Refleksi Individu Mengenai Video
-
Upload
syamsul-asyraf-ahmad-sukri -
Category
Documents
-
view
222 -
download
0
Transcript of Refleksi Individu Mengenai Video
-
7/24/2019 Refleksi Individu Mengenai Video
1/2
Refleksi Individu Mengenai Video
Oleh: Syamsul Asyraf Ahmad Sukri 126572
Berdasarkan video pengajaran yang telah ditonton oleh saya dan juga
rakan saya ini, dapat saya katakana bahawa sesi pengajaran yang telah
dilakukan oleh koresponden didalam video ini boleh dikatakan baik namun
ianya perlukan beberapa penambahbaikan untuk memastikan sesi
pengajaran yang dilaksanakan dapat menarik minat dan juga perhatian
murid.
Setelah meneliti video ini, saya merasakan saya perlu menjadikan apa
yang ditunjukkan oleh koresponden di dalam video ini sebagai satu contoh
dan juga pengajaran buat saya bagi melatih diri saya menjadi seorang guru
yang berwibawa dan juga dapat mengajar dalam suasana yang efektif dan
berkesan. Seorang guru yang berwibawa perlu menerapkan aspek-aspek
kemahiran mengajar yang tepat dan sesuai untuk memastikan setiap sesi
pembelajaran itu berjalan dengan baik dan lancar.
Sebelum memulakan pengajaran, seorang guru itu perlu untuk
menyediakan satu set induksi yang baik bagi menarik perhatian murid dan
juga memastikan murid menumpukan perhatian kepada apa yang akan
dipelajari mereka.
Selain itu, ketika membuat sesi perbincangan, guru perlulah
melibatkan semua murid bagi mengelakkan terdapat murid yang pasifkerana ia mungkin akan menyebabkan mereka tidak memahami butir-butir
perbincangan disamping guru juga perlu turut sama terlibat dalam
perbincangan tersebut supaya perbincangan tidak tersasar daripada topik
yang dibincangkan.
Akhir sekali, saya merasakan bahawa untuk menjadi seorang guru
yang terbaik dan efektif saya perlu memastikan sesuatu sesi perbincangan
-
7/24/2019 Refleksi Individu Mengenai Video
2/2
tidak seharusnya dibiarkan berlarutan sehingga jangka masa yang lama
kerana ia akan menyebabkan murid berasa bosan dan mengganggu sesi
pembelajaran. Banyak yang saya belajar daripada video ini dan dapat
jadikan ia sebagai pengajaran dan panduan buat saya.