REFLEKSI Pertandingan Bola Jaring
-
Upload
sativeni91 -
Category
Documents
-
view
256 -
download
0
description
Transcript of REFLEKSI Pertandingan Bola Jaring
REFLEKSI
NAMA : VISHVENI A/P ELAGAMURAM
KUMPULAN : PENGAJIAN TAMIL
ANGKA GILIRAN : 2013272340018
NO.MATRIK KAD : PSM(PT)125/12/11
NO. KAD PENGENALAN : 910515-08-6396
Saya mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada Tuhan dan juga rakan –
rakan sekalian sebab telah selamat menjalani pertandingan permainan bola jaring
iaitu 3 on 3. Pada 8 April 2014 yang lalu, kami ahli Gerko Bola Jaring yang terdiri
daripada pelajar kelas Matematik dan Pengajian Tamil telah menganjurkan satu
perlawanan bola jaring yang bertempat di padang (gelanggang bola jarring) Institut
Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Penganjuran kali ini mendapat sambutan
yang agak baik daripada kalangan pelatih-pelatih. Perlawanan ini disertai oleh
pelajar-pelajar dari PISMP Semester 2 .Pertandingan ini telah berlangsung pada jam
8.00pagi hingga 10.00 pagi selama dua jam.
Penganjuran perlawanan bola jaring kali ini merupakan kali pertama kami
sekumpulan buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah gerko kami iaitu CIK.JOYCE ONG CHOON KIM.
Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua iaitu Annie Manggalam, kami
kemudian terus berbincang tentang penganjuran ini. Antara perkara yang kami
bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam pengajuran yang bermula dari
menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan dan urusetia.
Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan
aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami
juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola Jaring yang telah dipelajari dalam
interaksi GERKO bola jaring setiap minggu, pada hari selasa 8.00 pagi hingga 10.00
pagi. Dengan menganjurkan pertandingan ini, saya juga dapat menilai kemampuan
diri dalam sukan bola jaring. Dalam pengeloaan tersebut, saya telah berjaya
mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat markah, menjadi permain dan
pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang bagaimana
sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk
memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum GERKO Bola Jaring.
Antara permasalahan yang saya telah tempuhi semasa menganjurkan gerko
bola jaring ialah proses pemilihan tarikh pengajuran dimana tarikh-tarikh yang kami
senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan Pertandingan Inovasi
peringkat institut dan bagi mengelakkan pertembungan penganjuran dengan
beberapa pengajuran sukan dari gerko lain seperti bola baling. Namun begitu itu
bukanlah satu permasalahan yang besar kerana kami berjaya memilih tarikh yang
sesuai dan mampu dihadiri oleh semua peserta.
Melalui penganjuran ini juga saya mendapat pengalaman yang amat
bermakna di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh
semasa sesi gerko sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat
menggunakan segala pengetahuan tentang peraturan bola Jaring semasa mengadili
dan mengambil bahagian dalam perlawanan. Secara tidak langsung pengalaman
yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak.
Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola jaring ini dalam
kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini di sekolah. Hal ini
kerana permainan bola jaring ini merupakan salah satu permainan yang dapat
menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar terutama
dalam mengatur strategi dalam permainan Walaupun saya bakal mengajar
Matematik namun ia bukan alasan saya untuk tidak bergiat aktif dalam sukan dan
permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di institut hari ini akan
saya aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Sekian terima kasih