Review

6
------------------------ 1----------------- KEPERLUAN SOKONGAN EMOSIONAL DALAM KALANGAN ANAK DEWASA YANG MENJAGA WARGA TUA (Emotional Support Needs In Caring For The Elderly Parents By The Adult Children) Khadijah Alavi, Rahim M. Sail, Khairuddin Idris, Asnarulkhadi Abu Samah & Christine Chan Ebangi UKM Pendidikan informal dari segi penjagaan warga tua kepada anak dewasa, warga tua dan komuniti secara keseluruhannya amat penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan komuniti. Sebaliknya diharapkan kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti rumah penjagaan harian untuk warga tua dan rumah penjagaan sementara, terutama untuk melatih warga tua berdikari dan memberi peluang kepada penjaga berehat seketika. Secara praktis, kerajaan telah mengaplikasikan bantuan dan sokongan untuk warga tua dan penjaga mereka di Malaysia. Tetapi kekurangan rumah penjagaan harian dan rumah penjagaan sementara amat serius dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Polisi ini secara signifikan dapat mengurangkan beban penjagaan oleh anak dewasa dan kesejahteraan warga tua pula lebih terjamin dan berkualiti. --------------- 1----------------------- --------- 2 ------------- PANDANGAN WARGA TUA DI RUMAH WARGA TUA:KAJIAN KES DI BANDARAYA IPOH DAN JOHOR BAHRU Shalini Sanmargaraja1 & Seow Ta Wee2 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) Jabatan Bangunan dan Harta Tanah University of Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM Kebanyakan responden berpandangan bahawa mereka berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan di lokasi kajian. Kesemua responden mencadangkan bahawa adalah baik sekiranya semua fasiliti yang disediakan di kawasan kajian dibaiki dan dilakukan penambaikan untuk menambah bilangan fasiliti yang disediakan supaya fasiliti-fasiliti ini selaras dengan pertambahan golongan ini di negara kita. Terdapat juga sebilangan kecil responden menyatakan bahawa pengurus tidak mengambil berat mengenai keperluan penghuni di rumah warga tua yang dikelolakan oleh pihak kerajaan. Pengurus lupa akan tanggungjawab mereka dalam penyediaan fasiliti yang bukan sahaja menjadi kegunaan penghuni yang uzur tetapi juga menjadi kegunaan semua pihak. Penghuni di rumah warga tua juga perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti orang normal dengan bantuan kemudahan sokongan. Bukan semua penghuni berhasrat untuk terus menghuni di rumah warga tua setelah melihat segala kekurangan dari segi fasiliti tetapi mereka tidak mempunyai sebarang pilihan lain setelah mereka dihalau dari rumah anak sendiri. Penghuni rumah warga tua tidak akan mempunyai tempat untuk mengadu nasib sekiranya pihak kerajaan juga bersikap acuh tak acuh dalam menangani isu ini. Kita tidak boleh menyisihkan golongan ini semata-mata kerana penjagaan mereka

description

wargaemas

Transcript of Review

Page 1: Review

------------------------ 1-----------------

KEPERLUAN SOKONGAN EMOSIONAL DALAM KALANGAN ANAK DEWASA YANG MENJAGA WARGA TUA (Emotional Support Needs In Caring For The Elderly Parents By The Adult Children)

Khadijah Alavi, Rahim M. Sail, Khairuddin Idris, Asnarulkhadi Abu Samah & Christine Chan

Ebangi UKM

Pendidikan informal dari segi penjagaan warga tua kepada anak dewasa, warga tua dan komuniti secara keseluruhannya amat penting dalam meningkatkan kualiti kehidupan komuniti. Sebaliknya diharapkan kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti rumah penjagaan harian untuk warga tua dan rumah penjagaan sementara, terutama untuk melatih warga tua berdikari dan memberi peluang kepada penjaga berehat seketika. Secara praktis, kerajaan telah mengaplikasikan bantuan dan sokongan untuk warga tua dan penjaga mereka di Malaysia. Tetapi kekurangan rumah

penjagaan harian dan rumah penjagaan sementara amat serius dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Polisi ini secara signifikan dapat mengurangkan beban penjagaan oleh anak dewasa dan kesejahteraan warga tua pula lebih terjamin dan berkualiti.

