renyah vs sutera dalam lukisan
-
Upload
athirah-amni -
Category
Documents
-
view
593 -
download
0
Transcript of renyah vs sutera dalam lukisan
RENYAH VS SUTERA DALAM LUKISAN
Analisa perbandingan novel
Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari?
Persoalan dalam Renyah
Persoalan Huraian
1. Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dengan gejala rasuah
Hasnol yang menjalani kehidupan bermewah-mewah-mewahan sehingga sering tidak cukup wang. Pada mulanya dian taat kepada prinsip tetapi akhirnya Tengku Munir sebanyak RM300 ribu bagi meluluskan tender.
2. Minat dan kecenderungan seseorang tidak boleh diubah
Anak-anak Datuk Dolhi mempunyai minat mereka tersendiri walaupun Datuk Dolhi menginginkan anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya dalam perniagaan. Hasnol bertegas ingin jadi pegawai PTD, Ilham berminat dalam bidang seni dan pencita alam, Amera berminat dalam bidang perguruan, Mukhlis pula terlibat dengan berdakwah, Dani pula ingin jadi penyanyi rock.
Persoalan dalam Sutera dalam lukisan
Persoalan Huraian
1. Tanggungjawab membantu sesama manusia
Adila merasakan bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan Bujei yang dikatakan tidak normal. Begitu juga halnya dengan Sidang Saman yang suka membantu Bujei.
2. Kebaikan akan mengatasi kebatilan.
Alias telah cuba mengenakan ubat pengasih kepada Adila tetapi tidak menjadi. Pelbagai fitnah telah dileparkan kepada Adila juga tidak menjadi. Akhirnya oleh kerana terlalu taksub, maka Alias telah mendapat pembalasan akibat perbuatannya itu. Dia dikatakan sasau kerana cintanya terhadap Adila tidak berbalas.
Huraikan nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda pelajari?
Nilai Huraian
1. Kerajinan Datuk Dolhi rajin membaca buku bagi menambahkan ilmunya dalam bidang keusahawanan. Sebelum beliau menyampaikan ceramah kepada peniaga muda.
2. Ketabahan Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya. Hasnol terlibat dengan jenayah rasuah, Ilham terlibat dengan demostrasi menentang pembalakan di Serawak, Mukhlis pula terlibat dengan ajaran sesat sehingga sasau dan Doni pula terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Nilai dalam Renyah
Nilai dalam Sutera dalam lukisan
Nilai Huraian
1. Kasih sayang Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran di rumahnya. Ibunya telah pengsan setelah didera oleh bapa tirinya ketika itu. Tetapi malangnya dalam kejadian tersebut ibunya terkorban.
2. Keadilan Alias telah merosakkan radio yang baru dibeli oleh Bujei di pekan. Sidang Saman menyuruh Alias membayar ganti rugi di atas kerosakkan radio Bujei itu. Ini menunjukkan keadilan sifat Sidang Saman sebagai ketua kampung.
Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari?
Tema dalam Renyah
Konflik kekeluargaan tokoh perniagaan Melayu dalam mendidik anak-anak. Datuk Dolhi mencari pengantinya dalam perniagaan dalam kalangan anak-anaknya. Tapi gagal. Hasrol ditangkap kerana rasuah, Dani pemuzik yang terlibat dengan dadah dan dihantar di pusat serenti, Ilham lari keluar negara kerana melakukan demonstrasi menentang pembalakan Malaysia di luar negara. Mukhlis pula menjadi sasau akibat terlalu taksub dengan tok gurunya dan terpaksa mengahwini janda tok gurunya Hanisah dan memerilahara 2 orang anak jandanya itu. Manakala Amera bergelut dengan perjuangan suaminya mempertahankan jawatan dalam parti dan menteri. Akhirnya Wahi, anaknya bersama Mastura yang menggantikannya dalam perniagaan.
Tema Sutera dalam lukisan
Konflik jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa dan neneknya. Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal. Kehadiran Adila telah membawa sinar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi manusia normal seperti sediakala.
Huraikan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari?
Latar Tempat Huraian
1. Hospital Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dilanggar oleh motosikal ketika merayau-rayau di pekan. Menurut doktor, selepas fizikalnya pulih, Mukhlis mesti dihantar ke pusat rawatan mental.
