RELIGIOUS GUIDANCE IN SENDING GREETINGS TO NON … · RELIGIOUS GUIDANCE IN SENDING GREETINGS TO...
Transcript of RELIGIOUS GUIDANCE IN SENDING GREETINGS TO NON … · RELIGIOUS GUIDANCE IN SENDING GREETINGS TO...
1
5 February 2016
RELIGIOUS GUIDANCE IN SENDING GREETINGS TO NON-MUSLIMS ON THEIR
FESTIVALS AND CELEBRATIONS
As Muslims in multi-racial and multi-religious Singapore, the Muslim
community must understand the need to interact and engage with people of different
backgrounds, cultures and faiths. At times, Muslims will come across
uncertaintiesregarding the religious ruling on complex issues, for example sending
greetings to non-Muslims on their festivals and celebrations.
2 It is important to acknowledge and understand that Muslim scholars differ in
their opinions with regards to this issue. This difference of opinion is a result of
ijtihad(independent reasoning) of the scholars, based on the evidences found in
Islamic legal sources and tradition.
The Religious Position on Religious Festival Greetings
3 There are several scholarly opinions regarding this issue, opinions that allow
for, such as the views of Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Sheikh Muhammad Rashid Ridha,
Dr.Wahbah Al-Zuhayli, Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Dr. Mustafa Al-Zarqa and the
declaration made by the European Council for Fatwa and Research on the 31st
January 2014.
4 The same opinion is held byDar Ifta‟ Al-Misriyyah (Egyptian Fatwa Council)
with the following statement:
ال تتعارض مع العقيدة اإلسالمية أبلفاظ تهنئةغري املسلمني يف عيدىم, ولكن تكون ىذه الهتنئة فيجوز
It is permissible to congratulate non-Muslims on their religious occasions, using
words that do not contradict the Islamic creed.
2
5 This point is further assertedin the Quran, Allah swt says:
عن الهذين ل هاكم الله ين ول يرجوكم من ديركم أن ت ب روىم وت قسطوا إليهم إنه الله ال ي ن ي قاتلوكم يف الد
يب المقسطني
Allah does not forbid you to deal justly and kindly with those who fought not against
you on account of religion and did not drive you out of your homes. Verily, Allah
loves those who deal with equity.[Al-Mumtahanah: 8].
6 Based on the above-mentioned verse and points that we have propounded, it
has highlighted the importance ofmaintaining good relations and character with other
faith communities; this opinion supports the permissibility for a Muslim to send
greetings to non-Muslims on their religious festivals as long as the greeting does not
contain any religious messages that are contradictory to the Islamic teachings.Such
action does not only help build good relations with others, but it is also a form of
welfare between humankind.
7 At the same time, there are also opinions from past scholars on the prohibition
of sending greetings to non-Muslims, such as the opinion ofIbn al-Qayyim in his book
AhkamAhl al-Zimmah:
أما التهنئة بشعائر الكفر املختصة بو فحرام ابالتفاق مثل أن يهنئهم أبعيادىم وصومهم فيقول: عيد مبارك عليك أو هتنأ هبذا العيد وحنوه
“Congratulating the non-Muslim on the rituals that belong only to them is haram
(forbidden) by consensus, as is congratulating them on their festivals and fasts by
saying „A happy festival to you‟ or „May you enjoy your festival,‟ and so on.”
8 Among the reasons forimpermissibility of sending religious greetings, is based
on maslahat (common good) of guarding one’s belief due to the fear of glorifying and
embracing of sentimentswithin the religious festival.
3
Religious Guidance for Muslim Community
9 Thus, it is understood that the issue of sending greetings to non-Muslims on
their religious festivals is an issue of ijtihidiyyah and khilafiyyah (differing opinions)
among Muslim scholars. Furthermore, we should understand that each opinion has
its basis within our rich Islamic traditions. It is thus our responsibility to consider and
evaluate a religious opinion wisely, that is more suited to our country’s multi-racial,
multi-religious context.
10 On that note, Pergas is more inclined to the opinion that allows the sending of
greetings to non-Muslims on their religious festivals as agreed by Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi, Sheikh Abdullah Bin Bayyah and Sheikh Mustafa Al-Zarqa as it is more
relevant to the context of our Muslim community living in a multi-racial and multi-
religious country.
11 Islam is a religion that is full of mercy and compassion, and emphasizes good
and warm relations amonghumankind- both Muslims and non-Muslims. Hence, it is
evident that being compassionate to others is not limited to simply sending greetings,
but Islam encourages Muslims to be merciful and compassionate in all matters when
dealing with others, including responsibilities at work, at the community level and so
on.
12 Islam teaches its followers to be compassionate in all matters of life, as long as
it leads to goodness and prosperity, and not to evil or destruction. Allah s.w.t. says:
ن يا ار الخرة وال تنس نصيبك من الد الده وأحسن كما أحسن الله إليك وال ت بغ الفساد واب تغ فيما آتك الله
يف الرض إنه الله ال يب المفسدين
“But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and
[yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to
you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters.”
