Request for Proposal Bola Baling

5
REQUEST FOR PROPOSAL BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN KRIKET Ringkasan Eksekutif Program kebitaraan kriket ialah program untuk mencemerlangkan lagi sukan ini agar lebih dikenali dikalangan pelajar serta warga sekolah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi. Sukan kriket Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah telah dipilih sebagai satu daripada ‘Niche Area’ dalam Program Sekolah Kluster Kecemerlangan di sekolah ini. Sukan ini dibangunkan atas dasar keupayaan guru dan pelajar sekolah sendiri. Pengiktirafan harus diberikan bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sukan tersebut sesuai dengan taraf kluster yang telah ditetapkan. Pembangunan sukan kriket ini seharusnya dilihat melalui aspek pembangunan pelajar itu sendiri dari segi sahsiah dan tingkah laku yang boleh dibudayakan melalui sukan. Sukan kriket memerlukan tahap disiplin yang tinggi, kerjasama berpasukan, semangat juang yang tinggi, dan minat dalam jiwa setiap pelajar ini. Pembangunan sukan kriket perlu dilaksanakan dengan teratur dari segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan, peralatan program latihan, pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang terlibat. Guru penasihat kriket yang juga merupakan jurulatih pasukan kriket sekolah merupakan tonggak kepada kejayaan murid. Ini menunjukkan keistimewaan yang terserlah pada guru dan pasukan kriket sekolah telah berjaya merealisasikan impian semua warga sekolah agar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah terus cemerlang dan dikenali di peringkat sekolah di Malaysia. Pengalaman dalam bidang kejurulatihan dan kelebihan yang ada pada guru wajib diperkasa untuk memastikan kejayaan sukan kriket akan sentiasa di tahap yang cemerlang. Untuk mencapai hasrat program ini, sekolah memerlukan peruntukkan sebanyak RM 170,000.00. Latarbelakang

description

rfp

Transcript of Request for Proposal Bola Baling

REQUEST FOR PROPOSAL

BIDANG : PROGRAM KEBITARAAN KRIKET

Ringkasan Eksekutif

Program kebitaraan kriket ialah program untuk mencemerlangkan lagi sukan ini agar lebih dikenali dikalangan pelajar serta warga sekolah dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi.

Sukan kriket Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah telah dipilih sebagai satu daripada Niche Area dalam Program Sekolah Kluster Kecemerlangan di sekolah ini. Sukan ini dibangunkan atas dasar keupayaan guru dan pelajar sekolah sendiri. Pengiktirafan harus diberikan bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sukan tersebut sesuai dengan taraf kluster yang telah ditetapkan. Pembangunan sukan kriket ini seharusnya dilihat melalui aspek pembangunan pelajar itu sendiri dari segi sahsiah dan tingkah laku yang boleh dibudayakan melalui sukan. Sukan kriket memerlukan tahap disiplin yang tinggi, kerjasama berpasukan, semangat juang yang tinggi, dan minat dalam jiwa setiap pelajar ini. Pembangunan sukan kriket perlu dilaksanakan dengan teratur dari segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan, peralatan program latihan, pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Guru penasihat kriket yang juga merupakan jurulatih pasukan kriket sekolah merupakan tonggak kepada kejayaan murid. Ini menunjukkan keistimewaan yang terserlah pada guru dan pasukan kriket sekolah telah berjaya merealisasikan impian semua warga sekolah agar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah terus cemerlang dan dikenali di peringkat sekolah di Malaysia. Pengalaman dalam bidang kejurulatihan dan kelebihan yang ada pada guru wajib diperkasa untuk memastikan kejayaan sukan kriket akan sentiasa di tahap yang cemerlang. Untuk mencapai hasrat program ini, sekolah memerlukan peruntukkan sebanyak RM 170,000.00.

Latarbelakang

Para pelajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah sememangnya cemerlang dalam bidang sukan kriket. Bidang kebitaraan kriket jarang menjadi pilihan sekolah-sekolah di Malaysia. Ini menunjukkan keistimewaan yang ada pada pelajar Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah akan terserlah dan dikenali di peringkat sekolah di Malaysia. Permainan kriket merupakan sukan yang memerlukan kekuatan mental dan kerjasama pemain dalam satu pasukan. Pasukan yang membuat larian terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Selain itu, permainan ini mengambil masa agak lama berbanding dengan permainan lain. Kerjasama dan persefahaman dari setiap pemain sangat penting bagi menjamin kejayaan strategi sesebuah pasukan. Justeru, para pelajar yang layak menyertai pasukan ini hendaklah mempunyai keyakinan yang tinggi, boleh bekerjasama dengan individu lain dan bijak merancang strategi bagi mengalahkan pihak lawan.