2. Rumah Datul Dolhi
Selepas makan malam Datuk Dolhi telah membuat kejutan dengan mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya. Beliau telah menceritakan kisah silamnya bersama Mastura, isterinya yang telah meninggal dunia.
Latar tempat dalam Renyah
Latar tempat dalam Sutera dalam lukisan
Latar Tempat Huraian
1. Di tebing sungai
Kadang-kadang Bujei berada di tebing untuk
memancing. Suatu petang Bujei terserempak dengan
Alias. Alias telah menyuruh Bujei menghempas dirinya
dalam air. Habis bajunya basah kuyut. Walaupun Bujei
tahu dirinya diperbodoh tapi terpaksa mengikut arahan
Alias supaya dirinya tidak diapa-apakan.
2. Di pekan Adila dan Samsul telah membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut. Di pekan Bujei telah membeli jam tangan, radio dan beberapa keperluan lain dengan ditemani oleh Samsul.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel tersebut dan peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita.
Renyah
Plot Huraian
Klimaks Wakil Timbalan Menteri datang untuk merisik Amera.Sebelum persembahan Dani meminta kebenaran daripada rakannya untuk mendapatkan dadah dan akhirnya dia ditangkap.Tengku Munir telah membuat laporan bahawa Hasnol telah meminta rasuah sebanyak RM 1 juta di Pejabat Menteri Besar.Datin Tominah meminta Hasnol pulang untuk mencabar di mahkamah.Ilham mengecam kerajaan Malaysia membiarkan balak terus ditebang.Datuk Dolhi telah mengistiharkan Wahi sebagai anaknya
Peristiwa
kesudahan
Hasnol dibebaskan dengan ikat jamin dan Dani juga dijamin. Wahi dan Yuka pulang ke tanah air disambut oleh Datuk Dolhi
Sutera dalam lukisan
Plot Huraian
Klimaks Alias berusaha menculik Adila dengan bantuan rakan-rakannya tetapi tidak berjaya.Alias meminta bantuan neneknya untuk menggunakan ubat pengasih.Pelbagai fitnah dileparkan terhadap Bujei dan Adila
Peristiwa
kesudahan
Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini
menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak
kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai
pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.
Huraikan latar masyarakat berdasarkan novel yang telah anda pelajari.
Latar Masyarakat dalam Renyah
Latar Masyarakat
Huraian
Masyarakat
Usahawan
Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan kaya raya. Mereka telah menubuhkan syarikat usaha sama iaitu Dolhi-Albert Holding.
Masyarakat yang
tamak
Hasnol pegawai PTD yang sentiasa tidak cukup wang kerana kehidupan yang bermewahan. Sikap tamak menguasai dirinya akibat desakan daripada isterinya Linda, maka Hasnol telah menerima rasuah daripada Tengku Munir sebanyak RM300 ribu.
Latar Masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan
Latar Masyarakat
Huraian
Masyarakat
kampung yang
mempunyai
normal
kemanusiaan
Sidang Saman begitu mengambil berat ten6tang Bujei dengan membawa Bujei balik ke rumah setelah dipukul oleh Harun.
Masyarakat yang
mengambil
kesempatan di
atas kesenangan
orang lain
Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun telah meminta isterinya Fatimah membelikan kereta.
Kegigihan merupakan salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut.
Nilai Kegigihan Huraian
Kegigihan
membina
empayar dalam
perniagaan
Datuk Dolhi begitu gigih membina empayar perniagaan dan berjaya menubuhkan sebuah syarikat perniagaan yang utuh bersama rakan kongsinya Albert Lee. Mereka berdua telah menubuhkan Dolhi-Albert Holding
Kegigihan dalam
bidang
pendidikan
Amera begitu komited dengan kerjayanya sebagai guru. Berkat kegigihannya beliau telah dianugerahkan tokoh guru cemerlang peringkat negeri.
Nilai kegigihan dalam Renyah
Nilai kegigihan dalam Sutera dalam Lukisan
Nilai Kegigihan Huraian
Kegigihan dalam
membantu
sesama insan
Adila begitu ikhlas ingin membantu Bujei dalam memberi keyakinan diri dan semangat. Berkat kegigihan itu menunjukkan keadaan dan tingkah laku Bujei telah berubah dari sehari ke sehari sehinggalah Bujei boleh berdikari dengan membuat batas untuk bercucuk tanam.
