Refleksi Waj 3113 Persatuan

4
REFLEKSI WAJ 3113 NAMA : MUHAMMAD SYAHIR BIN YAAKOP NO MATRIK : 124023 NO KAD PENGENALAN : 910711-11-5123 Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus subjek WAJ 3113 dengan jayanya. Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mohd Yazit bin Ismail selaku pensyarah penasihat dalam subjek kokurikulum dan persatuan. Selain itu, sekalung penghargaan juga di tujukan kepada rakan-rakan kumpulan serta rakan sekelas dan pihak yang terlibat yang turut sama bertungkus lumus dalam melaksanakan tugasan yang diperoleh. Kumpulan kami telah memilih persatuan Pencinta Alam Sekitar. Kami telah merancang satu aktiviti persatuan iaitu mebersihkan sampah di kawasan pantai yang telah kotor. Tempat yang telah dipilih ialah kawasan Pantai Mengabang Telipot yang merupakan adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk berekreasi di tepi pantai. Pada ini juga merupakan tempat nelayan mendaratkan hasil mahsul dari laut. Selain itu, pantai ini sangat cantik dihiasi dengan pohon ru dan kelapa yang melambai-lambai, pasir pantai yang memutih dan deruan angin yang damai dan hempasan ombak yang mengasyikkan tetapi hasil kerja manusia, banyak sampah sarap telah didapati dan

description

sharing

Transcript of Refleksi Waj 3113 Persatuan

Page 1: Refleksi Waj 3113 Persatuan

REFLEKSI WAJ 3113

NAMA : MUHAMMAD SYAHIR BIN YAAKOP

NO MATRIK : 124023

NO KAD PENGENALAN : 910711-11-5123

Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyiapkan Kerja Kursus subjek WAJ 3113 dengan jayanya. Di kesempatan ini,

ingin saya mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mohd

Yazit bin Ismail selaku pensyarah penasihat dalam subjek kokurikulum dan

persatuan. Selain itu, sekalung penghargaan juga di tujukan kepada rakan-rakan

kumpulan serta rakan sekelas dan pihak yang terlibat yang turut sama bertungkus

lumus dalam melaksanakan tugasan yang diperoleh.

Kumpulan kami telah memilih persatuan Pencinta Alam Sekitar. Kami telah

merancang satu aktiviti persatuan iaitu mebersihkan sampah di kawasan pantai

yang telah kotor. Tempat yang telah dipilih ialah kawasan Pantai Mengabang Telipot

yang merupakan adalah satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai untuk

berekreasi di tepi pantai. Pada ini juga merupakan tempat nelayan mendaratkan

hasil mahsul dari laut. Selain itu, pantai ini sangat cantik dihiasi dengan pohon ru

dan kelapa yang melambai-lambai, pasir pantai yang memutih dan deruan angin

yang damai dan hempasan ombak yang mengasyikkan tetapi hasil kerja manusia,

banyak sampah sarap telah didapati dan hal ini sedekit sebanyak mencacatkan

pemandangan di tepi pantai yang mengasyikkan ini.

Setiap program yang dirancang pasti mempunyai kekuatan dan kelemahan.

Antara kekuatan yang didapati dalam melaksanakan aktiviti ini ialah setiap perserta

dapat menghayati semangat cinta alam sekitar yang dipupuk. Manusia perlu sedar

tentang kepentingan alam sekitar ini kerana kehidupan manusia juga banyak

bergantung kepada alam sekitar yang dicipta Tuhan. Selain itu, para peserta tiba

tepat pada waktunya di tempat yang telah ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung

menyebabkan aktiviti yang dirancang dapat bermula lebih awal. Aktiviti telah

dijadualkan menunjukkan jam 3.15 petang baru bermula program tetapi dengan

Page 2: Refleksi Waj 3113 Persatuan

disiplin yang ditunujukkan oleh para peserta, program ini dapat bermula lebih awal

dari tentatif yang telah dirancang. Tambahan pula, lokasi yang dipilih berdekatan

dengan IPG menyebabkan program dapat berjalan dengan lancar tanpa perlu

mengambil masa perjalanan yang agak lama. Hal ini dapat mengelakkan

pembaziran masa. Di samping itu, hasil daripada kerja kursus persatuan ini, saya

dapat mempelajari untuk menguruskan dan membina satu persatuan bukan perkara

yang mudah. Ini kerana ia memerlukan sokongan daripada semua pihak terutama

apabila berada di sekolah nanti, peranan dari pihak sekolah dan pihak ibubapa amat

diperlukan bagi menjayakan satu satu program yang hendak dijalankan. Suatu

perkara yang penting dalam persatuan adalah ahli jawatankuasa yang dibentuk

mampu untuk menggerakkan satu-satu persatuan tersebut dan ahli yang menyertai

persatuan tersebut perlu memberikan kerjasama dalam segala aspek.

Mustahil setiap aktiviti yang dirancang tidak mempunyai kelemahan. Oleh itu,

antara kelemahan yang dijumpai ialah tidak ada kawasan pungutan sampah

berdekatan pantai. Hal ini menyukarkan pihak yang mengurusa dan setiap kumpulan

berjaya mengumpul sampah yang agak banyak dan setiap plastik yang dibekalkan

penuh sehingga ada yang terkoyak. Selain itu, keadaan cuaca yang agak tidak

mengizinkan menyebabkan aktiviti ini terpaksa ditingkatkan bagi mengelakkan ribut

hujan dan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Masalah menentukan lokasi

juga menjadi halangan pada permulaan aktiviti dimana pada fasa perancangan,

kawasan perkelahan Air Terjun Sekayu dipilih, tetapi akhirnya memilih untuk

menjalankan aktiviti di Pantai Mengabang Telipot.

Setiap masalah ataupun kelemahan ada penambah baik. Antara penambah

baikkan yang digunakan ialah pihak kami telah mengumpul sampah yang dikumpul

di dalam plastik dan membuangnya di tong sampah yang berdekatan kira-kira 3 km

jaraknya. Masalah lokasi telah menjadi masalah utama dan kami telah membuat

alternatif atau pelan B dengan mengadakan aktiviti di sekitar IPG sahaja dan Pantai

Mengabang Telipot telah dipilih setelah mengadakan perbincangan bersama rakan

kumpulan dan mendapat persetujuan bersama.

Page 3: Refleksi Waj 3113 Persatuan

Oleh itu, dalam usaha untuk memenuhi pendidikan yang berkualiti itu, kualiti

guru yang bakal dilahirkan amat penting. Malahan kualiti guru seharusnya tidak

sahaja mencakupi hal-hal akademik, pembangunan fizikal tetapi dalam segi

pengurusan turut berperanan. Pengurusan kokurikulum merupakan komponen yang

penting dalam latihan perguruan, maka penglibatan guru pelatih melalui aktiviti ini

akan dapat memenuhi kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara yang

menekankan pencapaian yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial. Jika matlamat ini boleh dicapai melalui penyertaan guru pelatih dalam

aktiviti kokurikulum di peringkat latihan perguruan, maka tidak hairanlah sahsiah

guru pelatih yang akan terbentuk nanti boleh mencerminkan kualiti guru yang bakal

dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru ( IPG)