Refleksi BIG

4
REFLEKSI Nur Farah Ain Binti Nordein Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa. Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan penanda aras ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya- budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah kemudian hari. Melalui perbincangan, kumpalan kedua iaitu kumpulan saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 yang berada di Shah Alam. Lawatan kami telah diadakan pada 4 Mac 2014 dan kami telah merancangkan tiga sesi sepanjang lawatan disekolah tersebut. Pada hari tersebut, kami bertolak pada pukul 5 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 10 pagi. Kelemahan telah dikenalpasti seawal-awalnya sebelum bertolak iaitu terdapat banyak guru pelatih yang gagal menepati masa turut menyebabkan kelambatan bertolak dari institut. Masa bertolak yang dianggar adalah pukul 4:15 pagi dan tiba ke sekolah tersebut sebelum pukul 7:30am. Selain daripada masalah menepati masa, kesesatan jalan juga merupakan satu kelemahan bagi program ini. Hal ini menyebabkan kami tidak dapat tiba ke sekolah berdasarkan waktu yang dijanji dan akan menjatuhkan imej IPG. Sebagai cadangan penambahbaikan, surat amaran perlu dikuatkuasakan kepada guru pelatih yang lewat dan

description

REFLEKSI BIG SEM 6 PPISMP

Transcript of Refleksi BIG

Page 1: Refleksi BIG

REFLEKSI

Nur Farah Ain Binti Nordein

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk

memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi

memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pelaksanaan program Bina Insan Guru

merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih

ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan

Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun

Negara.

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi

membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan

agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan

diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di

dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua

rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan

sesebuah negara bangsa.

Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah mengadakan satu lawatan

penanda aras ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf

sebagai sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan

pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-

budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di

sekolah kemudian hari.

Melalui perbincangan, kumpalan kedua iaitu kumpulan saya telah memilih Sekolah

Kebangsaan Seksyen 9 yang berada di Shah Alam. Lawatan kami telah diadakan pada 4

Mac 2014 dan kami telah merancangkan tiga sesi sepanjang lawatan disekolah tersebut.

Pada hari tersebut, kami bertolak pada pukul 5 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 10 pagi.

Kelemahan telah dikenalpasti seawal-awalnya sebelum bertolak iaitu terdapat banyak guru

pelatih yang gagal menepati masa turut menyebabkan kelambatan bertolak dari institut.

Masa bertolak yang dianggar adalah pukul 4:15 pagi dan tiba ke sekolah tersebut sebelum

pukul 7:30am. Selain daripada masalah menepati masa, kesesatan jalan juga merupakan

satu kelemahan bagi program ini. Hal ini menyebabkan kami tidak dapat tiba ke sekolah

berdasarkan waktu yang dijanji dan akan menjatuhkan imej IPG. Sebagai cadangan

penambahbaikan, surat amaran perlu dikuatkuasakan kepada guru pelatih yang lewat dan

Page 2: Refleksi BIG

AJK perlu membuat persediaan awal sebelum hari bertolak supaya mendapat satu

gambaran tentang lokasi sekolah tersebut melalui internet tetapi bukan pada hari bertolak.

Sewaktu tiba ke SK Seksyen 9, kami disambut oleh ketiga-tiga penolong kanan guru

dengan menjamu selera. Seterusnya, kami dibawa ke dalam Dewan untuk bermula sesi

pertama iaitu sesi yang dijalankan lebih berbentuk taklimat dan penerangan daripada pihak

sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan

misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga

mandapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah sekolah setakat ini.

Selain itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan

daripada pihak sekolah. SK Seksyen 9 dianugerahkan status Sekolah Berprestasi Tinggi

(SBT) adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang unik dan menarik. Antara satu faktor

yang menarik adalah SK Seksyen 9 merupakan sebuah sekolah dalam pusat sumber. Pusat

Sumber Sekolah (PSS) menjadi medan utama bagi para guru melengkapkan prasarana

P&P yang inovatif dan efektif. Diharapkan para guru, ibubapa dan murid-murid dapat

mengakulturasikan diri mereka dengan PSS ke arah mewujudkan kecemerlangan

pendidikan. PSS telah mencapai beberapa keputusan yang cemerlang iaitu Johan Anugerah

Pusat Sumber Cemerlang Negeri Selangor Tahun 2007, mewakili Selangor ke Peringkat

Kebangsaan tahun 2008, Naib Johan Tokoh Nilam Selangor 2012 dan sebagainya. Setiap

bilik & ruang di kawasan sekolah dibangunkan sebagai rangkaian PSS. Selain itu, bilik kitar

semula juga merupakan salah satu keunikan kepada SK Seksyen 9. Sekolah ini amat

mengutamakan konsep kitar semula dan selalu mengadakan program fikir dulu sebelum

buang yang usahasama dengan Syarikat ALCOM Malaysia Bhd. Sekolah ini juga mendapat

kerjasama daripada pihak ALCOM untuk membekalkan peralatan dan memasarkan hasil

kraftangan daripada bahan buangan. Aktiviti yang dilaksanakan di dalam Projek Kitar

Semula ini adalah seperti membuat kad dan barangan perhiasan daripada kertas-kertas

terpakai yang dihasilkan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini.

