Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian
-
Upload
nazri-kalam -
Category
Documents
-
view
1.198 -
download
9
description
Transcript of Refleksi Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
Refleksi Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian
Pada 16 Julai 2013, saya bersama-sama pasangan praktikum saya, Mohd Hanif bin Hamdan
telah membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi tahun
2. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan akan untuk memenuhi tugasan bagi subjek
PJM 3114, Pendidikan Jasmani Suaian dimana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat
rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Dalam
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini saya dan juga
rakan saya menghadapi masalah pemilihan murid untuk dijadikan subjek kerana sekolah kami,
Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding tidak mempunyai Program Pendididkan Khas khusus
seperti Program Pendidikan Khas Integrasi. Hasil daripada penbincangan bersama guru
pembimbing dan guru disiplin selaku guru pemulihan, pihak sekolah telah membenarkan kami
untuk mengambil 4 orang murid pemulihan tahun 2 untuk dijadikan subjek sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengantikan murid-murid pendidikan khas yang
tiada di sekolah ini. Rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan pada jam 8.10
pagi.
Sepanjang pelaksanaan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan,
secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan
penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara
kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian
arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah
dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untuk
memahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulang
kali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh
murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan
arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak
dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat
bahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan
pembelajan ini.
1
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari
segi organisasi yang tersusun. Secara amnya, organisasi telah disusun dengan rapi dimana
untuk setiap langkah pengajaran mempunyai stesen tersendiri seperti stesen memanaskan
badan dan regangan, stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2, stesen permainan kecil dan
yang terakhir adalah stesen regangan badan. Dengan pengunaan sistem stesen bagi
organisasi sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah membuatkan perkembangan pengajaran
adalah lancar. Masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan
mengikut seperti mana yang telah dirancang. Dengan penggunaan stategi seperti ini telah
membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran kemas dan tidak mempunyai masalah dari segi
alatan oleh kerana alatan yang telah disiapkan terlebih dahulu di tempat yang sepatutnya.
Dengan itu, saya secara peribadinya berpendapat bahawa persiapan awal dan perancangan
susunan alatan adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini berjalan lancar.
Kekuatan terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah pendekatan secara
terus kepada murid sekiranya murid tidak boleh melakukan kemahiran. Pendekatan secara
terus dengan membantu murid untuk melakukan kemahiran telah membantu murid untuk
menguasai kemahiran yang diajar. Kemahiran yang diajar merupakan kemahiran guling
hadapan. Terdapat seorang murid yang tidak dapat melakukan kemahiran ini. Setelah dibantu
untuk melakukan kemahiran ini, murid tersebut dapat melakukan kemahiran ini. Pendekatan
membantu murid secara terus dapat memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan
kemahiran yang diajar. Oleh itu saya berpendapat bahawa pendekatan terus untuk
membetulkan kesalahan dan ketidakupayaan murid untuk melakukan kemahiran adalah
kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Selain daripada kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dinyatakan bagi
sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Kelemahan pertama yang boleh dinyatakan adalah
pemilihan kemahiran dan aktiviti yang sukar dilakukan dengan betul oleh murid. Kemahiran
yang telah dirancang adalah kemahiran guling hadapan. Kemahiran ini adalah sukar untuk
dilakukan dengan betul oleh murid ditambah dengan pemilihan aktiviti yang kurang sesuai untuk
murid. Secara amnya murid dapat membuat kemahiran ini akan tetapi kemahiran yang
dilakukan tidak berapa tepat dan tidak mengikut ansur maju yang telah ditetapkan. Oleh itu
2
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
saya berpendapat bahawa, pemilihan kemahiran dan aktiviti yang dirancang merupakan
kelemahan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Kelemahan lain yang dapat dinyatakan adalah pemilihan alatan bagi aktiviti permainan
kecil yang tidak sesuai. Permainan kecil yang dirancang menggunakan pundi kacang dimana
murid dikehendaki untuk mengepit pundi kacang tersebut dengan menggunakan lutut dan
membuat kemahiran guling hadapan tanpa menjatuhkan pundi kacang tersebut. Secara amnya
pada perancangannya sememangnya pemilihan alatan pundi kacang dilihat tepat kepada
mudah untuk didapati dalam kuantiti yang banyak. Akan tetapi ia menjadi masalah apabila
perancangan ini dilaksanakan secara amali kerana pundi kacang mempunyai saiz yang kecil
dan bentuknya yang tidak tetap menyebabkan murid sukar untuk mengepit pundi kacang
tersebut sekaligus menyebabkan murid sukar untuk melakukan aktiviti. Oelh itu, saya
berpendapat bahawa pemilihan alatan bagi aktiviti permainan kecil telah menjadi kelemahan
bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
Seterusnya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran ini adalah perancangan pemilihan kemahiran dan aktiviti murid dirancang dengan
teliti dimana guru sepatutnya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap psikomotor murid.
