Refleksi Individu (b&k)
-
Upload
mohd-ismail-ahmad-sabari -
Category
Documents
-
view
43 -
download
9
description
Transcript of Refleksi Individu (b&k)
Refleksi Individu
911129-12-5013
Mohd Ismail Bin Ahmad Sabari
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya bertepatan pada tarikh 28hb Mac 2014, saya telah berjaya
menyempurnakan tugasan berkumpulan bagi subjek Bimbingan dan
Kaunseling di bawah penyeliaan dan bimbingan serta tunjuk ajar daripada
Encik James Valley. Tugasan bimbingan kaunseling ini merupakan satu
tugasan yang cukup bermakna bagi saya kerana tugasan ini menkhendaki
saya dan rakan saya untuk membuat satu temu ramah bersama kaunselor
sekolah iaitu Encik Saperi yang berada di Sekolah Kebangsaan South
seterusnya mencari seorang klien dan melaksankan intervensi bagi
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada klien yang telah kami pilih
menggunakan teori yang telah di ajar pada sesi interaksi atau kuliah
bimbingan dan kaunseling.
Pada awalnya perlaksanaan tugasan ini, saya merasakan satu beban
yang cukup berat, ini disebabkan tugasan ini dijalankan ketika kami menjalani
praktikum fasa 3 selama 3 bulan. Namun setelah merujuk kembali kepada
soalan dan arahan tugasan, saya akui bahawa tugasan ini sangat penting
bagi saya untuk menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai bidang
kaunseling.
Kelemahan yang kedua dapat saya lihat adalah dari segi mencari klien
yang bersesuaian dengan arahan tugasan. Di dalam pendidikan khas, semua
pelajar mempunyai masalah pembelajaran dan juga tingkah laku. Sebagai
seorang bakal pendidik, saya dan rakan saya merasakan satu kesukaran
untuk mencari klien yang terbaik untuk di jadikan sebagai bahan kajian kami.
Namun setelah membuat beberapa perbincangan dengan setiausaha hal
ehwal murid pendidikan khas, akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk
memilih Adriel sebagai bahan kajian kami bagi menjawab soalan C.
Untuk bahagian kekuatan pula, dapat dilihat dari segi kerjasama yang
diberikan oleh pihak kaunselor sekolah ketika sesi temu ramah tidak
berstruktur yang mana cukup membantu kami dari menjawab pelbagai soalan
yang kami ajukan. Ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
kaunselor pihak sekolah kebangsaan South Miri iaitu Encik Saperi yang mana
telah banyak memberi kerjasama dan bantuan ketika sesi temu ramah.
Selain itu, ketika perlaksanaan intervensi kami terhadapa klien kami
iaitu Adriel, terdapat beberapa orang guru pendidikan khas yang mana
banyak memberi idea yang cukup bernas seperti penggunaan token ekonomi
bagi membantu mengurangkan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh
Adriel. Ini merupakan satu kerjasama yang cukup baik yang diberikan oleh
pihak sekolah dalam membantu kami melaksanakan tugasan bagi subjek
bimbingan dan kaunseling ini.
Oleh itu, akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Kaunselor juga Pensyarah pembimbing iaitu Encik James Valley ak.
Michael Harry yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menyampaikan
ilmu dan idea-idea yang cukup bernas ketika perlaksanaan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada rakan seperjuangan saya iaitu Cik Erma Marlina Binti
Sapiyan yang banyak memberi kerjsama dan bekorban masa dalam
menyiapkan tugasan yang cukup bermakna ini. Disamping itu, jutaan terima
kasih juga diucapkan kepada warga sekolah Kebangsaan South Miri yang
banyak membantu kami di dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian, Terima Kasih
Rumusan Tugasan
Dengan ini dapat dirumuskan bahawa tugasan bagi subjek Bimbingan
dan kaunseling ini merupakan satu tugasan yang cukup bermakna di mana
kami dikhendaki untuk menemu bual seorang kaunselor sekolah, mencari
klien seterusnya melaksanakan intervensi yang bersesuaian. Dengan adanya
tugasan seperti begini, ianya akan memantapkan lagi pemahaman kami
mengenai subjek bimbingan dan kaunseling seterusnya memudahkan kami
untuk mengaplikasikan teori yang telah di pelajari mengenai bimbingan dan
kaunseling ketika sesi praktikum dan masa akan datang. Disamping itu,
tugasan ini juga bersesuaian dengan Major kami iaitu Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran yang mana kebanyakan muridnya mempunyai
masalah tingkah laku dan memerlukan bimbingan daripada kami. Tugasan ini
juga turut memnambahkan pemahaman kami mengenai perlaksanaan
program bimbingan dan kaunseling di sekolah seterusnya menyediakan kami
dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebelum kami ditempat sebagai guru tetap
di sekolah.