RFP_Lengkap2009 semesta

21
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) TAHUN 2009 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 27600 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR

description

rfp

Transcript of RFP_Lengkap2009 semesta

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)TAHUN 2009

SM SAINS TENGKU ABDULLAH27600 RAUB PAHANG DARUL MAKMUR

KANDUNGAN

RUMUSAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) UNTUK TAHUN 2009

AspekMuka Surat

Kebitaraan Sains & Teknologi (Fizik)3

Kebitaraan Petah Bicara8

Kebitaraan Kriket12

REQUEST FOR PROPOSAL

BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN SAINS DAN TEKNOLOGI (FIZIK)

RINGKASAN EKSEKUTIF

Program Sains dan Teknologi adalah program kebitaraan untuk melonjakkan kecemerlangan dalam bidang Sains dan Teknologi khususnya subjek Fizik dalam kalangan pelajar dan warga sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

Subjek Fizik dipilih sebagai satu kebitaraan kerana pengaplikasian ilmu Fizik sangat luas dalam usaha memacu pembangunan negara. Kurikulum Fizik membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan tentang konsep, hukum, teori serta aplikasi Fizik dalam bidang teknologi dan kehidupan seharian. Ilmu Fizik juga penting untuk persediaan para pelajar menceburkan diri dalam kerjaya bidang Sains dan Teknologi yang khusus dan profesional seterusnya mampu menangani cabaran dunia dan bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan Sains dan Teknologi. Dalam usaha mendorong minat pelajar terhadap subjek Fizik diharap para pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dan seterusnya meningkatkan gred purata subjek Fizik dalam SPM.

SM. Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) merupakan sekolah berasrama penuh pengkhususan Sains dan Teknikal, maka pemilihan Sains dan Teknologi adalah kesinambungan kecemerlangan SEMESTA di persada. Pengetahuan Sains dan Teknologi penting dalam melahirkan para cendikiawan yang hebat tentang ilmu dunia. Usaha-usaha akan dijalankan dalam membangunkan ko-kurikulum di bawah Sains dan Teknologi, antaranya Reka Cipta dan Inovasi Sains, pembinaan Roket dan Solar Car serta Robotik. Program ini bertujuan membuka seluas-luasnya kreativiti pelajar khususnya tentang pengaplikasian ilmu Fizik dan akhirnya menjadikan Sains dan Teknologi sebagai budaya SEMESTA. Untuk mencapai hasrat program ini, sekolah memerlukan peruntukkan sebanyak RM 180,000.00.

2. LATAR BELAKANG PROGRAM

SM. Sains Tengku Abdullah merupakan sebuah sekolah sains di bawah pentadbiran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster. Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan semua pelajar sekolah sains mengambil subjek elektif Sains Tulen atau Sains Teknikal. Para pelajar yang terpilih ke sekolah ini sama ada dari keputusan UPSR ke tingkatan 1 atau PMR untuk ke tingkatan 4 semuanya merupakan pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Berasaskan nama sekolah ini, jelas bahawa fokusnya adalah mata pelajaran Sains, termasuk Sains menengah rendah, Fizik, Kimia dan Biologi. Sebagai sekolah berpengkhususan Sains Teknikal, mata pelajaran teknologi seperti Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan turut diberikan keutamaan Pengetahuan yang ditimba oleh para pelajar banyak membantu mereka menyertai pertandingan Kokurikulum Akademik dan merangkul kejayaan antaranya mendapat tempat ke 3 Negeri Pahang bagi Pertandingan Roket 2006, tempat ke 3 SBP bagi Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Sains tahun 2006 dan Penyertaan peringkat antarabangsa (Singapura) bagi Pertandingan Robotik tahun 2004. Kejohanan dan pertandingan ini menjadi acara tahunan yang disertai oleh semua sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah di bawah kementerian pelajaran khususnya.

Atas kesedaran semua pihak, Fizik dipilih sebagai fokus bidang kebitaraan akademik Sains dan Teknologi kerana keutamaan subjek tersebut sebagai mata pelajaran asas yang penting bagi para pelajar sekolah ini menceburi bidang berkenaan dan mampu bersaing bagi mendapatkan tempat di institusi pengajian di luar negara atau tempatan. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah status negara maju, Malaysia memerlukan warga yang berorientasikan Sains, kreatif dan berdaya saing dalam bidang Sains dan Teknologi. Pelajar sekolah ini yang merupakan pelajar terpilih, pintar dan berdisiplin sememangnya berkemampuan menyahut cabaran ini, mencapai keputusan SPM yang cemerlang dan berjaya dalam bidang Sains dan Teknologi.

