RESIPI BERPANTANGG

download RESIPI BERPANTANGG

of 12

Transcript of RESIPI BERPANTANGG

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    1/12

    Antara jenis-jenis lauk yang boleh di makan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:

    1. Ikan bilis biasanya di goreng biasa atau pun di masak sambal. tapi jangan terlalu pedas.2. Ikan cencarubiasanya di bakar untuk lebih sedap selain di goreng

    3. Ikan haruanlebih enak di bakar/ masak stim selain di goreng

    4. Ikan siakap

    masak stim5. Ikan bawal putih/hitamgoreng

    6. Ikan gelamagoreng

    7. Ikan merahmasak sup8. Ikan jenahakgoreng

    9. Ikan selar kuninggoreng/ masak asam

    10. Ikan kerisi goreng/ masak asam

    11. Ikan kuraugoreng/ stim12. Ikan kerapugoreng/ stim

    13. Ikan senangingoreng/ masak asam

    14. Ikan tengiri goreng/ masak asam

    15. Sayur sawi

    sup16. Sayur bayamtumis air

    17. Sayur kailangoreng/ tumis18. Sayur kacang buncisgoreng/ tumis19. Haliaelok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)

    20. Daun pegagadi campur dalam masakkan/ di buat jus elok utk tambah air susu badan

    21. Milo/horlicksesuai untuk sarapan dan minum petang22. Biskut/rotisesuai untuk sarapan dan minum petang

    23. Ayamdi buat sup atau di campur dalam bubur

    Antara makanan/ lauk yang tidak boleh dimakan adalah:

    1. Makanan laut sotong/udang/ketamtakut gatal di tempat luka2. Telurluka lambat sembuh

    3. Ikan yang tidak bersisik dan berbisasembilang/keli

    4. Sayur kubis/kacang panjang/kacang soya/kekacang/kentang5. Tebu/ air kelapa/ buah anggur

    6. Makanan pedas/ berminyak

    7. Susu/ aiskrim/ keju

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    2/12

    1. SUP IKAN HARUAN

    Bahan-bahan:

    1 ekor ikan haruan

    2 cawan air

    2 sudu makan minyak jagung

    1 sudu makan lada hitam ditumbuk

    3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]

    2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]

    2 sm halia - ditumbuk [A]

    1 keping asam keeping

    Garam secukup rasa

    Daun bawang & daun sup dihiris

    Cara menyediakan:

    a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan

    air bersih. Toskan.

    b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.

    c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga

    mendidih.

    d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

    RESIPI BERPANTANG

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    3/12

    2. IKAN HARUAN ASAM KUKUS

    Bahan-bahan:

    1 ekor ikan haruan dibersihkan

    1 cawan air asam jawa

    3 sudu makan minyak jagung

    2 sudu makan kicap cair

    1 sudu makan serbuk lada hitam

    sudu teh gula pasir

    1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air

    1 tangkai daun kesum

    1 batang bunga kantan dihiris

    Garam secukup rasa

    Bahan kisar [A]:

    6 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    2 sm kunyit hidup

    1 sm lengkuas

    1 batang serai diketuk

    1 sudu teh lada hitam ditumbuk

    Cara menyediakan:

    a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit.

    b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

    c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung,

    daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.

    d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan.

    e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    4/12

    3. DAGING LADA HITAM

    Bahan-bahan:

    500 gm daging lembu

    1 biji bawang besar - dihiris

    5 ulas bawang putih - dicincang halus

    2 sudu makan minyak jagung

    1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar

    1 sudu makan kicap manis

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.

    b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.

    c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.

    d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat.Hidangkan.

    4. PAIS IKAN TENGGIRI

    Bahan-bahan:

    2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan

    1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air

    1/2 sudu teh serbuk kunyit

    3 helai daun pisang - dilayur

    3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)

    1 biji cili merah - ditumbuk (A)

    1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran inipada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.

    b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah

    C hingga masak. Angkat dan hidangkan.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    5/12

    5. IKAN SIAKAP PANGGANG

    Bahan-bahan:

    1 ekor ikan siakap

    50 ml pati santan

    1 batang serai - dikisar [A]

    2 ulas bawang merah - dikisar [A]

    1 sm kunyit hidup - dikisar [A]

    1 ulas bawang putih - dikisar [A]

    1 sudu makan minyak masak

    1 sudu teh gula pasir

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.

    b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit

    atau sehingga masak.

    c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga

    pekat.

    d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.

    6. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

    Bahan-bahan:

    1 keping ikan tenggiri

    4 sm halia - dihiris & digoreng

    2 sudu makan minyak bijan

    1-2 sudu makan kicap manis

    1/2 sudu teh serbuk kunyit

    1/2 sudu teh garam

    Cara menyediakan:

    a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.

    b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.

    c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.

    d) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    6/12

    7. IKAN GELAMA PANGGANG

    Bahan-bahan:

    1 ekor ikan gelama

    1/2 sudu teh serbuk kunyit

    Sedikit garam

    Cara menyediakan:

    a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.

    b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.

    c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia

    untuk dihidangkan.