Setelah mendengar penerangan daripada pihak guru kanan sekolah maka sesi kami

disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG kampus Darulaman dengan

pihak sekolah. Sesi taklimat diikuti oleh sesi melawat sekitar kawasan sekolah. Mesin kitar

semula kotak minuman dan bilik kitar semula yang dipenuhi oleh banyak barangan

perhiasan telah berjaya menarik perhatian semua guru pelatih dan memberikan satu

pendedahan kepada kami dalam usaha menyebarkan konsep kitar semula dalam sekolah

pada masa kelak. Seterusnya, kami menjalankan sesi perkhidmatan diri dalam usaha

memberi bantuan kepada pihak sekolah dari pelbagai segi. Saya diagihkan dalam kumpulan

Bilik Makmal Sains dengan beberapa orang guru pelatih. Kami dibimbing oleh guru Sains

untuk mengemaskan Bilik Makmal Sains. Saya diagihkan tugas mengemas bilik stor dan

Page 3: Refleksi BIG

menghiaskan Bilik Makmal Sains supaya menjadi lebih ceria. Dalam sepanjang masa

mengemas, kami bertugas dengan seronok sambil berkongsi pengalaman mengajar dan

belajar antara satu sama lain. Saya berasa begitu bertuah kerana diberi peluang untuk

berinteraksi secara mendalam dengan guru sekolah tersebut. Melalui peluang ini, saya

bukan sahaja dapat mempelajari teknik pengurusan bilik darjah daripada guru tersebut,

tetapi juga dalam memperkembangkan kemahiran berkomunikasi saya dengan guru-guru

sekolah. Ini telah membentukkan satu latihan yang baik kepada saya supaya dapat bergaul

dengan lebih baik dengan guru sekolah semasa praktikum. Akhir sekali, kami akhiri lawatan

ini dengan sesi Majlis Penutupan dengan Upacara penyampaian cenderamata antara dua

pihak iaitu pihak IPG dan pihak SK Seksyen 9.

Sesungguhnya, program lawatan Penandaarasan ini sangat memberikan banyak

input yang berguna kepada kami. Input yang diperolehi adalah mengenai pengurusan

sekolah yang mantap dari segi akademik, kokurikulum dan pentadbiran hal ehwal murid di

sekolah. Penggunaan sistem yang mana banyak membantu mengurangkan masalah disiplin

dan juga meningkatkan pencapaian diri dan sekolah boleh diaplikasikan di mana-mana

sekolah untuk menjadi sekolah cemerlang juga suatu hari nanti. Harapan saya, agar SK

Seksyen 9 Shah Alam akan terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia

dengan pencapaian guru, murid dan ibu bapa yang sememangnya memainkan peranan

penting dalam menjadikan sebuah sekolah tersebut sebagai sekolah cemerlang.

Pada hari 18 Mac 2014 bersamaan dengan hari Selasa, dua sesi bengkel ceramah

bagi Program Bina Insan Guru telah diadakan bertempat di Dewan Darul Makmur, bermula

pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengah hari. Tujuan utama bengkel dan

ceramah ini diadakan adalah untuk menyampaikan seberapa banyak input berguna yang

berkaitan kerjaya keguruan sebagai bekalan kepada kami selaku bakal-bakal guru yang

akan mendidik anak bangsa kelak. Tajuk bengkel adalah Bengkel Pengurusan Pendidikan

dan Bengkel Peranan Pejabat Pendidikan Dalam Pengurusan Pendidikan.

Antara kekuatan yang diperoleh ialah sepanjang mengikuti program bengkel ini, saya

memperolehi pengetahuan yang sangat berguna. Pertamanya, melalui ceramah yang

disampaikan oleh En. Fauzi bin Hassan iaitu mengenai pengurusan pendidikan yang

berkaitan dengan perundangan. Antara perkara yang disampaikan oleh penceramah ialah

seperti aspek perundangan dalam pengurusan murid dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI). SPI

merupakan satu warta kerajaan yang bertujuan untuk memberi peringatan, langkah

keselamatan, langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Di

samping itu, SPI merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu

tugasan dan perkhidmatan. Sesi kedua bagi ceramah yang bertajuk Peranan Pejabat

Page 4: Refleksi BIG

Pendidikan Dalam Pengurusan Pendidikan adalah disampaikan oleh Tuan Haji Zulfakhri Bin

Idris. Beliau telah memperkenalkan sejarah pertubuhan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

dan struktur-struktur dalam PPD. Struktur-struktur dalam PPD terdiri daripada beberapa unit

iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pendidikan Daerah, Unit Akademik, Unit

Pengurusan Sekolah, Unit Pembangunan Manusia, Dan Unit perkhidmatan kumpulan

sokongan. Selain itu, peranan bagi setiap unit dalam PPD telah dibentang secara jelas

daripada Tuan Haji Zulfakhri. Ceramah mengenai peranan PPD dan pengoperasinnya juga

banyak memberikan input berguna kepada bakal-bakal guru. Ini adalah kerana, pihak PPD

dan pihak sekolah mempunyai perkaitan yang sangat rapat dalam mengendalikan sesuatu

program yang berkaitan sekolah.

Terdapat juga beberapa kekurangan yang dapat dikenalpasti semasa program ini

dijalankan. Antaranya adalah ceramah yang dilakukan mengikut kumpulan kuliah

menyebabkan pelajar kurang berinteraksi antara satu sama lain dan terdapat juga gangguan

persekitaran dimana guru pelatih yang kerap keluar dan masuk ke dewan sesuka hati.

Terdapat juga guru pelatih yang tidak balik ke dewan selepas masa rehat. Perkara ini

menyebabkan berlaku sedikit gangguan kepada pelatih-pelatih lain yang sedang mendengar

ceramah yang disampaikan. Penambahbaikan pertama adalah menyediakan aktiviti secara

perbincangan antara unit. Cadangan penambahbaikan yang kedua pula ialah melalui

teguran kepada guru pelatih yang kerap keluar dari dewan supaya mengurangkan

pergerakan keluar masuk dan menghormati penceramah.

Secara keseluruhan, program ini merupakan program yang amat bagus dan sesuai

kepada kami selaku bakal-bakal guru yang akan mengakhiri bidang ijazah kelak.program ini

banyak memberi pendedahan yang amat bernilai kepada kami bakal-bakal guru.