Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

4
REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015 ARIF IZZUDIN BIN OTHMAN (TESL SK) Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015. Kejohanan olahraga ini telah berlansung pada 2 hingga 4 Mac 2015. Penganjur yang terlibat adalah dari semua semester 5 yang terdiri daripada opsyen bahasa inggeris, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Cina, dan Pemulihan. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu sepanjang kejohanan berlangsung. Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan sebuah acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap warga IPG di seluruh Malaysia kerana ianya merupaka salah satu acara yang agak besar yang julung-julung kali diadakan. Sepanjang perjalanan KOT ini banyak input dan ilmu yang berguna sebagai kekuatan dalam KOT yang saya perolehi antaranya adalah mengenai ketepatan masa. Ketepatan masa sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Melalui KOT ini ketepatan masa dititik beratkan bermula dari saat perancangan sebelum KOT, semasa dan selepas KOT. Sebagai pihak penganjur , kami cuba untuk tidak melengahkan masa dan disebabkan perkara inilah segala urusan dan aktiviti berjalan dengan lancar. Bagi saya Program ini mengajar saya untuk lebih menghargai masa.

description

refleksi ini ditaip oleh saya ketika saya dalam keadaan mabuk akibat membayar gst yang terlalu tinggi

Transcript of Refleksi Kejohanan Olahraga Tahunan 2015

REFLEKSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2015ARIF IZZUDIN BIN OTHMAN (TESL SK)

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menghadiri dan menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2015. Kejohanan olahraga ini telah berlansung pada 2 hingga 4 Mac 2015. Penganjur yang terlibat adalah dari semua semester 5 yang terdiri daripada opsyen bahasa inggeris, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Cina, dan Pemulihan. Tujuan utama pelaksanaan KOT ini ialah untuk melatih guru pelatih untuk mentadbir dan menguruskan suatu penganjuran sukan yang diadakan secara besar-besaran, dan pensyarah akan memberi bimbingan dan menilai sejauh mana kerjasama dan keberkesanan pengurusan para bakal guru ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing yang telah banyak membantu sepanjang kejohanan berlangsung. Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan sebuah acara yang sangat ditunggu-tunggu oleh setiap warga IPG di seluruh Malaysia kerana ianya merupaka salah satu acara yang agak besar yang julung-julung kali diadakan.Sepanjang perjalanan KOT ini banyak input dan ilmu yang berguna sebagai kekuatan dalam KOT yang saya perolehi antaranya adalah mengenai ketepatan masa. Ketepatan masa sangat penting bagi seorang insan yang bergelar guru. Melalui KOT ini ketepatan masa dititik beratkan bermula dari saat perancangan sebelum KOT, semasa dan selepas KOT. Sebagai pihak penganjur , kami cuba untuk tidak melengahkan masa dan disebabkan perkara inilah segala urusan dan aktiviti berjalan dengan lancar. Bagi saya Program ini mengajar saya untuk lebih menghargai masa.Melalui penganjuran KOT ini juga, saya dapat mengeratkan hubunga siraturrahim antara rakan sekelas dan pelajar semester 5 yang lain. Saya merupakan salah seorang dari sekumpulan pelajar yang baru sahaja dipindahkan dari pusat pengajian yang lain ke Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn Batu Pahat. Jadi, dengan penganjuran KOT ini, saya dapat mengeratkan lagi silaturahim saya diantara kalanngan pelajar semester 5 disini. Walaupun saya masih agak mentah disini, namun saya telah dapat kerjasama yang penuh dan menyeluruh oleh semua ahli semester 5 disini. KOT ini juga mewujudkan dan melahirkan suasana kerjasama dan saling bantu menbantu antara satu sama lain. Sikap pentingkan diri sendiri tidak perlu ada dalam diri kita sebagai satu pasukan pihak pengajur. Sikap ini dapat dilihat sebelum, semasa dan selepas KOT berlansung. Aktiviti-aktiviti dilaksanakan dengan bersama-sama dan juga bersemangat. Aktiviti seperti ini yang diadakan membuat saya lebih mengenali sahabat dari kelas lain yang selama ini jarang bertegur sapa dan hubungan ini diteruskan dengan lebih rapat. Oleh itu, melalui penganjuran bersama ini saya dapat merapatkan hubungan dengan mereka dan berkomunikasi dengan baik dengan mereka seterusnya menambahkan lagi bilangan sahabat saya di institut pendidikan guru ini serta memudahkan lagi pengajuran KOT berlansung.Antara kelemahan yang saya dapati sepanjang penganjuran KOT 2015 ini ialah keadaan cuaca dan padang. Sepanjang berlangsungnya KOT 2015 ini, para pelajar dan pegawai serta pensyarah terpaksa menempuh cuaca yang sangat panas. Panas terik tanpa hujan telah melanda kawasan kami. Jadi kami terpaksa menjalani KOT 2015 didalam keadaan yang sangat panas. Keadaaan padang juga amat tidak sesuai untuk kejohanan pada kali ini kerana permukaannya yang rosak dan tidak sesuai untuk berlari. Namun para pelajar semester 5 telah mengambil inisiatif dengan menimbus kesemua lubang yang menggangggu balapan dengan tanah. Walaupun keadaan padang masih tidak begitu sempurna, namun penganjuran masih dilaksanakan dan syukur kehadrat ililahi tiada perkara yang tidak dingini berlaku sepanjang berlangsungnya temasya ini.KOT 2015 memberi saya peluang untuk belajar banyak perkara yang baru. Walaupun saya dilantik menjadi AJK PA Sistem, namun tugas dan peranan saya agak berat. Saya juga sempat merasakan pengalaman untuk menyiapkan padang sebelum berlangsungnya KOT 2015 ini. Saya sedikit sebanyak belajar bagaimana hendak membuat garisan dan ukuran di atas padang untuk acaara larian, lontar peluru dan lompat jauh. Selain itu KOT 2015 juga memberi saya peluang untuk belajar skill yang betul untuk permainan lompat jauh, lontar peluru, dan acara balapan. Dengan semua ini, saya akan gunakan semua ilmu pengetahuan saya ini dimasa akan datang sebagai seorang bakal guru disekolah yang mana sedikit sebanyak dapat membentuk murid yang cemerlang.Terdapat beberapa ancaman semasa berlangsungnya penganjuran KOT 2015 ini iaitu keadaan cuaca ketika penganjuran. Semasa tiga hari berlangsungnya KOT, keadaan cuaca teramat panas hingga menyebabkan beberapa orang pegawai semester 5 demam dan beberapa pelajar semester lain juga demam. Keadaan cuaca juga berubah ubah, dan menyebabkan ketidakstablian suhu badan pelajar. Walaupun begitu, penganjuran masih lagi dijalankan dengan jayanya.

Kesimpulannya, penganjuran KOT 2015 ini telah memberi saya satu pembelajaran yang menyeluruh dari segi teori mahupun ilmiah. Saya juga merasakan ianya sesuatu yang sangat beharga buat saya sebagai seorang bakal guru dimasa akan datang. Dengan segala pengetahuan yang saya perolehi sepanjang penganjuran KOT 2015 ini, saya sebagai seorang bakal pendidik, akan gunakan dan berbakti pada sekolah yang akan saya pergi dimasa akan datang berbekalkan ilmu pengetahuan yang saya perolehi sepanjang KOT 2015 ini.