    8. AYAM KUKUS BERCUKA

    Bahan-bahan:

    8 ketul ayam

    4 ulas bawang putih - ditumbuk

    1 sm halia - ditumbuk

    3 sudu makan cuka

    Garam secukup rasa

    Bahan tumbuk [A]:

    1 sudu makan ketumbar

    1 sudu teh jintan manis

    1 sudu teh jintan putih

    Cara menyediakan:

    a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus

    ayam sehingga masak.

    b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.

    Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat

    mengecutkan perut dan rahim.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    7/12

    9. AYAM MASAK BIJAN

    Bahan-bahan:

    1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan

    4 sm halia tua - dihiris halus

    3 sudu makan minyak bijan

    1 - 2 sudu makan kicap manis

    Sedikit garam

    Air secukupnya

    Cara menyediakan:

    a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi.

    b) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil.

    Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.

    c) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.

    10. HATI MASAK BEREMPAH

    Bahan-bahan:

    300 gm hati lembu

    2 sudu makan serbuk lada hitam

    1 sudu makan serbuk rempah kari

    1 sudu teh serbuk ketumbar

    4 ulas bawang putih - dikisar [A]

    2 ulas bawang merah - dikisar [A]

    2 sm halia - dikisar [A]

    1 sm lengkuas - dikisar [A]

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.

    b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.

    c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.

    d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.

    Nota: Hati lembu menambahkan darah.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    8/12

    11. HALWA HALIA

    Bahan-bahan:

    250 gm halia - dihiris nipis

    250 ml air

    5 ulas bawang putih - dibakar & dibelah dua

    2 sudu makan gula pasir

    1 sudu teh cuka

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Celur halia dalam air panas selama 5 minit. Toskan.

    b) Masak gula pasir, garam, cuka dan air hingga mendidih. Sejukkan.

    c) Masukkan halia dan bawang putih ke dalam mangkuk. Tuangkan air rebusan tadi. Tutup kemas dan

    biarkan semalaman.

    12. JUS HALIA KURMA

    Bahan-bahan:

    200 gm halia

    20 biji buah kurma

    750 ml air masak

    Cara menyediakan:

    a) Tumbuk halia hingga lumat.

    b) Belah buah kurma dan buangkan bijinya.

    c) Jerang halia, kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam. Bila mendidih, perlahankan api.

    d) Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    9/12

    13. REBUSAN MANJAKANI

    Bahan-bahan:

    5 biji buah manjakani

    500 ml air

    2 sm halia tua

    2 sm kunyit tua

    2 keping asam keping

    Cara menyediakan:

    a) Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.

    b) Jerang di atas api sederhana hingga mendidih.

    c) Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit.

    d) Tapis dan minum air ini setelah suam.

    Nota: Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai diminum

    oleh gadis/anak dara kerana ditakuti menjadi penyebab mandul.

    14. REBUSAN PEGAGA

    Bahan-bahan:

    2 ikat pegaga

    5 cawan air

    Cara menyediakan:

    a) Rebus pegaga dengan air di dalam periuk hingga tinggal anggaran 3 cawan air sahaja.

    b) Minum apabila suam (2 kali sehari).

    Nota: Minum air rebusan pegaga untuk membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan

    anak.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    10/12

    15. TUMIS SAWI PUTIH

    Bahan-bahan:

    5 tangkai sawi batang putih - dipotong

    1 sm halia - dihiris

    10 ekor ikan bilis - dibersihkan

    1 sudu teh minyak masak

    Garam secukup rasa

    Air secukupnya

    Cara menyediakan:

    a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.

    b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.

    c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.

    Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.

    16. PERIA LADA HITAM

    Bahan-bahan:

    1 biji buah peria - dihiris

    200 ml air

    100 gm ikan bilis - dibersihkan

    2 ulas bawang putih - dicincang halus

    2 batang serai - diketuk

    1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus

    1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar

    1 sudu teh serbuk ketumbar

    1 sudu teh serbuk lada sulah

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.

    b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.

    c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.

    d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    11/12

    17. TEMPE GORENG KICAP

    Bahan-bahan:

    5 keping tempe - dihiris panjang

    50 gm ikan bilis - dibersihkan

    3 ulas bawang merah - dikisar [A]

    2 ulas bawang putih - dikisar [A]

    2 biji cili merah - dikisar [A]

    1 sudu makan kicap pekat

    1 1/2 sudu teh cuka

    1 sudu teh gula pasir

    Sedikit daun bawang - dihiris

    Minyak masak

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    a) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan.

    b) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan.

    c) Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air.

    d) Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak

    hingga kering.

  • 7/29/2019 RESIPI BERPANTANGG

    12/12

    18. SUP SAYUR CAMPUR

    Bahan-bahan:

    400 ml air

    200 gm brokoli

    1 biji lobak merah

    1/2 biji lobak putih

    1/2 batan seleri

    3 helai daun kubis

    Secubit serbuk pati ikan bilis

    1 sudu makan minyak masak

    Garam secukup rasa

    Bahan tumbuk [A]:

    2 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    1 sudu teh rempah biji

    1 sudu teh lada hitam

    1/2 sudu teh jintan putih

    Cara menyediakan:

    a) Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris

    kasar.

    b) Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.

    c) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.

    d) Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran.

    e) Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.

    Nota: Sayur-sayuran ini membanyakkan air susu ibu.