Rekayasa pdp berkesan
-
Upload
mpsm-cawangan-melaka -
Category
Education
-
view
1.583 -
download
0
Transcript of Rekayasa pdp berkesan
SEMINAR INSTRUKSIONAL DTP PENTADBIRPPD MELAKA TENGAH
TARIKH: 29 OKTOBER 2015
KUMPULAN 2PN CHAN MIN TING (PEMBIMBING)
1. MALEK BIN HARON (KETUA)2. NOOR LAILA BINTI HAMZAH 3. ROSNI BINTI RUSLI4. NORIAH BINTI HARON5. LIM HIANG LAM6. NORDIN ADAM7. AZALLAH MOHD SALLEH8. CHAY YEW CHOON9. DENNIS EE10. ROSZELAN MAJID12. JUARIAH BT YUNUS
PdP Berkesan Rekayasa
Kompetensi Guru
Model rekayasa ini dibina bermatlamat untuk membantu pemimpin-pemimpin sekolah dalam menangani guru-guru yang kurang kompetensi supaya dapat menghasilkan pengajarandan pembelajaran(PdP) yang berkesan. Justeru,dalam memenuhi hasrat ini, kami telah menggunakan kerangka PdP Danielson (2007) menerusi tiga domain utama sebagai “tulang belakang” rekayasa, iaitu Domain Perancangan dan Penyediaan, Domain Pengajaran dan Domain Persekitaran Bilik Darjah sebagai pemangkin PdP yang berkesan. Rekayasa ini dibentuk menggunakan kaedah gabungan “explanatory mixed method designs” yang dijalankan menerusi dua fasa: iaitu pendekatan kuantitatif (kajian data-SKPM Standard 4 & Post Mortem PeperiksaanDalaman) dan pendekatan kualitatif (kajiantinjauan/observasi/diskusi).
Justeru, penggabungan dua pendekatan ini membolehkan ahli kumpulan mendapatkan data yang lebih komprehensif bagi tujuan perekayasaan modul kompetensi guru untuk mengupayakan PdP berkesan menurut Kerangka Danielson. Pemilihan subjek (guru kurang kompeten) dilakukan dengan menggunakan kaedah “purposive sampling” iaitu teknik pemilihan subjek yang sudah terbukti kesahihan dan dapat memberi data secara komprehensif.
Pada fasa kedua ini juga, analisis dokumen dilakukan untuk mendapat gambaran tentang bagaimana model kompetensi guru dapat dibina menerusi kombinasi fasa pertama dan fasa kedua.Perekayasaan ini mengambilkira data pencerapan mengikut instrumen Standard 4 SKPM dan post mortem peperiksaan serta kompetensi guru yang perlu diberikan intervensi.Menerusi model perekayasaan ini, subjek dikehendaki menghadam sukatan matapelajaran, menguasai pedagogi matapelajaran yang akan diajar, mengetahui dan mengaplikasi perealisasian item serta teknik penyoalan mengikut aras.
Diharapkan Model Rekayasa ini mendapat komitmen daripada pemimpin sekolah sebagai alternatif untuk membolehkan subjek menghasilkan PdP berkesan bagi merealisasikan kemenjadian pelajar khususnya dalam bidang akademik.Malah model ini juga boleh membantu pemimpin sekolah dalam menganjak tingkatkan keupayaan guru-guru melalui pencerapan berdasarkan instrumen Standard 4 SKPM.
Falsafah Pendidikan Kebangsaa mewadahkan satu cita-cita yang sangat mulia, iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelektual. Dalam pendidikan formal peranan guru adalah sangat penting dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Negara tersebut. Justeru guru perlu lebih mantap dalam semua aspek yang disentuh Falsafah Pendidikan Negara, maka atas dasar ini, kertas kerja ini dihasilkan untuk membantu pemimpin instruksional sekolah dalam memberikan kemahiran kepada guru guru dalam segenap kemahiran kepada guru dalam matapelajaran yang diajar walaupun guru baharu atau bukan opsyen dan kurang pengalaman dalam mata pelajaran tersebut.
Pengenalan
Metodologi Perekayasaan
Rekayasa ini dibentuk menggunakan kaedah gabungan ‘ explanatory mixed method designs” yang dijalankan menerusi 2 fasa:Fasa Pertama : Menggunakan pendekatan kualitatif (kajian tinjauan/observasi/Diskusi)
Fasa Kedua: Menggunakan pendekatan kuantitatif(kajian data-SKPM Standard 4 & Post Mortem Peperiksaan Dalaman 2015)
Penggabungan dua pendekatan ini membolehkan ahli kumpulan mendapatkan data yang lebih komprehensif bagi tujuan perekayasaan modul kemahiran guru untuk mengupayakan PdP berkesan menurut Kerangka Danielson.
Pemilihan subjek (Guru) dilakukan menggunakan kaedah “purposive sampling” iaitu teknik pemilihan subjek yang sudah terbukti kesahihan dan dapat memberi data secara komprehensif.
Pada fasa kedua ini juga analisis dokumen dilakukan untuk mendapat gambaran tentang bagaimana modul kemahiran guru dapat dibina menerusi kombinasi fasa pertama dan fasa kedua.
