REPORT AGAMA
-
Upload
dqah-suhaimi -
Category
Documents
-
view
1.434 -
download
0
Transcript of REPORT AGAMA
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
AA 201 PENDIDIKAN ISLAM II
TAJUK:REPORT TALAK & NUSYUZ
NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN
NORSYADIQAH BT SUHAIMI
08DKA10F1091
ASIAH BT ISMAIL 08DKA10F1089NUR AQILAH BT ABD JALIL
08DKA10F1095
NOOR FAIZAH BT RAZALI 08DKA10F1079NUR AINATUL MARDIAH 08DKA10F1087NURUL ATHIRA BT RUSLAN
08DKA10F1100
ISI KANDUNGAN
1
2
No Tajuk Muka surat
1 Talaki)pengenalanii)hukumiii)jenis lafaz talakiv)jenis talakv)kesan talakvi)hikmah talak
3-10
2 Nusyuzi)pengenalanii)perbuatan akibat nusyuziii)akibat nusyuziv)cara mengatasiv)cara memukul yang diharuskan
11-12
3 Kesimpulan 134 Lampiran 145 Rujukan 15
PENGENALAN TALAK
>Talak merupakan kalimah bahasa Arab yang bermaksud "menceraikan" atau
"melepaskan".
>Mengikut istilah syara' ia bermaksud, "Melepaskan ikatan pernikahan atau
perkahwinan dengan kalimah atau lafaz yang menunjukkan talak atau
perceraian".
Jika suami melafazkan kalimah ini ke atas isterinya, maka dengan sendirinya
mereka berdua telah terpisah dan isterinya berada dalam keadaan iddah . Jika
3
semasa isteri di dalam iddah kedua pasangan ingin berdamai, mereka boleh rujuk
semula tanpa melalui proses pernikahan.
Hukum talak
Hukum Penyelesaian
WajibJika perselisihan antara suami dan isteri tidak menemui jalan penyelesaian dan keluarga kedua-dua belah pihak telah bersetuju, mereka perlu bercerai.
SunatApabila seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana berkelakuan tidak baik.
MakruhJika seorang suami menjatuhkan talak ke atas isterinya yang baik tanpa terdapat apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh isterinya itu.
HaramSeorang suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau nifas.
HarusApabila tidak ada persefahaman hidup antara suami dan isteri.
Jenis-jenis Lafaz Talak
Lafaz talak terbahagi kepada dua:
>Talak Sharih
>Talak Kinayah.
Talak Sharih
> membawa maksud "nyata" atau "jelas" iaitu talak yang diucapkan oleh suami
kepada isterinya dengan kalimah yang jelas dan terang, lafaz seumpama ini
hanya membawa maksud penceraian dan tiada pengertian yang selainnya,
seperti kalimah "Talak" atau "Cerai".
4
Contoh lafaz yang Sharih:
>Aku ceraikan kau dengan talak satu
>Aku telah melepaskan (menjatuhkan) talak untuk engkau
>Hari ini aku ceraikan kau
Jika suami melafazkan talak dengan mengunakan kalimah yang "Sharih"
seumpama di atas ini, maka talak dikira jatuh walaupun tanpa niat dan saksi.
Talak Kinayah
>kalimah yang secara tidak langsung yang mempunyai dua atau lebih
pengertiannya.
>Umpamanya jika suami melafazkan kepada isterinya perkataan:
*Aku tak nak kau lagi, kau boleh balik ke rumah orang tua kau
*Pergilah engkau dari sini, ke mana engkau suka
*Kita berdua sudah tiada apa-apa hubungan lagi
Jenis-jenis Talak
Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh
dikategorikan seperti berikut:
>Talak Raj'ie
>Talak Battah
>Talak Bain
>Menjatuhkan talak tiga sekaligus
>Talak Sunni
>Talak Bid'i
1. Talak Raj'ie
5
>Talak yang boleh dirujuk semasa isteri di dalam iddah dengan lafaz-lafaz
tertentu, iaitu pasangan tidak dikehendaki melalui majlis pernikahan atau ijab dan
kabul. >Talak yang dilafazkan oleh suami hanya di kira Raj'ie jika ia merupakan
talak yang pertama atau talak yang kedua.
2. Talak Battah
> talak yang dilafazkan oleh suami kepada isterinya buat selama-lamanya,
umpamanya perkataan suami kepada isterinya,
"Aku ceraikan kau buat selama-lamanya"
Menurut pandangan Imam Syafi'e talak seumpama ini hanya jatuh menurut
niatnya, jika suami berniat satu maka talak hanya disabitkan satu, tetapi jika dia
berniat tiga maka talak dikira jatuh tiga.
3. Talak Bain
Talak Bain ini terbahagi kepada dua bahagian:
>Talak Bain Kubra
>Talak Bain Sughra.