3. OBJEKTIF

1. Mencapai kelulusan 100% dan sekurang-kurangnya 55% pelajar mendapat A dalam subjek Fizik pada tahun 2011.2. Menarik minat pelajar tentang ilmu Fizik dan mengaplikasikan konsep Fizik dalam kehidupan.3. Memberi persediaan yang cukup untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dan memilih kerjaya yang berkaitan dengan Sains dan Teknologi.4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pertandingan yang berkaitan dengan bidang Sains dan Teknologi khususnya Fizik hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.5. Meningkatkan kepakaran guru dalam bidang Sains dan Teknologi bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan guru-guru lain di Pahang.

KOMPONEN

BilProgram/ ProjekAktivitiKos(RM)

1Meningkatkan Program Sains dan Teknologi (Fizik)Latihan kemahiran2,500.00

Kursus dalaman bagi pelajar dan guru5,000.00

Program `Physics Camp20,000.00

Penyertaan Pertandingan dalam Negara38,500.00

Program Kesedaran dan peningkatan minat pelajar

10,000.00

Menaik taraf makmal sains84,000.00

Penyelenggaraan lanskap dan infrastruktur taman sains dan teknologi20,000.00

JUMLAH180,000.00

SUMBER KEWANGAN

Kementerian Pelajaran Malaysia

ANGGARAN KOS

Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 180, 000.00

OUTPUT & FAEDAH

Output1. Pengkhususan subjek Fizik melalui bengkel, program terancang dan kursus mampu melonjak prestasi pencapaian Fizik ke tahap yang lebih cemerlang.2. Melalui bimbingan, latihan dan kursus yang tersusun membolehkan SEMESTA melahirkan pasukan berprestasi tinggi dalam bidang sains dan teknologi bagi persediaan menghadapi sebarang pertandingan berkaitan sains dan teknologi.3. Kursus dan latihan yang diberikan dapat memilih wakil pelajar yang benar-benar berketrampilan untuk mewakili sekolah dalam setiap pertandingan sains dan teknologi diadakan di dalam dan di luar Negara.4. Infrastruktur serta suasana dan `iklim sains dan teknologi yang kondusif akan meningkatkan pemikiran, minat dan potensi diri dalam kebitaran sains dan teknologi5. Kredibiliti graduan SEMESTA akan diiktiraf dan dikenali serta memudahkan pelajar mendapatkan biaya dan biasiswa menyambung pelajaran mereka.6. SEMESTA sebagai pusat rujukan fizik kepada pelajar sekolah luar melalui penjenamaan `Physics camp anjuran SEMESTA.

Faedah

Faedah yang akan diperolehi dari kebitaraan pasukan ini boleh dibahagikan kepada beberapa sudut;

1. Pelajar kredibiliti dan jati diri yang unggul sewaktu ditemuduga untuk biasiswa mahir dan biasa menggunakan data dan kajian dalam semua bidang yang diceburi

2. Guru meningkatkan, meneruskan dan mendalami kajian dalam bidang-bidang yang mereka minati sewaktu di universiti dahulu membuka peluang untuk membentang, menulis hasil kajian dan mengikuti perkembangan ilmu di dalam dan di luar Negara

3. SEMESTA menaikan nama sekolah di dalam dan di luar negara sebagai instituisi yang melahirkan pemimpin muda yang mempunyai disiplin minda yang mantap

4. Kementerian Pelajaran Malaysia dapat melahirkan insan total dan generasi Malaysia baru memperkembangkan potensi individu pelajar

5. Malaysia- menaikan nama Malaysia di pertandingan-pertandingan menjurus kepada bidang sains dan teknologi.

JUSTIFIKASI

1. Penglibatan pelajar dalam program yang tersusun ini dapat meningkatkan disiplin diri, minda dan keyakinan diri serta membina personaliti pemimpin muda yang hebat.2. Kejayaan sekolah dalam pertandingan dapat meningkatkan imej sekolah kearah sekolah berwatak.3. Kemahiran dan bakat dalam bidang sains dan teknologi akan dapat meningkatkan kemahiran sosial dan akademik pelajar dan guru.4. Kementerian dapat memanfaatkan kemantapan program ini sebagai satu instituisi bertaraf dunia dengan hasil dapatan penyelidikan dan penemuan-penemuan baru oleh pelajar sekolah di peringkat dunia.5. Penglibatan pelajar dalam pertandingan yang diadakan berupaya meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran yang kreatif dalam melahirkan generasi baru berdaya maju.6. Hubungan dua hala dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan membantu menaikan dan melahirkan lebih ramai intelektual muda Malaysia.

