SYUKRANJAZILAN