Kegigihan ingin
mengubah cara
hidup
Bujei sering berfikir tentang kehidupannya dan bertekad ingin mengubah cara hidup. Dia tidak mahu terus-terusan diperbodoh oleh orang kampung terutamanya Alias. Dengan bantuan Adila, dia telah mendapat keyakinan diri dan ingin mengusahakan tanah peninggalan keluarganya.
Huraikan watak dan perwatakan watak utama novel yang telah anda pelajari
Watak utama dalam Renyah
Watak Datuk Dolhi Perwatakan Datuk Dolhi
Berusia 60-an. Suami kepada
Datin Tominah. Bapa kepada
6 orang anak iaitu Hasnol,
Amera, Ilham, Mukhlis, Dani
serta Wahi. Isteri kedua iaitu
ibu Wahi, Mastura peranakan
Arab dan merupakan kekasih
lamanya. Beliau seorang
usahawan yang berjaya.
Seorang yang gigih - Datuk Dolhi seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan dan mempunyai empayar perniagaan Dolhi-Albert. Beliau mempunyai daya ingatan yang tinggi. Beliau masih mengingati lagu-lagu Jepun semasa zaman persekolahan dulu. Beliau seorang yang rajin membaca dan akan membaca sebelum menyampaikan ceramah usahawan kepada peniaga muda. Beliau seorang yang penyabar dengan pelbagai karenah anak-anak.
Watak utama dalam Sutera dalam Lukisan
Watak Bujei Perwatakan Bujei
Berumur 27 tahun. Ibunya
bernama fatimah dan bapa
tirinya bernama Harun. Pintar
di sekolah rendah tetapi
tercicir dalam pelajaran
selepas peristiwa kebakaran
yang yang meragut nyawa ibu
kandungnya. Bermula dari
peristiwa itu, dia telah hilang
tempat bergantung
menyebabkan dia hidup tidak
tentu arah.
Mempunyai cita-cita - Bujei bercita-cita ingin menjadi askar seperti ayahnya. Beliau suka mendengar radio dan menonton TV – dapat menyampaikan lagu “Bahtera Merdeka” dengan baik . Beliau seorang yang penakut – takut dengan Alias dan selalu mengikut sahaja apa yang disuruh oleh Alias. Dia tidak mementingkan kebersihan tetapi akhirnya berubah setelah disuruh oleh Adila. Dia mempunyai sikap suka berjimat kerana wang yang diberi oleh Wak Senen tidak digunakan.
Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.
Cabaran watak utama dalam Renyah
Cabaran watak Datuk Dolhi
Huraian
Cabaran
menangani
karenah anak-
anak
Sikap anak-anak Datuk Dolhi telah memeningkan kepalanya. Perancangan untuk meletakkan anak-anaknya sebagai pengganti dalam urusan syarikat terbengkalai. Hasnol sayangkan jawatannya sebagai PTD. Amera berminat dalam bidang perguruan.
Cabaran watak utama dalam Sutera dalam Lukisan
Cabaran watak Bujei
Huraian
Cabaran
menghadapi
kehidupan tanpa
tempat
bergantung
Bujei telah mengalami beberapa tragedi yang besar iaitu tragedi kematian ayahnya, kematian ibu dan neneknya. Kedau-dua tragedi itu telah mendatangkan tekanan kepadanya. Namun hidup mesti diteruskan. Dia tinggal di rumah peninggalan neneknya seorang diri. Walaupun hidup dalam kedaifan, dia menghadapi cabaran hidup dengan tabah.
Huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
Nilai kasih sayang Huraian
Kasih sayang ibu
bapa terhadap
anak-anak
Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itulah, mereka berusaha menyelamatkan anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara. Dani telah dihantar ke pusat pemulihan. Datuk Dolhi telah menjamin Hasnol di balai polis.
Kasih sayang
seorang sahabat
Albert Lee merupakan rakan kongsi Datuk Dolhi dan mereka telah sama-sama membina empayar perniagaan Dolhi-Albert Holding. Bagi meneguhkan lagi persahabatan mereka, meraka telah merancang untuk menjodohkan Ameera dengan Robert Lee anak Albert Lee tanpa mengira agama dan keturunan.