REQUEST FOR PROPOSAL

BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN PETAH BICARA

Ringkasan Eksekutif

Program Kebitaraan Petah Bicara bertujuan untuk mencemerlangkan lagi penguasaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Antarabangsa ( bahasa Arab, bahasa Jepun dan bahasa German ) dalam kalangan pelajar dan warga sekolah ke tahap yang yang lebih tinggi. Kepetahan berbicara dalam bahasa adalah penunjuk aras bahawa keintelektual sesuatu bangsa berdasarkan kebijaksanaan penggunaan bahasa.

Bahasa Melayu dipilih sebagai satu kebitaraan kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Tambahan pula, bahasa Melayu adalah lingua franca semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Murid yang terlibat dalam petah bicara bahasa Melayu akan dapat meluaskan penguasaan berbicara dengan penuh bermakna dan berkesan.

Bahasa Inggeris pula dipilih kerana penggunaannya yang meluas di dunia selaku bahasa antarabangsa. Tambahan pula, bahasa Inggeris kini menjadi bahasa yang digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Sehubungan itu, pemilihan bahasa Inggeris adalah untuk membudayakan pengucapan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan warga sekolah dan seterusnya memartabatkan SEMESTA selaku peneraju dalam petah bicara bahasa Inggeris di Malaysia dan di negara-negara ASEAN.

Bahasa Antarabangsa ( bahasa Arab, bahasa Jepun dan bahasa German ) pula dipilih kerana bahasa-bahasa ini semakin penting di dunia dan telah menjadi bahasa ilmu sejak sekian lama. Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster telah mewajibkan semua pelajar di SBP mengambil mata pelajaran bahasa antarabangsa dan ada peperiksaan khas untuk menilai keupayaan murid. Sehubungan itu, melalui program kebitaraan petah bicara ini, para pelajar akan lebih terdedah kepada pengucapan yang fasih dan bermakna.

Kesimpulannya, kebitaraan petah bicara merupakan tonggak kepada kejayaan murid. Para guru bahasa dan juga guru-guru lain akan bersama-sama menjayakan program ini sebagai tanda bahawa profesionalisme guru dapat diperkasa selaras dengan visi SEMESTA iaitu `SEMESTA GEMILANG 2010. Untuk mencapai hasrat tersebut program ini memerlukan peruntukkan sebanyak RM 150,000.00.

Latarbelakang

Para pelajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang ( SEMESTA ) adalah pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hal ini kerana SEMESTA yang ditubuhkan pada tahun 1984 adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP ) dan para pelajar SEMESTA adalah pelajar terpilih daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa (Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan bahasa German) adalah antara mata pelajaran yang ditawarkan dalam pakej peperiksaan PMR dan SPM di SEMESTA. Sehubungan itu, penglibatan murid SEMESTA dalam aktiviti-aktiviti berteraskan bahasa seperti pidato, perbahasan, syarahan dan forum dapat memantapkan lagi program ini.

SEMESTA selaku SBP diwajibkan memasuki pertandingan perbahasan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam Hari Kecemerlangan SBP yang diadakan saban tahun. Selain itu, SEMESTA juga menghadiri program-program Hari Kebudayaan Jepun, Hari Kebudayaan German dan Nadwah Kepimpinan.

Sebelum dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, SEMESTA telah berjaya menempa nama antara sekolah yang terbaik dalam bidang kokurikulum akademik sama ada di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Contohnya dalam pertandingan bahas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, SEMESTA ialah johan yang tidak pernah tercabar di daerah Raub. Begitu juga dalam pertandingan pidato Piala Diraja, Forum Remaja dan Choral Speaking. Malahan pelajar SEMESTA iaitu Siti Nuhara binti Riduan ( 2006 ) dan Sharifah Anis Syafiqa ( 2004 ) telah berjaya muncul selaku naib johan dalam pertandingan Pidato Diraja peringkat kebangsaan. Kejayaan-kejayaan ini telah membantu SEMESTA melahirkan generasi petah bicara yang berwibawa dan mampu melakar sejarah.

Kesimpulannya, program Petah Bicara ini mampu mencorakkan pola pemikiran murid agar lebih kreatif dan kritis selaras dengan misi dan visi sekolah.

Objektif

1. Mencapai kelulusan 100% gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa dalam peperiksaan awam ( PMR dan SPM ) pada tahun 2012.2. Pelajar mempunyai kefasihan berkomunikasi dan kepetahan berbicara yang tinggi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa yang amat penting dalam dunia pekerjaan.3. Menegakkan kebenaran pada landasan yang betul dan mengemukakan pendapat dengan fasih dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa.4. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam pertandingan yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Antarabangsa sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.5. Meningkatkan kepakaran guru dalam bidang bahasa bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan menjadi rujukan guru-guru lain di seluruh negara.