[Al-Qasas: 77]
4
13 One of the examples of ihsan is to respect the rights of our neighbours and
maintain good relations regardless of their faith. In fact, respecting and honouring the
rights of our neighbours is deeply entrenched within the Islamic tradition. Respecting
our neighbours is also a sunnah (Prophetic tradition) and a practice of the Prophet
Muhammad (PBUH), and is agreed upon by all Muslim scholars. The Prophet
Muhammad (PBUH) said:
. سيورثو أنو ظننت حىت ابجلار يوصيين جربيل زال ما
“Jibril kept recommending me to treat my neighbour well until I thought that he would
tell me to make him one of my heirs” [Hadith reported by Bukhari]
14 Moving forward, Pergas hopes that the Singapore Muslim community continues
to play its role in building and maintaining good relations and harmony with other
communities. Let us take the Prophet Muhammad (PBUH) as a role model. Though
a scholar is able to deduce a religious opinion, it is important to understand that it is
considered as an ijtihad and recommendation. Imam Malik rahimahullah said:
“Everyone’s opinion could be accepted or rejected except that of the one buried in
this grave (pointing to the grave of the Prophet (PBUH)”.
13 May Allah s.w.t bestow the Muslim Community with strength to fortify our
religious life not just through acts of worship to Allah, but also in building social
bonds as well as increasing our understanding of true Islamic teachings and tradition
in order to be a community that is successful in this world and the hereafter.
SINGAPORE ISLAMIC SCHOLARS AND RELIGIOUS TEACHERS ASSOCIATION
(PERGAS)
1
5 Februari 2016
PANDUAN AGAMA DALAM MEMBERI UCAPAN SELAMAT SEMPENA
PERAYAAN KEPADA PENGANUT AGAMA LAIN
Sebagai warga Muslim di negara yang berbilang bangsa dan agama di
Singapura, masyarakat Islam Singapura tidak dapat lari dari keperluan untuk
berinteraksi dengan warga lain dari latar belakang dan budaya dan agama yang
berbeza. Atas dasar itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk mengenalpasti perspektif
agama bagi isu-isu yang bersangkutan dengan kemasyarakatan dan budaya, seperti
isu ucap selamat perayaan keagamaan kepada penganut agama lain.
2 Perlu dijelaskan bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama dalam hal
memberi ucapan perayaan kepada penganut agama lain. Perbezaan pandangan ini
muncul daripada ijtihad para ulama berdasarkan nas yang wujud dalam tradisi
keagamaan kita.
Pandangan Agama Dalam memberi Ucapan Selamat Perayaan Keagamaan
3 Terdapat beberapa pendapat ulama berkaitan isu ini, antaranya pandangan
yang membolehkan seperti pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Sheikh Muhammad
Rashid Ridha, Dr. Wahbah Al-Zuhayli, Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Sheikh Mustafa
Al-Zarqa dan keputusan Majlis Fatwa dan Kajian Eropah atau European Council for
Fatwa and Research yang diterbitkan pada 31 Januari 2014.
4 Keharusan pendapat ini pada masa yang sama juga turut disokong oleh Dar
Ifta’ Al-Misriyyah (Lembaga Fatwa Mesir) dengan kenyataan berikut:
ال تتعارض مع العقيدة اإلسالمية بألفاظ تهنئةولكن تكون هذه ال, غير المسلمين في عيدهمتهنئة فيجوز
2
Ertinya: “Maka diharuskan mengucap selamat kepada golongan bukan Islam pada
hari perayaan mereka, Namun, lafaz ucapan tersebut tidak boleh mengandungi
sesuatu yang bertentangan dengan akidah Islam.”
5 Antara dalil dan hujah utama pendapat yang membolehkan ini adalah umum
maksud firman Allah s.w.t.:
Ertinya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada
orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil.” [Al-Mumtahanah: 8].
6 Berdasarkan ayat ini serta hujah lain yang disebutkan sebelum ini, ia
menegaskan tentang kepentingan seorang Muslim menjaga dan memelihara
hubungan serta akhlak dan pekertinya dengan yang bukan Islam; pendapat ini
membenarkan seorang Muslim untuk mengucapkan kata-kata selamat serta
memberi kata-kata tahniah dan ucapan perayaan kepada yang bukan Islam di hari
perayaan mereka, asal sahaja ianya tidak sampai kepada peringkat menjejaskan
aqidah Islam. Amalan ini bukan sahaja dapat memupuk hubungan baik antara kaum,
akan tetapi ia juga merupakan satu kebajikan sesama insan.
