Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa Vi

4
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI ( AKTIVITI BENCHMARKING GURU CEMERLANG ) NAMA: ANIS BINTI NASRI KELAS: 6 PISMP MT/PJ/PI2 Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya, saya telah berjaya melaksana tanggungjawab bagi menjalankan tugasan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 bagi tahun 2014. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah. Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 41 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Matematik 1 dan PISMP Matematik 2. Kami telah menubuhkan satu organisasi baru untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada para pensyarah di Unit GERKO dan Mentor kumpulan masing-masing iaitu Puan Rosmah binti Ramli dan Dr. Chiew Chin Moon. Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lawatan ini juga telah diiringi oleh kedua-dua mentor kelas kami. Program ini dijalankan pada hari Isnin, 29 September 2014. Selepas bersarapan pagi di kantin IPG Kampus Tuanku Bainun, kami telah bertolak ke sekolah tersebut. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan, kami telah membuat sedikit perbincangan kecil tentang aktiviti yang bakal dijalankan di sana.

description

contoh penulisan refleksi untuk guru pelatih

Transcript of Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa Vi

IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,14000 BUKIT MERTAJAM,PULAU PINANG.

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VI( AKTIVITI BENCHMARKING GURU CEMERLANG )

NAMA: ANIS BINTI NASRIKELAS: 6 PISMP MT/PJ/PI2

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurniaNya, saya telah berjaya melaksana tanggungjawab bagi menjalankan tugasan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 bagi tahun 2014. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah. Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 41 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Matematik 1 dan PISMP Matematik 2. Kami telah menubuhkan satu organisasi baru untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada para pensyarah di Unit GERKO dan Mentor kumpulan masing-masing iaitu Puan Rosmah binti Ramli dan Dr. Chiew Chin Moon.Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Jenis Kebangsaan Pei Yu, Kepala Batas, Pulau Pinang. Lawatan ini juga telah diiringi oleh kedua-dua mentor kelas kami. Program ini dijalankan pada hari Isnin, 29 September 2014. Selepas bersarapan pagi di kantin IPG Kampus Tuanku Bainun, kami telah bertolak ke sekolah tersebut. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan, kami telah membuat sedikit perbincangan kecil tentang aktiviti yang bakal dijalankan di sana.

Apabila sampai di SJKC Pei Yu, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh guru-guru di sana. Kami juga berkesempatan untuk melihat sekeliling kawasan SJKC Pei Yu. Persekitaran sekolah yang bersih dan tenang telah menarik minat kami untuk berada di sana. Mungkin ini adalah salah satu faktor untuk mendorong para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang. Seterusnya kami dibawa ke Bilik Multimedia yang begitu selesa untuk mendengar ceramah daripada guru cemerlang Matematik, Encik Ng Chee Hoe. Saya amat tertarik untuk mendengar ceramah ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman sebagai seorang guru matematik dan pengalaman beliau menjadi guru cemerlang setelah berkhidmat selama 10 tahun sebagai seorang guru.Terdapat tiga slot ceramah yang diselangi dengan soal jawab dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran beliau bersama murid Tahun 3. Slot pertama bertajuk Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang. Saya sering kali mendengar perkataan inovasi tetapi tidak tahu dengan lanjut maksud sebenarnya. Beliau telah menerangkan dengan jelas dan ringkas tentang inovasi, iaitu perubahan daripada idea lama kepada idea baru meliputi strategi pengajaran mahupun bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru terhadap murid. Idea-idea seumpama ini sangat penting lebih-lebih lagi untuk menghadapi murid-murid zaman sekarang yang serba boleh dari segi teknologi, mereka juga mendambakan perubahan daripada pengajaran seorang guru. Pendapat beliau, sesuatu pengajaran itu dianggap berkesan jika mampu merangsang murid untuk berfikir dan murid boleh menyelesaikan masalah yang diberikan semasa pembelajaran. Selesai ceramah pada slot pertama, kami bersoal jawab bersama Encik Ng Chee Hoe. Antara soalan yang diajukan adalah bagaimana beliau memperoleh idea yang sangat hebat dalam membina bahan bantu belajar sehingga dapat bertanding pada peringkat kebangsaan? Menurut beliau,

seorang guru perlu mempunyai ciri-ciri yang berintegriti seperti rajin, berfikiran terbuka dan tidak putus asa. Beliau selalu membuat rujukan daripada pelbagai sumber contohnya buku dan internet. Beliau suka sekiranya murid-murid dapat belajar dengan aktif semasa aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Beliau juga menambah kerjaya seorang guru bukanlah mudah, kita perlu sentiasa berfikir strategi yang sesuai digunakan dalam membantu anak-anak murid mencapai kejayaan. Saya sangat tertarik dengan beberapa projek yang telah dihasilkan oleh beliau antaranya ialah: Project Based Learning. From Impossible to Im Possible. Why like that one? Classwork at home, homework at school. Kajian tindakan: Just A Ruler.Seterusnya kami sambung dengan slot kedua, ceramah yang disampaikan oleh Encik Ng Chee Hoe bertajuk Amalan Pengajaran dan Pembelajaran berkesan. Dalam ceramah beliau tersebut, guru perlu mencanai ilmu untuk disampaikan kepada murid. Maksud mencanai itu sendiri adalah membentuk, mengacu dan menyesuaikan. Guru perlu peka dengan aras kemampuan murid dan penglibatan murid dalam kelas. Guru perlu mengetahui tentang teknik penyoalan yang sesuai digunakan bersama murid dan setiap pengajaran guru perlulah luwes bermaksud fleksibel. Beliau juga ada menekankan tentang peer teaching dalam kalangan murid dan keberkesanannya. Selepas tamat slot kedua, kami diberi peluang untuk melihat sendiri cara pengajaran beliau dalam kelas bersama murid-murid tahun 3. Tajuk yang diajar pada waktu tersebut ialah sudut, garisan selari dan garisan serenjang. Hal yang saya peroleh daripada pengajaran beliau ialah sikap

beliau ketika bersama murid. Beliau merupakan rakan kepada murid dalam bertanyakan soalan dan menerangkan topik yang dipelajari. Beliau mempunyai unsur-unsur kecindan dan murid tidak bertindak pasif malah menunjukkan respon yang baik di sepanjang pembelajaran tersebut. Beliau telah menggunakan Microsoft Mouse pada fasa perkembangan iaitu menjawab soalan dalam kumpulan. Perisian tersebut sangat menarik minat saya dan rakan-rakan. Selesai sahaja kami menikmati makan tengah hari di kantin sekolah, kami terus menyambung slot ketiga yang bertajuk Ciri-Ciri Profesionalisme dan Komitmen. Menurut beliau, guru cemerlang ialah seorang yang telah banyak menyumbangkan tenaga, idea dan membuat perubahan kepada sekolah. Seorang guru cemerlang perlu mempunyai kriteria yang menarik dan boleh dijadikan model oleh guru-guru yang lain. Guru juga perlu sentiasa berbuat baik kepada murid, pentadbir dan rakan sekerja. Program pada hari tersebut berakhir dengan majlis penutupan bersama pentadbir sekolah. Selesai aktiviti bergambar bersama Encik Ng Chee Hoe, kami pun bersurai.Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua warga SJKC Pei Yu atas layanan yang diberikan kepada kami sepanjang lawatan tersebut. Layanan yang diberikan adalah baik dan mesra sekali. Nasihat dan perkongsian daripada guru cemerlang Encik Ng Chee Hoe akan saya jadikan tauladan dan panduan apabila bergelar seorang guru kelak. Sekian, terima kasih