Komponen

BILPROGRAM/ PROJEKAKTIVITIKOS (RM)

1Meningkatkan Program petah bicaraLatihan kemahiran bagi pelajar8,000.00

Kursus dalaman bagi pelajar dan guru11,000.00

Penyertaan Pertandingan dalam NegaraBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa Antarabangsa6,500.008,000.004,000.00

Program Kesedaran dan peningkatan minat pelajarBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa Antarabangsa13,500.0020,000.008,000.00

Penambahbaikan Pentas Petah Bicara50,000.00

Program pengantarabangsaan21,000.00

JUMLAH150,000.00

Sumber Kewangan

1. Kementerian Pelajaran Malaysia

Anggaran Kos

Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 150,000.00.

Out put Dan Faedah

Out put

1. Semua pelajar SEMESTA dapat memantapkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu;

2. Pelajar mendapat pendedahan tentang bahasa dan kebudayaan masyarakat Jerman, Jepun dan Arab;

3. Aktiviti outreach memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar yang terlibat;

4. Pelajar dapat menyampaikan pemikiran, emosi dan nilai yang mereka perolehi daripada penguasaan bahasa dan budaya yang dipelajari;

5. Pelajar dapat mempertingkatkan imaginasi dan kreativiti melalui aktiviti dan program.

Faedah

1. Pelajar SEMESTA lebih berketerampilan dengan penguasaan bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris dan bahasa ketiga;

2. Memberikan peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke negara-negara berkenaan;Justifikasi

1. Penglibatan pelajar dalam program ini dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk personaliti yang positif;

2. Dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan menguasai beberapa bahasa asing pada masa akan datang;

3. Kemahiran pelajar dalam pelbagai bahasa meningkatkan kemahiran sosial mereka;

4. Program ini berpotensi melahirkan pelajar yang mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi;

5. Program ini mampu membentuk bangsa yang berupaya bersaing di peringkat antarabangsa;

6. SEMESTA akan lebih dikagumi dan dihormati dengan kebolehan pelajar menguasai pelbagai bahasa.REQUEST FOR PROPOSAL

BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN KRIKET

Ringkasan Eksekutif

Program kebitaraan kriket ialah program untuk mencemerlangkan lagi sukan ini agar lebih dikenali dikalangan pelajar serta warga sekolah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi.

Sukan kriket Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah telah dipilih sebagai satu daripada Niche Area dalam Program Sekolah Kluster Kecemerlangan di sekolah ini. Sukan ini dibangunkan atas dasar keupayaan guru dan pelajar sekolah sendiri. Pengiktirafan harus diberikan bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sukan tersebut sesuai dengan taraf kluster yang telah ditetapkan. Pembangunan sukan kriket ini seharusnya dilihat melalui aspek pembangunan pelajar itu sendiri dari segi sahsiah dan tingkah laku yang boleh dibudayakan melalui sukan. Sukan kriket memerlukan tahap disiplin yang tinggi, kerjasama berpasukan, semangat juang yang tinggi, dan minat dalam jiwa setiap pelajar ini. Pembangunan sukan kriket perlu dilaksanakan dengan teratur dari segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan, peralatan program latihan, pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Guru penasihat kriket yang juga merupakan jurulatih pasukan kriket sekolah merupakan tonggak kepada kejayaan murid. Ini menunjukkan keistimewaan yang terserlah pada guru dan pasukan kriket sekolah telah berjaya merealisasikan impian semua warga sekolah agar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah terus cemerlang dan dikenali di peringkat sekolah di Malaysia. Pengalaman dalam bidang kejurulatihan dan kelebihan yang ada pada guru wajib diperkasa untuk memastikan kejayaan sukan kriket akan sentiasa di tahap yang cemerlang. Untuk mencapai hasrat program ini, sekolah memerlukan peruntukkan sebanyak RM 170,000.00.

Latarbelakang

Para pelajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah sememangnya cemerlang dalam bidang sukan kriket. Bidang kebitaraan kriket jarang menjadi pilihan sekolah-sekolah di Malaysia. Ini menunjukkan keistimewaan yang ada pada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah akan terserlah dan dikenali di peringkat sekolah di Malaysia. Permainan kriket merupakan sukan yang memerlukan kekuatan mental dan kerjasama pemain dalam satu pasukan. Pasukan yang membuat larian terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Selain itu, permainan ini mengambil masa agak lama berbanding dengan permainan lain. Kerjasama dan persefahaman dari setiap pemain sangat penting bagi menjamin kejayaan strategi sesebuah pasukan. Justeru, para pelajar yang layak menyertai pasukan ini hendaklah mempunyai keyakinan yang tinggi, boleh bekerjasama dengan individu lain dan bijak merancang strategi bagi mengalahkan pihak lawan.