Pemilihan aktiviti juga sepatutnya dirancang dengan aktiviti yang paling mudah ke aktiviti yang
paling sukar dimana guru seharusnya memulakan aktiviti dengan aktiviti mudah yang boleh
memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang dirancang. Apabila
murid mempunyai keyakinan untuk melakukan kemahiran barulah murid dapat melakukan
kemahiran dengan teknik perlakuan yang betul dan tepat.
Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini
adalah guru sepatutnya melakukan dahulu aktiviti yang dirancang sebelum mengaplikasikannya
kepada murid. Seperti mana masalah yang dihadapi mengenai pemilihan alatan pundi kacanag
bagi aktiviti permainan kecil yang tidak sesuai, sepatutnya saya mencuba untuk melakukan
aktiviti itu dahulu. Sekiranya saya melakukan aktiviti yang dirancang terlebih dahulu, saya akan
dapat mengesan kelemahan aktiviti yang dirancang. Dalam situasi masalah pemilihan alatan
3
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
bagi aktiviti ini, penggunaan pendi kacang boleh digantikan dengan pengunaan alatan yang
mempunyai saiz yang sederhana dan mempunyai bentuk yang tetap seperti bola baling saiz 3.
Secara keseluruhanya, rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan tidak mempunyai masalah yang besar. Murid juga secara kasarnya dapat
melakukan kemahiran yang diajar walaupun tidak dengan lakuan yang betul. Saya dan juga
rakan saya juga telah mendapat kerjasama yang baik dariapada pihak sekolah seperti guru
pembimbing dalam menjayakan tugasan ini dimana guru pembimbing kami telah memberikan
banyak cadangan dan bantuan kepada kami. Secara peribadinya saya berpuas hati dengan
pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini dimana saya
say berpendapat adalah sukar untuk mengajar pendidikan jasmani kepada murid-murid yang
mempunyai masalah pembelajaran dimana mereka mempunyai tahap kognitif yang lemah
sekaligus tugasan ini memberikan saya cabaran dan pengalaman yang berguna apabila saya
menjadi seorang guru kelak.
4
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
Gambar
Organisasi penyediaan tempat secara keseluruhan
Stesen bagi memanaskan badan dan menyejukan badan
5
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
Stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2
Stesen permainan kecil
6
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
Reviu Artikel / Dapatan Kajian
Judul : Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Bekeperluan Khas
Penulis : Safani Bahri, Hamdan Mohd Ali
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Dapatan kajian ini menfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah bagi
pelajar berkeperluan khas seperti pelajar buta, pekak dan bisu, masalah pembelajaran dan
kecacatan anggota dengan pemerhatian dan temu bual dengan 36 orang guru di sekolah
sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur.
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan
keperluan khas. Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian
murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapt berdikari dan berjaya dalam kehidupan
(Jabatan Pendidikan Khas, 1997) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dimana ingin
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Berdasarkan maklamat pendidikan murid-murid bekeperluan khas juga ingin memastikan murid-
murid berkeperluan khas ini dapat bersaing dan hidup bergaul dengan masnyarakat sekeliling
seperti insan normal yang lain tanpa bantuan atau perhatian yang penuh.
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal
dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana Pendidikan Jasmani dapat membentuk pelajar
melalui empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Secara amnya aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan
jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan
mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa
(Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Kekurangan upaya pelajar berkeperluan khas dari segi fizikal
menjadi halangan utama yang dihadapi mereka dalam melibatkan diri dalam aktiviti jasmani di
7
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
sekolah. Masalah utama halangan bagi pelaksanaan pendidikan jasmani bagi pelajar
bekerluan khas adalah belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan
aktiviti pendidikan jasmani di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992) walaupun
terdapat garis panduan yang yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Pendidikan khas 1979-
1991.
Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tidak semua guru yang mengajar pendidikan
jasmani suaian mempunyai kelayakan dengan fakta hanya 50% orang guru yang mengajar
pendidikan jasmani suaian mempunyai kelayakan. Dari segi pelaksanaan, dapatan kajian
melalui pemerhatian dan temubual mendapati tiada format pengajaran yang standard
digunakan antara sekolah yang terlibat dalam kajian, kebanyakkan guru mengajar mengikut
cara yang difikirkan sesuai oleh mereka dimana secara tidak langsung pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara guru. Aktiviti dalam pendidikan jasmani
dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti
pendidikan jasmani pelajar normal. Ketiadaan pemantauan daripada pihak kementerian
didapati menjadi sebab utama situasi ini berlaku.
Kajian juga mendapati guru pendidikan jasmani yang mengajar pelajar biasa tidak
mengadakan ubahsuaian pengajaran untuk pelajar khas. Hal ini menyebabkan pelajar
berkepeluan khas sukar untuk mengikuti aktiviti yang dirancang. Masalah-masalah lain yang
dihadapi adalah seperti kekurangan jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang
kondusif, pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal ,cuaca yang panas dan tidak
kondusif kepada pelajar khas, kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas, tingkah
laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif dan masalah komunikasi antara guru
biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.
Kesimpulannya kegagalan pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani bagi murid
bekeperluan khas adalah berdasarkan banyak faktor dimana kebanyakan situasi tidak
menyebelahi mereka. Kurang perhatian dan fokus daripada pihak yang berwajib menjadi faktor
utama kegagalan ini. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil perhatian khusus bagi
menjayakan pelaksanaan pendidikan jasmani bagi pelajar pendidikan khas secara menyeluruh.
Pelaksanaan pendidikan jasmani kepada murid pendidikan khas secara berkesan akan dapat
8
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
membantu mereka untuk bersaing dan hidup secara normal. Pelajar pendidikan khas boleh
mencapai perkembangan secara positif sekiranya mereka mendapat peluang dan ruang.
Judul : Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme
Sekolah Menengah
Penulis : Tan Teck Bee, Loh Sau Cheong
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya
Objektif kajian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar bekeperluan khas memaksimumkan
peluang pmbelajaran memberikan peluang kepada mereka untuk mengikuti program intervensi
kemahiran membaling bola. Program intervensi kemahiran membaling bola dijalankan selama
5 minggu, 3 kali seminggu, 60 minit setiap sesi latihan. Subjek dalam kajian ini diajar mengguna
sebelah tangan untuk membaling bola pada aras bahu. Latihan yang dijalankan sepanjang
program intervensi ini mempunyai struktur yang sama; ia bermula dengan sesi memanaskan
badan, diikuti dengan sesi latih tubi dan sesi menyejukkan badan. Di akhir sesi latih tubi, setiap
subjek diberi 5 kali percubaan dalam ujian kemahiran membaling bola. RPI bagi sesi latihan
yang seterusnya ditulis berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran yang
sebelumnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk setiap subjek dalam sesi latih tubi
adalah berbeza antara individu.
Bagi ujian kemahiran membaling bola, data yang dikumpul adalah berdasarkan ujian
kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School
untuk pelajar-pelajar terencat akal (Fait, 1972). Ujian kemahiran motor yang dibuat oleh
University of Connecticut and Mansfield Training School telah luas digunakan untuk menguji
kebolehan kemahiran motor bagi golongan berkeperluan khas, dan ia adalah sesuai untuk
kajian ini memandangkan pelajar-pelajar autisme juga menghadapi masalah yang sama.
Dalam kajian ini kesemua subjek belajar dengan cara yang berlainan mengikut ciri-ciri
autisme yang tertentu. Ciri autisme menetukan cara belajar yang lain mengikut tahap
9
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
kemampuan psikomotor dan kognitif mereka. RPI yang direka bentuk khas untuk setiap subjek
telah menunjukkan keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar
kemahiran motor. Mereka boleh dilatih menumpu perhatian dan membaling bola tepat pada
sasaran yang ditentukan.