--------------- 1-----------------------

--------- 2 -------------

PANDANGAN WARGA TUA DI RUMAH WARGA TUA:KAJIAN KES DI BANDARAYA IPOH DAN JOHOR BAHRU

Shalini Sanmargaraja1 & Seow Ta Wee2

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) Jabatan Bangunan dan Harta Tanah University of Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM

Kebanyakan responden berpandangan bahawa mereka berpuas hati dengan fasiliti yang disediakan di lokasi kajian. Kesemua responden mencadangkan bahawa adalah baik sekiranya semua fasiliti yang disediakan di kawasan kajian dibaiki dan dilakukan penambaikan untuk menambah bilangan fasiliti yang disediakan supaya fasiliti-fasiliti ini selaras dengan pertambahan golongan ini di negara kita. Terdapat juga sebilangan kecil responden menyatakan bahawa pengurus tidak mengambil berat mengenai keperluan penghuni di rumah warga tua yang dikelolakan oleh pihak kerajaan. Pengurus lupa akan tanggungjawab mereka dalam penyediaan fasiliti yang bukan sahaja menjadi kegunaan penghuni yang uzur tetapi juga menjadi kegunaan semua pihak. Penghuni di rumah warga tua juga perlu diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti orang normal dengan bantuan kemudahan sokongan. Bukan semua penghuni berhasrat untuk terus menghuni di rumah warga tua setelah melihat segala kekurangan dari segi fasiliti tetapi mereka tidak mempunyai sebarang pilihan lain setelah mereka dihalau dari rumah anak sendiri. Penghuni rumah warga tua tidak akan mempunyai

Page 2: Review

tempat untuk mengadu nasib sekiranya pihak kerajaan juga bersikap ‘acuh tak acuh’ dalam menangani isu ini. Kita tidak boleh menyisihkan golongan ini semata-mata kerana penjagaan mereka

memakan perbelanjaan yang besar. Rata-rata penghuni di sini hanya menunggu masa untuk mengembus nafas terakhir akibat penyakit dan faktor usia

Tiada kajian mengenai layanan yang diberikan dan dinyatakan dengan tepat melainkan hanya cadangan dari warga emas.

---- 2------

-----3---

RISIKO KESUNYIAN DALAM KALANGAN WARGA TUA DI RUMAH SERI KENANGAN

Siti Marziah Zakaria · Khadijah Alavi · Nasrudin Subhi

Terbitan atas talian: 1 Jun 2013 © Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, 2013 UKM

Warga tua sangat berisiko untuk mengalami kesunyian kerana kehilangan dan perubahan hidup yang mereka alami. Jika dahulu mereka memiliki pekerjaan, anakanak untuk dibesarkan, dan cita-cita untuk dicapai, namun sekarang, semua itu sudah berubah. Kerjaya yang mereka banggakan sebelum ini sudah ditinggalkan, anak-anak sudah membesar serta meninggalkan rumah, dan semua cita-cita telah tercapai atau sudah musnah. Warga tua di rumah penjagaan lebih tinggi risiko kepada kesunyian kerana

mereka kini berjauhan daripada anak-anak tersayang dan keluarga. Ia lebih parah jika anak-anak itu mengabaikan mereka dan langsung tidak menunjukkan keprihatinan. Warga tua perlu dibantu untuk menangani kesunyian supaya mereka mempunyai kualiti hidup yang baik. Mereka hanya dapat melalui penuaan yang aktif dan sihat jika gejala kesunyian dapat dikawal. Peranan membantu perlu dipikul oleh semua ahli masyarakat. Pihak keluarga pastinya adalah individu utama yang berperanan walaupun mereka telah membuat keputusan untuk menghantar ibu bapa ke institusi penjagaan. Anak-anak perlu menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang mereka selagi ibu bapa masih bernyawa. Ini akan mengurangkan bebanan emosi yang dilalui dan menceriakan hari-hari yang bersisa. Pihak institusi penjagaan dan pekerja sosial juga perlu merapati warga tua di institusi. Warga tua hanya ingin bercerita dan ingin didengar. Mereka sudah mencapai fasa hidup terakhir yang mana tidak banyak lagi yang diharapkan di dalam hidup mereka. Cukuplah ada yang menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan. Ia mampu mencipta perubahan kepada hidup warga tua.

------ 4----

AALA RKDATA KASL KLARA D JABATA KBAJKA ASARAKAT JOOR

Abd Rahim bin Mohd Mustiman, Noriani binti Jamal, Tee Chia Leng 3 Mohamed Sharif bin Hj. Mustaff

Page 3: Review

Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor [email protected], 3 [email protected]