1.Talak Bain Kubra
>talak yang telah berlaku kepada pasangan tersebut sebanyak tiga kali. Iaitu
suami telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali.
>Pasangan ini tidak boleh rujuk atau bernikah semula buat selama-lamanya,
melainkan isteri tersebut menikahi lelaki lain dan mereka hidup sebagai suami
isteri yang sah.
6
>Jika ditakdirkan isteri ini berpisah atau suaminya yang kedua itu meninggal
dunia, maka barulah suami pertamanya berhak menikahi bekas isterinya ini.
2.Talak Bain Sughra
>talak yang telah diucapkan oleh suami kurang daripada tiga kali, tetapi
pasangan tidak boleh "Rujuk" kembali melainkan dengan pernikahan yang baru,
walaupun isterinya di dalam iddah. Sebahagian dari talak Bain Sughra adalah:
>Talak yang diputuskan oleh Hakam
>Talak melalui Khulu'
>Talak yang difasakhkan oleh Hakim
4. Menjatuhkan Talak Tiga Sekaligus
Di zaman Nabi saw dan Abu Bakar ra, talak yang dijatuhkan tiga dalam satu waktu
dihukum hanya jatuh sekali sahaja. Tetapi semasa Sayyidina Umar Ibnu Khattab
ra menjadi Khalifah, beliau telah menghukumkan jatuh ketiga-tiga talak sekaligus.
Keputusan ini dibuat oleh Sayyidina Umar kerana di zamannya ketika itu
masyarakat amat mempermudahkan lafaz talak yang dibuat.
Bila berlaku perkara seumpama ini Hakim Mahkamah akan membicarakan kes
pasangan yang terbabit dan memutuskan hukum talaknya.
5. Talak Sunni
7
> talak yang mengikut sunnah Nabi saw, iaitu seorang suami menceraikan
isterinya di saat ia telah suci dari haid dan sebelum mereka bersatu, lalu suami
melafazkan talak di hadapan dua orang saksi.
6. Talak Bid'i
> talak yang diucapkan oleh suami ketika isteri dalam keadaan berikut:
>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri uzur (haid).
>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam nifas.
>Talak diucapkan oleh suami sedang isteri dalam keadaan suci tetapi suami
telah bersatu dengannya.
Kesan talak
Kesan Emosi
Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan
merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :
• Jiwa terganggu
• Marah
• Sedih
• Tidak bermaya
• Rasa bersalah
• Terpencil
• Rendah diri
8
• Runsing
• Putus asa/kecewa
• Kesunyian
Kesan Terhadap Anak
Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan
mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari
ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah:-
Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini
adalah:
• Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
• Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
• Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
• Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
• Perasaan terganggu dan bingung
• Hilang tumpuan pada pelajaran
• Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif
Emosi
>Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka
miliki (janda/duda).
>Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.
>Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari
pasangan masing-masing.
>Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan
saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak.
9
>Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara
satu sama lain dalam hal-hal seharian.
Hikmah talak
>Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk berpisah
bagi memulakan kehidupan baru.
>Dapat menyedarkan suami dan isteri tentang kepentingan menghayati ajaran
Islam.
>Memberi pengalaman dan pengajaran pahit kepada suami dan isteri serta insaf
dan sedar akan kelemahan masing-masing
10
Pengenalan nusyuz
Bahas
a
: Derhaka atau ingkar
Istilah : Isteri yang menderhaka atau ingkar dari menunaikan
hak dan tanggungjawab kepada suaminya sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh syarak.
Perbuatan - Perbuatan Yang Dikira Nusyuz
11
1) Keluar rumah dengan tiada tujuan yang mustahak tanpa izin suami atau ke
tempat yang tidak dibenarkan oleh suami.
2) Tidak melayan kehendak suaminya tanpa alasan yang munasabah seperti
uzur.
3) Pergi ke suatu tempat yang jauh sehingga terpaksa meninggalkan rumah
beberapa hari tanpa izin suaminya
4) Tidak mengikut perintah suaminya yang munasabah seperti menyuruh
isterinya membuat sesuatu kerja yang munasabah tetapi tidak dilakukannya.
5) Tidak mengikut larangan suaminya yang munasabah seperti melarang
sesorang yang tidak disukai memasuki rumahnya.
Akibat Daripada Perbuatan Nusyuz
1) Isteri hilang haknya sebagai isteri.
2) Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah
kepadanya
3) Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada
suaminya.
4) Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.
Cara-Cara Mengatasi Perbuatan Nusyuz
1) Suami hendaklah menasihati isterinya dengan cara yang
bijaksana dan menerangkan kepada isterinya mengenai
kesalahan yang telah dilakukan oleh si isteri dengan baik.
2) Sekiranya cara tersebut tidak berkesan, suami hendaklah
mengasingkan diri daripada isterinya tidak lebih daripada
tiga hari.