Nilai kasih sayang dalam Renyah
Nilai kasih sayang dalam Sutera dalam Lukisan
Nilai kasih sayang Huraian
Kasih sayang
seorang anak
terhadap ibunya
Bujei cuba menyelamatkan ibunya dalam kebakaran rumahnya. Pada masa itu ibunya pengsan setelah didera oleh bapa tirinya dan dalam masa yang sama bapa tirinya Harun telah tersepak pelita menyebabkan rumahnya terbakar.
Kasih sayang
seorang sahabat
Sifat kasih sayang dan keikhlasan Adila telah dapat merubah sikap Bujei. Sebelum ini Bujei dikatakan bersikap tidak normal dan sasau akibat beberapa tragedi ke atas dirinya. Sifat kasih sayang Adila telah menyebabkan Bujei yakin kepada dirinya dan membentuk keperibadian sehingga berjaya.
Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Konflik Bagaimana watak utama menyelesaikan konfliks
Datuk Dolhi menyelesaikan kes anaknya Dani dengan menghantar anaknya ke pusat pemulihan
Dani iaitu anak Datuk Dolhi yang menganggotai kumpulan muzik rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia telah ditangkap oleh polis semasa ingin membuat persembahan. Datuk Dolhi telah menyelesaikan kesnya di mahkamah dan menghantarnya ke pusat pemulihan.
Datuk Dolhi telah menyelesaikan konflik kekeluargaan untuk mencari pengantinya.
Datuk Dolhi telah memanggil kesemua anaknya berkumpul dan menceritakan kedudukan Wahi sebagai anaknya bersama Mastura. Pada mulanya berita ini tidak boleh diterima oleh keluarganya. Tetapi akhirnya seluruh keluarga dapat menerima Wahi sebagai sebahagian daripada keluarga mereka dan Datuk Dolhi telah melantik Wahi sebagai pengantinya.
Watak utama menyelesaikan konflik dalam Renyah
Watak utama menyelesaikan konflik dalam Sutera dalam Lukisan
Konfliks Bagaimana watak utama menyelesaikan konfliks
Bujei dapat menyelesaikan konflik dirinya
Bujei ialah seorang pemuda yang dianggap tidak normal dalam masyarakat kampungnya. Setelah kehadiran Adila, dia telah berubah menjadi lebih yakin pada dirinya sendiri dan berubah sikap menjadi lebih normal.
Bujei dapat menyelesaikan konflik dengan Alias yang merosakkan radionya
Pada suatu petang Alias datang ke rumah Bujei dan mengugut Bujei supaya menjauhkan diri daripada Adila. Alias telah mengugut Bujei dan menghempas radio yang baru dibeli olehnya. Bujei dengan berani melawan Alias dan menyuruh Alias membayar ganti rugi sebanyak RM 80.00. Akhirnya dengan bantuan Sidang Saman, Alias terpaksa menbayar balik ganti rugi radio Bujei.
Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan dalam Renyah
Peristiwa Mengapa peristiwa itu meninggalkan kesan
Persahabatan yang tidak mengira agama dan bangsa
Persahabatan Datuk Dolhi dan Albert Lee sehingga dapat menubuhkan syarikat usahasama iaitu Dolhi-Albert Holding. Peristiwa tersebut menimbulkan kesan kepada saya kerana jarang sekali kita lihat orang Melayu dan Cina dapat membina empayar yang besar. Lagipun mereka berdua sanggup mengahwinkan kedua-dua anak mereka.
Perasaan cinta melangkaui sempadan negara
Wahi telah berkahwin dengan gadis dari Jepun yang bernama Yuka. Peristiwa ini meninggalkan kesan kepada saya kerana Wahi seorang pemuda kampung dapat mengahwini Yuka seorang gadis Jepun semasa Wahi dihantar menimba pengalaman di Jepun. Setelah melalui beberapa konfliks akhirnya mereka diterima oleh keluarganya dan mendapat restu oleh Datuk Dolhi.
Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan dalam
Sutera dalam Lukisan
Peristiwa Mengapa peristiwa itu meninggalkan kesan
Bujei berani menumbuk perut Alias ketika Alias merosakkan radionya
Peristiwa ini meninggalkan kesan kerana seseorang akan menjadi lebih berani apabila menegakkan haknya. Bujei berani mempertahankan haknya dengan menuntut supaya Alias mengganti radio yang dirosakkan dan mengugut untuk membakar motosikal Alias. Dengan bantuan Sidang Saman, Bujei mendapat kembali ganti rugi radionya.