Kekurangan Tenaga pekerja / staff Staff Menurut Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd – 151, JKMM merupakan agensi yang terbesar kerja sosial yang menggunakan tidak kurang daripada 3000 orang pekerja ketika ini. Namun, berdasarkan ulasan daripada En Mohd. Noor b. Abdullah (Ketua Pejabat Kebajikan Masyarakat Labis) Pn Siti Maya bt. Bakam (Ketua petugas projek Pemulihan Dalam Komuniti di Pejabat Kebajikan Masyarakat Labis) Cik Tan Pey Pey, (Pegawai Psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Segamat) dan En Sudarman bin Jawahir selaku pegawai Psikologi di Pejabat Kebajikan Masyarakat Muar telah sebulat suara menyatakan bahawa masalah kekurangan tenaga pekerja atau staff sesungguhnya perlu disusun strategi untuk diatasi memandangkan beban kerja dan pelbagai aktiviti, program serta perkhidmatan yang kian bertambah dan menjadi dasar pihak kerjaan dan wakilwakil rakyat dan permintaan masyarakat umum, penempatan staf pekerja yang tidak seberapa sesungguhnya tidak cukup untuk menampung beban kerja yang berat. (sila rujuk lampiran untuk senarai tugas JKMM). Contohnya, di Pejabat Kebajikan Masyarakat cawangan Labis hanya terdapat 4 orang pekerja tetap yang perlu mengendalikan semua urusan dalaman dan luaran di pejabat tersebut. Manakala hanya terdapat 2 orang pekerja yang bertugas penuh mengendalikan semua urusan dalam projek Pemulihan komuniti Komuniti termasuk menjaga dan mengadakan kelas untuk 33 orang kanakkanak golongan kurang upaya setiap hari hari bekerja. Di samping itu, kekurangan tenaga pegawai Psikologi juga akan mengurangkan keberkesanan perkhidmatan JKMM kerana perjumpaan dengan klien tidak dapat diadakan apabila pegawai Psikologi terpaksa menghadiri ceramah dan kursus di luar kawasan perkhidmatan.

---- 4 ----

---- 5----

Journal of Community Health 2011: Vol 17 Number1

32

ORIGINAL ARTICLE PENJAGAAN PESAKIT STROK: ADAKAH IA SATU BEBANAN? APA YANG PENJAGA PERSEPSIKAN?

STROKE PATIENT CARE: IS IT A BURDEN? WHAT THE CAREGIVERS PERCEIVED?

Fatimang L & Rahmah MA

Department of Community Health,UKM Medical Center

Peratusan yang tinggi bagi beban rendah dalam dapatan kajian ini boleh dijelaskan kerana beberapa sebab. Secara amnya, kaum wanita telah disosialisasi dengan peranan jagaan. Oleh itu tugas ini mungkin telah sebati dalam diri dan kurang membebankan. Antara sebab lain juga adalah kerana kajian dijalankan ke atas penjaga yang mungkin telah menyesuaikan diri setelah menjaga pesakit lebih dari 4 bulan. Penjaga utama juga telah mempunyai keupayaan menggunakan sumbersumber yang boleh diperolehi. Perhatian yang serius perlu diberi kepada satu pertiga yang mengalami beban

Page 4: Review

jagaan tinggi. Jumlah ini mungkin kurang kerana penjaga yang telah berputus asa memilih untuk menempatkan

warga tua di institusi.17 Namun jumlah ini dijangka akan terus bertambah jika langkah intervensi tidak dilakukan dengan segera dan seterusnya menyumbang kepada fenomena keruntuhan institusi kekeluargaan di Malaysia.

Menjaga seorang pesakit terlantar lebih memerlukan tugasan yang berat serta intensif menyebabkan kelesuan fizikal dan emosi.4 Keadaan terlantar dan bergantung sepenuhnya meletakkan pesakit dalam keadaan berisiko menjadi mangsa penganiayaan, akibat penjaga yang mengalami kekecewaan, tekanan dan kelesuan selepas menjaga untuk tempoh lama.19 Usaha mempromosikan caragaya hidup sihat untuk memastikan warga tua kekal sihat dan boleh terus bekerja wajar ditingkatkan.

------- 5 -------

------- 6-----

PENYEDIAAN FASILITI DI RUMAH WARGA TUA: KAJIAN KES DI

BANDARAYA IPOH DAN JOHOR BAHRU

SHALINI A/P SANMARGARAJA

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti

Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Faktor yang lain yang menyebabkan anak-anak mengabaikan ibu bapa

mereka sehinggakan sanggup menghantar mereka ke rumah warga tua atau

membiarkan mereka tinggal bersendirian adalah kecacatan, nyanyuk, tidak

bersefahaman antara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukan anak dengan

tugas seharian dan masalah kewangan yang dihadapi.

Tidak sewajarnya kita meletakkan ibu bapa kita di rumah rumah warga tua

kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai

seorang anak. Mereka juga memerlukan kasih sayang dan perhatian dari kita seperti

mana kita memerlukan ibu bapa kita sewaktu kita masih kanak-kanak. Anak-anak

harus bijak mengatur jadual harian untuk menggelakkan daripada meletakkan ibu

bapa mereka di rumah kebajikan.