7 Pada masa yang sama, terdapat juga pendapat ulama silam yang tidak
membenarkan ucapan tersebut seperti pendapat yang dinukilkan Ibn Al-Qayyim
dalam kitabnya Ahkam Ahl al-Zimmah:
عيد مبارك : أما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام باالتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول نأ بهذا العيد ونحوهعليك أو ته
3
Ertinya: “Adapun mengucap selamat merupakan syiar kekufuran yang khas buat
mereka adalah haram. Ini berdasarkan kesepakatan seperti mengucapkan selamat
bagi perayaan dan puasa mereka dengan mengatakan selamat hari raya bagimu
atau selamat untuk perayaan ini.”
8 Antara sebab utama mengapa pendapat ini tidak membenarkan ucapan
perayaan tersebut adalah untuk menjaga kemaslahatan serta keimanan, kerana
khuatir wujudnya unsur pengagungan serta redha dengan kepercayaan di sebalik
sesuatu perayaan keagamaan.
Panduan Agama buat masyarakat Islam
9 Dengan ini dapat difahami bahawa memberi ucapan perayaan kepada
penganut agama lain merupakan persoalan ijtihidiyyah dan khilafiyyah (perbezaan
pandangan) di kalangan para ulama. Selain itu, perlu difahami juga bahawa setiap
pandangan mempunyai sandaran dalam tradisi keislaman kita. Maka menjadi
tanggungjawab kita untuk membuat pertimbangan dan menilai sesuatu pendapat
agama dengan bijak; iaitu dengan memilih pandangan yang lebih sesuai dengan
hubungan seseorang itu terhadap saudaranya yang bukan seagama dalam konteks
kehidupan negara yang berbilang bangsa dan agama.
01 Dalam pada itu, suka dinyatakan bahawa Pergas lebih cenderung kepada
pandangan yang membolehkan ucapan selamat perayaan keagamaan kepada
masyarakat bukan Islam seperti yang dipersetujui oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,
Sheikh Abdullah Bin Bayyah, Sheikh Mustafa Al-Zarqa dan lain-lain kerana ianya
lebih relevan dengan konteks kehidupan masyarakat Islam di sini yang hidup di
samping masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.
11 Islam sebagai agama yang penuh dengan nilai rahmah dan ihsan amat
menitik beratkan hubungan baik dan mesra antara sesama insan tidak kira Islam
atau bukan Islam. Jelas di sini bahawa konsep ihsan tidak hanya terbatas kepada
ucap selamat sahaja, tetapi Islam juga menganjurkan umatnya bersikap rahmah dan
melahirkan keihsanan dalam hubungan sesama manusia dalam segenap urusan
4
kehidupannya sehinggalah kepada tanggungjawab kerja, urusan kemasyarakatan
dan sebagainya.
12 Dalam hal ini, Islam sentiasa menuntut penganutnya untuk berlaku ihsan
dalam setiap perkara dalam kehidupan mereka, selagi mana ia menjurus ke arah
kebaikan serta kebajikan, dan bukan ke arah perkara yang keji atau keburukan.
Firman Allah s.w.t.:
Yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan
Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu
melupakan bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat
baik kepadamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.
[Al-Qasas: 77]
13 Antara contoh ihsan tersebut ialah menghormati hak jiran dan menjalin
hubungan mesra dengan jiran sama ada yang beragama Islam mahupun yang
bukan beragama Islam. Malah, menghormati dan meraikan hak jiran ini merupakan
satu tradisi dalam Islam serta merupakan satu sunnah dan amalan Baginda s.a.w.
yang disepakati oleh seluruh ulama Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.:
.سيورثه أنه ظننت حتى بالجار يوصيني جبريل زال ماErtinya: “Jibril sentiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap jiran tetangga
sehingga aku mengira jiran tetangga juga akan mendapatkan harta warisan.”
[Bukhari].
14 Melangkah ke hadapan, Pergas berharap bahawa masyarakat Islam
Singapura akan terus memainkan peranannya dalam membina dan menjaga
keihsanan dan keharmonian antara kaum. Jadikan diri Nabi kita, Baginda
5
Muhammad s.a.w. sebagai contoh teladan. Ketahuilah, bahawa ulama mampu
mengeluarkan pendapat agama, akan tetapi di waktu yang sama, pendapat tersebut
hanya merupakan ijtihad dan saranan mereka. Imam Malik Rahimahullah berkata:
“Pendapat semua orang boleh diterima ataupun ditolak, melainkan pendapat dia
yang memiliki makam ini (beliau mengisyarakatkan ke arah kuburan Nabi
Muhammad s.a.w.)”
15 Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada umat Islam kekuatan untuk
memperkukuhkan kehidupan keagamaan mereka baik dari sudut ibadah kita
terhadap Allah, hubungan kemasyarakatan mahupun meningkatkan kefahaman kita
terhadap ajaran dan tradisi Islam yang sebenar-benarnya agar masyarakat Islam
menjadi masyarakat yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
PERSATUAN ULAMA DAN GURU-GURU AGAMA ISLAM (SINGAPURA)