Orang ramai terpegun apabila Bujei mendendangkan lagu Bahtera Merdeka
Peristiwa ini meninggalkan kesan kerana setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri. Bujei telah dijemput untuk menyanyikan sebuah lagu semasa majlis perkahwinan Sameah. Sebenarnya Alias ingin mengenakan Bujei. Pada mulanya Bujei tidak naik pentas apabila namanya dipanggil, tetapi semangatnya ingin mencuba akhirnya dia naik juga. Setelah mendendangkan lagu, semua orang terpegun. Rupa-rupanya Bujei boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.
Ketabahan watak utama dalam Renyah
Ketabahan Bukti watak utama memperoleh kejayaan
Ketabahan Datuk Dolhi menghadapi cabaran dalam perniagaan
Datuk Dolhi begitu risau kerana anak-anaknya tidak mahu meneruskan legasi perniagaannya. Berkat ketabahannya dalam hal ini, akhirnya beliau telah melantik salah seorang anaknya iaitu Wahi sebagai pengganti. Beliau begitu sayangnya perniagaannya kerana berkat ketabahannya juga beliau boleh berjaya sehingga dapat menubuhkan syarikat itu.
Ketabahan Datuk Dolhi menghadapi krisis bersama isterinya
Pada suatu malam, Datuk Dolhi mengistiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya daripada isteri kedua. Sebagai akibatnya, hubungannya dengan Datin Tominah renggang. Berkat ketabahannya melayani konfrontasi yang dilakukan oleh isterinya, akhirnya keadaan pulih semula.
Ketabahan watak utama dalam Sutera dalam Lukisan
Ketabahan Bukti watak utama mendapat kejayaan
Ketabahan Bujei menghadapi kehidupannya
Bujei sering dihina oleh masyarakat kampungnya dan mereka menganggap Bujei ialah seorang pemuda yang tidak normal. Berkat ketabahannya serta dengan bantuan Adila Bujei telah yakin pada dirinya dan berubah menjadi manusia yang normal dan boleh berdikari.
Ketabahan Bujei menghadapi Alias yang sentiasa menyusahkan hidupnya
Alias seorang pemuda kampung yang sering membuli Bujei dengan pelbagai cara. Sebelum ini Bujei tidak pernah melawan malah menuruti segala suruhan Alias. Berkat ketabahan itu Bujei tidak pernah melawan. Tetapi akhirnya setelah Bujei mendapat keyakinan diri, dia telah cuba menyelesaikan masalah dengan Alias.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel.
Nilai kasih sayang dalam Renyah
Kasih sayang Peristiwa
Kasih sayang Datuk Dolhi kepada anak-anaknya
Novel ini menceritakan pelbagai karenah anak-anak Datuk Dolhi yang telah memeningkan kepalanya. Hasnol telah terlibat dengan rasuah, Mukhlis menjadi tidak siuman setelah bercerai, Ilham diburu polis kerana menganjur tunjuk perasaan, dan Dani pula terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Walau apapun karenah anak-anaknya, namun beliau tetap menunjukkan kasih sayang dengan menjamin, mencari dan memulihkan kembali anak-anaknya.
Kasih sayang terhadap keluarga
Albert Lee tetap meluangkan masa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya.
Nilai kasih sayang dalam Renyah
Kasih sayang Peristiwa
Kasih sayang anak kepada ibu
Harun, bapa tiri Bujei telah bertindak zalim ke atas Fatimah ibu Bujei. Suatu hari Harun telah memukul Fatimah hingga pengsan dan meninggalkan rumah. Sebelum keluar rumah dia telah menyepak pelita minyak tanah menyebabkan rumahnya terbakar. Bujei cuba menyelamatkan ibunya tetapi dihalang oleh orang kampung.
Kasih sayang manusia terhadap manusia yang lain.
Nilai ini boleh dilihat melalui watak Adila yang ingin membantu memulihkan semangat Bujei. Akhirnya Bujei telah mula pulih dan yakin kepada dirinya dan cuba untuk berdikari dengan bercucuk tanam.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam Renyah
Kepincangan Peristiwa
Masyarakat yang suka memberi dan menerima rasuah
Tengku Munir yang tamak sanggup memberikan rasuah kepada Hasnol agar meluluskan kesemua tender yang dimohonnya. Manakala Hasnol yang ingin hidup mewah sanggup menerima rasuah sehingga dia didakwa oleh pihak berkuasa.