Seumpamanya jika ibu bapa mereka mempunyai bilangan anak yang ramai,

Page 5: Review

mereka boleh bergilir-gilir menjaga ibu bapa mereka. Anak-anak mereka juga boleh

menggajikan pembantu rumah untuk menjaga ibu bapa mereka jika mereka bertugas.

Perkara ini lebih baik daripada menghantar ibu bapa mereka ke rumah warga tua

yang jauh dari pertalian keluarga. Sebenarnya perbelanjaan di rumah warga tua tiada

bezanya jika dibandingkan dengan menggajikan pembantu rumah.

Dari satu aspek yang lain, punca pengabaian warga tua juga mungkin

disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap kedua ibu bapa

juga mungkin disebabkan oleh pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak

kanak. Mungkin semasa mereka kecil, kedua ibu bapa mereka bersifat bengis, suka

mendera sama ada dari segi aspek fizikal atau mental, ditambah pula dengan

kurangnya pendidikan agama. Maka, anak-anak bertindak balas dan menyimpan

perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapanya yang dianggap kejam

itu.

Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati ialah dengan mengabaikan

kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapa setelah mereka uzur dan tidak berupaya

sebagaimana yang dialami oleh anak-anak mereka dahulu. Perasaan dendam

terhadap ibu bapa seharusnya dilupuskan kerana pintu kemaafan itu terletak di

telapak kaki ibu dan ayah. Ada di antara anak-anak yang mendakwa menghantar ibu

bapa ke rumah kebajikan bagi memastikan mereka mendapat layanan sempurna

seperti makan dan minum terurus kerana anak sendiri tidak mempunyai banyak masa

berbuat demikian. Tidak kurangnya juga terdapat anak-anak yang menghantar ibu

bapa ke rumah kebajikan kerana tidak berdaya untuk merawat atau menjaga mereka

yang sakit. Dengan menghantar ke rumah warga tua, masalah kesihatan ibu bapa

akan dijaga dengan baik. Sememangnya niat anak-anak adalah baik tetapi mereka

perlulah menyemak fasiliti yang disediakan untuk warga tua di rumah kebajikan

tersebut.

----- 7 ----

Dasar warga emas negara

Page 6: Review

Kesejahteraan

13. Kesejahteraan dalam konteks dasar ini merangkumi 5 dimensi

utama iaitu dimensi kesihatan (penuaan sihat), sosial (penuaan aktif),

ekonomi (penuaan produktif), kerohanian (penuaan positif) dan

persekitaran (penuaan menyokong). Warga emas akan hidup dengan

sejahtera apabila dapat menikmati keseimbangan dalam kelima-lima

dimensi ini.

--------- 7 ---

----- 8 ---

PERANAN WANITA MELAYU DALAM PROSES PENJAGAAN IBU BAPA TUA: DILEMA DAN CABARAN DALAM ERA GLOBALISASI1 ROLES OF MALAY WOMEN IN THE PROCESS OF CARING FOR ELDERLY PARENTS: DILEMMA AND CHALLENGES IN THE ERA OF GLOBALISATION1

Khadijah Alavi1* dan Rahim M. Sail2

1Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

2Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa impak kepada individu (wanita dan warga tua), keluarga dan komuniti serta pemerintah dan negara. Menerusi aspek impak terhadap individu (wanita dan warga tua) didapati bahawa bebanan anak dewasa yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga ibu bapa semakin ketara. Hal ini terjadi lantaran pengecilan saiz keluarga yang secara automatiknya mengurangkan bilangan anak-anak yang bertanggungjawab untuk memelihara ibu bapa mereka (Mason, Sang-Hyop dan Gerard, 2001). Fenomena ini turut dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku dalam sistem penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial yang telah membebankan lagi tanggungjawab penjaga tidak formal. Pengkorporatan dan peningkatan kos perkhidmatan penjagaan kesihatan telah membawa kepada tempoh rawatan yang lebih singkat dan peningkatan rawatan pesakit luar. Hal ini secara tidak langsung telah menggandakan penjagaan warga tua di rumah (Cranswick, 1997). Brody (1985), Connidis (1983) dan Denton (1997) mendapati 80% hingga 90% bantuan untuk warga tua berpunca daripada penjagaan tidak formal. Hanya 10% hingga 20% sumber bantuan untuk warga tua adalah penjagaan yang formal (komuniti kesihatan, khidmat sosial, dan perkhidmatan berbayar). Penjagaan tidak formal oleh penjaga dipercayai lebih berkualiti daripada perkhidmatan yang disediakan oleh penjaga formal kerana ikatan kasih sayang dan rasa tanggungjawab yang wujud antara warga tua dan penjaga tidak formal mereka.