Dapatan Kajian Data SKPM Standard 4
(I) Pencerapan dan Post Mortem Peperiksaan
(II) Kompetensi Guru yang perlu diberikan intervensi
STANDARD 4
Aspek Skor Min
4.1 4.55
4.2 4.33
4.3 4.18
4.4 4.38
4.5 4.43
4.6 4.71
4.7 4.09
4.8 4.06
4.9 4.13
4.10 4.92
4.11 4.83
4.12 5.44
Sumber: JNJK (Melaka)
TARAFBILANGAN
GURUPERATUS
Cemerlang (90.0% – 100%) 13 2.16Baik (80.0% - 89.9%) 133 22.13
Harapan (60.0% - 79.9%) 363 60.40Memuaskan (40.0% - 59.9%) 83 13.81
Lemah (20.0% – 39.9%) 9 1.50Sangat Lemah (0 -19.9%) 0 0.00
BILANGAN GURU DICERAP 601
(III) Kaedah Rekayasa Kemahiran guru dalam mata pelajaran
Pembinaan kesedaran emosi menerusi:
•Baiki Diri•Imbasan Pengalaman Lepas•Usaha Berterusan•Proaktif•Keyakinan Tinggi•Kemahiran Dalam Penguasaan topik dan semua perkara yang berkaitan dengannya ( item,skema,teknik PdP, penilaian, Teknik Penyoalan dan lain-lain )•Kemahiran Menguruskan Bilik Darjah•Kemahiran psikologi•Kemahiran pedagogi
(IV) Kaedah yang digunakan (PLC/i-Think, Pementoran dsb)
(V) Kompetensi dan kemahiran guru sebelum dan selepas mengikut pelaksanaan model
(VI) Pencapaian pelajar sebelum dan selepas pelaksanaan model
(VII) Pandangan subjek(guru) terhadap ‘Training Model”
(VIII) Perbincangan dan kesimpulan
RANGKA MODEL Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Berkesan: Rekayasa Kompetesi Guru
MODEL PENGURUSAN PDP
(CHARLOTTE DANIELSON, 2007)
PERATUS LULUSPERATUS CEMERLANG
PENGETUAGURU PENOLONG KANANGURU KANAN MATA PELAJARAN
2016
Guru Kurang Kompeten
Domain 1Perancangan dan
penyediaan
Domain 2pengajaran
Domain 3Persekitaran bilik
darjah
PLC/Mentor
PLC/Mentor
Peningkatan keputusan akademik
Tidak menguasai
Tidak menguasai
PDP Berkesan
FOKUSMULA
SP dan HSP
KENALPASTI PELAJAR
TOV
MENTORPLC
PERANCANGAN TAHUNAN
TIDAK KUASAITIDAK KUASAI
DOMAIN 1PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN
BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB
DOKUMEN
1 MENGUASAI ISI KANDUNGAN SUBJEK DAN PEDAGOGI
MESYUARAT PENGURUSAN/ BENGKEL
KPGKMP
LAPORAN KP
2 MENGENALPASTI TAHAP KECEMERLANGAN MURID
TOVETRKLASIFIKASI PELAJAR
GURU MPKP
DATA PEPERIKSAAN / UJIAN TAHUN SEBELUM
3. MEREKABENTUK PENGAJARAN YANG KOHEREN DAN KONDUSIF
PLCPERBINCANGAN PROFESIONALPENYEDIAAN SUMBER RUJUKAN
GURU MPKP
BAHAN PdP
DOMAIN 2 (PENGAJARAN)
BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB
DOKUMEN
1 TEKNIK PENYOALAN
PENYEDIAANSOALAN BERDASARKAN KEY WORD DAN Q TAGSOALAN KBAT
GURU MPKP ITEM
2. AKIVITI PELAJAR 1. 1 FLOW COMMUNICATION
2. THINK –PAIR-SHARE
3. GROUP WORK
GURU MPKP
HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR(FOLIO/BUKU LATIHAN/LEMBARAN KERJA)
3. ALAT BERFIKIRI THINK (8 ALAT BERFIKIR)
GURU MPKP
ALAT BERFIKIR(CTH:ISHIKAWA)
DOMAIN 3PERSEKITARAN BILIK DARJAH
BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB
DOKUMEN
1 IKLIM PEMBELAJARAN DALAM KELAS
PAPAN KENYATAAN MP DALAM KELAS
GURU KELAS BAHAN YANG DIPAMERKAN
2 IKLIM SEKOLAH TAMAN MATA PELAJARAN
GURU PENASIHAT PERSATUAN
TAMAN
DOMAIN 4TANGGUNGJAWAB PROFESIONAL
BIL PERKARA AKTIVITI TANGGUNGJAWAB
DOKUMEN
1 MAKLUM BALAS SETIAP TINDAKAN
LAPORAN KEJAYAAN/ KEGAGALAN
PKPGKMP
KEPUTUSAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Pembangunan Guru Dalam Pengajaran dan Pebelajaran Menggunakan Kaedah POLC
Kesimpulan:Diharapkan Model rekayasa ini mendapat komitmen daripada pemimpin sekolah sebagai alternatif untuk membolehkan subjek menghasilkan PdP berkesan bagi merealisasikan kemenjadian pelajar khususnya dalam bidang akademik lantaran ianya dibina bermatlamat untuk membantu pemimpin-pemimpin sekolah dalam menangani kompetensi Guru-guru Baharu dan Guru-guru Bukan Opsyen supaya dapat menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan.
Penghargaan:Pn Shamsiah bt Sirajab (IAB Induk)Jemaah Nazir Negeri MelakaPPD Melaka TengahSemua yang memberi bantuan
Thank You
Kumpulan 2