Hasil dapatan kajian menentukan bahawa program intervensi yang khusus dan berfokus
melibatkan masa dan perancanagan yang rapi dapat meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar
autisme mempelajari kemahiran yang diajar. Selain daripada itu, hasil dapatn kajian juga dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu menguasai kemahiran membaling bola. Hasil
keberjayaan kajian ini adalah disebabkan faktor seperti berikut. Pertama, tempoh masa untuk
mengajar pelajar pelajar autisme yang lemah dalam kemahiran motor. Kedua, kajian tentang
memanjangkan masa latihan untuk aktiviti permainan, Kajian ini dijalankan untuk mengenal
pasti sama ada pelajar-pelajar autisme dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam
situasi permainan. Berdasarkan faktor ini, dapat dipastikan bahawa untuk memastikan pelajar
pelajar bekeperluan khas dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani
yang sempurna memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang khusus.
Hasil dapatan kajian telah menunjukkan program intervensi dalam bentuk pendidikan
jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar autisme meningkatkan kebolehan motor.
Pelajar-pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang terbaik mungkin untuk
memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada
pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh
mencapai potensi kendiri.
10
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
Perbandingan Artikel / Dapatan Kajian
Terdapat kesinambungan antara artikel yang pertama, Aktiviti Pendidikan Jasmani
Suaian Pelajar Bekeperluan Khas dan dapatan kajian yang kedua, Program Intervensi
Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah. Secara
keseluruhannya, artikel yang pertama berkisar mengenai masalah yang dihadapi untuk
melaksanakan pendidikan jasmani suaian kepada pelajar bekeperluan khas manakala artikel
yang kedua pula berkisar mengenai cara untuk melaksanakan pendidikan jasmani untuk pelajar
pelajar bekeperluan khas secara berkesan.
Oleh hal yang demikian artikel yang pertama dan kedua boleh dikaitkan kerana
sekiranya merujuk artikel yang pertama dapat dipastikan bahawa banyak faktor dan halangan
untuk melaksanakan pendidikan jasmani suaian kepada pelajar pelajar bekeperluan khas.
Hasil daripada artikel yang pertama dapat dijadikan rujukan bagi artikel yang kedua iaitu cara
untuk menngatasi masalah yang dihadapi di artikel yang pertama. Selain daripada
kesinambungan kedua-dua artikel ini terdapat juga perbezaan bagi kedua-dua artikel ini.
Perbezaan bagi kedua-dua artikel ini adalah cara untuk mendapatkan hasil kajian kedua-dua
artikel ini. Bagi artikel yang pertama, cara untuk mendapatkan hasil kajian adalah melaui cara
pemerhatian dan temu bual terhadap pihak sekolah dan guru yang mengajar subjek pendidikan
jasmani. Manakala bagi artikel yang kedua, cara untuk mendapatkan hasil kajian adalah
dengan pelaknaan amali iaitu program intervensi kemahiran membaling bola. Perbezaan lain
bagi kedua artikel ini adalah daripada segi jumlah dan jenis responden yang terlibat. Bagi
artikel yang pertama, responden yang digunakan adalah dalam jumlah yang banyak dan
pelbagai melibatkan banyak sekolah dan pihak. Manakala bagi artikel yang kedua, jumlah
responden yang terlibat adalah sedikit dan tetap. Akan tetapi hasil kajian daripada kedua artikel
ini mempunyai objektif yang sama secara amnya, iaitu ingin membantu pelajar bekerluan khas
mendapat pelung untuk menjalani aktiviti pendidikan jasmani.
Pada keseluruhanya, kedua-dua artikel ini dapat dijadikan panduan dan jalan bagi
membantu pelajar pelajar bekeperluan khas untuk mendapat peluang menjalani aktiviti
pendidikan jasmani. Hasil kajian daripada kedua-dua artikel ini menunjukkan bahawa untuk
11
Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)
memastikan pelaja pelajar bekeperluan khas mendapat peluang yang saksama seperti mana
pelajar pelajar normal, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan dilakuan seperti
kepakaran tenaga pengajar, masa pelaksanaan, persekitaran sekeliling dan juga kerjasama
daripada pihak yang terlibat. Konklusinya, pelajar bekeperluan khas juga berhak untuk
mendapat peluang seperti mana pelajar normal nikmati agar mereka mendapat keyakinan diri
untuk bersaing di dunia normal.
.
12