Anak terabai apabila berpoligami
Datuk Dolhi telah mengahwini Mastura secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Datin Tominah. Akhirnya Wahi terpaksa hidup dan membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Tetapi akhirnya Datuk Dolhi telah mengistiharkan Wahi anak kandungnya menyebabkan berlaku konfrontasi antara Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
Kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam
Sutera dalam Lukisan
Kepincangan Peristiwa
Masyarakat yang suka menaburkan fitnah
Alias telah menaburkan fitnah terhadap Adila dengan mengatakan Adila telah menghidap penyakit AIDS dan perempuan yang sudah rosak untuk memalukan Adila selepas Adila menolak pinangannya.
Masyarakat yang terlibat dengan gejala sosial
Alias dan Sahak terlibat dalam perlumbaan motosikal secara haram sehingga menyebabkan Sahak cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan semasa sedang berlumba.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan latar masyarakat dalam novel tersebut.
Latar masyarakat dalam Renyah
Latar masyarakat Peristiwa
Masyarakat usahawan
Datuk Dolhi dan Albert Lee merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki Dolhi-Albert Holding. Malah, Datuk Dolhi merupakan seorang jutawan yang berjaya.
Masyarakat yang berpengetahuan dan mementingkan ilmu pengetahuan
Datuk Dolhi mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman dalam perniagaan. Beliau juga minat membaca buku. Sebelum memberi ceramah kepada usahawan muda, beliau telah menyelak buku-buku lamanya.
Latar masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan
Latar masyarakat Peristiwa
Masyarakat yang kurang bernasib baik
Bujei dianggap oleh orang-orang kampung sebagai seorang yang bodoh, dungu, dan tidak berakal kerana sikap Bujei yang lurus. Bapanya telah meninggal sejak dia masih kecil, kemudian ibunya dan neneknya. Dia telah hilang tempat bergantung dan terpaksa hidup sebatang kara.
Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan
Alias selalu membuli dan memukul Bujei kerana Bujei tidak pernah melawan dan lemah. Begitu juga Harun yang tamakkan harta sanggup membunuh Fatimah dan menganyai Bujei untuk mendapatkan tandatangan bagi membolehkannya menukar nama tanah.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Kepincangan masyarakat dalam Renyah
Kepincangan masyarakat
Peristiwa
Masyarakat yang boros dan tamak
Tengku Munir bersikap tamak hingga sanggup memberikan tekanan kepada Hasnol bagi memperoleh semua tender yang dimohonnya. Hasnol yang hidup bermewah-mewahan sehingga sanggup menerima rasuah.
Masyarakat artis yang terlibat dengan dadah
Dani yang bercita-cita menjadi penyanyi rock dan ingin melancarkan albumnya. Malangnya dia telah berjinak-jinak dengan penyalahgunaan dadah sehingga ditangkap polis. Keadaan ini telah menutup peluang menyebabkan pelancaran album sulungnya tergendala.
Kepincangan masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan
Kepincangan masyarakat
Peristiwa
Masyarakat yang mempercayai ilmu-ilmu karut
Emak Adila masih lagi memegang kuat kepada fahaman anamisme. Dia cuba memberi nasihat kepada anaknya, Adila supaya berhati-hati ketika berada di kampung. Dia bimbang hubungan yang rapat Adila dengan Bujei ditakuti akan terkena ilmu hitam.
Masyarakat yang tidak memegang janji/
ketidaksetiaan
Faizal tidak memegang janji dalam percintaannya dengan Adila. Faizal telah berjanji untuk mengambil Adila sebagai isterinya selepas sahaja Adila tamat pengajiannya. Tetapi akhirnya Faizal berkahwin dengan orang lain.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan latar masyarakat dalam setiap novel.
Latar masyarakat dalam Renyah
Latar masyarakat Peristiwa
Masyarakat majmuk
Kehidupan majmuk dalam negara yang terdiri daripada bangsa Melayu yang diwakili oleh keluarga Datuk Dolhi, bangsa Cina yang diwakili oleh keluarga Albert Lee, dan bangsa Jepun yang diwakili oleh Yuka
Masyarakat yang berani
Amera berani menegur Ilham dan Dani yang tidak mahu bekerja dan tidak berdisiplin. Wahi juga berani berjumpa dengan bapa Yuka untuk melamar Yuka.
