Report Trip Tti
-
Upload
faiznur-fauzi -
Category
Documents
-
view
55 -
download
4
Transcript of Report Trip Tti
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Maras telah melaksanakan aktiviti
lawatan sambil belajar ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Lawatan sambil belajar ini telah memberikan banyak pengalaman yang
menarik selain ilmu pengetahuan yang sangat berguna untuk murid-murid
prasekolah.
Program lawatan ini telah dilaksanakan pada 16 Julai 2012
bersamaan dengan hari Isnin. Seramai 35 orang murid, 3 orang guru
pengiring serta 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) telah
menyertai program lawatan ke Taman Tamadun Islam tersebut.
Lawatan bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 1.30 petang.
Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di seanjang perjalanan kami ke
Taman Tamadun Islam. Murid-murid sangat seronok di sepanjang
perjalanan kerana banyak pengalaman baru yang dapat mereka timba
melalui program lawatan tersebut. Antaranya ialah dapat menaiki bas,
menaiki kereta api mini dan juga bot melalui sepanjang sungai di kawasan
Taman Tamadun Islam tersebut.
Murid-murid juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang
sejarah-sejarah 20 buah masjid yang terdapat di seluruh dunia. Mereka
juga dapat melihat senibina islam yang sangat cantik sepanjang
perjalanan mengelilingi kawasan tersebut menggunakan kereta api mini.
Tayangan video tentang latar belakang dan sejarah masjid juga
disediakan oleh pihak Taman Tamadun Islam kepada para pengunjung.
Kemudian, aktiviti menaiki bot mengelilingi kawasan sekeliling
Taman Tamadun Islam juga sangat menyeronokkan dan merupakan suatu
pengalaman baru serta berguna kepada murid-murid dan juga guru-guru.
Sebelum menaiki bot, kami didedahkan tentang keselamatan semasa
menaiki bot oleh pegawai yang bertugas. Selain itu, pegawai tersebut
LAPORAN LAWATAN MURID-MURID PRASEKOLAH TAHUN 2012
Murid-murid seronok dapat menaiki bas ke TTI
Cikgu Syuhana bersama murid di atas tram
Murid beratur mengikut cikgu Aliza menuju ke arah bas
Cikgu Aliza membantu murid menaiki bas
telah mendemonstrasikan cara-cara memakai jaket keselamatan yang
betul kepada murid-murid dan juga guru.
Menaiki bot merupakan pengalaman baru untuk murid-murid
prasekolah. Kami dibawa mengelilingi pulau di kawasan sekitar sambil
mendapat penerangan yang terperinci oleh pemandu pelancong tentang
kawasan-kawasan sekitar. Perjalanan menaiki bot mengambil masa lebih
kurang 45 minit. Kemudian, kami dihidangkan dengan makanan tengahari
oleh pihak Taman Tamadun Islam. Pada jam 1.30 petang, kami bertolak
pulang ke sekolah.
Diharapkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan ini dapat
memberikan pengalaman yang bermakna dan dapat diaplikasikan oleh
semua pihak sama ada murid-murid atau guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pada masa akan datang.
Berikut merupakan gambar-gambar kenangan semasa lawatan
tersebut :-
Bergambar bersama di hadapan tram di hadapan Kubah Al Sakhrah, Baitul
Muqaddis
Seronoknya naik tram mengelilingi Taman Tamadun Islam
Melihat tayangan video di dalam monumen interaktif di Kubah Al
Sakhrah
Murid-murid teruja melihat replika Masjid
Bergambar kenangan di hadapan replika Xian Mosque, China
Menjamu selera dengan roti dan air kotak sebelum menaiki bot.
Murid-murid sangat seronok dapat menaiki bot mengelilingi pulau di
sekitar TTI.
Murid-murid bersolab jawab pelbagai soalan dengan pegawai TTI di dalam bot
Murid menjamu selera selepas menaiki bot
Menikmati hidangan nasi minyak dan cordial di TTI.. ^^
Pegawai TTI menunjukkan demonstrasi memakai jaket
keselamatan
Murid beratur untuk mengambil jaket keselamatan
Antara masjid-masjid yang terdapat di
Taman Tamadun Islam