12
3) Jika cara yang pertama dan kedua tidak memberi apa-apa
kesan yang positif kepada isteri, suami boleh memukulnya
dengan tujuan untuk mengajar tetapi bukan untuk
mencederakannya.
Cara Memukul Yang Diharuskan
1) Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.
2) Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.
3)Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan
menginsafkannya.
4) Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.
Perbuatan Nusyuz Dapat Dihindarkan Sekiranya
1) Suami dan isteri menunaikan tanggungjawab masing-masing
dengan baik.
2) Suami memberi didikan agama kepada isteri.
3) Suami dan isteri hendaklah saling memahami dan
bekerjasama bagi mengatasi sebarang masalah yang
berlaku.
KESIMPULAN
Suami dan isteri umpama pakaian yang saling berperanan antara satu sama lain
untuk tujuan kasih sayang, perlindungan dan juga kemanusiaan. Masakan
sesebuah rumah tangga mampu tenang sekiranya suami dan isteri seringkali
berbalah antara satu sama lain dan hal ini sama sekali sudah menyalahi matlamat
13
asal perkahwinan yang mana perkahwinan ini adalah untuk mendatangkan
ketenangan di antara suami dan isteri.
Konklusinya, dalam sesebuah rumahtangga suami dan isteri perlu saling
memahami dan saling menghormati antara satu sama lain. Seandainya wujud
perasaan hormat nescaya suami atau isteri tidak sanggup untuk menyakiti hati
dan perasaan pasangan masing - masing. Isteri sememang wajib untuk mentaati
si suami dan tidak harus kita lupa bahawasanya si suami juga perlu menghormati
si isteri kerana isteri bukannya hamba abdi tetapi adalah teman yang dekat di hati
dan yang akan menemani sepanjang hidup melalui jalan-jalan hidup di saat susah
atau senang.
LAMPIRAN
WEDNESDAY, JUNE 16, 2010
Kes-Kes Nusyuz Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan PermasalahannyaKes-Kes Nusyuz Di Mahkamah Syariah: Cabaran Dan Permasalahannya*
Oleh: Hamdi Bin Ishak
14
*Kertas kerja asal dibentangkan di Seminar Pemahaman Enakmen Keluarga Islam Kedah di Baling, Kedah pada 22 April 2010 anjuran Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankausa Syariah Badan Peguam Kedah/Perlis.*Kertas Kerja asalnya ini ditulis dan dibentangkan dengan menggunakan format Microsoft Power Point.
PendahuluanKertas kerja ini mengandungi perbincangan yang dikhususkan kepada topik masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi dalam perbicaraan kes-kes Nusyuz di Mahkamah Syariah. Dalam membincangkan topik ini penulis memilih untuk merujuk secara khusus kepada undang-undang keluarga Islam yang terpakai di Negeri Kedah iaitu Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008. Penulis juga memilih untuk merujuk kepada kes-kes yang dilaporkan di dalam jurnal-jurnal sahaja walaupun kes-kes itu bukanlah kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah Negeri Kedah. Ini bagi memudahkan peserta Seminar membuat rujukan sendiri selepas ini.
Nusyuz Wanita Dalam al-Quran
Al-Nisa’: 34“Dan wanita-wanita (isteri-isteri) yang kamu khuatir nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahlah diri di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari untuk menyusahkan mereka sesungguhnya Allah Maha Tinggi Lagi Maha Besar”
nukilan hamdi Ishak Pada 12:28:00 PMLabels: hadhanah, Mahkamah Syariah, Nusyuz
0 komen anda:Post a Comment
Newer PostOlder PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)ABOUT THIS BLOG
Blog ini memaparkan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan Undang-Undang Islam, Mahkamah Syariah, Kekeluargaan, Hibah, Wasiat, Pernikahan, Perceraian, Peguam Syarie dan lain-lain. Pandangan dan komen yang membina dari pengunjung blog ini amat dialu-alukan. Penulis juga boleh dihubungi melalui email [email protected].
PENULIS
Alor Setar, Kedah, Malaysia
RUJUKAN
1.ustazroslidhoby.blogspot.com/.../soalan-berkaitan-dengan-talak-bain.html –
2.fkunhas.com/l/pengenalan+talak+dalam+islam.html - Cached
15
3.www.ebooklibs.com/pengertian_talak.html - United States - Cached
4.w helikmedia.wordpress.com/.../huraian-al-quran-tentang- nusyuz -suami-dan-
isteri-pengertian-dan-penyelesaian/ - Cached - ww.pdfebooksdownloads.com/
talak -menurut-islam.htm
5.adamayu.blogspot.com/2010/12/suami-nusyuz.html –
6.oaljawab.wordpress.com/2007/11/.../nusyuz-dan-lafaz-cerai/ - Cac
forum.cari.com.my › CARI Malay Forums › Agama Islam & Muslim - hed –
16
17
18