Latar masyarakat dalam Sutera dalam Lukisan
Latar masyarakat Peristiwa
Masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain
Baru sahaja beberapa bulan berkahwin, Harun sudah memujuk Fatimah untuk membeli kereta. Tidak cukup dengan itu, Harun seringkali meminta duit daripada Fatimah dan menunjukkan perangainya yang sebenar.
Masyarakat yang mengamalkan kerjasama
Sewaktu Sidang Saman ingin mengadakan majlis perkahwinan anaknya Samaeh, seluruh penduduk kampung berkerjasama mengadakan majlis tersebut termasuklah Bujei.
Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Renyah
Kesedaran Sebab-sebab
Pentingnya sikap berjimat cermat dan sederhana dalam hidup
Hasnol bersikap boros dan suka bermewah-mewahan dalam hidup. Sikap ini telah menyebabkan dia selalu berhutang dengan Datuk Dolhi, ayahnya tetapi tidak pernah membayar. Akhirnya Tengku Munir telah mengambil kesempatan ini untuk menawarkan rasuah.
Berhati-hati dalam mengejar cita-cita
Dani terlalu taksub mengejar cita-citanya sebagai kumpulan rock. Ketika ingin melancarkan albumnya yang pertama, dia telah menggunakan dadah untuk memberi keyakinan dalam persembahannya. Akhirnya dia telah ditangkap oleh polis.
Sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran dalam Sutera dalam Lukisan
Kesedaran Sebab-sebab
Tekanan hidup boleh menyebabkan manusia berubah
Bujei telah mengalami tragedi yang besar. Pertama, kematian ayahnya dalam tragedi kemalangan. Kedua kematian ibunya dan neneknya. Dia hilang tempat bergantung sedangkan dia masih kecil untuk menerima semua itu. Tekanan hebatnya menyebabkan dia menjadi tidak normal.
Fitnah boleh meruntuhkan institusi kemasyarakatan
Alias telah membuat fitnah yang Adila telah mengidap penyakit AIDS dan merupakan perempuan yang telah rosak. Hal ini meyebabkan Bujei telah menyesyaki sesuatu dan tidak mahu berjumpa Adila. Adila juga telah mendapat malu dan terpaksa balik ke Kuala Lumpur. Kejadian ini sedikit sebanyak telah menyebabkan dia berputus asa untuk menolong Bujei tetapi akhirnya dia menghadapi keadaan itu dengan tenang.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.
Nilai keberanian dalam Renyah
Nilai keberanian Peristiwa
Berani bersaing dalam dunia perniagaan
Datuk Dolhi seorang anak Melayu yang berani menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan berkerjasama pula dengan kaum lain iaitu Albert Lee. Beliau akhirnya berjaya dalam perniagaan dan bergelar jutawan.
Wahi berani menyahut cabaran ayahnya Datuk Dolhi untuk menerajui syarikat
Setelah kesemua anak Datuk Dolhi tidak mahu mengambil alih pengurusan syarikat, maka Datuk Dolhi telah melantik Wahi menggantikkannya. Semua lembaga pengarah bersetuju melainkan Albert Lee. Albert Lee menuuduh anak-anak Datuk Dolhi telah menyebabkan prestasi syarikat jatuh. Wahi terpaksa menghadapi Albert Lee dalam mengendalikan teraju syarikat.
Nilai keberanian dalam Sutera dalam Lukisan
Nilai keberanian Peristiwa
Berani mempertahankan hak
Harun balik semula setelah sekian lama menghilang. Misinya kali ini untuk mendapatkan tandatangan Bujei untuk penjualan tanah pusaka. Sewaktu di tepi sungai, Harun telah memaksa Bujei menandatangani surat tukar nama tanah. Setelah pelbagai cara dilakukan, akhirnya Bujei telah menandatangani borang tersebut tetapi telah membasahkan borang itu menyebabkan dakwatnya kembang. Hal ini menyebabkan Harun marah.
Berani menunjukkan bakat terpendam
Semasa perkahwinan Same’ah, terdapat persembahan pancaragam. Bujei telah diundang untuk menyampaikan sebuah lagu selepas mendapat permintaan seseorang. Semua beranggapan bahawa Bujei akan merosakkan majlis tetapi sebaliknya terpukau dengan persembahan lagu “Bahtera Merdeka”. Bujei menyampaikan lagu dengan cukup yakin dan mempersonakan orang kampung.