Tradisi sukan kriket diwarisi oleh setiap pelajar demi memastikan sukan tersebut sentiasa mempunyai kekuatan, jiwa dan semangat yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. Di samping itu, padang sekolah ini menjadi tempat latihan harian bagi pasukan kriket sekolah. Jurulatih pasukan sekolah ini juga turut menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk memastikan pasukan kriket sekolah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi permainan mereka. Kejayaan yang bermula dari bawah ini telah membuahkan hasil apabila pasukan kriket sekolah telah mendapat tempat ketiga di peringkat zon timur dan peringkat negeri pada tahun 2007. Kejayaan sukan kriket meningkat pada tahun 2008 apabila mendapat naib johan di peringkat zon timur dan tempat ketiga di peringkat kebangsaan sekolah berasrama penuh. Seterusnya pada tahun 2009, pasukan kriket sekolah telah melonjakkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di peringkat SBP setelah menjadi johan peringkat zon timur dan johan kebangsaan peringkat sekolah berasrama penuh ( SBP ). Pemilihan sukan kriket ini diharap dapat merealisasikan visi Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah SEMESTA GEMILANG 2010 sejajar dengan misi sekolah iaitu Pelajar cemerlang dalam kokurikulum.

Objektif

1. Membentuk pasukan kriket perempuan sekolah pertama di Malaysia.2. Mengekalkan kejuaraan kriket SBP kebangsaan.3. Membina sahsiah diri pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.4. Membudayakan warga SEMESTA dengan sukan kriket.5. Meningkatkan kepakaran guru dalam permainan kriket bagi menambah pengetahuan untuk melatih pelajar.

Komponen

BILPROGRAM/ PROJEKAKTIVITIKOS (RM)

1Meningkatkan Program Sukan KriketLatihan kemahiran bagi pelajar5,000.00

Program kesedaran dan peningkatan minat pelajar 3,500.00

Program memperkenal dan mempromosi SEMESTA Pusat Kecemerlangan Kriket15,000.00

Penyelenggaraan peralatan sukan kriketa) Peralatan sukanb) Pembinaan `cagec) Membina `pitch dan naik taraf padangd) Mercu tanda kriket (Touch point)

47,000.0012,500.0028,000.00

5,000.00

Peralatan sokongan dan peningkatan prestasi6,000.00

Jurulatih professional8,000.00

Program pengantarabangsaan40,000.00

JUMLAH170,000.00

Sumber Kewangan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Anggaran Kos

Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 170,000.00.

Out put Dan Faedah

Out put

1. Latihan yang sistematik oleh jurulatih yang berprestasi tinggi membolehkan Pasukan Kriket menjadi Johan dalam pertandingan Kriket Kebangsaan SBP;2. Kursus dan latihan yang sistematik berupaya menghasilkan pelajar yang yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan dan mempunyai keyakinan diri ;3. Penyertaan dalam pelbagai pertandingan mampu melahirkan pelajar yang boleh bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang;4. Aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial;dan

Faedah

1. Sukan Kriket sinonim dengan nama SEMESTA.2. Pelajar yang menyertai Pasukan kriket akan mempunyai semangat berpasukan, setia kawan dan semangat juang yang tinggi demi maruah diri dan sekolah.3. Pelajar berpeluang berinteraksi (hubungan sosial dan masyarakat) dengan pemain-pemain kriket di dalam dan di luar negara.4. Pelajar yang berprestasi tinggi berkemungkinan dapat dicungkil bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang mewakili negara kerana sukan kriket merupakan sukan yang mula mendapat perhatian oleh kementerian belia dan sukan.

Justifikasi

1. Penglibatan pelajar dalam program ini dapat meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta membentuk personaliti yang unggul;2. Kejayaan sekolah dalam pertandingan dapat meningkatkan imej sekolah ke arah sekolah berwatak;3. Kemahiran pelajar dalam bidang sukan meningkatkan kemahiran sosial mereka;4. Kursus yang dilaksanakan berupaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam kepakaran kriket;5. Kursus ini mampu menarik minat pelajar untuk menjadi pemain kriket yang hebat.

RUMUSAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) UNTUK TAHUN 2009

AspekPeruntukanPeratus

Kebitaraan Sains & Teknologi (Fizik)RM 180,000.0036%

Kebitaraan Petah BicaraRM 150,000.0030%

Kebitaraan KriketRM 170,000.0034%

JUMLAHRM 500,000.00100%

2