Tradisi sukan kriket diwarisi oleh setiap pelajar demi memastikan sukan tersebut sentiasa mempunyai kekuatan, jiwa dan semangat yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. Di samping itu, padang sekolah ini menjadi tempat latihan harian bagi pasukan kriket sekolah. Jurulatih pasukan sekolah ini juga turut menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk memastikan pasukan kriket sekolah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi permainan mereka. Kejayaan yang bermula dari bawah ini telah membuahkan hasil apabila pasukan kriket sekolah telah mendapat tempat ketiga di peringkat zon timur dan peringkat negeri pada tahun 2007. Kejayaan sukan kriket meningkat pada tahun 2008 apabila mendapat naib johan di peringkat zon timur dan tempat ketiga di peringkat kebangsaan sekolah berasrama penuh. Seterusnya pada tahun 2009, pasukan kriket sekolah telah melonjakkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah di peringkat SBP setelah menjadi johan peringkat zon timur dan johan kebangsaan peringkat sekolah berasrama penuh ( SBP ). Pemilihan sukan kriket ini diharap dapat merealisasikan visi Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah SEMESTA GEMILANG 2010 sejajar dengan misi sekolah iaitu Pelajar cemerlang dalam kokurikulum.

Objektif

1. Membentuk pasukan kriket perempuan sekolah pertama di Malaysia.2. Mengekalkan kejuaraan kriket SBP kebangsaan.3. Membina sahsiah diri pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.4. Membudayakan warga SEMESTA dengan sukan kriket.5. Meningkatkan kepakaran guru dalam permainan kriket bagi menambah pengetahuan untuk melatih pelajar.

Komponen

BILPROGRAM/ PROJEKAKTIVITIKOS (RM)

1Meningkatkan Program Sukan KriketLatihan kemahiran bagi pelajar5,000.00

Program kesedaran dan peningkatan minat pelajar 3,500.00

Program memperkenal dan mempromosi SEMESTA Pusat Kecemerlangan Kriket15,000.00

Penyelenggaraan peralatan sukan kriketa) Peralatan sukanb) Pembinaan `cagec) Membina `pitch dan naik taraf padangd) Mercu tanda kriket (Touch point)

47,000.0012,500.0028,000.00

5,000.00

Peralatan sokongan dan peningkatan prestasi6,000.00

Jurulatih professional8,000.00

Program pengantarabangsaan40,000.00

JUMLAH170,000.00

Sumber Kewangan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Anggaran Kos

Anggaran kos keseluruhan projek ini ialah RM 170,000.00.

Out put Dan Faedah

Out put

1. Latihan yang sistematik oleh jurulatih yang berprestasi tinggi membolehkan Pasukan Kriket menjadi Johan dalam pertandingan Kriket Kebangsaan SBP;2. Kursus dan latihan yang sistematik berupaya menghasilkan pelajar yang yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan dan mempunyai keyakinan diri ;3. Penyertaan dalam pelbagai pertandingan mampu melahirkan pelajar yang boleh bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang;4. Aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial;dan

Faedah

1. Sukan Kriket sinonim dengan nama SEMESTA.2. Pelajar yang menyertai Pasukan kriket akan mempunyai semangat berpasukan, setia kawan dan semangat juang yang tinggi demi maruah diri dan sekolah.3. Pelajar berpeluang berinteraksi (hubungan sosial dan masyarakat) dengan pemain-pemain kriket di dalam dan di luar negara.4. Pelajar yang berprestasi tinggi berkemungkinan dapat dicungkil bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang mewakili negara kerana sukan kriket merupakan sukan yang mula mendapat perhatian oleh kementerian belia dan sukan.

Justifikasi

1. Penglibatan pelajar dalam program ini dapat meningkatkan disiplin dan keyakinan diri serta membentuk personaliti yang unggul;2. Kejayaan sekolah dalam pertandingan dapat meningkatkan imej sekolah ke arah sekolah berwatak;3. Kemahiran pelajar dalam bidang sukan meningkatkan kemahiran sosial mereka;4. Kursus yang dilaksanakan berupaya meningkatkan kemahiran pelajar dalam kepakaran kriket;5. Kursus ini mampu menarik minat pelajar untuk menjadi pemain kriket yang hebat.